Please Wait
16177
Tiada satu pun manfaat dan tiada satu pun ibadah seorang makhluk sama ada yang memiliki pilihan atau tidak boleh menambah sesuatu atau mengurangi sesuatu apa pun daripada diri Tuhan! Akan tetapi ibadah yang dilakukan dengan pilihan bermanfaat untuk mencapai kesempurnaan seorang hamba dan meningkatkan darjat dan kedekatan kepada Tuhan. Namun ibadah yang dilakukan bukan dengan kebebasan atau terpaksa seperti ibadah yang dilakukan para malaikat, maka ibadah ini berasaskan penyaksian (syuhud) terhadap Tuhan, Allah (s.w.t), bukan kerana sebab keperluan Tuhan terhadap ibadah ini.
Malaikat-malaikat adalah makhluk yang tidak boleh dilihat (metafizikal). Jalan untuk menetapkan dan membuktikan kewujudannya adalah hanya melalui wahyu sahaja, dan kita menerimanya tanpa mengetahui alasannya, dan seorang yang beriman dan ikhlas dari kalangan nabi dan wali mungkin saja dapat mengetahuinya.
Malaikat bukanlah benda sampai memiliki bentuk sehingga dapat digambarkan. Benar bahawa malaikat kadangkala menjelma dalam bentuk manusia dan manusia melihatnya tetapi mereka bukanlah manusia, manusialah yang diberikan kuasa untuk melihatnya seperti yang dialami Maryam (a.s)[1] atau datangnya malaikat sebagai tetamu kepada Nabi Ibrahim (a.s)[2] atau Nabi Luth (a.s)[3] dan juga datangnya Malaikat Jibril ke hadapan Rasulullah (s.a.w) dalam bentuk peribadi Dahya Kalbi.
Kita mengetahui bahawa yang dimaksud dengan batasan itu banyak macamnya, tentu sahaja sesuai dengan jenis kewujudan mereka. Kerana itu, sebahagian daripada mereka adalah pelaksana azab di dunia dan sebahagian pelaksana azab di alam barzakh dan sebahagian lainnya pelaksana azab di akhirat.
Sebahagian malaikat itu adalah pencatit segala amal perbuatan manusia dan sebahagian lainnya pencatit segala ketentuan Ilahi, sebahagian pengatur segala urusan dan sebahagian lainnya bertugas untuk menurunkan wahyu, ada yang menyampaikan ilham, ada sebagai penjaga dan pembantu orang-orang beriman, ada sebagai pelaksana perintah dan titah Tuhan, dan ada pelaksana perintah kepada malaikat yang lebih tinggi darjatnya, ada sebahagian pembahagi rezeki, ada bertugas untuk menurunkan hujan, ada bertugas mencabut nyawa; ada daripada para malaikat itu yang pekerjaannya sentiasa bersujud, ada pula yang pekerjaannya semata rukuk dan sebahagian lainnya bertasbih dan bertahmid, sebahagian lainnya bertawaf sekeliling Ka’bah atau menyaksikan orang-orang beriman yang bertawaf dan berziarah; sebahagian lainnya sibuk dengan istighfar dan memberikan syafa’at kepada orang-orang beriman dan orang-orang Syi'ah Ali (a.s). Sebahagian lainnya dalam menyokong melaknat dan mengecam orang-orang kafir, musyrik, munafik dan orang-orang yang menentang Âllah (s.w.t), demikianlah sehingga masing-masing dari tugas dan kedudukan ini jelas dan mereka tidak mampu untuk melanggar tugas yang diberikan kepada mereka dan perintah apa sahaja yang datang segera dilaksanakan.
Ibadah tidak lain kecuali penghambaan dihadapan Tuhan, Maula dan Pemiliknya. Semakin besar pemahaman seseorang terhadap keagungan dan kebesaran Allah (s.w.t) maka semakin besar pula penghambaan dan merasa kehinaan dirinya dihadapan keagungan dan kebesaran Tuhan. Pengakuan penghambaan ini adalah perlambang kesempurnaan hamba itu sendiri. Dan ibadah ini sekali-kali tidak akan menambah atau mengurangi keagungan dan kebesaran apa yang disembah. Tidak semestinya sesuatu boleh menambah atau mengurangi keagungan Tuhan sehingga menjadi sebab penciptaan para hamba ini; kerana alasan utama kemunculan dan penciptaan mereka adalah kekuasaan Tuhan dan pemberian anugerah kewujudan kepada mereka.
Apabila seorang hamba yang bebas dan memiliki pilihan untuk menyibukkan dirinya dengan ibadah, maka ibadah ini akan menjadi sebab bagi kesempurnaan jiwa dan batinnya. Sebagai hasil ialah kemajuannya pada tingkatan penghambaan dan kemanusiaannya. Kerana itu, akibat dan pengaruh tasbih, tahmid (memuja), takrim (memuliakan) dan ta’zhim (mengagungkan) ini asalnya adalah kembali kepada hamba itu sendiri. Dan ibadah ini sama sekali tidak memberikan keuntungan sedikit pun kepada Tuhan apabila dikerjakan, dan tidak meninggalkan kerugian sedikit pun jika ibadah ini ditinggalkan. Sesungguhnya yang menikmati kenikmatan dan kerugian ibadah adalah hamba itu sendiri.
Nampaknya, syubhat ini muncul kerana para malaikat; ketika Tuhan mengatakan bahawa Dia hendak menciptakan seorang khalifah di muka bumi; mereka berkata: Kami sentiasa memuji dan memuliakan Engkau, lantas mengapakah Engkau ingin menciptakan sosok di muka bumi yang pekerjaannya melakukan kerosakan dan menumpahkan darah. Lalu Tuhan menganugerahkan ilmu khusus kepada Adam dan para malaikat tidak mendapatkan anugerah ini, kemudian mereka berkata: Kami tidak memiliki kekuasaan dan pengetahuan kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami! Lalu para malaikat mengakui kelemahan mereka dan kemudian bersujud kepada Adam (a.s)![4]
Jelas bahawa ibadah yang dilakukan dengan pilihan dan kesedaran sendiri lebih bernilai daripada hidup yang memang diciptakan secara takwini untuk beribadah. Kerana itu, ibadah yang dilakukan dengan kebebasan dan kesadaran lebih memiliki erti. Adapun ibadah yang dilakukan dengan segala keterpaksaan tidak memberi akibat yang bermanfaat kepada pelakunya. Ibadah yang dilakukan dengan kebebasan dan kesadaran menyebabkan seseorang boleh mewujudkan kesempurnaan dirinya. Namun ibadah yang tidak dilakukan dengan kebebasan dan kesadaran merupakan hasil yang tidak berkekalan sehingga tidak dapat mencapai tingkatan yang lebih tinggi dan apabila mereka melakukan penderhakaan maka hal itu akan menjadikan mereka terjatuh dari kesempurnaan.!
Imam Ali (a.s) berkata tentang para malaikat sebagai berikut:
“Engkau menciptakan para malaikat dan menempatkan mereka di langit-langit. Tiada lelah, lalai dan maksiat padanya. Mereka adalah makhluk yang paling taat kepada-Mu dan makhluk yang paling takut terhadap-Mu. Mereka adalah makhluk paling dekat kepada-Mu dan paling setia terhadap perintah-Mu.
Akal mereka tidak melakukan kesalahan dan badan mereka tidak kenal kecapaian. Mereka tidak menghuni tulang sulbi dan juga tidak pula bersembunyi di rahim-rahim. Mereka tidak diciptakan daripada mani. Engkau menciptakan mereka dengan perlakuan khusus dan menempatkan mereka di langit-langit dan memberikan kemulian kepada mereka di sisi-Mu. Seterusnya menjadi makhluk kepercayaan-Mu dalam menyampaikan wahyu dan menghindarkan mereka dari kesalahan, mensucikan mereka dari segala dosa, apabila Engkau tidak memberikan kepada mereka kekuatan maka mereka tidak memiliki kekuatan, apabila Engkau tidak menenangkan mereka maka mereka tidak akan tenang. Sekiranya bukan kerana rahmat-Mu maka mereka tidak akan mentaati-Mu. Apabila Engkau tiada maka mereka tidak akan menikmati kewujudan. Dengan semua ini, mereka memiliki kedudukan di sisi-Mu dan mereka menta'ati-Mu, memiliki kedekatan kepada-Mu, tidak lalai dari mengingat-Mu dan tidak mengabaikan perintah-Mu. Sekiranya Engkau menyembunyikan sesuatu daripada Dzatmu, kemudian Engkau perlihatkan kepada mereka, maka segala amalan di sisi mereka akan kecil, mereka akan merasa malu dan tahu bahawa mereka tidak beribadah sebagaimana yang seharusnya beribadah kepada-Mu; Mereka memujamu sebagai Tuhan dan Pencipta. Alangkah menakjubkannya Engkau mengajarkan sesuatu kepada hamba-Mu.”[5]
Apabila kita meneliti dan mengkaji dengan saksama perkataan Amirul Mukminin Ali (a.s) di atas, maka kita akan menekankan bahawa pertama, rahsia ibadah, kedua, rahsia bantahan para malaikat, dan ketiga rahsia sujud dan pengakuan mereka juga akan menjadi jelas dan terang: Ibadah mereka adalah hasil dari ilmu syuhudi mereka terhadap Dzat Allah (s.w.t). Takut dan gentar mereka berasal daripada keagungan dan kebesaran Allah (s.w.t). Akan berkekalan ilmu ini diperolehi berdasarkan keberadaan yang terbatas.
Pengakuan yang diucapkan para malaikat ketika penciptaan Adam bersumber dari keterbatasan ilmu mereka. Kerana sebab ini terlihat oleh kita bahawa mereka mendapati diri mereka tidak mampu mencerna segala hikmat penciptaan Ilahi, mereka mengakui kejahilan mereka dihadapan Adam dan pada akhirnya mereka pun bersujud dihadapan Adam.
Kesimpulannya bahawa ibadah para malaikat tidak dalam keadaan boleh memilih seperti halnya manusia yang menjadi asas taklif dalam syariat. Kerana itu, hal tersebut tidak akan menjadi penyebab kesempurnaan, kemajuan dan ketinggian mereka. Iya apabila mereka meninggalkan atau mengurangi ibadah ini maka mereka akan terjatuh dari posisi yang mereka miliki.
Dengan demikian sumber ibadah mereka adalah ilmu mereka terhadap Dzat Suci Ilahi dan keagungan dan kebesaran Ilahi, kehinaan, keterbatasan dan kerendahan di sisi lainnya; lantaran perkara ini merupakan perkara yang terpendam dalam fitrah manusia. Dan perlu diperhatikan bahawa ibadah takwini dan para malaikat tidak mengurangi atau menambah keagungan Tuhan. Tuhan tidak memerlukan ibadah mereka dan hal ini wujud daripada kekuasaan Ilahi yang Mahakuasa dan Maha mengetahui.[]
Sumber Rujukan:
1. Al-Qur’an, Fathir:1; Shaffat:164; Takwir:21; Sajdah:5 &12; An’am:62; Nahl:2&102; Baqarah:97; Abasa:16; Ma’arij:4; Hijr:21; Hajj:22; Nazi’at:5; Tahrim:6; Dzariyat:4;Mukmin:7; Najm:26;Anbiya:28&103; Baqarah:33&161; Ali Imran:39, 124&125; Tahrim:4; Maryam:7, 16-19; Zumar: 73; Mudattsir:30; Zukhruf:77.
2. Tafsir al-Mizân, Muhammad Husain Thab-thabai
3. Ma’ârif Qur’ân, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, jil. 1-3, Dar Rah-e Haq, cetakan 1368, Qom.
[1]. “Dan ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al-Qur’an pada saat ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur (Baitul Maqdis). Maka ia membentangkan tabir antara dirinya dan mereka (sehingga tempat menyepi itu siap untuk digunakan sebagai tempat ibadah); lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, lalu ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. Maryam berkata, “Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, jika kamu seorang yang bertakwa.” Ia (Jibril) berkata, “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.” (Qs. Maryam [19]:16-19)
[2]. “Dan sesungguhnya utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami telah datang kepada Ibrahim dengan membawa kabar gembira. Mereka mengucapkan, “Selamat.” Ibrahim menjawab, “Selamatlah.” Maka tidak lama kemudian Ibrahim menyediakan daging anak sapi yang dipanggang. Maka tatkala ia melihat tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata, “Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat) yang diutus kepada kaum Luth.” Dan isterinya berdiri, lalu tersenyum (lantaran bahagia). Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishaq dan setelah Ishaq, Ya‘qub. Isterinya berkata, “Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh.” . Para malaikat itu berkata, “Apakah kamu merasa hairan tentang keberkekalanan Allah? (Itu adalah) rahmat dan berkat Allah yang dicurahkan atasmu, hai Ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah.” Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan Kami tentang kaum Luth. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi pengiba dan kembali kepada Allah. Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang keberkekalanan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak. Dan tatkala datang utusan-utusan (para malaikat) Kami itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka (lantaran ia khawatir kaumnya akan menggangu mereka), dan dia berkata, “Ini adalah hari yang amat sulit.” (Qs. Hud [11]:69-77)
[3]. “Mereka (para malaikat) berkata, “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu. Mereka sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggumu. Sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikutmu di akhir malam dan janganlah ada seorang di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka. Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu pagi; bukankah waktu pagi itu sudah dekat?” (Qs. Hud [11]:81)
[4]. “Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebaikan dihadapkan (di mukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara dirinya dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkanmu terhadap diri-Nya. Dan Allah sangat penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim, dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat.” (Qs. Al-Baqarah [2]:30-33)
[5]. Sila lihat, al-Mizân, jil. 17, hal. 8-10.