Dalam hidup ini, seringkali kita temukan diri kita berada di jalanan seorang sendiri. Satu perjalanan yang kita tidak mempunyai pilihan selain bergerak ke hadapan. Jalan yang tetap yang telah ditentukan sebelumnya dalam kehidupan kita; iaitu perkara-perkara seperti suku, bangsa, keluarga, ketinggian tubuh badan dan sebagainya. Dan sebaliknya, seringkali juga kita temui diri kita bingung dalam kehidupan ini, apabila menghadapi banyak jalan dihadapan. Pertanyaan pertama yang muncul dalam fikiran kita adalah, apa yang harus kita lakukan? Dan jalan mana yang harus kita pilih?
Benar, perkataan-perkataan seperti : “yang mana satu”, “kenapa” dan “apa” adalah pilihan yang terbaik kita.
Adapun yang berhubungan dengan wilayah pilihan manusia, harus dikatakan bahawa, kita bukanlah sebagai kausa mutlak dalam menentukan keberadaan perbuatan kita sendiri, dan tidak pula kita dalam kondisi terpaksa dan tidak mempunyai sebarang peranan di situ. Bahkan, walaupun diri kita juga adalah salah satu daripada penyebab-penyebab yang tak sempurna terhadap perbuatan tersebut di luar, tetapi jika penyebab yang tidak sempurna itu -iaitu; keinginan kita terhadap perbuatan tersebut- tidak ada, maka perbuatan kita itu tidak akan membuahkan hasil –tidak akan terjadi-.
Perbuatan yang dikerjakan oleh manusia, merupakan salah satu fenomena-fenomena kejadian alam, kejadiannya adalah seperti fenomena-fenomena alam -yang lain- yang tergantung sepenuhnya kepada faktor sebab -ellat-. Sedia maklum bahawa manusia adalah sebagian dari makhluk ciptaan alam dan mempunyai hubungan kewujudan dengan anggota alam yang lain, dan anggota lain juga akan memberi kesan kepada perbuatannya.[1] Contohnya sepotong roti yang dimakan oleh seseorang, maka untuk melakukan perbuatan ini, anggota seperti tangan, kaki, mulut, ilmu, tenaga dan keinginan turut diperlukan. Selain itu, roti tersebut harus juga ada di tangannya dan tiada sebarang penghalang. Begitu juga, kondisi-kondisi lain turut diperlukan, seperti waktu dan tempat untuk melakukan pekerjaan tersebut. Apabila salah satu dari dari syarat-syarat di atas tidak terpenuh, maka pekerjaan itu tidak akan terlaksana. Dengan terpenuhnya semua syarat-syarat tersebut (terwujud sebab sempurna), pasti pekerjaan itu juga akan terjadi.[2] (sebab sempurna ialah terpenuhnya seluruh sebab dan syarat untuk terlaksananya sesuatu pekerjaan atau terjadinya sesuatu kejadian).
Tuhan Yang Maha Besar adalah pemilik –kewujudan- kita semua. Dia berkehendak bahawa perbuatan yang dilakukan oleh manusia secara ikhtiar –pilihan-nya hanya terjadi dengan kehendak-Nya sahaja; iaitu, ketika sesuatu peristiwa hendak terjadi, ia memerlukan lima syarat dan sebab. Salah satunya adalah pilihan dan keinginan manusia. Contohnya untuk menyalakan sebuah lampu haruslah lengkap seluruh keperluan utamanya, seperti suis, wayar, mentol, kotak pembaca meter elektrik, kabel elektrik yang bersambung ke pusat penjana kuasa elektrik dan arus elektrik di dalam wayar.
Salah satu sebab menyalanya lampu adalah dengan menekan suisnya. Dalam perumpamaan ini, semua syarat-syarat perbuatan yang berada di bawah ikhtiar kita telah tersedia. Menekan suis lampu adalah di bawah ihktiar kita, dan Allah SWT berkehendak bahawa selagimana manusia tidak menekan suis lampu tersebut dengan ikhtiarnya, maka lampu tersebut tidak akan menyala.
Kemestian –wajib- terjadinya sesuatu perbuatan berhubungan dengan seluruh anggota sebab sempurnanya (iaitu apabila syarat-syarat menjadi sempurna untuk terjadi sesuatu perbuatan, maka wajib terjadinya perbuatan tersebut. Syarat-syarat sempurna ini dipanggil Illat Tammah), tidak bertentangan dengan hubungan imkan (dia boleh melakukannya dan boleh meninggalkannya) seseorang yang merupakan salah satu dari anggota sebab sempurna -dengan perbuatannya-.
Benar, pada contoh di atas menunjukkan bahawa apabila sudah sempurna seluruh syarat dan sebab –sesuatu perbuatan-, maka lampu itu akan menyala dan dapat menerangi. Akan tetapi persoalannya: apakah menekan suis lampu oleh seseorang, juga wajib (iaitu dia tiada pilihan untuk tidak melakukannya). Atau ia mumkin (iaitu dia masih ada pilihan samada menekannya atau tidak)? Jawapannya jelas, bahawa apabila seseorang berkeinginan untuk menekan suis lampu –pasti dia boleh melakukannya-, maka seluruh sebab dan syarat itu akan menjadi sempurna dan lampu tersebut akan menyala. Dan hubungan diantara keinginannya dengan tiada keinginannya dalam pekerjaan ini adalah hubungan imkan (hubungan kedua-duanya adalah sama; iaitu hubungan perbuatannya dengan dirinya diantara melakukannya dengan tidak melakukannya adalah sama. Iaitu dia boleh melakukannya dan juga boleh meninggalkannya). Maka itu, perbuatan manusia adalah -diperingkat- imkan; iaitu setiap perbuatan berada di bawah ikhtiarnya -pilihannya-. Kemestian terwujudnya sesuatu perbuatan berhubungan dengan keseluruhan sebab sempurna, tidak akan menyebabkan wajibnya sesuatu perbuatan berhubungan dengan seseorang insan yang merupakan salah satu daripada anggota sebabnya.
Orang-orang yang berfikiran sederhana pun akan menerima pandangan ini. Karena kita menyaksikan bahawa manusia dengan fitrah yang telah diberikan oleh Tuhannya mampu membezakan antara makan dan minum, pergi dan datang, sihat atau sakit serta besar dan kecil. Bahagian pertama berhubungan langsung dengan kehendak dan pilihan manusia. Dengan adanya ikhtiar tersebut, ia boleh diperintah dan dilarang, dipuji dan dikecam. Berbeza dengan bahagian kedua yang memang tidak berhubungan dengan tanggung jawabnya.
Di dalam mazhab Ahli Sunnah berkenaan dengan perbuatan manusia, terdapat dua mazhab yang terkenal. satu kelompok meyakini bahwa perbuatan manusia itu tidak akan keluar dari keinginan Tuhan. Menurut mereka, manusia terpaksa dalam semua perbuatannya dan sama sekali mereka tidak memiliki pilihan dalam perbuatannya. Kelompok kedua meyakini bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam perbuatannya dan sama sekali tiada hubungan sedikitpun dengan kehendak Tuhan dan keluar dari batasan ketentuan-Nya. Sedangkan, berdasarkan ajaran Ahlul Bait Rasulullah Saw, yang selaras dengan kandungan al-Qur’an, mengatakan bahawa manusia mempunyai pilihan dalam perbuatannya, tetapi dalam masa sama ia tidak bebas -independent- , bahkan Allah Swt berkehendak bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia mestilah mempunyai pilihan. Dengan kata lain, Allah Swt menginginkan dan mewajibkan kejadian sesuatu perbuatan adalah berdasarkan kepada faktor sebab sempurna yang mana salah satunya adalah keinginan dan pilihan manusia itu sendiri.
Kesimpulannya bahawa perbuatan menjadi wajib jika dinisbahkan kepada semua anggota sebabnya –Illat Tammah-, sedangkan hubungannya dengan seseorang insan yang merupakan salah satu daripada anggotanya adalah hubungan imkan[3]. (iaitu sesuatu perbuatan jika syarat dan sebabnya sudah sempurna maka wajib terjadi perbuatan tersebut, sedangkan iradah seorang insan yang merupakan salah satu daripada syarat dan sebab perbuatan tersebut terjadi, boleh sahaja terjadi dan boleh sahaja tidak terjadi -possible- dan ia berada di bawah ikhtiar insan)
Buku-buku penting yang membahas masalah ini di antaranya:
- Insân Syenâsi. Fasal kelima dan keenam. Mahmud Rajabi.
- Amuzesy-e Falsafeh. J:2, Pelajaran 69. Taqi Misbah Yazdi,
- Adl Ilahi, Murtadha Mutahari.
[1] . Kadang-kala satu sebab atau cause adalah sebagai syarat sempurna bagi wujud akibat –ma’lul-, dan wujud akibat bergantung kepada wujud sebab untuk ada. Dengan kata lain, dengan adanya faktor sebab, maka wujud akibat adalah wajib dan pasti, yang mana sebab ini dipanggil sebab sempurna, dan kadang-kala satu sebab tidak mencukupi untuk mewajibkan adanya akibat,walaupun akibat tidak boleh ada tanpanya. Bahkan ia memerlukan kepada satu sebab atau beberapa sebab yang lain untuk mewajibkan adanya akibat. Sebab ini dipanggil sebab tidak sempurna –Illat Naqisah-
[2] . Syi’ah dar Islam, Allah Thabathabai, M/S:79
[3] . Ibid, M/S:79