Carian Terperinci
Pengunjung
5873
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Didalam beberapa tempat Al-Qur`an berkata kepada Nabi s.a.w, bahawa engkau tidak bertanggungjawab keatas iman masyarakat. Apakah hal tersebut tidak bertentangan dengan jihad ibtidâ`i dan amar makruf?
soalan
Didalam beberapa tempat Al-Qur`an berkata kepada Nabi s.a.w, bahawa engkau tidak bertanggungjawab keatas iman masyarakat. Apakah hal tersebut tidak bertentangan dengan jihad ibtidâ`i dan amar makruf?
Jawaban Global

Dalam pandangan al-Qur`an baik jihad ibtidâ`i (menyerang) mahupun jihad difâ`i (membela diri) adalah bertujuan untuk menghidupkan hak kemanusiaan. Dan tauhid adalah hak manusia yang paling penting. Tauhid merupakan hiasan fitrah yang paling berharga sehingga Islam membenarkan berjihad demi untuk memelihara hak tersebut. Amar makruf dan nahi mungkar juga mempunyai tujuan yang sama. Oleh kerana itu, Islam memperingatkan kaum Muslimin agar tidak hanya memikirkan diri sendiri dan berusaha untuk menyelamatkan masyarakat dari kesesatan dan kejahilan. Dan adalah perlu bagi mereka untuk mengambil bantuan daripada jalan yang biasa. Dan jika Allah Swt didalam sebahagian firman-firmanNya tidak mempertanggungjawabkan Nabi keatas iman masyarakat, bermaksud bahawa keyakinan merupakan masalah hati yang tidak dapat dipaksa. Dan tugas Nabi adalah berusaha untuk memberi petunjuk kepada masyarakat dan setelah itu Nabi tidak lagi bertanggungjawab keatas orang-orang yang tidak mendapatkan petunjuk.

Jawaban Detil

Menjawab pertanyaan seperti ini dapat memudahkan dalam pengenalan dan penggambaran yang benar tentang konsep amar makruf nahi mungkar dan jihad ibtidâ’i (menyerang).

Jihad didalam Islam dianggap sebagai pemberi kehidupan untuk orang-orang mukmin.[1] Iaitu jihad, baik dalam rangka membela islam dan muslimin ataupun jihad ibtidâ`i (menyerang), semuanya disebabkan untuk membela hak kehidupan manusia. Kerana perbuatan syirik dapat mengakibatkan hancurnya kemanusiaan dan matinya fitrah. Tauhid dan undang-undang agama merupakan hak-hak manusia yang paling penting dan perkara ini telahpun dibuktikan pada tempatnya. Islam telah membenarkan jihad untuk mensucikan bumi dari segala jenis kesyirikan. Dan hakikatnya hukum seperti ini sebenarnya adalah hukum membela diri; iaitu dikira sebagai membela hak-hak kemanusiaan. Jika menghidupkan kemanusiaan bergantung pada masalah ini  bahawa hak yang sah akan di bebankan keatas sebahagian orang setelah dijelaskan dan dibuktian, maka apakah paksaan bebanan sebegini secara logik merupakan suatu perkara yang buruk dan dihukum?[2]

Adapun tentang amar makruf nahi mungkar, adalah wajib keatas setiap muslim untuk mengajak masyarakat kejalan Allah Swt dan berusaha menyelamatkan mereka dari kesesatan, kejahilan dan perbuatan dosa.[3]

Manusia didalam hal ini mestilah menggunakan faktor-faktor semulajadi  dan bertawakkal kepada Allah Swt keatas perkara yang akan dihadapi, kerana segala urusan kembali kepadaNya. Bermaksud bukan tugas seorang manusia untuk menyelamatkan orang lain dari kehancuran dengan menghancurkan dirinya sendiri. Dan ketika dia tidak melengahkan tugasnya dalam membimbing hamba-hamba Allah, maka dia tidak akan di hukum kerana kesesatan mereka.  Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu ketika kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua kembali”.(Qs. Al-Maidah [5]:105); Itu adalah umat yang telah lalu; bagi mereka apa yang telah mereka usahakan dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan dipertanggungjawabkan keatas apa yang telah mereka lakukan.” (Qs. Al-Baqarah [2]:134)

Ditempat lain Al-Quran berbicara kepada Nabi Saw: Sepertinya kamu (Muhammad) akan membinasakan dirimu, disebabkan mereka tidak beriman.” (Qs. Al-Syua’ara [26]:3); “Sepertinya kamu akan membinasakan dirimu kerana bersedih hati diatas perbuatan mereka, apabila mereka tidak beriman kepada keterangan (Al-Qur’an) ini.” (Qs. Al-Kahf [18]:6)

Kepercayaan terhadap agama merupakan perkara hati dan paksaan tidak berguna dalam hal tersebut. Sudah pasti paksaan mempunyai pengaruh didalam zahir prilaku, perbuatan dan gerakan tubuh, adapun dalam hal keyakinan hati mestilah dicari faktor-faktor dan cara-cara lain .[4] Al-Qur`an menegaskan: “Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka untuk memaksa mereka beriman.” [5]

Poin yang dapat dipetik dari ayat-ayat di atas ialah bahawa dalam Islam jihad tidak bertujuan untuk menyebarkan agama dengan kekuatan dan paksaan, tetapi jihad bertujuan untuk menghidupkan kebenaran dan membela tauhid yang merupakan hiasan fitrah yang paling bernilai. Adapun setelah tersebarnya tauhid di kalangan masyarakat dan tunduknya mereka kepada Islam, Yahudi atau Kristen, maka tidak ada yang perlu diperselisihkan oleh kaum Muslim dan Muwahhid. Dan firman Allah Swt kepada Nabi-Nya bahawa Kau tidak bertanggungjawab keatas keimanan masyarakat, tidak bermaksud bahawa Nabi tidak memiliki tugas dalam membimbing umat melalui amar makruf-nahi mungkar, jihad dan …….. Bahkan maksudnya adalah bahawa Nabi Saw bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajiban sebagai pembimbing umat, bukannya bertanggungjawab keatas natijah. Bermaksud “hidayah” yang merupakan perkara hati Nabi tidak berkuasa keatasnya dan sebaiknya hal tersebut diserahkan kepada Allah Swt.



[1]. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan rasul apabila rasul menyerumu kepada suatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan. (Qs. Al-Anfal [8]:24)

[2]. Lihat, Al-Mizân, jil. 2, hal. 66-71.  

[3]. Qs. Al-A`raf (7):57, Qs. Ali Imran (3):104-110-114, Qs. Al-Taubah (9): 67-71, Qs.

nbiya` (21): 73, Qs. Yusuf (12):108.

[4]. Lihat al-Mizân, jil. 2, hal. 342-343.  

[5]. Sama, jil. 6, hal. 162-165.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapakah Tuhan menciptakan syaitan?
    11768 Teologi Klasik 2011/11/23
    Pertama: Peranan syaitan dalam menyimpangkan dan menyesatkan manusia hanya berada pada peringkat mengajak dan menyeru. Kedua: Proses untuk meraih kesempurnaan sentiasa berlangsung di tengah pelbagai cabaran dan paradoks. OIeh kerana itu, penciptaan hidupan dan makhluk sedemikian dalam sistem penciptaan tidak boleh disebut sebagai sia-sia atau tanpa alasan. Melainkan hal itu ...
  • Bagaimana kita dapat mengenal pasti benar atau dustanya orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi?
    9033 Teologi Klasik 2011/05/09
    1.             Wahyu secara leksikal (lughawi) bermakna "transformasi sebuah perkara secara cepat dan tersembunyi." Namun secara istilah disebut sebagai "Pencerapan dan pemahaman tipikal yang terkhusus bagi para nabi dan merupakan firman Tuhan dengan peranantara atau tanpa peranantara."2.             ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    7477 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Apakah ajaran Zoroaster termasuk agama Ilahi?
    12965 Teologi Klasik 2011/10/22
    Dengan mendengarkan lagu nyanyian-nyanyian keagamaan mereka, boleh difahami bahawa ajaran Zoroaster pada awalnya adalah ajaran yang mempercayai tauhid (monoteisme). Akan tetapi dengan meneliti lebih dalam kepada ajaran-ajarannya yang tertulis dalam kitab “Avesta”, maka diketahuilah bahawa dalam ajaran itu terdapat dualisme ketuhanan. Tapi ...
  • Bagaimana syaitan melakukan pengaruh pada fikiran dan menyampaikan segala kehendaknya kepada manusia?
    20311 Teologi Klasik 2011/06/21
    Sebelum mengulas tentang jalan-jalan pengaruh syaitan pada manusia, perlulah kita mengenal ciptaan yang bernama syaitan walaupun secara ringkas. Terdapat banyak pandangan tentang sumber kata terbitan syaitan dari segi bahasa di kalangan para pemikir. Namun yang paling benar kita katakan adalah kosa kata ini datang dari perkataan "sya-tha-na" yang ...
  • Mengapa dalam agama Islam, orang murtad harus dihukum mati? Adakah hal ini tidak bertentangan dengan kebebasan berakidah?
    38748 Huquq Dan Ahkam 2010/11/14
    Murtad adalah menzahirkan dan menegaskan keluarnya daripada suatu agama. Orang yang murtad biasanya, mengajak orang lain untuk ikut keluar dari agamanya. Hukuman mati tidak berlaku bagi seseorang yang keluar daripada agama, ketika ia tidak menampakkan kemurtadannya dan tidak mengajak orang lain untuk melakukan hal yang sama ...
  • Nabi Musa a.s merupakan salah seorang Nabi Ulul Azmi, kenapa ilmu nabi Khidir a.s lebih banyak daripada ilmu nabi Musa a.s?
    10392 Teologi Klasik 2011/07/21
    Walaupun nabi Musa a.s merupakan salah seorang nabi Ulul Azmi dan merupakan pembawa risalah, tetapi penimbaan ilmu daripada nabi Khidir a.s dan… tidak mengurangkan derajat keilmuan Nabi Musa a.s kerana:1.     Didalam saat-saat pertama ...
  • Bilakah al-Quran yang ada pada zaman kita sekarang ini dikumpulkan?
    9824 Ulum Al-Quran 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail. ...
  • Apa kematian (ajal) itu? Dan apakah masa kematian (ajal) itu dapat ditunda?
    24538 Teologi Klasik 2011/02/14
    Kematian (ajal) dalam perspektif falsafah Islam adalah terlepasnya pengurusan dan pengaturan jiwa (nafs) atas badan dan terpisahnya jiwa dari badan. Tentu saja, pandangan ini bersumber dari al-Qur’an dan riwayat-riwayat yang tidak memandang kematian sebagai ketiadaan, ...
  • Ilmu, kudrat, keadilan, kehidupan Tuhan, apakah bezanya sifat-sifat ini pada manusia?
    13148 پروردگار. نامها و ویژگی ها 2015/05/30
    Allah (s.w.t) disifatkan dengan sifat yang menampakkan kesempurnaan-Nya, seperti ilmu, kudrat, hidup dan lain-lain, manakala insan pun disifatkan dengan sifat-sifat ini. Insan juga berpengetahuan, berkemampuan dan hidup. Namun penyifatan sifat-sifat ini terhadap Allah (s.w.t) dengan sifat-sifat lain adalah berbeza dari dua dimensi: 1. Sifat ini (ilmu, kudrat ...

Populer Hits