"Agama" (din) secara leksikal bermakna mengikuti, mentaati, kepasrahan dan ganjaran. Dan secara terminologi bererti "sekumpulan keyakinan, akhlak dan aturan," yang bertujuan untuk "mengatur urusan masyarakat dan membina manusia."
Agama kadangkala merupakan agama hak, kadang-kadang juga agama batil dan ada juga penyatuan aliran antara keduanya. Kebudayaan dalam kosa kata Parsi disebut sebagai Farhang dan terdiri dari dua susunan kalimat (far-hang). "Far" bermakna agung dan besar dan apabila digunakan sebagai imbuhan maka ertinya adalah di depan, sebelum dan di luar. "Hang" diadoptasi dari bahasa Avesta yang bermakna menarik (magnamity), dan berat (gravity).
Oleh itu, redaksi farhang dengan dua rangkapan ini menjadi bermakna tertarik ke luar atau tertarik ke atas. Terminologi kebudayaan memiliki makna yang berbagai di mana apabila
kita ingin mengkajinya dengan terperinci maka hal itu memerlukan banyak waktu. Definisi kebudayaan sesuai dengan perjalanan sejarahnya memiliki berbagai makna di antaranya, kebiasaan, pengajaran, pengetahuan, sekumpulan adab dan tradisi, pendidikan dan tarbiyah, maktab dan ideologi. Sekolompok ahli ahli sosioligi berpandangan bahawa, "kebudayaan" merupakan pemikiran sekelompok masyarakat yang menjelma pada pelbagai fenomena dan perilaku masyarakat. Pemikiran tersebut berpengaruh pada seluruh perkara ekonomi, sosial, politik, militer, bahan dan maknawi.
Dengan memperhatikan makna agama, kebudayaan serta memandang pada asas dan tujuan keduanya, kemajuan dan peranan agama dan kebudayaan. Maka kita menemui bahawa terdapat sisi umum di antara keduanya, oleh itu kita dapat sampai pada sebuah kesimpulan bahawa agama dan kebudayaan sentiasa memiliki hubungan dan hubungan erat secara berkelindan. Sebagiamana agama memiliki peranan aktif dalam peradaban dan kebudayaan manusia, kebudayaan juga membantu manusia dalam menjelajah apa yang harus dan apa yang layak pada pelbagai aktiviti kehidupan material dan spiritiual manusia yang bersandar pada rasionisasi dan pelbagai afeksi transendental, dalam kehidupan rasionalnya dan menjadi faktor penyempurnaan kehidupan manusia. Demikian juga agama dan kebudayaan dengan menunjukkan tiga jenis tujuannya yang apabila diterapkan maka akan menjadi faktor pengubah yang menyeluruh pada lintasan kesempurnaan dan kematangan manusia.
Sebelum menjawab pertanyaan di atas, ada baiknya kita menyebutkan beberapa hal berikut ini.
Definisi leksikal dan teknikal agama
"Agama" (din)[1] secara leksikal bermakna mengikuti, mentaati, kepasrahan dan ganjaran. Secara teknikal (istilahi) berarti "sekumpulan keyakinan, akhlak dan aturan." Yang bertujuan untuk "mengatur urusan masyarkat dan membina manusia."
Agama kadangkala merupakan agama yang hak dan ada juga agama batil. Kadang-kadang ianya adalah penyatuan antara keduanya. Apabila agama merupakan sekumpulan kebenaran maka agama tersebut adalah agama hak dan selainnya disebut sebagai agama batil atau penyatuan antara hak dan batil."[2]
Definisi Kebudayaan
Farhang adalah kosa kata Parsi dan terdiri dari dua rangkapan (far-hang). "Far" bermakna agung dan besar dan apabila digunakan sebagai imbuhan maka ertinya adalah di depan, sebelum dan di luar. "Hang" terbitannya dari bahasa Avesta bermakna menarik (magnamity) dan berat (gravitiy). Dengan demikian, redaksi farhang bermakna tertarik keluar atau tertarik ke atas. Terminologi kebudayaan memiliki berbagai makna di mana apabila kita ingin mengkajinya dengan terperinci maka hal itu memerlukan waktu yang lebih. Definisi kebudayaan sesuai dengan perjalanan sejarahnya memiliki kepelbagaian makna di antaranya, adab, pengajaran, pengetahuan, sekumpulan adab dan tradisi, pendidikan dan tarbiyah, maktab dan ideologi.[3]
Sekolompok ahli sosioligi berpandangan bahawa, "kebudayaan" merupakan pemikiran sekelompok masyarakat yang menjelma pada pelbagai fenomena dan perilaku masyarakat. Pemikiran tersebut berpengaruh pada seluruh perkara ekonomi, sosial, politik, ketenteraan, material dan maknawi. Dua tokoh humanisme Amerika, Kroeber dan Klakin mengemukakan 164 definisi kebudayaan yang dihimpunnya dalam sebuah buku bernama "Farhang Bazbini Sanjesygurane Mafhum wa Ta’rifha " (1952).
Kebudayaan atau peradaban adalah kuantiti yang saling berhubungan termasuk di dalamnya pengetahuan, agama, seni, hukum, sastra, tradisi dan segala jenis bakat dan kebiasaan yang diperoleh manusia sebagai anggota masyarakat.[4]
Ustaz Muhammad Taqi Ja'fari dalam "Farhang-e Pairuw, Farhang Pisyru" setelah mengulas pelbagai definisi kebudayan menurut 24 kamus bahasa dan ensiklopedia ternama di antara suku-suku dan bahasa-bahasa penting dunia, menulis: "Penyelidikan dan definisi kebudayan dari sudut pandangan ensiklopedia yang paling tersohor dan sebahagian sumber-sumber psikologi, kebanyakan untuk menetapkan hakikat ini bahawa kita tunjukkan kehidupan penyempurnaan manusia dalam makna hakiki "kebudayaan" di antara pelbagai masyarakat sebagai kuantiti atau jalan yang dijamin harus digunakan dalam kehidupan manusia. Dan apabila sebagian orang-orang ego, hedonisme, atau nihilisme ingin merendahkan martabat kebudayaan sehingga pada batasan sebuah fenomena-fenomena yang membosankan (cliché), dan menamai hal itu sebagai kebudayaan, maka sesungguhnya mereka tidak bersandar pada realiti dan pandangan mereka ini memiliki akar yang bertentangan dengan kemanusiaan. Akan tetapi apa yang menjadi munculnya pelbagai definisi dari berbagai pandangan para penyelidik dan pemikir dalam penafsiran tentang definisi kebudayaan dengan menyusuri pada akar perjalanannya yang menuju kesempurnaan."
Allamah Taqi Ja'fari menyebutkan beberapa contoh dalam bahasa Parsi, untuk mendefinisikan kebudayaan (farhang). Dengan menyertakan contoh dalam bahasa Perancis, ia mendefinisikan kebudayaan sebagai berikut: "Kebudayaan adalah kualiti atau jalan yang harus dan layak digunakan untuk dua dimensi kehidupan material dan spiritual umat manusia yang bersandar pada rasionalisasi dan perasaan mentransendental yang berpijak pada "kehidupan rasional" untuk meraih kesempurnaan." [5] Sekelompok ahli sosioligi meyakini bahawa "kebudayaan" adalah pemikiran kolektif masyarakat yang menjelma pada pelbagai fenomena dan perilaku sosial. Pemikiran tersebut mempengaruhi seluruh urusan ekonomi, sosial, politik, ketenteraan, material dan spiritual." [6]
Jenis-jenis Kebudayaan
Allamah Taqi Ja'fari selepas menghitung jenis-jenis kebudayaan, menuturkan: Jenis kebudayaan dibahagi menjadi empat jenis utama sebagaimana yang dikemukakan secara ringkas berikut ini:
1. Kebudayaan endapan
Kebudayaan endapan adalah pewarnaan dan penjelasan dimensi kehidupan dengan bilangan aturan-aturan dan tradisi tetap kebangsaan dan mental tertentu, lingkungan geografi, darah, yang bertahan di hadapan pelbagai perubahan. Seluruh perubahan yang terjadi mereka alihkan demi kepentingannya atau menghapusnya (kalau merugikan). [7]
2. Kebudayaan mengikut dan tanpa warna
Kebudayaan mengikuti dan tanpa warna adalah berbagai pewarnaan dan justifikasi yang sama sekali tidak bersandar pada akar, mental dan kaedah yang tetap dan sentiasa berada pada peringkat perubahan. Penting untuk disebutkan bahawa kebudayaan seperti ini jarang ditemukan pada masyarakat-masyarakat yang memiliki akar sejarah.
3. Kebudayaan yang menjadi tujuan dan pengikut
Dalam kebudayaan yang menjadi tujuan, model-model dan aktiviti-aktiviti yang memberikan justifikasi dan penafsiran pelbagai realiti kebudayaan, adalah sebuah ideal (yang dicari) secara zat dan yang memenuhi cita-cita kebudayaaan, hal ini sendiri merupakan tujuan khusus dan kebudayaan ilmiah, teknologi, perekonomian kebanyakan masyarakat pada abad-abad ke-19 dan 20. Tujuan ini sendiri yang membentuk tabiat utama kebudayaan yang bercirikan kreativiti dan penyebaran pelbagai
cita-cita kehidupan dalam dimensi "keakuan" manusia.
4. Kebudayaan dinamik, bermatlamat dan maju:
Kebudayaan sejenis ini tidak terjerumus dalam lingkaran berbagai model dan aktiviti yang berada di bawah pengaruh faktor-faktor kehidupan yang bergerak secara dinamik dan keadaan-keadaan lingkungan dan masyarakat yang bersifat sementara. Lantaran faktor penggerak kebudayaan ini adalah realiti-realiti natural yang berlanjutan dan dimensi-dimensi utama manusia. Tujuannya adalah cita-cita nisbi yang membawa seorang manusia terpengaruh kepada tujuan-tujuan transendental kehidupan. Dengan hati yang mantap dapat dikatakan bahawa: Kebudayaan ini adalah kebudayaan asas manusia yang tidak pernah meninggalkan pentas sejarah peradaban manusia. Sehinggakan apabila kebudayaan ini tidak ada maka manusia tidak sekali-kali akan pernah merasai sebuah peradaban. Kebudayaan ini adalah kebudayaan yang dapat melepaskan dirinya dari jerat ego dan hawa nafsunya.[8]
Harus diingat di sini bahawa pada sebuah masyarakat madani berlaku sebuah kebudayaan Ilahi secara khusus. Ertinya terdapat sebuah keyakinan bahawa terdapat nilai-nilai maknawiyah, kesempurnaan yang dicari, dan penghujung kesempurnaan manusia. Kesempurnaan dihasilkan dengan melalui muraqabah, usaha, dan ketelitian dalam menggunakan dan memberdayagunakan seluruh anugerah jasmani dan rohani manusia. Dalam pandangan ini, manusia bergerak meniti jalan menuju Tuhan yang
mempunyai kesempurnaan mutlak dan sumber segala kebaikan dan nilai-nilai. Namun pada masyarakat kapitalis, industrialis dan Barat, berlaku kebudayaan khusus yang lain.
Peranan agama dalam peradaban dan kebudayaan manusia agama-agama Ilahi dan samawi dalam menyebarkan pelbagai keutamaan, cita-cita, kebiasaan baik, kebaikan memiliki peranan yang sangat positif. Spencer dalam hal ini berkata, "Penjelasan seluruh adab dan keutamaan masyarakat yang merupakan asas peradaban mereka adalah
bersumber dari agama." Demikian juga, Allamah Thabathabai menegaskan: "Pelbagai kebaikan yang terdapat pada diri manusia hari ini adalah bersumber dari agama meski pun sedikit."[9]
Peranan dan prestasi agama
Peranan penting agama tidak dapat dilupakan dalam dua domain pengetahuan dan akhlak, kerana dengan menelaah secara terperinci keadaan manusia moden dan pengalaman dua abad Barat dalam berhadapan dengan agama dan kesudahannya berakhir dengan krisis, maka pengertian tentang agama dan prestasinya dalam dua domain ini dengan baik menunjukkan pada:
A. Makrifat agama
Agama merupakan sekumpulan ajaran samawi dan pemwahyuan yang mengakui secara rasmi pelbagai sumber untuk meraih pengetahuan dan menyatakan segala kecenderungan dan keperluan epistemologi manusia. Meskipun agama memberikan ruang pada indra, empirik dan memotivasikan manusia untuk berusaha secara empirik, akan tetapi tidak membatasi sumber epistemologinya pada hal-hal indrawi dan empirik, di samping kedua hal ini, Islam menekankan pada dua sumber lainnya iaitu
wahyu dan akal universal.[10]
B. Moral agama
Moral agama merupakan hasil logik dan rasional pengetahuan agama. Agama memikul beban untuk mendefinisikan hubungan antara manusia dan Tuhan, dan bahawa Tuhan merupakan sumber dan tujuan keberadaan.
C. Keberaagamaan dan keseimbangan mental dan kejiwaan.
Dewasa ini, sebagai kaedah yang telah diterima secara ilmiah bahawa keyakinan beragama dan kecenderungan bermazhab merupakan faktor utama dalam menyediakan ruang keseimbangan dan ketenangan jiwa dan spiritual. Dalam negara-negara maju, kepercayaan terhadap agama juga sangat dianjurkan untuk proses pengubatan pelbagai krisis spiritual dan kejiwaan.[11]
Dengan memperhatikan kemajuan dan peranan agama dan juga definisi "kebudayaan" dapat dikatakan bahawa: dua perkara ini sentiasa ditempatkan untuk urusan manusia. Ianya diberdayakan untuk menjadi petunjuk manusia menuju kesempurnaan dan memenuhi segala keperluannya, menunjukkan jalan-jalan yang menguntungkan dalam bentuk sebuah sistem teleologik (bermatlamat) di mana dapat didakwa sebagai bahawa rukun-rukun agama memiliki tempat pada tiga sistem:
Sistem keyakinan, sistem nilai atau moral dan sistem jurisprudensial (perundangan).
Oleh itu, agama dengan jelmaannya, menampilkan kebudayaan khusus dan kebudayaan baru kepada masyarakat manusia dan menyeru manusia kepadanya. Sebenarnya, dengan kemunculan agama, maka terjadi perubahan signifikan dan berdaya guna pada pemikiran dan kejiwaan manusia. Agama pada tahap ini, memperbaharui model pemikiran manusia dalam melihat sesuatu secara realistik, menata akhlak dan tarbiyah manusia, meyampingkan pelbagai tradisi dan kebiasaan kuno, dan menggantikannya dengan pelbagai kebiasaan baru dan dinamik, menginspirasi mereka dengan ide-ide baru. Dalam perubahan ini, kehidupan ekonomi akan
mengalami kemajuan, pelbagi potensi ilmiah, falsafah, teknikal, seni, sastera dan pendeknya seluruh himpunan material dan spiritual, iaitu peradaban yang akan bersemi. Realiti ini bukan hanya dimiliki oleh kaum Muslimin, orang-orang Katolik juga melalui majlis Vatikan menegaskan demikian, "Agama yang membentuk kebudayaan. Agama yang memberikan kepada manusia identiti. Dengan kata lain, keperluan manusia terhadap firman Ilahi merupakan bahan dasar (yang membentuk) kebudayaan."[12]
"Kebudayaan" juga memiliki tiga sistem yang saling berkaitan antara satu dengan yang lain yang disebut sebagai komponen-komponen kebudayaan (the Components of culture).
1. Sistem pelbagai pengetahuan dan keyakinan
Sistem ini berkedudukan seperti kerangka bagi segala aktiviti manusia dalam bidang pemikiran. Dan terbentuk dari pelbagai konsepsi, keyakinan, ajaran, dan model argumentasi dalam bidang penafsiran semesta kewujudan manusia, bagaimana hubungan manusia dengan lingkungan, dengan dirinya dan tujuan kehidupan manusia.
2. Sistem pelbagai nilai dan kecendrungan
Sistem ini menjelaskan nilai-nilai dan keyakinan terhadapnya. Dalam skop ini, yang dikemukakan adalah pembatasan yang ideal dan non-ideal, terpuji dan tercela, benar dan tidak benar dalam format pelbagai saranan nilai, moral, perundangan yang bermakna umum.
3. Sistem pelbagai perilaku dan perbuatan
Sistem ini tersusun dari seluruh ajaran pembentukan perilaku manusia dan perilaku orang lain bagi manusia. Dalam domain sistem ini, ajaran-ajaran sistem pertama dan kedua berada di hadapan dan muncul ke permukaan; Ertinya dengan memperhatikan jenis pandangan, kecenderungan manusia, maka ia akan membentuk perilaku, kebiasaan peribadi dan sosial manusia. Sebenarnya dalam skop ini, dengan memperhatikan jenis pilihan sistem pengenalan, keyakinan, dan sistem pelbagai nilai dan kecenderungan, maka ajaran-ajaran praktikal dan seni kelakuan manusia akan tergambar dengan baik.[13]
Dengan memperhatikan makna agama dan kebudayaan, dengan menyemak tujuan-tujuan keduanya serta peranannya, kemajuan agama dan kebudayaan, noktah umum yang terdapat di antara keduanya, maka kita dapat sampai pada kesimpulan bahawa: Agama dan kebudayaan senantiasa memiliki hubungan berkelindan, interaksi yang tak terpisah antara satu dengan yang lain. Sebagaimana agama, peradaban dan kebudayaan manusia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia, kebudayaan juga membantu manusia dalam kehidupan rasionalnya untuk memberdayakan apa yang harus dan layak dilakukan manusia dalam seluruh aktiviti kehidupan material dan spiritual yang bersandar pada model berfikir secara rasional yang benar dan perasaan transendental. Dengan menunjukkan tiga sistem agama dan kebudayaan, ianya juga dapat menjadi faktor perubahan membayangi lintasan perjalanan manusia menuju kepada kesempurnaan dan kematangan.[14][]
[1]. Silakan lihat indeks-indeks berikut: Definisi Agama, pertanyaan 1 (site:199); Tingkatan-tingkatan Agama, pertanyaan 2, (site: 200); Ilmu, akal dan agama, pertanyaan 13356, (site: 13292); dan juga, Mabani Kalami Ijtihad, Mahdi Hadawi Tehrani, hal. 383-391; Wilâyat wa Diyânat, Mahdi Hadawi Tehrani, hal. 15-22; Bâwar-hâ wa Pursesy-hâ, Mahdi Hadawi Tehrani, hal. 16-17.
[2]. Abdullah Jawadi Amuli, Syariat dar ‘Ainiye Ma’rifat, hal. 93, cetakan 1372; Mirza Abul Hasan Sya’rani Ra, Natsar Tuba (Dairat al-Ma’ârif Lughat al-Qur’ân); Mufradât Raghib, klausul, agama.
[3]. Munasibât Din wa Farhang dar Jâme’e Irân, jil. 1, hal. 60.
[4]. Ibid, jil. 2, hal. 153.
[5]. Ibid, jil. 1, hal. 61-62.
[6]. Ibid, jil. 2, hal. 154.
[7]. Ibid.
[8]. Jâme’e wa Farhang, jil. 1, hal. 432.
[9]. Al-Mizan, jil. 12, hal. 151.
[10]. Mahdi Hadawi Tehrani, Bawar-ha wa Pursesy-ha, hal. 45-58.
[11]. Muhammad Ridha Kasyifi, Din wa Farhang, nukilan dari Munasibât-e Din wa Farhang, jil. 1, hal. 177.
[12]. Munasibât-e Din wa Farhang, jil. 1, hal. 179.
[13]. Muhammad Ridha Kasyifi, Din wa Farhang, nukilan dari Munasibât-e Din wa Farhang, jil. 1, hal. 177.
[14]. Lihat indeks, Agama dan Kebudayaan, pertanyaan 250 (site: 1974)