Carian Terperinci
Pengunjung
12616
Tarikh Kemaskini 2011/10/22
Ringkasan pertanyaan
Apakah ajaran Zoroaster termasuk agama Ilahi?
soalan
Apakah ajaran Zoroaster termasuk agama Ilahi?
Jawaban Global

Dengan mendengarkan lagu nyanyian-nyanyian keagamaan mereka, boleh difahami bahawa ajaran Zoroaster pada awalnya adalah ajaran yang mempercayai tauhid (monoteisme). Akan tetapi dengan meneliti lebih dalam kepada ajaran-ajarannya yang tertulis dalam kitab “Avesta”, maka diketahuilah bahawa dalam ajaran itu terdapat dualisme ketuhanan. Tapi sesuai dengan penelitian tarikh, ternyata hal ini baru dilakukan oleh para pengikut ajaran Zoroaster setelah zaman kepemimpinan seorang tokoh Zoroaster yang bernama “Mani”.

 

Kerana itu, setelah memperhatikan ajaran yang tertulis dalam kitab Avesta, ternyata ajaran ini telah pun ternodai dengan ajaran politeisme, ajaran Zoroaster telah masuk kedalam kubangan penyimpangan dan kesesatan. Walaupun mereka memiliki nabi yang berasaskan ajaran ilahi, akan tetapi mereka telah jauh tersesat dari ajaran-ajaran wahyu sebenar dan ajaran tauhid nabinya.

 

Banyak riwayat daripada para Imam Maksum yang menukilkan bahawa Zoroaster pada awalnya termasuk monotheisme, namun setelah berlalunya waktu dan masa, ajaran ini kemudian menyimpang dari ajaran sebenar.

Jawaban Detil

“Ajaran Zoroaster merupakan salah satu ajaran (agama) Ilahi.” Bukti-bukti itu dapat kita perhatikan sebagai berikutl:

 

1.     Dasar-dasar daripada ajaran Zoroaster

2.     Pengakuan al-Qur’an terhadap ajaran Zoroaster

 

 

1.     Dasar-dasar dari pada ajaran Zoroaster

Menurut Gathas,[1] ajaran Zoroaster seratus perseratus adalah ajaran monotheisme. Sebahagian besar para pengkaji Zoroaster, ketika mereka mengkaji tokoh yang bernama Gathas ini, mereka menemukan bahawa Zoroaster berbicara tentang kemurnian tauhid. Noda syirik yang muncul setelah itu telah membuatkan ajaran ini menyimpang dari ajaran sebenar, hal ini terjadi setelah zaman Mani.

 

Hakikatnya, para pengikut Zoroaster adalah orang-orang yang mulia dengan ajaran yang disampaikannya, tetapi sebagaimana yang terjadi pada agama Kristian yang akhirnya mempercayai banyak Tuhan, ajaran Zoroaster pun demikian halnya.

 

Dapat disimpulkan bahawa ajaran Gathas pada awal kemunculannya adalah ajaran tauhid, dan Zoroaster adalah ajaran yang benar, namun pada akhirnya telah menyimpang, sebagaimana yang boleh kita lihat pada kitab Avesta, kitab suci para penganut agama Zoroaster, tanda-tanda politheisme muncul dan mempercayai bahwa tuhan mempunyai roh tersendiri.[2]  Dengan demikian, ajaran yang kita sebut dengan Zoroaster adalah ajaran yang telah mengalami penyimpangan dan telah jauh dari ajaran sebenar ketika pertama kali disampaikan.

 

a.    Keyakinan Zoroaster

1.     Tuhan dalam ajaran Zoroaster

Tuhan dalam pandangan Gathas adalah Tuhan yang Esa dan Pencipta seluruh semesta. Tuhan yang menciptakan segala sesuatu yang tidak terikat oleh tempat dan waktu, serta tidak pula memerlukan kepada suatu kaum. Tuhan dalam pandangan Gathas, diperkenalkan sebagai Ilmu Mutlak, Pencipta seluruh kejadian, Mulia, Pengasih, Adil, dan Berkuasa atas segala sesuatu. Dengan demikian, maka tidak ada lagi tempat yang tertinggal bagi berhala, patung lainnya.[3] Yang patut diperhatikan adalah bahawa dalam Gathas, Zoroaster adalah salah seorang nabi Ilahi dan memakai pakaian tauhid yang berada di puncaknya, ia memulai ungkapan perasaannya dengan menyebutkan: “Wahai Tuhan Sang Pencipta! Aku menyembah-Mu dengan sepenuh hati. Bagaimanakah cara mengadukan perasaan ini kepada-Mu?, Wahai sandaran hati, hatiku bergetar karena kasih sayangMu, yang menaungi diriku dengan pertolonganMu, terangilah hati kami dengan sinar cahayaMu yang suci lagi terang berderang”[4]

 

2.     Alam semesta dalam ajaran Zoroaster

Alam semesta merupakan ciptaan Tuhan. Dia-lah Penjaga dan Penguasa alam semesta. Alam semesta bersandar sepenuhnya kepada Tuhan, demikianlah sehingga tanpa kehendak dan ilmu-Nya, tiada satu pun peristiwa yang akan terjadi selain daripada izinNya. Ahuramazda (Tuhan) menciptakan semesta ini benar-benar memiliki matlamat.[5]

 

3.     Manusia dalam ajaran Zoroaster

Agama Zoroaster memandang manusia memiliki kedudukan yang tinggi. Manusia yang suci dan tanpa dosa – berbeza dengan keyakinan masehi bahawa manusia berdosa semenjak lahirnya – adalah manusia yang bebas melakukan segala sesuatu dengan kehendaknya sendiri untuk melakukan perbuatan yang baik atau memilih untuk melakukan perbuatan yang buruk.[6]

 

4.     Kehidupan setelah mati dalam ajaran Zoroaster

Ajaran Zoroaster sebagaimana ajaran agama lainnya meyakini bahwa roh manusia tidak akan binasa dengan datangnya kematian. Manusia dengan memperhatikan segala perbuatannya, akan memasuki syurga atau neraka.[7] Dalam kitab Gathas terdapat ajaran-ajaran yang berbeza dengan ajaran-ajaran yang tertulis dalam Avesta. Salah satu ajaran ini disebut dengan nama "Agama lama Zoroaster" atau "pertama."[8] Dalam kitab itu disebutkan bahawa: "Manusia setelah mati akan melintas Jambatan Chinvat; sebuah jembatan yang tidak dapat dilalui oleh para orang yang berdosa, sehingga pada akhirnya orang-orang yang berbuat baik akan memasuki syurga firdaus dan orang-orang yang melakukan perbuatan buruk akan dilempar ke neraka.[9]

 

Dalam beberapa pembahasan, juga disebutkan dalam Gathas bahawa terdapat alam lain setelah kematian.[10] Penulis Zoroaster masa kini juga mengakui bahawa salah satu asas dan fondasi ajaran Zoroaster adalah bahawa roh manusia akan berkekalan setelah mati, roh itu akan beroleh kebahagiaan dengan perbuatan baik yang mereka lakukan di dunia, dan akan beroleh pembalasan hukuman di neraka dengan perbuatan jahat yang mereka lakukan.

 

Bagaimanapun keyakinan "jambatan Chinvat" boleh difahami sebagai adanya keyakinan Zoroaster terhadap hari kiamat.

 

2.     Pengakuan al-Qur’an terhadap ajaran Zoroaster

Al-Qur'an menyebut pengikut Zoroaster dengan sebutan "Majus".[11] Berdasarkan beberapa riwayat yang dinukil dari para Imam Maksum (a.s.), menyatakan Majus mempunyai kitab dan memiliki nabi."[12] Riwayat-riwayat menjelaskan bahwa ajaran awal agama Ilahi Zoroaster mengalami penyimpangan melalui para pengikutnya. Kerana itu, kesimpulan yang diperolehi dari riwayat-riwayat itu adalah satu-satunya kisah yang menjelaskan bagaimana penyimpangan itu terjadi terhadap ajaran Zoroaster.[]

 

Indeks yang berkaitan:

Ma'ad Jasmani dalam Pandangan Ahlulkitab, pertanyaan 1916 (Site: 1917)



[1].Gatha adalah sekumpulan nyanyian yang terhimpun semenjak 3500 tahun yang lalu dan di dalamnya dijelaskan tentang jalan hidup yang baik dalam bentuk puisi.  

[2]. Jalaluddin Asytiyani, Zartusyt, Syarkat-e Sahami Intisyar, cetakan 1381, jil. 6.

[3].Din Syinâsi Tathbiqi, 107. Meski demikian sebagian ulama Zoroaster berupaya dengan takwil filosofis dan gnostis menunjukkan bahwa ajaran dualism Avesta ini adalah ajaran monoteisme dan memandang bahwa kitab suci mereka adalah kitab suci tauhid.  

[4].Zartusyt, hal. 133.

[5]. Din Syinâsi Tathbiqi, 109-110.

[6].Ibid, hal. 110.

[7].Ibid, hal. 112.   

[8]. Ajaran ini disebutkan dalam enam prinsip di mana noktah ini yang dijelaskan adalah prinsip ke-enam

[9]. Adyân-e Âsyayai, hal. 42 dan 43, yang dinukil dari kitab Sairi dar Adyan-e Zendeh Jahan (non- Islam), Abdurahim Sulaimani Ardistani, hal. 112

[10]. Târikh-e Tamaddun, hal. 246. Din Syinasi Tathbiqi, hal. 112.   

[11]. "Sesungguhnya orang-orang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Shâbi’în (para penyembah bintang), orang-orang Nasrani, orang-orang Majusi, dan orang-orang musyrik, Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat. Memisahkan yang hak dari yang batil. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu." (Qs. Al-Hajj [22]:17) Silakan lihat, Nasir Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 14., hal. 40. Muhammad Husain Thabathabai, al-Mizan fii Tafsir al-Qur'an.  

[12]. Abdu 'Ali al-'Arusi al-Huwaizi, Nur al-Tsaqalain, Rasuli Mahallati, Qum, Matba' al-Hikmah, jil. 3, hal. 475. Al-Hurr al-'Amili, Wasâil al-Syiah, hal. 96; Nasir Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 14, hal. 46, Dar al-Kitab al-Islamiyah, Qom, 1361.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    7397 Teologi Klasik 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Mengapa redaksi “al-Qurba” pada ayat 23 surah Syura anda simpulkan sebagai Ahlulbait (a.s)?
    11992 Teologi Klasik 2011/06/14
    Apabila maksud pembicara dari sebuah redaksi atau kata-kata yang digunakan di dalamnya tidak jelas pada setiap kedudukan dan kalimat, maka ia harus dilihat pada petunjuk-petunjuk (qarāin) yang dapat menjelaskan maksud dari ucapannya itu. Berkenaan dengan ayat 23 surah al-Syura “Qul laa as’alukum ‘alaih ajran illa mawaddata fil qurbah” ...
  • Apakah ukuran batasan kebebasan memberi penerangan dari perspektif Islam?
    6420 Huquq Dan Ahkam 2011/01/01
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah ajaran "Budha" adalah agama ilahi?
    11948 Teologi Klasik 2012/01/19
    Sepanjang catatan sejarah, manusia selalunya tidak pernah sepi dari berbincang tentang permasalahan agama. Ini kerana hanya melalui agama sahaja manusia dapat menyempurnakan dirinya dan menghubungkan dirinya kepada Maha Pencipta yang menciptakannya. Akan tetapi sejarah juga membuktikan dalam nukilannya bahawa perjalanan manusia ini sering dikotori oleh agama-agama bumi (ardhi) ...
  • Apa hubungan yang terajut di antara agama dan kebudayaan?
    7771 Teologi Baru 2013/01/24
    Penjelasan hubungan yang terjalin di antara agama dan kebudayan dapat dilakukan dengan mengenal dengan baik identiti, tujuan dan fungsi agama serta kebudayaan dalam masyarakat. Meskipun sebahagian orang mengingkari kewujudan hubungan antara agama dan kebudayaan namun sebenarnya pandangan ini benar-benar tidak berasas. Memang jelas sebahagian unsur-unsur kebudayaan ...
  • Apabila malaikat tidak melakukan dosa, bagaimana pula dengan malaikat Harut dan Marut yang mengajar sihir kepada manusia?
    14072 Teologi Klasik 2011/05/10
    Para malaikat merupakan kewujudan (makhluk) yang sangat mulia dan pemurah serta memiliki tipologi (model, jenis, golongan, dsb- Kamus Dewan Edisi Ke-empat) kebaikan yang melimpah – yang dijelaskan dalam al-Qur'an – di antaranya tiadanya sifat-sifat dan tipologi bumi dan haiwan pada wujud mereka dan pada dasarnya mereka sama sekali tidak memiliki ...
  • Apakah kisah tentang keengganan Iblis untuk sujud itu memang suatu fakta atau hanyalah cerita khayalan?
    8837 Tafsir 2011/08/20
    Sebelum menjawab pertanyaan ini, adalah penting disebutkan di sini bahawa salah satu jalan untuk mengenal sesuatu ialah ta’rif bil mitsal atau mendefinisikan sesuatu dengan menyampaikan contoh-contoh iaitu menjelaskan hakikat secara rasional dengan cerita-cerita penjelasan yang tidak abstrak dandapat
  • Tolong jelaskan aliran Shaykhiyyah dan pendirinya Shaykh Ahmad Ahsai?
    7115 تاريخ بزرگان 2012/03/08
    “Shaykhiyyah” (شيخية) adalah suatu firqah di mana pengasasnya ialah Shaykh Ahmad Ihsa’i. Shaykh Ahmad lahir di kota Ahsā’ pada tahun 1166 H dan pada tahun 1186 H berangkat ke Karbala dan mengikuti sesi kuliah ulama-ulama Syi’ah. Dalam perjalanannya ke Iran dengan tujuan menziarahi Imam Ridha (a.s), ...
  • Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
    6688 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Mengapakah Ahlul Bait (a.s) hanya dikhususkan untuk beberapa orang sahaja?
    17355 Teologi Klasik 2013/01/08
    Terdapat banyak dalil dominan pengkhususan Ahlul Bait kepada lima orang Āl ʻAba; iaitu Muhammad (s.a.w), Ali, Fatimah, Hasan dan Husain yang telah dinukilkan daripada Nabi (s.a.w) oleh para ahli hadis, ulama Syiah dan ulama Ahlusunnah di mana terdapat lebih dari 70 sumber terkenal Ahlusunnah manakala dalam sumber ...

Populer Hits