Carian Terperinci
Pengunjung
14930
Tarikh Kemaskini 2011/10/22
Ringkasan pertanyaan
Mengapakah hanya nama sebahagian kecil para nabi disebutkan di dalam al-Qur'an?
soalan
Mengapakah hanya nama sebahagian kecil para nabi disebutkan di dalam al-Qur'an?
Jawaban Global

Al-Qur'an bukanlah kitab sejarah, sirah atau mu'jam seseorang sehingga kita boleh mengkaji riwayat hidup para nabi dan menyenarai nama-nama mereka di dalamnya. Al-Qur'an merupakan kitab petunjuk, pengajaran, tarbiyah, penyucian dan peringatan. Matlamat ini boleh dicapai dengan sekadar menyebut sebahagian nama dan riwayat hidup para nabi yang hidup sebelumnya serta menyebutkan beberapa kisah tentang manusia-manusia sempurna.

 

Apabila perlu disebutkannya secara lebih di dalam al-Qur'an, maka ia pasti akan sebutkan. Dengan kata lain, al-Qur'an berkedudukan mengajar dan mendidik dengan menggunakan potongan-potongan sejarah sebagai sunnah Ilahi (falsafah Tarikh) dan “noktah serta hikmah” sehingga matlamat daripada pengajaran itu masuk ke dalam jiwa manusia yang membacanya, serta memberikan pengaruh kuat dan berkekalan bagi manusia.

 

Misalnya nama Nabi Musa (a.s) disebutkan sebanyak lebih dari seratus kali dalam al-Qur'an, dan kisahnya terdapat dalam 28 surah, namun ia hanya menyebutkan hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan kisah, manakala catatan seperti tarikh lahir, tempat dan bagaimana Nabi Musa (a.s.) wafat tidak pernah sekali pun disebutkan. Ini disebabkan al-Qur'an hanya memfokuskan pada faktor penting pembentukan manusia melalui penuturan kisah-kisah dan sejarah.

Jawaban Detil

Sesuai dengan firman Allah (s.w.t) dalam  al-Qur'an surah al-Nisa ayat 163-164 dan surah Ghafir ayat 78, terdapat kisah-kisah daripada sebahagian para nabi yang berjumlah 25 orang, sedangkan kisah-kisah sebahagian besar nabi lainnya tidak disebutkan.

 

Merujuk kepada al-Qur'an, secara zahir kita boleh menyaksikan bahawa sejarah para nabi ini tidak diuraikan secara terperinci, seperti kisah Nabi Musa (a.s.), kisah Nabi Isa (a.s.), dan kisah Nabi Ibrahim (a.s.), semua kisah-kisah mereka hanya disebutkan sedikit sahaja, sedangkan sebahagian riwayat menyebutkan bahawa jumlah para nabi itu mencapai 124.000, dan dan jumlah para rasul itu mencapai sebanyak 313 orang.[1]

 

Misalnya nama Nabi Musa Kalimullah disebut lebih dari seratus kali dalam al-Qur'an dan kisahnya disebut dalam 28 surah, akan tetapi ia hanya berkaitan dengan kisah ringkas sahaja, sedangkan seperti catatan tarikh lahir dan tarikh wafatnya, tidak pernah sekali pun disebutkan. Hal ini disebabkan al-Qur'an hanya memfokuskan pada penjelasan yang dianggap penting dan perlu sebagai upaya terhadap pembentukan mentaliti manusia.

 

Kehadiran al-Qur'an dan Rasulullah SAWW adalah untuk memandu manusia kepada matlamat kebahagiaan dan kesempurnaan sebenar hidup di dunia, sehingga manusia dapat beroleh kebahagiaan dan mencapai darjat kemuliaan untuk menjadi seorang khalifatullah di muka bumi ini.

 

Penyebutan sejarah dan kisah-kisah dalam al-Qur'an bertujuan untuk menambah daya pikat manusia sehingga berpengaruh lebih besar bagi pembentukan jiwa dan mental mereka dengan ajaran-ajaran ilahi, penuturan kisah dalam al-Qur'an bertujuan supaya makna kesempurnaan dan kemuliaan bertahan lama dan berkekalan dalam jiwa manusia, kerana itu adanya kisah-kisah para nabi dalam al-Qur'an bertujuan sebagai berikut:

 

1.     Menjelaskan jenis undangan dan seruan para nabi, dalam menjelaskan matlamat umum para nabi iaitu beribadah kepada Allah (s.w.t) dan meninggalkan Thagut.[2]

2.     Menjelaskan senarai sikap manusia di hadapan para nabi dan mengkaji beberapa alasan dan faktor penting serta juga hasil-hasilnya.

3.     Perlawanan para nabi dengan bermacam khurafat, penyimpangan dan juga menentang para pelaku kezaliman.

4.     Perlawanan orang-orang beriman terhadap para pelaku kezaliman.

5.     Menjelaskan ajaran Ilahi yang diturunkan kepada seluruh manusia dan kekekalannya dalam setiap masa dan zaman kehidupan manusia.[3]

 

Matlamat kisah al-Qur'an di atas dimaksudkan adalah sebagai berikut:

 

1.     Bimbingan dan pengajaran melalui kisah yang memiliki nasihat, ajaran para nabi dan juga pelajaran dari umat-umat terdahulu yang menentangnya, serta menjadikan pengajaran dan pendidikan mereka bagi manusia menurut ajaran dan pedoman al-Qur'an.

2.     Membina diri dengan ajaran al-Qur'an, serta menjadikan diri manusia sebagai salah seorang pelaku sejarah dengan mendalami tokoh yang tersebut dalam al-Qur'an.

3.     Menghapus bermacam keraguan dan penyimpangan sejarah sebahagian para nabi dan mensucikan mereka dari bermacam tuduhan yang tidak benar oleh kaum Yahudi, seperti tuduhan mereka kepada Uzair sebagai putera Tuhan, demikian pula kaum Masihi yang meyakini Isa al-Masih (a.s.) sebagai putera Tuhan,[4] atau tuduhan lainnya dengan menganggap Nabi Musa (a.s.) adalah sebagai seorang pembunuh.[5]

4.     Menghibur Nabi Muhammad (s.a.w) dan kaum mukminin untuk tetap konsisten di jalan ilahi serta memperkuat kesabaran mereka ketika berhadapan dengan para musuh sehingga membuat mereka takut untuk melakukan perbuatan tidak terpuji.[6]

 

Dengan menyebut sebahagian kisah dalam al-Qur'an, maka matlamat ajaran ilahi telah tercapai, di sisi lain sebuah ungkapan yang terkenal menyebutkan "Satu genggaman tangan adalah seperti satu jarak yang jauh". Kerana itu, ketika kita dapat mengetahui kehidupan sebahagian manusia daripada umat-umat terdahulu, kita boleh mengambil perbandingan dan pelajaran untuk umat-umat masa kini dan masa yang akan datang. Kerana itu janganlah kita melakukan kesalahan yang sama seperti kesalahan yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu.

 

Disamping itu, para nabi Allah (s.w.t) memiliki darjat dan tingkatan yang berbeza-beza.[7] Sebahagian daripada mereka hanyalah sebagai penyampai risalah agama Allah (s.w.t), di mana pada saat yang sama ada para nabi lain yang hidup semasa dengannya, misalnya dakwah yang disampaikan oleh Nabi Luth (a.s.), dakwah nabi Ya'qub (a.s.), dakwah nabi Ishaq (a.s.), dakwah nabi Ismail (a.s.) yang mengajarkan ajaran yang disampaikan oleh nabi Ibrahim (a.s.), dan nabi-nabi Bani Israil yang merupakan penyampai ajaran yang disampaikan oleh nabi Musa (a.s.). Boleh jadi mereka secara sembunyi-sembunyi menyampaikan risalah dakwah yang tidak diketahui dalam sejarah serta tidak diketahui kedudukannya kerana tidak tercatat dalam mana-mana kitab, sama ada dalam agama Yahudi, ataupun dalam agama Masihi.[8]

 

Hal yang lain adalah adalah kerana majoriti para penentang Nabi Muhammad (s.a.w) adalah berasal dari kalangan Bani Israil, dan peristiwa yang dialami kaum muslimin banyak kesamaan dengan peristiwa yang dialami oleh kaum Yahudi. Kisah Nabi Musa (a.s.) lebih banyak disebutkan dalam al-Qur'an dan dijelaskan secara terperinci, sehingga sempurnalah hujjah bagi kaum Yahudi yang menentang ajaran ilahi sebagai pelajaran bagi kaum muslimin.

 

Terakhir, ada baiknya kita pertimbangkan pembahasan ini bahawa walau pun dengan melihat kisah-kisah para nabi dan umat-umat terdahulu, kita yang tinggal di belahan bumi Asia dan Timur Dekat dapat juga mengambil pelajaran dari kisah mereka, dan menjadikan ajaran al-Qur'an sebagai pedoman dalam kehidupan kita.

 

Dengan itu, boleh jadi ada juga nabi-nabi yang diutus ke bumi Eropah yang tidak disebutkan nama dan kisah kehidupan mereka dalam al-Qur'an, kisah-kisah dakwah mereka sama ada diterima ataupun ditolak, sama sekali tidak pernah dikenal oleh masyarakat Timur dan Timur-Tengah, sehingga masyarakat Hijaz dan daerah-daerah Timur-Tengah lainnya, tidak wujud dalam mana-mana karya mereka dan mengambil pelajaran darinya.

 

Kesimpulannya, tidak ada informasi sejarah bukan bererti tidak ada peristiwanya, dan ini merupakan sebab yang boleh menghalangi mengapa sebahagian nama-nama para nabi tidak disebutkan dalam al-Qur'an.[9] Akan tetapi dari sisi pengaruh keadaan, sama ada tempat ataupun masa dalam menyampaikan ajaran al-Qur'an, adalah salah satu perbahasan yang memerlukan kajian berasingan. Untuk menghindari dari pembahasan yang panjang, kami persilakan anda untuk merujuk kepada buku-buku sumber berikut.[10][]

 

Sumber rujukan untuk bacaan lebih jauh:

 

1.     Al-Qur'an.

2.     Tafsir Tasnim, Abdullah Jawadi Amuli, jil. 1, hal. 39-52.

3.     Sirah Payâmbarân dar Qur'ân, Abdullah Jawadi Amuli, jil. 6 & 7, Isra, cetakan kedua, 1379, Qum.

4.     Dars Nâme-ye 'Aqâid, 'Ali Syirwani, hal. 164, Markaz Jahani 'Ulum-e Islami, cetakan pertama, 1374, Qum.

5.     Al-Mizân, Muhammad Husain Thabathabai, jil. 6, hal. 146, jil. 17, hal. 354, Jamia al-Mudarrisin Hauzah Ilmiyah Qum.

6.     Âmuzesy-e 'Aqâid, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, jil. 1-2, pelajaran 29, hal. 281, Sazeman-e Tablighat-e Islami, cetakan ke-enam, 1370, Tehran.

7.     Ma'ârif al-Qur'ân, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, hal. 17, 21-22 dan hal-hal. 58-153.

8.     Ta'ammulât dar 'Ilm Ushul Fiqh, Mahdi Hadawi Tehrani, kitab pertama, Daftar-e Charum.



[1]. Bashâir al-Darâjat, hal. 121, al-Khisâl, hal. 300 & 641 (Dinukil dari Râh wa Râhnemâsyinâsi, hal. 17), Bihâr al-Anwâr, jil. 11, hal. 30, 32, dan 41.

[2]. "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thagut itu.” Lalu di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang telah dijerat oleh kesesatan. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (para rasul)." (Qs. Al-Nahl [16]:36)

[3]. "Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu (pada perang Badar) juga mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami mempergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya Dia menjadikan sebahagian kamu sebagai saksi. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim." (Qs. Ali Imran [3]:140)

[4]. "Orang-orang Yahudi berkata, “‘Uzair itu putra Allah”, dan orang-orang Nasrani berkata, “Al-Masih itu putra Allah.” Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka. Mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Allah memerangi mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?" (Qs. Al-Taubah [9]:30)

[5]. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa; maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan dia adalah seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah." (Qs. Al-Ahzab [33]:69)

[6]. "Dan Kami menceritakan kepadamu setiap kisah dari kisah-kisah para rasul, kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam kisah-kisah ini telah datang kepadamu kebenaran serta nasihat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman." Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman, “Berbuatlah menurut sekuat tanagamu; sesungguhnya kami pun berbuat (pula). Dan tunggulah (akibat perbuatanmu); sesungguhnya kami pun menunggu (pula).” (Pengetahuan tentang rahsia) yang ghaib di langit dan di bumi hanyalah kepunyaan Allah, dan kepada-Nya-lah dikembalikan seluruh urusan. Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan." (Qs. Hud  [11]:120-123)

[7]. "Dan Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya telah Kami utamakan sebahagian nabi-nabi itu atas sebahagian (yang lain), dan kami berikan Zabur kepada Dawud.") Qs. Al-Isra [17]:55); "Dan itulah hujah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya. Kami tinggikan siapa yang Kami kehendaki beberapa darjat. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dan Kami telah menganugerahkan Ishaq dan Ya‘qub kepada Ibrahim. Kepada keduanya masing-masing telah Kami beri petunjuk; dan kepada Nuh sebelum itu (juga) telah Kami beri petunjuk, dan kepada sebahagian dari keturunan Nuh, yaitu Dawud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik, dan (begitu juga) Zakaria, Yahya, Isa, dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang saleh. dan (begitu juga) Ismail, Ilyasa‘, Yunus, dan Luth. Masing-masing Kami lebih utamakan atas umat semesta alam, (dan Kami lebih utamakan pula) sebahagian dari nenek moyang, keturunan, dan saudara-saudara mereka. Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi dan rasul) dan Kami memberikan petunjuk kepada mereka ke jalan yang lurus. Itulah petunjuk Allah. Dengan petunjuk ini Dia memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya yang Dia dikehendaki. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah amalan yang telah mereka kerjakan. Mereka itulah orang-orang yang telah kami berikan kitab, kekuasaan, dan kenabian kepada mereka. Jika (seandainya) mereka mengingkarinya, maka (agama Allah tidak akan libur dan) Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah, “Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Qur’an). Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan untuk umat semesta alam.”  (Qs. Al-An'am [6]:83-90); "Rasul-rasul itu Kami lebih utamakan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berbicara (langsung) dengannya dan sebahagian yang lain Allah meninggikannya beberapa derajat. Dan Kami menganugrahkan kepada Isa putra Maryam tanda-tanda (kebesaran Kami) yang jelas serta Kami memperkuatnya dengan Rûhul Qudus." (Qs. Al-Baqarah [2]:235)

[8]. Allamah Thathabai, Al-Mizân, jil. 6, hal. 146, jil. 7 hal. 354 dan juga 'Ali Syirwani, Dars Name-yeh 'Aqâid, hal. 164.

[9].   Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Tasnim, jil. 1, hal-hal. 39-52

[10]. Mahdi Hadawi Tehrani, Taammulât dar 'Ilm Ushul Fiqh, Kitab-e Awwal, daftar-e Charum.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah Nabi (s.a.w) mati syahid?
    12577 تاريخ بزرگان 2011/05/10
    Banyak dalil yang termaktub dalam kitab-kitab hadis dan sejarah, baik Syiah atau pun Sunni yang menegaskan hal ehwal kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Namun noktah berikut ini juga harus diperhatikan bahawa apabila kesyahidan kita definisikan dengan makna terbunuh di jalan Allah dan rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an, ...
  • Dimanakah letak kebahagiaan dan kesempurnaan manusia?
    14006 Akhlak Teori 2011/01/01
    Jawapan lengkap untuk pertanyaan ini berada dalam ruang lingkup jawapan terhadap dua pertanyaan asasi berikut ini:1.     Apa erti kebahagiaan? Apakah kebahagiaan tersebut terpisah dari kesempurnaan atau tidak?
  • Apakah agama itu satu atau banyak?
    8088 Teologi Baru 2013/01/08
    Jikalau maksud agama ialah sekumpulan akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan yang diturunkan daripada Allah (s.w.t) kemudian disampaikan kepada orang ramai dengan perantara para nabi, maka dalam bentuk ini semua agama merupakan sebuah perkara yang satu. Perbezaan di antara agama dalam arahan-arahan juzuknya hanyalah perubahan yang selaras dengan ...
  • Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
    10766 Teologi Klasik 2012/03/08
    Hendaklah kita sedari walaupun nama para Imam Maksum (a.s) tidak ditampilkan secara jelas di dalam Al-Qurʻan, namun sabda-sabda Nabi (s.a.w) telah menyebut secara terang-terangan nama para Imam Maksum (a.s) khususnya Ali bin Abi Talib (a.s) di mana beliau adalah miṣdāq (eksternal) jelas bagi hadis Al-Ghadīr; iaitu pengumuman ...
  • Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
    7243 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah syurga dan neraka sekarang ini wujud?
    18661 Teologi Klasik 2011/04/19
    Menurut ayat dan riwayat, syurga dan neraka yang dijanjikan, sekarang ini ada kewujudannya. Dan pada hari kiamat kelak ia akan ditunjukkan secara sempurna dan manusia akan ditempati di kediaman abadinya masing-masing, sesuai dengan amal perbuatan, keyakinan, dan keikhlasan mereka. Terdapat sudut lain yang dapat digambarkan (tentang syurga dan ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31688 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    16914 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Seorang pesakit untuk mendapatkan kesembuhan apakah harus merujuk kepada seorang dokter, atau harus memakan turbah Sayid al-Syuhada Imam Husain a.s. atau memanjatkan doa?
    8181 Teologi Klasik 2011/01/01
    Ketiga-tiga perkara ini, masing-masing boleh menjadi faktor sebab yang berbeza untuk  menyembuhkan pesakit dan ia juga boleh bergabung (di dalam menyembuhkan). Akan tetapi sebaiknya doa (hubungan dengan Tuhan dan permintaan langsung kepada-Nya) terjadi dengan seluruh perbuatan kita, diantaranya ia disertai dengan salah satu dari kedua-dua (berubat ...
  • Apakah peranan perantara (wasilah) dalam mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t)?
    21199 Teologi Klasik 2013/02/16
    Wasilah (perantara) memiliki makna yang sangat luas di mana ia meliputi setiap pekerjaan dan setiap sesuatu yang menyebabkan pendekatan kepada Tuhan. Alam semesta yang kita huni ini adalah alam yang berpijak di atas sistem sebab dan akibat, sebab dan musabab yang dicipta untuk memberikan petunjuk, membangunkan dan ...

Populer Hits