Pada masa kekuasaan Imam Zaman Ajf, perkara semacam itu tidak mungkin terjadi. Kerana keruntuhan yang dialami oleh para penguasa itu disebabkan kezaliman, kekejaman dan penyimpangan mereka dari prinsip-prinsip keadilan atau disebabkan kerana penipuan mereka dan kedengkian masyarakat terhadap pemerintahan. Faktor-faktor seperti itu tidak mungkin terjadi pada masa kekuasaan Imam Mahdi ajf.
Runtuh dan jatuhnya sebuah pemerintahan boleh terjadi kerana dua faktor:
a). Tunjang-tunjang setiap pemerintahan itu akan runtuh disebabkan kerana kezaliman, kejahatan dan jauh menyimpang dari jalan yang benar dan adil. Akibatnya rakyat akan melakukan pemberontakan terhadapnya atau kerana adanya serangan dari luar terhadapnya yang pada akhirnya pemerintahan tersebut mengalami keruntuhan. Di sepanjang perjalanan sejarah, banyak kekuasaan mengalami keruntuhan disebabkan faktor tersebut. Contohnya pada masa kekuasaan Islam, kekuasaan Bani Umayyah mengalami keruntuhan kerana kezaliman, kejahatan dan tidak berlaku adil terhadap rakyatnya, sehingga akhirnya kekuasaan Bani Abbasiyah dapat menggulingkannya atau kekuasaan Bani Abbasiyah yang tumbang akibat serangan pasukan Mogol atau kekuasaan Sasani di Iran yang pasrah menyerah setelah mendapat serangan hebat dari pasukan Islam. Ini adalah kerana kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh para penguasa pada masa itu, telah mencapai pada tahap kemuncak sehingga rakyat pun merasa jemu untuk melakukan pembelaan. Bahkan sebaliknya, mereka berusaha mencari perlindungan agar dapat bebas dari kezaliman dan kejahatan oleh para pemerintah. Begitu pula terjadinya revolusi Islam di Iran dan runtuhnya kekuasaan kerajaan beraja di Iran dan kebangkitan rakyat untuk menggulingkan mereka.
Di sepanjang sejarah, seluruh pemerintahan dan kekuasaan yang zalim mengalami kondisi seperti itu. Ertinya kekuasaan mereka itu jatuh kerana kudeta atau kerana serangan dari luar dengan alasan kerana terjadinya kekacauan dalam negeri dan kedengkian rakyat yang pada akhirnya kekuasaan itu pasrah dan tumbang.
b). Faktor lain yang menyebabkan jatuhnya sebuah pemerintahan adalah provokasi yang dilancarkan oleh mediamasa terhadap rakyat sehingga mereka merasa muak terhadap pemerintah. Hal itu sebagaimana terjadi pada masa khilafah Amirul mukminin Ali bin Abi Thalib As. Provokasi yang sangat hebat para penentang dan berbagai serangan yang dilancarkan terhadap Hazrat As, tidak memberikan kesempatan kepada rakyat untuk dapat berpikir dengan baik. Dan ditambah lagi dengan banyak penyimpangan yang terjadi di dalam masyarakat ketika itu, menyebabkan Hazrat As tidak mahu menerima tampuk kekuasaan –ketika ditawarkan kepadanya-. Hazrat As tahu bahawa para pemuka masyarakat ketika itu, sudah begitu jauh menyimpang sehingga sangat sulit sekali untuk menegakkan keadilan di tengah-tengah mereka. Rakyat pun, oleh kerana telah jauh menyimpang dari kebenaran ajaran Islam yang murni, tidak menunjukkan sebarang penentangan terhadap provokasi negatif tersebut.[1] Hingga pada akhirnya Hazrat As meneguk madu syahadah dan masa khilafahnya pun berakhir.
Adapun pada masa pemerintahan Imam Zaman Ajf hal itu tidak akan terjadi. Kerana pada masa khilafah beliau, rakyat telah mencapai kesadaran berfikir yang tinggi dan kemajuan dalam ilmu pengetahuan. Di zaman Hazrat Ajf, tunggak kekuasaan yang satu dan semua propaganda dan media masa akan berada di bawah kekuasaannya. Seluruh ajaran Islam, diantaranya adalah “amar makruf” dan “nahi mungkar”, dapat dijalankan dengan baik. Oleh kerana itu, kudeta, pemberontakan dan kedengkian rakyat tidak akan terjadi terhadap pemerintahannya. Dengan penjelasan ini, masalah kedua (penipuan dan kecurangan terhadap rakyat) juga tidak akan akan terjadi.
Benar, walaupun syaitan-syaitan di zaman pemerintahan Hazrat Ajf masih tetap aktif melakukan bisikan dan kejahatan dan sebagian masyarakat juga akan tertipu dengan tipu dayanya.[2] Tetapi kebanyakkan rakyat, sebagaimana telah dijelaskan di atas, telah mengetahui jalan yang benar, sehingga mereka tidak mungkin akan tertipu dan tidak merasa jenuh dan muak terhadap pemerintahan Hazrat Ajs.
[1]. “Ali az Zaban-e 'Ali ya Zandegani Amirul Mukminin 'Ali As”. M/S: 160-164. Dr. Syed Muqaddam Syahidi. Pusat penyebaran budaya Islam, 1379,. “Sirah Siyasi wa Ijtimai Imam 'Ali As”. M/S: 51-76. Syed Sa'id Lawasani. Pusat Kajian Universiti Azadi Islami, 1380.
[2] . Untuk mengetahui secara ringkas sila rujuk kitab-kitab ini : “Pemerintahan universal Imam Mahdi As”. Nashir Makarim Syirazi, “Mahdi Inqilâb-e Buzurgh”, Ibrahim Aminni. “Dadgâstari Jahân”, Hadi Kamil Sulaiman dan kitab: “Ruzgâr-e Rahâi” terjemahan 'Ali Akbar Mahdi Pur, Jilid : 2.