Carian Terperinci
Pengunjung
22253
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Apakah Kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s sehingga Allah SWT menganugerahkan kerajaan, pemerintahan dan kekuasaan kepadanya?
soalan
Allah tidak pernah menganugerahkan kerajaan dan kekuasaan kepada siapapun selain kepada Nabi Sulaiman a.s. Apakah terdapat sebab yang khusus sehingga Allah SWT memberikan kekuasaan seperti ini kepada Nabi Sulaiman a.s dan tidak memberikan kepada nabi-nabi selainnya?
Jawaban Global

Tujuan asal daripada pengangkatan dan pengutusan para nabi-nabi (anbiya) Ilahi adalah untuk menyampaikan kalamullah kepada masyarakat dan mengajar tatacara kehidupan yang benar kepada mereka.

Akan tetapi, sebagian daripada persoalan-persoalan agama, seperti hukum-hukum kekayaan, jihad dan sebagainya tidak akan terlaksana tanpa adanya kekuasaan. Sekarang, jikalau pengurusan masyarakat tidak sesuai dengan yang diinginkan oleh para nabi, untuk melaksanakan tugas, maka wajib bagi para anbiya untuk mempunyai kuasa dalam melaksanakan perintah-perintahnya Allah SWT dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya. Begitu juga sekiranya anbiya berada dalam pemerintahan manusia, mereka tidak sibuk dengan urusan menyembah Allah swt dan tidak mengamalkan perbuatan yang benar dan tiadanya kerendahan hati; maka hujjah atas para pemerintah tidak akan habis di situ sahaja dan mereka akan berkata: “Kami bukan penyebab kepada kesilapan kamu, maka sesiapa sahaja yang berada di tempat kami pasti agamanya akan bergoncang dan akan melakukan kezaliman serta kemungkaran! Di suatu pihak yang lain para pemerintah juga seperti rakyat. Di mana dia merupakan mukhatabnya seruan-seruan Allah SWT di mana dalam kehidupannya memerlukan kepada contoh tauladan dan kelakuan yang bersesuaian untuk kehidupannya supaya selamat daripada kesilapan dan dosa. Oleh sebab itu, adalah menjadi suatu keperluan bagi mereka, sesetengah daripada anbiyanya Allah SWT seperti Sulaiman a.s, Muhammad s.a.w dan.... menjadi contoh dalam pemerintahan yang mana ianya akan diikuti oleh sekumpulan manusia yang khas sehingga mana tujuan risalahnya anbiya, iaitu mengajak manusia kepada Allah SWT tidak bertembung dengan masalah.

Tetapi persoalannya adalah kenapa Nabi Sulaiman a.s yang terpilih untuk memegang tampuk kekuasaan yang sangat istimewa ini dan tidak kepada anbiya yang lain? Untuk menjawab persoalan ini terdapat banyak jawapan yang boleh ditemui; tetapi di sini kami hanya menyatakan beberapa perkara sahaja daripada jawapan kepada soalan tersebut.

  1. Setiap nabi perlu memiliki dalil yang dinamakan mukjizat, di mana mukjizat ini berasal daripada nabi itu sendiri yang tidak berulang dalam sepanjang sejarah, dan sesuai dengan kondisi masyarakat ketika itu. Pada prinsipnya Allah SWT mengurniakan kerajaan dan pemerintahan yang tiada tanding kepada Nabi Sulaiman a.s ini adalah sebagai mukjizat atas kenabiannya.

2.     Kurniaan pemerintahan yang istimewa ini kepada Nabi Sulaiman a.s adalah kerana permintaan Nabi Sulaiman sendiri kepada Allah SWT dan jika para nabi lainnya pun mengajukan permintaan seperti ini kepadaNya, tentu Allah SWT juga akan mengabulkannya.

3.     Kerana pada masa itu syaitan-syaitan dengan kuasa yang luar biasa melakukan kerosakan di muka bumi. Maka adalah menjadi suatu keperluan Sulaiman a.s dengan kuasa yang sama malah lebih hebat dari syaitan-syaitan tersebut untuk memerangi mereka yang mana nabi Sulaiman a.s boleh memahami bahasa binatang, boleh menguasai para jin, angin dan sebagainya. Penguasaan ini menjadikan pemerintahan Nabi Sulaiman tiada yang sama sepertinya.

4.     Kerajaan dan kekuasaan Nabi Sulaiman a.s merupakan salah satu mukjizat daripada mukjizat-mukjizat Ilahi;

5.     Rasul Islam s.a.w memiliki kekuasaan dan pemerintahan yang lebih dibandingkan seluruh nabi yang ada.

Jawaban Detil

Sebelum menjawab, sebagai pendahuluan, mari kita perhatikan kepada soalan dan jawapan yang lain terlebih dahulu. Soalannya adalah, menyampaikan kalamnya Ilahi dan program yang benar kepada hamba-hamba dan mengajak mereka kepada tauhidnya Allah SWT adalah puncak kepada ketunggalannya Allah SWT.

Lantaran itu, lalu kenapa mereka iaitu para nabi ini perlu memiliki sirah dan ciri-ciri yang tertentu? Dan pada prinsipnya dan kenapa anbiya perlu kepada kudrat, kerajaan dan pemerintahan yang meluas?

Dalam menjawab pertanyaan ini dapat dikatakan bahawa:

Pertama: Menciptakan keseimbangan dalam sebahagian perkara dan melaksanakan kebanyakan persoalan-persoalan agama tanpa memiliki kekuasaan dan pemerintahan adalah merupakan perkara yang mustahil. Seperti peraturan pemilikan, jihad dan sebagainya.Sekarang jika para pemerintah tidak menghormati perintah-perintah yang dikeluarkan oleh anbiya Ilahi  dan mereka tidak melaksanakan perkara-perkara dalam agama, maka wajib bagi anbiya untuk mengambil tampuk kekuasaan tersebut dan mengamalkan kehendak-kehendak Ilahi dengan semaksimum yang mungkin.

Kedua: Kurniaan kerajaan dan kekuasaan daripada Allah SWT kepada para nabi adalah dengan maksud untuk menyempurnakan hujjah terhadap para pemerintah kafir, supaya mereka tidak ada lagi mendakwa bahawa siapapun yang berada dalam kedudukan  mereka pasti akan terjerumus dalam was-was syaitan dan akan terjebak dalam tipu dayanya hingga akhirnya akan tergelincir dalam dosa dan kezaliman!

Ketiga: Dakwah yang dilakukan oleh para nabi tidak hanya kepada masyarakat umum saja, bahkan  para pemerintah juga merupakan sasaran kegiatan ini. Para penguasa dan mereka yang berkuasa dalam masyarakat juga seperti mereka yang lain memerlukan  kepada contoh tauladan, pemimpin dan pimpinan sehingga mana dalam pemerintahannya tidak tergelincir daripada jalan kebenaran.

Oleh sebab itu, dengan alasan di atas sebahagian daripada anbiya Allah SWT selain daripada melaksanakan risalahnya Allah SWT, mereka juga merupakan pemilik sebuah kekuasaan atau pemerintahan, sehingga perkara ini menjadi contoh kepada para pemerintah pada masa itu mahu pun dimasa akan datang.

Oleh itu, Allah SWT menganugerahkan kekuasaaan dan pemerintahan kepada sebahagian daripada para nabiNya seperti kepada Nabi Sulaiman a.s, Nabi Thaluth a.s dan Nabi Muhammad s.a.w adalah supaya manusia lain mengikuti dan mempelajari garis panduan yang benar dalam kehidupan daripada mereka yang mana dalam sebarang keadaaan; mereka berada di bawahnya kehendak Allah SWT dan mereka juga merupakan makhluk yang lemah yang mana ada atau tiadanya mereka adalah bergantung kepada kehendaknya Allah SWT. Perkara ini dapat disaksikan dengan jelas dalam peristiwa penganugerahan kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s dan juga doa-doa baginda di hadapan Allah SWT atau dalam kisah-kisah wafatnya baginda a.s.

Sekarang untuk menjawab pertanyaan asli iaitu tentang faktor penganugerahan kekuasaan yang istimewa ini kepada Nabi Sulaiman a.s, dapat dikatakan bahawa:

1.     Jika dengan pemberian kekuasaan mutlak dan pemerintahan yang meluas kepada salah satu daripada para nabi akan menghasilkan tujuan-tujuan yang telah dijelaskan sebelumnya, maka tidak ada lagi keperluan untuk mengulang bentuk pemerintahan tersebut daripada sisiNya kerana dalam perbuatan Allah SWT Yang Maha Bijaksana, tidak ada istilah pengulangan yang sia-sia dan tidak bermanfaat;

2.     Kekuasaan dan pemerintahan Nabi Sulaiman adalah tiada tandingan yang mana ianya tidak pernah berlaku setelah atau sebelum baginda memohon ampunan daripada Allah SWT ini, ianya terjadi selepas Nabi Sulaiman memohonnya kepada Allah SWT yang mana baginda memohon kepada Allah supaya memberikan kekuasaan dan pemerintahan yang tidak pernah dimiliki oleh selainnya.[1] Oleh itu, alasan keistimewaan yang terdapat pada kerajaan dan pemerintahan Nabi Sulaiman a.s perlu kita temukan pada doa-doa dan permintaan-permintaan baginda;

3.     Para nabi a.s tidak menginginkan sesuatu untuk dirinya sendiri melainkan permintaan-permintaan mereka hanyalah untuk melakukan tugas yang dibebankan kepadanya, iaitu menyampaikan kalam Ilahi kepada manusia. Akan tetapi kadangkala dalam melaksanakan tugasnya ini, para nabi perlu berhadapan dengan berbagai-bagai halangan daripada mereka yang kafir dan syitan-syaitan, dan perkara inilah yang merupakan salah satu masalah paling utama pada masa kenabiannya Nabi Sulaiman a.s. Dalam salah satu riwayat daripada Rasulullah s.a.w dikatakan bahawa, "Permintaan yang diajukan oleh Nabi Sulaiman a.s untuk mendapatkan pemerintahan yang besar dan meluas adalah supaya baginda dapat mengalahkan kefasikan para syaitan."[2] Untuk menghapuskan serangan musuh, para anbiya perlu menggunakan serangan yang digunakan oleh pihak musuh iaitu menggunakan kuasa pertahanan daripada jenis yang sama yang digunakan oleh pihak musuh dan sudah tentunya dalam bentuk yang lebih hebat dan lebih mahir dalam bidangnya sehingga tiada pukulan-pukulan yang merosak syariat dan para penganut agama.

Dengan membandingkan riwayat di atas dengan ayat ke 102 daripada Surah al-Baqarah[3] serta permintaan yang diajukan oleh Nabi Sulaiman a.s, maka jelaslah bahawa pada masa kenabian Nabi Sulaiman ini, kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk merosakan manusia dengan cara seperti sihir dan tangkal untuk mempengaruhi pemikiran manusia dan ataupun binatang-binatang supaya mereka taat kepada segala perintahnya. Dengan alasan inilah, untuk mengalahkan keadaaan semasa yang begitu mencengkam, maka Nabi Sulaiman a.s juga perlu memiliki kekuatan daripada jenis yang sama supaya dapat menguasainya. Dan seiring dengan kekuatan dan kekuasaan seperti ini yang dimilikinya seperti mengetahui bahasa haiwan, menguasai terhadap ilmu-ilmu metafizik, seperti bagaimana cara menguasai jin, mengendalikan angin dan sebagainya. Kekuasaaan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s telah menjadikan baginda istimewa dan tidak tertanding.

4.     Daripada doa yang dipanjatkan oleh Nabi Sulaiman a.s di hadapan Allah SWT juga dapat difahami dengan makna lain  iaitu permintaan baginda akan mukjizat daripada Allah SWT.

Untuk membuktikan kenabian, setiap nabi perlu menampakkan mukjizat iaitu sebuah amalan atau sesuatu yang tidak akan dapat dilakukan atau dimiliki oleh selainnya. Pada sisi yang lain, mukjizat yang dimiliki oleh para nabi juga perlu sesuai dengan keadaan pengetahuan, ilmu dan keinginan-keinginan masyarakat ketika itu.

Pada bahagian ketiga daripada jawapan itu, dapat dikatakan bahawa kebanyakan perkara yang diinginkan dan diminta oleh masyarakat pada masa Nabi Sulaiman a.s adalah hal-hal yang berkaitan dengan ilmu-ilmu metafizik, dan masyarakat menampakkan keinginan yang kuat untuk menggapai kekuasaan dengan menggunakan cara-cara yang tidak wajar ini. Dengan alasan inilah sehingga mukjizat Nabi Sulaiman a.s juga perlu bergerak sesuai dengan arah ini sehingga dapat diterima dan disambut oleh masyarakat dan juga akan menjadi penyempurna hujjah bagi mereka. Oleh sebab itu, Nabi Sulaiman a.s memohon kepada Allah SWT supaya diberikannya kekuasaan yang istimewa dan tiada tandingnya dan dalam menjawab permintaan nabiNya ini, Allah SWT Yang Maha Bijaksana pun memberikan kekuasaan yang luas kepada Nabi Sulaiman sebagai sebuah mukjizat, hingga baginda mampu mengendalikan angin, menguasai para jin dan mengetahui bahasa para binatang.[4]

5.     Dalam pelbagai riwayat daripada Rasulullah s.a.w telah dinukilkan bahawa baginda bersabda, "Sesungguhnya aku telah bersumpah bahawa, kepada kami telah dianugerahkan apa yang telah dianugerahkan kepada Sulaiman a.s dan segala apa yang belum dianugerahkan kepadanya dan kepada seluruh para nabi…"[5]

Oleh kerana itulah Rasul s.a.w mempunyai kekuasaan dan pemerintahan yang melebihi apa yang telah dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s.

 

Akhirnya perlu dikatakan bahawa, dalam kisah pemerintahan Nabi Sulaiman a.s atau sumber kekuasaan serta reaksi baginda, terdapat berbagai-bagai khurafat di kalangan masyarakat umum. Oleh sebab itu, para pencari hakikat perlu melakukan pengkajian yang lebih cermat dan mendalam pada sumber-sumber Islam yang benar dan menghindarkan diri daripada nukilan-nukilan yang menyesatkan.

 

Untuk bacaan lebih lanjut:

1.     Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, Intisyarat Darul Fikr, Beirut.

2.     Qumi, Abi al-Hasan, Ali bin Ibrahim, Tafsir Qumi, Darul Kitab, Qom, cetakan ke 14, tahun 1367 HSy.

3.     Makarim Syirazi, Tafsir Nemuneh, Darul Kitab Al-Islamiyyah, cetakan ke 23.

4.     Allamah Majlisi, Muhammad Taqi, Biharul Anwar, Darul Kitab Al-Islamiyyah, cetakan Marwa, 1361 HSy.



[1] . "Qola Rabbi habli malikan la yanbaghi …", hal. 35.

[2] . Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, jil. 2, hal. 61.

[3] . Dan mereka (orang-orang Yahudi) mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (untuk masyarakat dan mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (dan tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil, iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, “Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu). Oleh sebab itu, janganlah kau kafir (dan jangan kau menyalahgunakan pelajaran ini).” (Akan tetapi), mereka (menyalahgunakan hal itu dan) hanya mempelajari daripada kedua malaikat itu apa dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka (ahli sihir) tidak akan dapat mendatangkan mudarat dengan sihir itu bagi seorang pun kecuali dengan izin Allah. Mereka (hanya) mempelajari sesuatu yang dapat mendatangkan mudarat bagi (diri) mereka sendiri dan tidak memberi manfaat. Dan sesungguhnya mereka meyakini bahawa barangsiapa yang menukar (kitab Allah) dengan sihir itu, ia tidak akan mendapatkan keuntungan di akhirat, dan amat jeleklah perbuatan mereka menjual diri dengan sihir, jika mereka mengetahui.

[4] . Qumi, Abi al-Hasan, Ali bin Ibrahim, Tafsir Qumi, jil. 2, hal. 236.

[5] . Allamah Majlisi, Biharul Anwar, jil. 14, hal. 86.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits