Kod tapak
fa1954
kod Kenyataan Privasi
32881
Kumpulan
Teologi Klasik,Sirah Para Maksumin a.s,عصمت
Ringkasan pertanyaan
Tolong Anda jelaskan apa yang dimaksud dengan kemaksuman (ʻiṣmah)? Dan apakah selain para Imam Maksum masih ada orang lain yang dapat meraih makam maksum ini?
soalan

Jawaban Global
Dalam kamus akidah, orang yang memiliki makam ʻiṣmah disebut sebagai "maksum." Maksum adalah orang yang dijauhkan dari segala jenis pencemaran dosa, segala perbuatan buruk dan tercela berkat anugerah khusus daripada Tuhan. Demikian juga orang yang maksum dijauhkan dari sekecil-kecil kesalahan dan kelupaan. Namun keadaan sedemikian bukan berasal dari situasi jabr (terpaksa) dan tanpa ikhtiar, tetapi mereka sentiasa diiringi dengan kebebasan, ikhtiar, kebolehan dan kemampuan dalam mengerjakan dosa dan kesalahan.
Apa yang menjadi penyebab sehingga kebebasan (ikhtiar) yang dimiliki individu maksum ini tidak mengakibatkannya terjerumus dalam perbuatan dosa dan kesalahan ialah adanya beberapa faktor pada diri seorang maksum: "Ilmu hakiki terhadap realiti perbuatan baik dan buruk." "Bantuan dan taufik khusus dari Tuhan," dan "Pertolongan daripada Rūh al-Quddūs," sebuah ruh yang kudus dan suci yang sentiasa menyertai individu maksum dan…
Selain para nabi Ilahi dan keempat belas maksum yang telah diperkenalkan dalam Islam, tidak ada orang lain yang disebut sebagai maksum; kerana tidak terdapat dalil yang menetapkan bahawa ia disertai dan dibantu oleh Ruhul-Qudus.
Akan tetapi dengan memperhatikan noktah sangat penting ini bahawa ketiadaan kemaksuman pada peribadi-peribadi agung seperti Abul Fadhl Abbas, Ḥaḍrat Abu Thalib (ayah Ali bin Abi Thalib a.s), ibu-ibu suci para maksumin, Ali Akbar dan sebagainya tidak bermakna bahawa mereka semuanya adalah pendosa. Tetapi hal ini menegaskan bahawa kedudukan mereka lebih tinggi di atas "ʻadālah" (sifat adil) dan lebih rendah di bawah "ʻiṣmah" (kemaksuman).
Pada dasarnya Islam menganjurkan tiga perkara dalam memberikan penilaian terhadap peribadi-peribadi unggul:
1. ʻAdālah (sifat adil): ʻAdālah ertinya wujud keadaan spiritual yang unggul dalam mengerjakan pelbagai kewajipan dan meninggalkan segala larangan.
Di peringkat ini seseorang itu sudah cukup dikatakan ʻādil semata-mata kerana mengerjakan hal yang wajib dan meninggalkan hal yang haram. Apabila ia menghindari perbuatan dosa besar dan tidak tekun mengerjakan perbuatan dosa kecil, maka perbuatannya itu akan menuju kepada "ʻadālah."
2. 'Aẓīma (keagungan): Posisinya lebih tinggi dari ʻadālah dan orang-orang yang memiliki sifat ʻaẓīmah ini memiliki semangat yang cemerlang dan tergolong sebagai hamba Allah (s.w.t) yang soleh.
3. ʻIṣmah (kemaksuman): Orang-orang yang mencapai makam ini dijauhkan dari sekecil-kecil kesalahan, fantasi, angan-angan untuk melakukan dosa dan kesalahan. Akibatnya orang yang memiliki makam ini mendapat bantuan daripada Ruḥ al-Qudus sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat.

Jawaban Detil
Pada dasarnya Islam meletakkan tiga perkara dalam memberikan penilaian terhadap peribadi-peribadi unggul:
1. 'Adālah:
Dalam Islam, apabila ada seseorang cuba membuat struktur, membina rohnya sehingga dapat menahan dirinya dalam berhadapan dengan berbagai dosa dan kesalahan, sedangkan ia berada dalam medan kehidupan yang sentiasa memilih untuk taat dan berserah diri, maka orang sedemikian disebut sebagai "ʻādil." Orang yang memiliki sifat seperti ini adalah orang yang telah mensucikan dirinya dari noda-noda dosa dan mendorongkan dirinya untuk mengenal dan menjaga aturan-aturan Ilahi. Peringkat ini dapat diraih orang budiman secara minimun dengan kehendak Tuhan dan diperolehi setiap orang yang ingin mencapai tingkatan ini dengan usaha cekal terus-menerus. Jalan untuk sampai pada keadaan seperti ini adalah meninggalkan dosa-dosa besar dan tidak tekun dan gemar mengerjakan dosa-dosa kecil. Namun demikian ia tidak wajib menyingkirkan fikiran dan khayalan untuk berbuat dosa dalam benaknya.
2. ʻAẓīmah:
Seseorang yang telah sampai pada peringkat ʻAẓīmah (keagungan), pencapaiannya ini lebih tinggi dari keadilan dan ianya berada pada sempadan hamba Allah yang soleh (ʻibaduLlāh al-shālihīn), ia benar-benar hamba yang suci dan unggul. Ia memiliki roh yang gemilang dan terang di mana mereka bukan sekadar tidak melakukan dosa, bahkan mereka menjauhi segala yang dibenci oleh roh. Sifat agung seperti ini disebut dalam kalimah yang berbeza sebagai: "Waraʻ", "Zuhud" "Kedudukan yang hampir dengan ʻiṣmah," "Ṣālīb al-Imān"[1] dan sebagainya.
Noktah yang patut disebutkan di sini ialah darjat di bawah ʻiṣmah dan di atas ʻadālah yang kita sebut sebagai ʻAẓīmah ini memiliki banyak tingkatan dan darjat. ʻIṣmah pun memiliki tingkatan dan darjat juga.
Manusia semakin dekat kepada Allah (s.w.t) maka dia akan semakin banyak mencapai wilayah takwīnī dan memiliki kemampuan untuk mengatur segala sesuatu di alam semesta. Kerana itu para wali Allah tidak berada pada satu barisan yang sama taraf peringkatnya.
Akan tetapi hal ini tidak bermakna bahawa siapa pun dapat mencapai makam ini atau memiliki makam ini; kerana apa yang menjadi paksi dan dimensi perbandingan pada keadaan seperti ini adalah pemanfaatan "cahaya" dan jauh dari "kegelapan". Ini disebabkan dua redaksi yang berada di dalam kosa kata al-Qur'an dan Ahlul Bait (a.s) ini adalah perantara refleksi segala kebaikan dan yang baik dan menghikayatkan segala keburukan dan yang buruk.
Dengan demikian, penamaan sebahagian orang dengan gelaran "ʻAbd al-Ṣāleḥ" dan "Ṣāḥib Nur Ruh" memiliki kelayakan untuk mendapatkan gelar ini daripada Pemilik Cahaya (Allah s.w.t) dan cahaya-cahaya murni para nabi dan imam maksum (a.s).
Sebagai hasilnya: Makam ʻAẓīmah berada di atas makam ʻAdālah; Kerana memadailah orang yang berada di makam ʻAdālah sebagai mereka meninggalkan dosa besar dan tidak galak melakukan dosa-dosa kecil. Namun hamba-hamba Allah yang soleh memiliki sifat wara' dan zuhud yang tinggi sedemikian sehingga seluruh wujudnya layak menjawat gelaran hamba yang soleh secara mutlak.
Seseorang yang agung memiliki kecemerlangan roh yang khusus; kerana akal sempurna dan rohnya yang tinggi membuatkan segala kegelapan menjadi jauh dan hanya berkisar pada paksi segala amalan, ibadah dan kebaikan.
Kecemerlangan khusus ini adalah hasil dari makrifat yang unggul, iman yang tulus, amal soleh, fitrah yang suci, dan kemuncaknya adalah perhatian khusus Wali Mutlak Allah (s.w.t) dan para wali mutlak-Nya (para maksum).
Cahaya ini adalah jelmaan seluruh hakikat manusia. Sebagaimana kegelapan juga gambaran sejati sebahagian orang. ʻIbādulLāh al-Ṣālihīn dengan segala kebaikannya tidak medapatkan layanan bantuan Rūh al-Quddūs. Rūh al-Quds adalah sebuah roh yang suci dan besar, yang bukan daripada golongan malaikat dan ianya tidak pernah menyertai salah satu daripada golongan nabi sebelumnya kecuali Rasulullah (s.a.w) dan dialah yang banyak membantu para imam maksum (a.s).
Intisari dari ungkapan ini ialah:
A. Meskipun sebahagian orang memiliki kedudukan dan makam yang tinggi, namun peringkat yang mereka miliki sekali-kali mereka tidak sampai pada puncak malakuti "ʻiṣmah." Makam ʻiṣmah (ʻiṣmah yang mutlak) hanya dapat ditemui pada empat belas orang maksumin sahaja. Mengapa dan bagaimana? Kami persilakan anda untuk konsisten menyemak tulisan ini sehingga anda mendapatkan jawapannya.
B. Peribadi-peribadi agung seperti Abul Fadhl, Ḥaḍrat Maʻsūmah, Ḥaḍrat Zainab, Ḥaḍrat Ruqayyah, Ḥaḍrat Abu Thalib, Ḥaḍrat Khadijah, Ḥaḍrat Fatimah binti Asad (bonda Imam Ali), Ḥaḍrat Ali Akbar dan ramai lagi orang yang seperti mereka tidak termasuk dalam golongan maksum. Akan tetapi semuanya berada pada makam "ʻAẓīmah" yang merupakan makam para wali Allah (s.w.t).
Bukti-bukti kedudukan mereka yang agung
ʻIṣmah dikenal pasti melalui jalan argumen dan dakwaan seorang maksum. Para wali Allah yang terpilih berada pada makam ʻAẓīmah tidak pernah membuat dakwaan dan mengajukan dalil tentang adanya Rūh al-Quds sehingga tidak ditemukan darjat kemaksuman pada diri mereka. Akan tetapi terdapat dalil-dalil yang menunjukkan tentang keagungan sebahagian daripada mereka.
Ḥaḍrat Abu Thalib (a.s)
Tersebut dalam sebuah riwayat bahawa seseorang (yang bermaksud mengejek dan mencela ayah Amirul Mukminin Ali a.s) di tengah-tengah masyarakat (lantaran propaganda keji musuh-musuh Imam Ali yang membayangkan bahawa Abu Thalib bukanlah seorang Muslim). Orang itu bertanya kepada Imam Ali (a.s): Apakah ayahmu berada dalam seksa Allah di neraka jahannam? Imam Ali menjawab: "Demi Allah yang mengangkat Muhammad (s.a.w) sebagai nabi. Ayahku akan memberikan syafaat kepada para pendosa dan Allah (s.w.t) juga menerima syafaatnya. Mungkinkah Abu Thalib ayahku berada dalam azab Ilahi di neraka jahannam sementara putranya Ali adalah pembahagai neraka dan nikmat syurgawi? Demi Allah cahaya ayahku akan memadamkan cahaya sebahagian orang di hari kiamat kecuali cahaya lima orang (5 orang Ahlu ʻAba); kerana cahaya ayahku berasal dari cahaya kami dan cahaya kami telah diciptakan dua ribu tahun sebelum penciptaan Adam (a.s)."[2]
Ḥaḍrat Khadijah (a.s)
Sekembali Rasulullah (s.a.w) dari perjalanan samawi mikraj baginda mencerikatan pertanyaannya kepada Jibril: Apakah engkau ada urusan dan hajat? Jibril berkata: "Aku ingin engkau menyampaikan salam dari Allah dan daripaku untuk Khadijah."[3]
Rasulullah (s.a.w) dalam menafsirkan ayat "InnaLlah iṣtafa Ādam wa Nuḥ wa Āl Ibrahim wa Āl ʻImrān ʻala al-ʻAlamīn: "Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim, dan keluarga ʻImrān melebihi segala umat." (Qs. Ali ʻImrān [3]:33) (Dan orang-orang pilihan lainnya) Ali, Hasan, Husain, Hamzah, Jaʻfar, Fatimah dan Khadijah terpilih bagi seluruh sekalian alam."[4] Jelaslah bahawa salam Allah (s.w.t) hanya akan turun kepada seseorang yang layak mendapatkan salam dan berserah diri (taslim) secara total kepada-Nya.
Ḥaḍrat Fatimah binti Asad (a.s)
Berkenaan dengan keagungan peribadi wanita ini ulama dan muhaddis (ahli hadis) Syaikh Abbas Qummi (penyusun Mafatih al-Jinan) berkata: "Kedudukan agung dan kebesaran beliau (semoga Tuhan reda kepadanya) dapat diketahui tatkala ia melahirkan Amirul Mukminin ke dunia dalam Ka'bah. Beliau juga termasuk orang pertama yang menyatakan iman dan termasuk daripada orang kesebelas yang menyatakan keislamannya secara terbuka. Rasulullah (s.a.w) sangat memuliakannya dan senantiasa memujinya dengan penuh keagungan serta memanggil Fatimah binti Asad ini sebagai ibu."
Tersebut dalam riwayat bahawa tatkala Fatimah binti Asad wafat Rasulullah (s.a.w) kelihatan berlinangan air matanya dan berduka cita. Jasad Fatimah binti Asad dikafankannya dengan pakaian khusus lalu baginda pun solat ke atas jenazahnya, menyampaikan empat puluh takbir, meletakkan jenazahnya dalam kubur dan mempersiapkan beliau untuk melakukan perjalanan akhirat."[5] Dalam menuturkan sifat-sifatnya Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Dia adalah sebaik-baik makhluk Tuhan setelah Abu Thalib, banyak kebaikan dan amal soleh yang ia lakukan untukku."[6]
3. ʻIṣmah
Dalam kamus akidah, orang yang memiliki "ʻiṣmah" disebut sebagai maksum. Maksum adalah seseorang yang “dijauhkan” dari segala noda dosa, perbuatan tercela dan tidak terpuji degan berkat kemurahan Tuhan. Mereka tidak “dijauhkan” secara terpaksa (jabr) melainkan mereka berada dalam waktu yang berkemampuan dan memiliki ikhtiar dalam melakukan hal tersebut. Demikian juga mereka dijauhkan dari segala jenis kesalahan dan kekeliruan.
Berkenaan dengan hal ini Ḥaḍrat Imam Ja'far Sodiq (a.s) berkata: "Orang yang disebut maksum adalah orang yang dijaga oleh Tuhan dari segala perbuatan dosa dan Allah (s.w.t) berfirman: "Wa man yaʻtaṣim biLlāh faqad hadā ilā ṣirāt al-mustaqim."
"Barang siapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberikan petunjuk kepada jalan yang lurus." (Qs. Ali Imran [3]:101)[7]
Noktah penting yang harus disebutkan di sini: Ilmu dan ʻIṣmah memiliki pertautan yang erat. Sumber utama ʻiṣmah adalah ilmu dan makrifat. Tatkala manusia mencerap sesuatu sebagai hakikat dan realiti maka mereka juga akan mengetahui pengaruh dan akibat-akibatnya. Oleh itu secara automatik mereka akan berteguh untuk meninggalkan atau menjauhi hal tersebut.
Rahsia had ʻiṣmah
Anda bertanya hal ehwal mengapa para maksum hanya dikhususkan untuk empat belas orang sahaja dan orang lainnya tidak maksum?
Noktah pertama: Jawapan dari pertanyaan ini harus disusuri pada peranan ketetapan, hikmah dan ketentuan Tuhan. Pilihan ini amat berkait rapat dengan kehendak dan kebijaksanaan Tuhan. Sudah tentu kehendak, kebijaksanaan dan ketentuan ini berasaskan sebab dan hikmah tertentu. Apa yang dapat difahami melalui sekumpulan teks-teks agama adalah bahawa keberadaan dan kehidupan manusia tidak terbatas pada beberapa tahun hidup di dunia. Mengenai penciptaan roh, sesungguhnya ianya dicipta sebelum penciptaan jasmani.[8]
Bertolak dari sini, segala pengambilan keputusan, refleksi masa silam kita, termasuklah juga ilmu Tuhan terhadap masa depan setiap manusia tentang siapakah sebenarnya yang berjalan dan siapakah yang memotong jalan! ini semua saling bergabung dan melayakkan pencapaian beberapa kemuliaan dan keistimewaan; seperti ʻiṣmah, ilmu, kenabian, imamah dan wahyu. Untuk mendapatkan penjelasan lebih mendalam, sila semak secara saksama potongan doa Nudbah berikut ini:
"Ya Allah bagi-Mu segenap pujian atas ketentuan terhadap para wali-Mu. Yang terpilih sebagai penaung agama-Mu. Yang telah Engkau berikan banyak kurniaan dari sisi-Mu. Kurniaan yang tidak akan hilang mahupun berkurang tentunya setelah Engkau syaratkan pada mereka untuk tidak tergoda oleh kehidupan dunia yang hina. Kegemerlapan dan kemewahan dunia pun menjadi syaratnya. Engkau Mengetahui bahawa mereka akan menepati janji tersebut, kerana itulah Engkau terima dan dekatkan mereka di sisi-Mu. Kau puji dan agungkan mereka. Kau turunkan malaikat-malaikat-Mu untuk mengiringi mereka. Kau muliakan mereka dengan wahyumu. Kau bekalkan ilmu-Mu kepada mereka, dan Kau jadikan mereka perantara-Mu dan penghubung Keredaan-Mu. Di kalangan mereka ada yang Kau tempatkan di syurga…"
Dengan merenungi perenggan doa mulia ini kita menemui bahawa seluruh manusia di alam sebelumnya menyaksikan pentas ujian iaitu dengan berdasarkan hal tersebut, manusia memuji kedudukannya dan keagungannya. Ia tidak menggadaikan hubungannya dengan Tuhan kepada dunia. Akan tetapi dalam hal ini ada sebahagian kecil yang diterima. Mereka mengambil peduli syarat dan memperhatikan ujian tersebut. Oleh kerana Allah sendiri mengetahui bahawa hanya merekalah yang setia terhadap ikrar mereka, maka sebaik-baik nikmat yang diberikan kepada mereka di antaranya ialah "taqarrub, memiliki pujian yang tertinggi, turunnya para malaikat kepada mereka, menerima wahyu dan memperolehi pengetahuan khusus, menjadi perantara bagi orang lain untuk memasuki surga, sarana untuk orang lain menjadi semakin dekat kepada Allah dan sebagainya… Demikianlah sebahagian dari manusia menjadi imam dan sebahagian menjadi nabi, sebahagian yang lain mencapai makam ʻiṣmah dan setiap makam masing-masing terdapat darjat yang sesuai dengan orang yang menduduki makam tersebut. Akan tetapi harus diketahui bahawa tingkatan dan martabat Nabi (s.a.w) serta keluarga baginda lebih tinggi dan unggul. Mengapa dan bagaimana?
Kami mengajak anda untuk merenungi ucapan Imam Ali bin Musa al-Ridha (a.s): "Allah (s.w.t) menolong kami dengan roh suci dan kudus, roh itu adalah malaikat yang tidak pernah menyertai orang terdahulu sebelum kami kecuali Rasulullah (s.a.w). Roh ini sentiasa bersama setiap seorang daripada kami para imam, dan dialah yang menolong dan membantu para imam. Dia adalah penyokong daripada cahaya dan terletak di antara kami dan Allah (s.w.t)."[9]
Noktah kedua: Apa yang telah ditakdirkan Allah, lebih kurang bergantung kepada keperluan asasi manusia. Sebagaimana kewujudan dua telinga, satu lisan, dua tangan yang menyiratkan pencukupan manusia dengan nikmat anggota badan ini. Kewujudan empat belas maksum dalam Islam merupakan penjelas dan penegas bahawa umat dan seluruh makhluk hanya memerlukan empat belas orang maksum. Oleh kerana empat belas orang ini memadai bagi seluruh makhluk, sebab-sebab dan faktor-faktor yang menyebabkan adanya ʻiṣmah juga tidak diberikan kepada yang lain. Di antara faktor yang memunculkan ʻiṣmah adalah adanya "Rūh al-Quds" yang telah disebut sebelum ini.
Rūh al-Quds
Kini kami mengajak anda menyemak penjelasan tentang Rūh al-Quds ini:
Syiah meyakini bahawa Allah (s.w.t) menolong para hamba-Nya yang terpilih dengan Rūh al-Quds, sehingga dengan perantara Rūh al-Quds ini mereka dilindungi dari kesalahan dan kelalaian. Imam Jaʻfar Sodiq (a.s) berkata: "Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) memperolehi pertolongan dan bantuan Ilahi dengan perantara Rūh al-Quds dan dengan kehadirannya Rasulullah (s.a.w) tidak sekali-kali pernah melakukan kesalahan dan kelalaian dalam mengatur urusan manusia."[10]
Di samping itu, dalam riwayat yang dinukil daripada para maksumin disebutkan bahawa kemaksuman para imam tidak hanya khusus pada masa imamahnya, bahkan sebelum menjawat kedudukan imamah juga mereka telah memiliki ʻiṣmah ilahi. Imam Muhammad Baqir (a.s) berkata: "Wahai Jabir! (Para imam dan nabi) telah mengetahui segala sesuatu dari apa yang ada di bawah arash hingga di bawah tanah dengan perantara Rūh al-Quds, dan dengan perantaranyalah mereka mengetahui segala-galanya."[11]
Begitu juga dalam hadis yang lain, Imam Muhammad Baqir (a.s) berkata: "Rūh al-Quds sentiasa berada di samping imam dan dengan perantaranya imam melihat segala apa yang ada di Barat dan Timur, di laut dan darat. Seseorang bertanya: "Semoga aku menjadi tebusanmu." Apakah seorang imam dapat mengambil sesuatu di suatu tempat misalnya di Baghdad? Imam berkata: "Iya! Dan bahkan ia dapat menguasai (mengatur) segala yang berada di bawah arsy Ilahi."[12]
Hadis ini menunjukkan kekuatan luar biasa dan kekuasaan Imam di alam semesta yang dianugerahkan Tuhan kepadanya. Dari sini jelaslah bahawa terdapat hubungan antara ilmu dan kekuasaan."[13] []

[1]. Iman yang kokoh.
[2]. Bihār al-Anwār, jil. 35, hal. 110.
[3]. Bihār al-Anwār, jil. 16, hal. 7.
[4]. Ibid, jil. 37, hal. 63.
[5]. Safinat al-Bihar, jil. 7, hal. 122.
[6]. Bihār al-Anwār, jil. 35, hal. 79.
[7]. Ma'āni al-Akhbār, hal. 132.
[8]. Silakan lihat, Qasim Turkhan, Khelqat-e Arwah qabla Ajsām.
[9]. Bihār al-Anwār, jil. 25, hal. 48.
[10]. Al-Kāfī, jil. 1, hal. 266.
[11] Al-Kāfī, jil. 1, hal. 272.
[12]. Bihār al-Anwār, jil. 25, hal. 58.
[13]. Muhammad Biyabani, Ma'rifat-e Imām, hal. 73.