Sebenarnya ungkapan bahawa al-Quran bersumber daripada Allah swt dapat dijelaskan dalam pelbagai peringkat dan memiliki pelbagai makna yang mendalam, ungkapan-ungkapan tersebut masing-masing mempunyai makna yang lebih dalam, lebih tepat, lebih hebat dari ungkapan sebelumnya. Makna-makna tersebut adalah:
1. Isi dan kandungan al-Quran adalah bersumber daripada Allah swt;
2. Disamping itu, perkataan demi perkataan juga berasal daripada Allah swt;
3. Susunan perkataan-perkataan yang terdapat dalam rangkaian ayat-ayat juga diturunkan olehNya.
4. Kumpulan ayat-ayat yang dipaparkan dalam surah-surah, juga bersumberkan Allah swt;
5. Komposisi dan turutan surah-surah secara tertib dan terbentuknya al-Quran yang ada juga berasal dariNya (dua perkara terakhir adalah masalah mengumpulkan al-Quran yang mana ianya adalah masalah yang perlu dibahas di sini).[1]
Untuk pembacaan lebih lanjut kami sila rujuk : Mabani Kalami Ijtihad, karya Prof. Mahdi Hadawi Tehrani.
[1]. Lihat, index: ASl-Quran Adalah Wahyu, no. 297 dan Hadawi Tehrani, Mahdi, Mabani Kalami Ijtihad, hal. 45