Rajʻah merupakan salah satu yang diyakini oleh Syiah Imamiyah yang bermakna kembali ke dunia setelah kematian. Ianya terjadi sebelum akhirat dengan jangka waktu yang tidak terlalu lama setelah kemunculan Imam Mahdi (a.s), sebelum kesyahidan beliau dan sebelum terjadi peristiwa hari Kiamat.
Rajʻah tidaklah bersifat umum melainkan ianya khusus untuk orang mukmin sejati dan orang yang benar-benar musyrik.
"Rajʻah" dari segi bahasa bermakna kembali[1] manakala secara istilah pula bermakna sebahagian orang (orang-orang mukmin sejati dan kaum musyrikin hakiki) akan kembali ke dunia setelah kematian (mereka), sebelum berlangsung hari kiamat.
Keyakinan terhadap rajʻah merupakan salah satu keyakinan mazhab Ahlulbait yang bersandar pada banyak ayat dan riwayat.
Terjadinya Rajʻah dalam Ayat dan Riwayat
- Ayat-ayat al-Qur'an
Dengan bertadabbur pada ayat-ayat al-Qur'an dapatlah disimpulkan bahawa al-Qur'an menyentuh masalah rajʻah ini dalam dua perkara:
Pertama, ayat-ayat yang menyebut tentang terjadinya rajʻah di masa akan datang seperti ayat 82 surah al-Naml di mana Allah (s.w.t) berfirman: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu Kami tahan mereka sehingga yang lain bergabung dengan mereka." Kebanyakan ulama memandang bahawa ayat ini menyoroti masalah rajʻah dan kembalinya sebahagian orang bijak dan orang buruk ke dunia sebelum berlangsung hari Kiamat; sekiranya ayat tersebut berkaitan dengan hari kiamat maka ayatnya "daripada tiap-tiap golongan" tidak tepat. Ini disebabkan pada hari kiamat seluruh golongan akan dibangkitkan sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur'an ayat 47 surah al-Kahf, "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami menjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar, serta Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka."
Kedua, ayat-ayat yang menyebut tentang terjadinya berbagai peristiwa umat terdahulu sebenarnya termasuk dari peristiwa rajʻah. Misalnya pada ayat-ayat berikut ini:
- Ayat 259 surah al-Baqarah tentang seorang nabi yang melintas suatu negeri, "Ataukah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya? Ia berkata, “Bagaimana mungkin Allah akan menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu selama seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya, “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Ia menjawab, “Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Allah berfirman, “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini selama seratus tahun lamanya." Di sini persoalan yang penting bukanlah nabi yang disebutkan itu sebagai Aziz atau nabi yang selainnya. Yang pentingnya adalah pengakuan al-Qur'an secara tegas yang menyebutkan kehidupan setelah kematian di dunia ini, FaamatahuLlāh ba'da miata āmmin tsumma ba'atsahu. (Maka Allah mematikan orang itu selama seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali.)
- Ayat 243 surah al-Baqarah yang mengisahkan tentang sekelompok manusia lain, "Apakah engkau tidak melihat (baca: mendapatkan berita tentang) orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka kerana takut mati sedangkan mereka berjumlah ribuan orang? Lalu, Allah berfirman kepada mereka, “Matilah kamu!” Kemudian Allah menghidupkan mereka (supaya kisah hidup mereka menjadi pelajaran bagi generasi mendatang)."
- Ayat 55 dan 56 surah al-Baqarah tentang Bani Israil yang meminta kepada Nabi Musa untuk dapat melihat Tuhan, "Dan (ingatlah) ketika kamu berkata, “Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang.” Lalu kerana itu halilintar menyambarmu sedang kamu menyaksikannya. Setelah itu, Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati supaya kamu bersyukur."
- Ketika menyebut tentang mukjizat Nabi Isa (a.s) ayat 110 surah al-Maidah menegaskan: "Engkau mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan perintah-Ku." Redaksi ayat ini menekankan Nabi Isa menggunakan mukjizatnya ini (menghidupkan orang mati). Kata kerja yang digunakan dalam ayat ini adalah kata kerja mudhāriʻ (present continues tense, takhruj [mengeluarkan]) sebagai dalil pengulangan dan hal ini termasuk salah satu ciri rajʻah untuk sebahagian orang.
- Ayat 73 surah al-Baqarah berkaitan dengan seorang yang terbunuh di kalangan Bani Israel. Untuk menemukan pembunuhnya terjadilah perdebatan sengit di antara mereka. Al-Qur'an mengisahkan peristiwa ini sedemikian, "Lalu Kami berfirman, “Pukullah jenazah itu dengan sebahagian anggota (tubuh) sapi betina itu (nescaya ia akan bangun dari kematiannya dan memberitahu siapakah pembunuh yang sebenarnya)!” Demikianlah, Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaan-Nya agar kamu berfikir."
Selain lima noktah yang disebutkan di atas, terdapat perkara lain yang dapat disaksikan di dalam al-Qur'an. Misalannya kisah Ashabul Kahfi yang mirip dengan peristiwa rajʻah dan kisah empat ekor burung dalam cerita Nabi Ibrahim yang hidup kembali setelah disembelih. Kisah-kisah seperti ini merupakan contoh tentang kemungkinan terjadinya hari kebangkitan yang berkait rapat dengan manusia dan juga dapat disaksikan dalam masalah rajʻah.[2]
- Riwayat
Berkenaan dengan masalah rajʻah Imam Shadiq (a.s) berkata: "Demi Tuhan! Tidak datang siang dan malam sehingga Tuhan menghidupkan orang mati dan mematikan orang yang hidup, mengembalikan hak itu kepada ahlinya, mengukuhkan agama-Nya serta menjadikannya sebagai satu-satunya agama di dunia."
Demikian juga riwayat pada suatu waktu Ma'mun berkata kepada Imam Ridha (a.s): "Wahai Abul Hasan! Bagaimana pendapat anda tentang rajʻah? Imam Ridha (a.s) berkata: "Rajʻah itu sebenarnya ada (akan terjadi). Rajʻah ini juga terdapat pada umat terdahulu. Al-Qur'an menceritakan kata-kata tentang rajʻah dan Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Apa yang terjadi pada umat terdahulu juga akan terjadi (mirip) pada umat ini."[3]
Sudah tentu terdapat banyak riwayat berkaitan dengan hal ini. Namun oleh kerana sempitnya ruang dan waktu di sini, kita hanya menukil dua riwayat di atas sahaja.
Terjadinya Rajʻah dari perspektif Falsafah dan Akal
Di sini kiranya kita perlu menyebutkan beberapa hal yang berkaitan dengan hikmah dan falsafah kewujudan rajʻah:
- Meraih kesempurnaan
Alam dunia merupakan model tempat pengrealisasian seluruh potensi dan menyempurnaan segala bakat manusia. Manusia sendiri dicipta untuk akhirat supaya seluruh entiti dan kewujudannya dapat dibina dengan baik dan dapat sampai kepada kesempurnaan. Namun lantaran adanya berbagai halangan dan kematian yang tidak wajar, sebahagian mukmin sejati tidak dapat melanjutkan perjalanannya untuk meniti jalan menuju kesempurnaan. Kebijaksanaan Tuhan menyatakan bahawa mereka kembali ke dunia dan menyelesaikan perjalanan mereka untuk sampai kepada kesempurnaan. Sebagaimana Imam Shadiq (a.s) berkata: "Setiap mukmin yang terbunuh akan kembali ke dunia, sehingga setelah kehidupan yang baru maka ia akan mati secara wajar. Setiap mukmin yang mati pula akan kembali ke dunia hingga terbunuh lagi (dan mendapatkan ganjaran syahadah).[4]
- Ganjaran keduniaan
Boleh jadi manusia terhalang dari hak-hak mereka selama hidupnya di dunia kerana berbagai alasan dan terbunuh dalam keadaan teraniaya tanpa mendapatkan hak mereka. Maka atas kebijaksanaan Tuhan dengan kejadian rajʻah, kedua-duanya kembali ke dunia supaya orang yang teraniaya (mazhlum) dapat menuntut keadilan daripada orang yang menganiaya (zalim). Dinukilkan dari Imam Kazhim bahawa beliau berkata: "Orang yang mati akan kembali ke dunia hingga mereka dapat menuntut balas, siapa pun yang melakukan tindakan aniaya kepadanya maka ia menuntut qiṣāṣ (balasan) daripadanya. Barang siapa yang terluka maka ia akan menuntut seperti itu juga. Barang siapa yang terbunuh, maka ia akan menuntut darah daripada si pembunuh dan atas alasan ini musuh-musuhnya juga akan kembali ke dunia sehingga darah yang telah tumpah dapat dibalas. Setelah menuntut bela maka ia akan hidup selama tiga bulan, kemudian setelah itu seluruhnya akan mati pada satu malam. Selama ia menuntut balas atas darahnya yang tumpah maka hatinya riang gembira, sedangkan musuh-musuhnya akan mendapatkan seburuk-buruknya azab neraka."[5]
Kerana itu, tujuan kembalinya dua kelompok ini adalah menyelesaikan lingkaran kesempurnaan bagi kelompok pertama dan menjatuhkan darjat kehinaan bagi kelompok kedua. Harap diperhatikan bahawa masalah rajʻah tidak berlaku secara umum dan hanya menjadi khusus untuk kaum mukmin sejati dan kaum musyrik yang paling utama sebagaimana yang Imam Shadiq (a.s) katakan: "Rajʻah tidak berlaku secara umum melainkan khusus bagi orang-orang yang telah sampai pada iman dan syirik sempurna."[6]
Oleh itu maklumlah bahawa dua hal ini merupakan salah satu dari hikmah dan falsafah asasi terjadinya rajʻah.
- Membantu agama dan penyertaan dalam membentuk pemerintahan adil semesta
Dengan melihat banyaknya ayat dan riwayat yang menyatakan bahawa agama Islam dan pemerintahan berkeadilan Ilahi melalui Qaim Ali Muhammad (Imam Mahdi) akan tersebar ke seluruh dunia, Allah (s.w.t) berfirman, "Sesungguhnya Kami pasti menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari para saksi (bangkit) berdiri (hari kiamat)." (Qs. Ghafir [40]:51)
Bentuk zahir ayat tersebut dapat difahami bahawa bantuan Ilahi ini akan berlaku secara kolektif bukan per individu. Namun bantuan seperti ini belum terlaksana dan suatu hari nanti pasti akan ditunaikan. Ini disebabkan Allah (s.w.t) tidak pernah menyisihkan janji-Nya. Sebab itu dalam menafsirkan ayat di atas Imam Shadiq (a.s) berkata: "Demi Allah! Bantuan Ilahi ini adalah rajʻah. Kerana alangkah banyaknya nabi dan para imam yang terbunuh di dunia ini dan tiada orang yang membantu mereka. Maka masalah ini akan terlaksana dengan rajʻah."[7]
Begitu juga diriwayatkan daripada Imam Baqir (a.s) dalam menafsirkan ayat: "Huwalladzi arsala…"(Dia-lah yang telah mengutus rasul-Nya…., Qs. Al-Taubah [9]:33) Maknanya ialah Allah (s.w.t) mengirim rasul-Nya dengan agama yang hak demi membimbing manusia sehingga Dia memenangkannya atas seluruh agama. Imam Baqir (a.s) berkata: Allah akan memenangkan agama hak itu atas agama-agama lainnya dengan perantara rajʻah."[8]
Waktu berlaku Rajʻah
Terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan hal ini yang menyatakan bahawa rajʻah akan terjadi tidak lama setelah munculnya Imam Mahdi (a.f.j) sebelum kesyahidannya dan sebelum berlangsungnya hari pembalasan.
Imam Shadiq (a.s) berkata: "Ini disebabkan waktu kebangkitan Imam Mahdi tiba pada bulan Jamadil Akhir dan selama sepuluh hari hujan lebat akan turun pada bulan Rejab di mana masyarakat belum pernah menyaksikan hujan selebat itu. Kemudian dengan berkat hujan tersebut Allah (s.w.t) menumbuhkan tulang dan daging orang beriman di pekuburan mereka. Aku menyaksikan mereka seolah-olah berasal dari Jahinah[9] dan rambut-rambut mereka digerakkan oleh asap dan debu."[10]
Masalah terakhir yang harus dikemukakan di sini berkaitan dengan riwayat yang menyatakan bahawa orang yang pertama kali melakukan rajʻah adalah Imam Husain (a.s). Diriwayatkan bahawa Imam Husain (a.s) sendiri yang menukilkan hadis ini: "Aku adalah orang yang pertama yang kuburannya terbongkar dan aku (akan) keluar dari tanah tersebut. Hal ini (terjadi) bersamaan dengan rajʻah-nya Amirul Mukminin dan kebangkitan Imam Mahdi (a.s).[11]
Dengan isi kandungan yang sama, sebuah riwayat dinukilkan daripada Imam Shadiq (a.s) yang berkata: "Orang pertama yang akan kembali ke dunia adalah Husain bin Ali (a.s). Beliau akan memimpin pasukan beberapa lama di mana kerana tuanya, bulu keningnya panjang sampai ke matanya."[12] []
[1]. Farhangg-e Mu'in, jil. 2, hal. 1640.
[2]. Tafsir Nemune, jil. 15, hal-hal. 546-557.
[3]. 'Uyun Akhbār al-Ridhā (As), 1/201/2, sesuai nukilan dari Mizān al-Hikmah, hadis no. 6924 & 6926.
[4]. Bihār al-Anwār, jil. 53, hal. 40.
[5]. 'Ali Dawwani, Mahdi Mau'ud, terjemahan jil. 13, hal. 1188, Dar al-Kitab al-Islamiyah, cetakan ke 27.
[6]. Muhammad Ridha Dhamiri, Raj'at, hal. 55, Nasyr-e Mau'ud, Teheran, cetakan ke-2, 1380 S.
[7]. Syaikh 'Ali Yazdi Hairi, Ilzām al-Nāshib, Qum, Muassasah Mathbu'at Haq Mubin, 1397 Q
[8]. Bihār al-Anwār, jil. 53, hal. 64 .
[9]. Jahineh adalah nama suatu kabilah dan tempat yang jauh dari Madinah. Majma' al-Bahraîn, jil. 6, hal. 230.
[10]. Mizān al-Hikmah, hadis no. 6928.
[11]. Mizān al-Hikmah, hadis no. 6937.
[12]. Mizān al-Hikmah, hadis no. 6935.