Carian Terperinci
Pengunjung
19958
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Apa yang dimaksudkan dengan bada', lauh mahfuz, kitabul mubin, lauh mahw wa isbat?
soalan
Apa yang dimaksudkan dengan bada', lauh mahfuz, kitabul mubin, lauh mahw wa isbat?
Jawaban Global

Bada’ bermakna zahir (jelasnya) sesuatu setelah tersembunyi. Dan yang digunakan dalam al-Quran adalah makna ini:  و بدا لهم من اللَّه ما لم یکونوا یحتسبون " Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan." (Qs, al-Zumar [39]:47). Dan dalam istilah sebahagian ulama berpandangan bahawa Bada’ dalam urusan penciptaan (takwini) seperti nasakh dalam urusannya tasyri'i (pelaksanaan syariat). Dan ia bermakna barunya sebuah "pendapat". Perlu diketahui bahawa Bada' dan nasakh dari sisi Allah swt adalah sesuatu yang mustahil, kerana kebiasaanya Allah swt lebih dahulu mengetahui dari kejahilan, sementara Allah swt suci dari sifat jahil. Sebagaimana Imam Shadiq a.s bersabda: "Sesungguhnya Allah swt tidak memulai sesuatu dengan kejahilan." Apa yang dapat digambarkan dari Allah swt adalah Bada’' dan nasakh secara lahir; ertinya kemunculan sesuatu yang dahulunya tersembunyi bagi manusia di mana perkara ini telah diketahui oleh Allah swt semenjak azali lagi. Dan semenjak permulaan dengan bentuk yang baru muncul ini, Allah swt mengetahuinya tetapi atas alasan maslahah di mana kedudukan tugasnya perkara tersebut telah diwujudkan yang mana selama ini tersembunyi daripada pengetahuan manusia. Kemudian apabila kesesuaian waktu telah tiba maka ianya diwujudkan dan ianya dapat diterima oleh akal manusia. Ayat al-Quran:

"لِکُلِّ أَجل کِتابٌ. یمحو اللَّهُ ما یشاءُ و یُثبِت و عِندهُ أُمُّ الکتابِ"

Untuk setiap masa terdapat sekumpulan kitab (qanun). Allah menghapuskan dan menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan satu-satu di sisiNya adalah terdapat Ummul Kitâb (Lauh Mahfûzh).” (Qs. Ar-Ra’ad [13]:39). Ayat ini merupakan ayat yang paling tegas membincang masalah perubahan dalam takdir adalah Bada’''. Kerana ilmu Allah swt, sebagaimana yang disabdakan oleh Imam Shadiq a.s, terdiri dari dua jenis: "Ilmu maknun dan ilmu makhzun yang tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah Swt, di mana Bada’ sendiri diambil dari ilmu tersebut. Ilmu yang lainnya adalah ilmu yang diajarkan kepada para malaikat, para nabi dan kepada kami yang juga mengetahui ilmu tersebut."Oleh itu, ilmu di mana Bada’' bersumber adalah lauh mahfuz dan ilmu yang mana bada’ tertakluk denganya adalah "lauh mawh wa isbat." Sekarang mari kita amati bersama apa yang dimaksud dengan lauh mahfuz dan lauh mahw wa itsbat itu.

 

LAUH MAHFUZ DAN LAUH MAHW WA ISBAT

Yang dimaksudkan dengan lauh mahfuz (ummul kitab) adalah ilmu azali Allah swt di mana segala yang ditakdirkan dalam ilmu Allah swt tersebut bersifat tetap dan tidak dapat berubah. Menurut kebanyakan penafsir, lauh mahfuz dan kitabul mubin adalah satu. Kerana kitab mubin adalah darjat ilmu Allah Swt, dan pada ayat ditegaskan bahawa "Tidak luput dari pengetahuan Allah swt ilmu biar pun sebesar zarrah (atom) di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Kitab Mubin)." (Qs. Yunus [10]:61)

Maksud  lauh mahw wa itsbat adalah lembaran kosmos, keberadaan dunia, dan alam semula jadi di mana nasib dan takdir segala sesuatu tercatat di dalamnya, namun tidak satu pun dari nasib dan takdir ini bersifat tetap. Melainkan segala sesuatunya memiliki tuntutan-tuntutan yang tertentu.

Hasil dari perubahan ini adalah berdasarkan kemaslahatan dan tuntutan waktu dan ruang dan sebagainya. Pada lauh mahw wa itsbat ini segalanya terlaksana secara berterusan di mana Bada’ juga tertakluk di dalamnya.  Berbeza dengan lauh mahfuzh (ilmu azali Allah swt) yang juga disebut sebagai "kitabul mubin" dan "ummul kitab", ia tidak berubah dan bersifat tetap.

Jawaban Detil

"Bada’'" Pada Makna Bahasa Dan Istilah

Bada’'' berasal dari kalimah "بُدوّ" yang bermakna tampak nyata[1] dan dari segi istilahnya disebutkan seperti nasakh memiliki dua makna:

1.     Munculnya pendapat baru bagi Allah swt – yang sebelumnya tidak diketahui dan kemudian diketahui oleh Allah swt – makna dari Bada’ dalam maksud ini adalah tidak benar dan dalam kaitannya dengan Allah swt adalah tidak mungkin dan mustahil.

2.     Memunculkan suatu perkara bagi manusia yang sebelumnya terpendam dan tersembunyi; bermakna perkara ini diketahui oleh Allah swt semenjak azali dan semenjak permulaan dengan bentuk barunya yang kemudian muncul, akan tetapi sesuai dengan kemaslahatan yang dituntut pada tingkatan tugas, untuk seketika waktu terpendam dan tersembunyi bagi manusia kemudian muncul, sesuai dengan tuntutan maslahat yang ada. Makna Bada’ yang sedemikian adalah makna yang dapat diterima dan masuk akal.[2] Yang diyakini oleh ulama Syiah sebagai makna Bada’ adalah bersandar kepada riwayat-riwayat Ahlulbait a.s seperti yang dinukil dari Imam Sodiq a.s yang bersabda: "Di samping mengikat janji tentang tauhid, Allah swt juga mengikat janji dengan para nabi tentang iman terhadap Bada’''."[3] Atau hadis yang lain yang menyebutkan bahawa: "Setiap orang yang beranggapan bahawa sebuah permasalahan menjadi jelas bagi Allah swt yang sebelumnya tidak diketahuiNya, maka hendaklah ia berlindung kepada Allah swt."[4] Imam Sodiq a.s menegaskan masalah ini, makna Bada’'' tatkala disandarkan kepada Allah Swt adalah bermakna ibda', yang bermaksud munculnya sesuatu yang sebelumnya tersembunyi, terpendam dan sebelumnya tidak dapat diramalkan.[5]

Di antara ayat-ayat yang menunjukkan kepada realiti ini adalah:

"... لِکل أجلٍ کتابٌ، یمحواللَّه ما یشاءُ و یُثبتُ و عِندهُ أُمُّ الکِتابِ"" Bagi setiap masa ada kitab (yang tertentu). Allah menghapuskan dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisiNya terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfûzh).”[6]

Penjelasan perkara ini adalah ilmu Allah swt yang dengannya Dia mengatur seluruh ciptaanNya yang terdiri dari dua jenis: Yang pertama adalah ilmu makhzun yang tiada diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah swt yang disebut sebagai "Luh Mahfuz" dan yang kedua ilmu yang dianugerahkan Allah swt kepada para malaikat, para nabi dan para aulia Allah swt yang disebut sebagai "luh mahw wa isbt" dimana “Bada’'' memiliki capaian terhadap ilmu ini.[7]

Imam Sodiq a.s bersabda: "Allah swt memiliki dua jenis ilmu: Ilmu maknun dan ilmu makhzun yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah swt di mana Bada’'' sendiri bersumber daripada jenis ilmu ini. Yang lainnya adalah ilmu yang diajarkan kepada para malaikat, para nabi dan kami (maksumin) juga mengetahui ilmu ini."[8]

Oleh kerana itu, kita memiliki dua bentuk ilmu: Ilmu yang menjadi sumber bagi Bada’'' yang merupakan luh mahfuzh dan ilmu yang bada’ tertakluk kepadanya yang disebut sebagai lauh mahw wa isbat. Dengan demikian, Bada’'' adalah penghapusan (mahw) pertama dan pembuktian (itsbat) kedua dan Allah swt mengetahui keduanya. Perkara ini merupakan realiti yang tidak dapat dinafikan dan diingkari oleh mereka yang berakal; maka untuk terjadinya wujud sesuatu perkara dan peristiwa adalah mempunyai dua jenis ramalan yang dapat digambarkan: Pertama berlakunya perkara yang mempunyai ruang untuk bertentangan di mana percaturannya adalah dengan tuntutan sebab-sebab yang tidak sempurna, seperti syarat atau sebab (علّت) atau tiadanya halangan. Kedua berlakunya peristiwa tersebut dan wujudnya perkara yang tidak dapat ditentang di mana ianya menuntut sebab-sebab dan punca-punca (yang sempurna) terhadap kejadian tersebut. Wujudnya adalah bersifat tetap, tidak bersyarat dan tidak penentangan dan kedua kitab tersebut di mana ayatnya dibahaskan; iaitu memperkenalkan kitab penghapusan (mahw), kitab penetapan (isbat) dan ummul kitab, ataupun kedua marhalah ini adalah daripada wujud, atau tempat mulanya kedua-dua perkara tersebut.[9]

 

LAUH MAHFUZH, KITABUL MUBIN, DAN LAUH MAHW WA ITSBÂT

"... و عِندَنا کِتابٌ حفیظٌ"؛ "Dan pada sisi Kami pun ada kitab yang memelihara (mencatat segala sesuatu)." [10] atau pada ayat, "فى لوح محفوظ""yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfûz." [11] Kedua ayat ini menunjukkan bahawa sebuah kitab yang memelihara (mencatat) seluruh perbuatan manusia dan selain daripada mereka.

Dalam keadaan yang sama termasuk semua ciri-ciri peristiwa peristiwa dan ciri-ciri setiap individu dan segala perubahan yang terjadi kepada keduanya, tetapi kitab tersebut tidak mengalami perubahan dan pergantian. Sesuai dengan ucapan kebanyakkan penafsir, luh mahfuzh adalah kitab mubin (kitab yang nyata) adalah satu. Disebabkan maksud daripada kitab mubin adalah kedudukan ilmunya Allah swt; iaitu semua makhluk berada dalam ilmuNya yang tiada akhirnya, ianya adalah tetap dan perkara tersebut di perkatakan dalam sebuah ayat : “di bumi dan di langit ,tiada apa yang tersembunyi di sisi Allah swt, tiada makhluk yang lebih kecil dan lebih besar daripada perkara tersebut, kesemuanya termaktub dalam sebuah kitab yang nyata (mubin)”;[12], "Dan tidak suatu binatang pun melata di bumi melainkan Allah swt yang memberi rezeki kepadanya, dan Dia mengetahui tempat berdiam dan tempat berpindah randah binatang itu. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (pada Luh Mahfûzh pada kitab ilmu Allah swt)."[13] dan menunjukkan di mana alam semesta keberadaannya yang terbentang luas juga merupakan pantulan dari luh mahfuzh ini. Dengan demikian yang dimaksudkan dengan luh mahfuzh (ummul kitab) dan kitab mubin (kitab yang nyata) adalah ilmu azali Allah swt di mana seluruh takdir dan nasib manusia tercatat di dalamnya dan tidak dapat berubah. Berbeza dengan luh mahw wa isbat, di mana nasib dan takdir segala sesuatu tercatat, tetapi tidak satu pun dari takdir ini bersifat tetap, melainkan semuanya memiliki maslahat. Maksud luh mahw dan isbat adalah paparannya kosmos, keberadaan alam dan alam semulajadi di mana takdir segala sesuatu adalah dalam tabiatnya, perkara tersebut juga berdasarkan tuntutan di mana tiadanya halangan, akan tersedianya sebab sempurna (illat tammah) bagi memenuhi sesuatu dan kita tidak memiliki pengetahuan yang berkaitan terhadap halangan yang dimaksudkan. Sementara itu Allah swt memiliki ilmu tersebut.

Dengan sebab ini, Imam 'Ali bin Husain a.s bersabda: "Sekiranya tiada ayat dalam Kitabullah, aku akan menyebutkan apa yang akan terjadi hingga hari Kiamat.” Zurarah berkata, "Aku bertanya, ayat yang mana?" Imam menjawab: "یمحو اللَّه ما یشاء و یثبت و عنده‏ ام الکتاب""Allah menghapuskan dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul Kitâb (Lauh Mahfûzh).” (Qs. Ar-Ra’ad [13]:38-39)[14].

Dengan demikian lauh mahw dan isbat adalah hukum yang bersifat umum di mana semua peristiwa adalah  terbatas pada masa dan waktu. Dengan kata lain, semua makhluk yang terdapat pada tujuh petala langit dan bumi dan apa yang berada di antara keduanya tunduk pada hukum ini. Sebagaimana Allah swt berfirman: "Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya melainkan dengan benar dan untuk waktu yang ditentukan.[15] Dari keseluruhan pembahasan, dapat disimpulkan bahawa perubahan berdasarkan kemaslahatan dan tuntutan ruang dan waktu dan sebagainya dilakasanakan pada luh mahw wa isbat. Berbeza dengan luh mahfuzh (ilmu azali Ilahi) yang tidak mengalami perubahan. Oleh sebab itu, seluruh makhluk mempunyai dua dimensi, dimensi pertama perubahan terkait dengan kematian, kehidupan, musnah dan kekal, dan segala jenis perubahan. Dan dimensi kedua yang memiliki ketetapan yang tidak akan mengalami sebarang perubahan dan bada' adalah termasuk pada dimensi yang pertama.


[1]. Kamus Qur'an, Qarasyi, Sayid Ali Akbar, jil, 1, m/s. 172

[2]. Hadi Ma'rifat, Tafsir wa Mufassirân, Muassasah Farhang-e al-Tamhid, cetakan pertama, Urdibehesyt, 1379, jil. 1, m/s. 522.

[3]. Kâfi, Dar al-Kitab al-Islami, Teheran, 1265, m/s 148, hadis 15.

 [4]. Safina al-Bihâr, jil. 1, m/s 51, dan Kafi ,m/s 148, hadis 9 yang seperti hadith  ini.

[5]. Nasir Makarim Syirazi, Tafsir Nemuneh, jil. 10, 249.  

[6] Surah Ar-ra’ad ayat 39-39

[7]. Hadi Ma'rifat, Tafsir wa Mufassirân , m/s. 523.  

[8]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr , jil. 4, m/s. 109-110, no.27 dan Kafi, m/s423, hadis 8 yang seperti hadith ini.  

[9] . Allamah Thaba-thabai, Tafsir al-Mizan, terjemahan Musawi Hamadani, jil. 11,m/s. 584

[10] Surah qaf aayat 4

[11] Surah al buruj ayat 22

[12] Surah yunus ayat 61

[13] Surah hu ayat 6

[14]. 'Arusi Huwaizi, Tafsir Nur al-Tsaqalain, Muassaah Ismailiyyan, 1373, jil. 2, m/s 512.

[15] Surah ahqaf ayat 3

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapakah agama sempurna tidak diutuskan sekaligus dan pada satu tempat? Pada asasnya apakah kepentingan beransur-ansur?!
    6811 Teologi Baru 2012/04/15
    Dari satu perspektif, agama secara beransur-ansur adalah satu perkara yang bersesuaian dengan kemampuan berfikir dan rohani insan. Dari perspektif yang lain pula ialah mengikut keperluan-keperluan, ujian-ujian duniawi dan sosial. Dengan ini, oleh kerana manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai pemikiran yang lazim, mereka tidak berdaya memperolehi pengetahuan-pengetahuan ...
  • Bagaimana kita dapat membezakan antara ujian dengan seksa atau azab Ilahi?
    15671 Teologi Klasik 2011/07/18
    Sudah tentu sebahagian urusan-urusan terdiri daripada bala dan ujian-ujian Tuhan, supaya manusia dapat memberikan reaksi yang jelas dalam menghadapinya, dan tindak balas mereka dalam menghadapi kejadian ini akan membentuk sifat peribadi dan batin secara hakiki. Demikian juga dari sisi niat dan kebiasaan dalam memberikan reaksi atas musibah, ...
  • Apakan yang ciri-ciri penting seorang penduduk bandar dalam masyarakat Islam?
    12733 Akhlak Praktikal 2014/04/20
    Agama Islam sebagai penutup syariat Ilahi merupakan agama yang menyeluruh dan sempurna. Oleh sebab itu, Islam mengambil berat tentang hukum dan undang-undang sosial seperti hukum-hakam seseorang individu dalam sebuah masyarakat. Menurut pandangan Islam, terdapat prinsip dan penguatkuasaan dalam kehidupan sosial dan hubungan individu sebuah masyarakat yang mana ...
  • Mengapakah hanya nama sebahagian kecil para nabi disebutkan di dalam al-Qur'an?
    14495 Ulum Al-Quran 2011/10/22
    Al-Qur'an bukanlah kitab sejarah, sirah atau mu'jam seseorang sehingga kita boleh mengkaji riwayat hidup para nabi dan menyenarai nama-nama mereka di dalamnya. Al-Qur'an merupakan kitab petunjuk, pengajaran, tarbiyah, penyucian dan peringatan. Matlamat ini boleh dicapai dengan sekadar menyebut sebahagian nama dan riwayat hidup para nabi yang hidup sebelumnya ...
  • Apa hukumnya apabila seseorang membaca “walāẓāllīn” sebagai ganti “walāḍḍāllin? dalam solat”?
    6045 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan fatwa seluruh marja’ agung taqlid, bahawa tajwid dan bacaan sedemikian apabila dilakukan dengan sengaja, maka sudah tentu akan membatalkan solat. Imam Khomeini Ra dalam masalah ini berkata, “Jikalau seseorang tidak mengetahui salah satu daripada kalimah-kalimah surah al-Fatihah atau surah-surah lainnya atau sengaja tidak membacanya, atau membaca satu huruf sebagai ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    12895 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Apakah syarat-syarat untuk bermubahalah? Dalam perkara apa dibenarkan bermubahalah? Apakah mubahalah akan benar-benar terjadi?
    17884 Teologi Klasik 2014/05/20
    Mubahalah ialah saling melaknat sehingga barangsiapa yang berada di dalam kebatilan akan berada dalam kemurkaan Allah (s.w.t), kemudian diketahuilah pihak mana yang berada di dalam kebenaran manakala kebenaran dapat diketahui dan dikenal pasti perbezaannya mengatasi kebatilan. Mubahalah merupakan sebuah doa dan memiliki ciri-ciri dan juga syarat-syarat khusus ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan "Makhluk yang pertama sekali diciptakan oleh Allah adalah akal?”
    14029 Falsafah Islam 2011/07/21
    Akal (dalam istilah falsafah yang mungkin boleh dikatakan adalah sebagai malaikat seperti dalam istilah syar'i dan al-Qur'an) adalah sesuatu yang mujarrad (bukan material) sempurna, baik secara zat mahupun secara perbuatan (fi’li).Akal yang bukan material dan bukan jasmani tidak memerlukan badan atau ...
  • Mengapa warisan wanita setengah dari warisan lelaki?
    8821 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Salah satu sebab banyaknya kuota warisan lelaki dibanding dengan saham wanita adalah nafkah wanita berada di bahu lelaki. Ertinya lelaki di samping harus menyiapkan wang belanja untuk dirinya ia juga memiliki tugas untuk menyiapkan biaya hidup bagi wanita (isteri) dan anak-anaknya. Di sisi lain, lelaki adalah pihak yang ...
  • Apa hubungan antara rezeki yang telah ditakdirkan dan usaha manusia?
    25582 Teologi Klasik 2011/04/19
    Rezeki terdiri dari dua jenis. Rezeki yang kita cari dan rezeki yang datang dengan sendirinya. Dalam riwayat, rezeki yang datang kepada kita disebut sebagai “rezeki thālib” (yang mencari) dan rezeki yang kita cari dinamakan “rezeki mathlūb

Populer Hits