Please Wait
6689
Dari satu perspektif, agama secara beransur-ansur adalah satu perkara yang bersesuaian dengan kemampuan berfikir dan rohani insan. Dari perspektif yang lain pula ialah mengikut keperluan-keperluan, ujian-ujian duniawi dan sosial. Dengan ini, oleh kerana manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai pemikiran yang lazim, mereka tidak berdaya memperolehi pengetahuan-pengetahuan masa kini. Demikianlah manusia sebelum perutusan Rasulullah (s.a.w), mereka tidak mempunyai kemampuan berfikir dan maknawi untuk ajaran baginda.
Begitu juga manusia zaman dahulu, mereka hidup dalam bentuk kekeluargaan dan tidak mempunyai sistem kehidupan secara bersosial dan berinteraksi. Fikiran mereka tidak pernah terbayang untuk mempunyai kemampuan memahami dan keperluan pengajian serta peraturan bermasyarakat; Kehidupan sosial di zaman sebelum Islam pula terbatas dan mereka tidak merasakan betapa perlunya pengajian yang lebih luas lagi. Oleh itu pendidikan dan pengajian di luar pola pemikiran dan kemampuan mereka. Manakala keperluan terhadap peraturan-peraturan menurut mereka tidak menjadi suatu kemestian, tetapi ia adalah suatu yang sia-sia. Bahkan pendidikan dan pemahaman bukanlah tanggungan taklif buat mereka. Walau bagaimana pun setelah masyarakat semakin mengalami kemajuan sosial, kemampuan intelektual serta spiritual manusia juga semakin meningkat, maka peraturan-peraturan dan ilmu pengetahuan disediakan untuk mereka sampai hari kiamat. Dengan lapangan itu mereka dapat melintasi tingkat-tingkat kemajuan, ketinggian duniawi dan ukhrawi.
Tujuan pensyariatan agama dan perletakan taklif ialah untuk memberi hidayah kepada insan ke arah ketinggian, memajukannya, membebaskannya dari berbagai belenggu dan rintangan dunia, serta mendorongnya ke arah kemanusiaan sebenar.
Dari perspektif yang lain, entiti kemampuan akal dan spiritual individu merupakan suatu aspek, manakala keperluan individu pula adalah suatu aspek yang lain ketika sedang mencapai ketinggian. Sejak dari awal ia tidak mempunyai kemampuan mendapatkan pelajaran-pelajaran lain. Manusia laksana kanak-kanak di hadapan sistem informasi wahyu Ilahi. Pada peringkat-peringkat awal, ia hendaklah mempelajari sebahagian pemahaman-pemahaman. Kemudian barulah ia belajar sebahagian huruf dan bilangan sehingga benar-benar bersedia untuk pendidikan dan pelajaran. Kemudian barulah ia berjaya mengikuti satu persatu tingkatan-tingkatan ilmu dalam satu jangkamasa, dengan terperinci dan keperluan-keperluannya sehinggalah ia sampai ke satu tahap yang digelar sebagai graduan dan penyelidik. Setelah itu orang lain pula memanfaatkan hasil usaha-usahanya. Begitu juga kanak-kanak tidak boleh diajar pelajaran tahun ke-dua ketika masih di tahun awal sekolah rendah. Demikian juga tahun ke-dua belas tidak boleh diajar pelajaran universiti. Begitulah seterusnya… Manusia terdahulu ini pada peringkat awal tidak mampu dan tidak perlu mendapatkan pengajaran dan hukum-hukum para nabi di masa hadapan. Umat-umat sebelum ini juga tidak memiliki kemampuan untuk menerima ajaran-ajaran dan hukum-hukum yang dibawa oleh baginda Rasulullah (s.a.w).
Selain daripada perkara di atas, had umur para nabi, kemampuan rohani dan fikiran mereka merupakan faktor lain mengapa agama itu diturunkan secara beransur-ansur. Walau apa pun perkara ini tidak dapat ditolak iaitu setiap nabi adalah manusia paling utama, paling sempurna dan paling berpengetahuan jika dibandingkan dengan orang-orang sezaman dengan baginda. Oleh itu Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Allah (s.w.t) tidak mengutus seorang nabi pun kecuali Dia menyempurnakan akal mereka terlebih dahulu dan (kemampuan spiritual dan…) intelektualnya lebih tinggi dan lebih utama daripada akal-akal umatnya”.[1]
Imam Hasan Askari (a.s) berkata: “Allah (s.w.t) menjadikan hati dan jiwa Nabi (s.a.w) sebagai yang paling baik dan paling elok, lalu Allah (s.w.t) memilihnya untuk menjadi nabi”.[2] Selain itu mengetahui secara mendalam keluasan akal, pemahaman dan yang terkandung dalam dada manusia merupakan perkara batin, “Allah (s.w.t) mengetahui di mana (kepada siapakah) risalah-Nya akan diletakkan”.[3] Demikian juga kemampuan memilih dan melantik Nabi (s.a.w) serta para imam (a.s) tidak ada pada manusia. Dengan ini, kadar pengajaran dan kaedah mereka, dan juga zaman pembaharuan syariat-syariat, pemansuhan syariat sebelumnya adalah memerlukan hikmah, ilmu dan izin Allah (s.w.t). Manusia pula tidak mempunyai autoriti dan kemampuan untuk menentukan dan menetapkannya.
Di samping itu, prasarana informasi dan sistem penyiaran yang terhad pada generasi terdahulu menjadi rintangan dan penghalang untuk sebuah agama berkekalan kepada seluruh zaman serta sampai kepada semua individu. Terutama sekali keterbatasan ruang lingkup konservatif, rakaman dan penyiaran maklumat merupakan satu hal, manakala dimensi zaman nabi adalah satu hal yang lain sehingga menyebabkan kelalaian dan kelupaan atau penyelewengan secara sengaja daripada pihak pembesar-pembesar kaum dalam ajaran dan hukum Ilahi. Manakala syariat Ilahi yang bermotifkan hidayah kepada manusia menjadi lenyap kerana terjadinya perkara-perkara tersebut.
Namun setelah kedatangan Islam, penegasan agama terhadap penulisan dan pemeliharaan warisan-warisan orang terdahulu, penyebaran perdagangan dan tukar menukar kebudayaan telah mengatasi masalah kesulitan dan kesusahan. Entiti ini semua adalah satu hal, manakala pembahagian seksyen beberapa hukum-hukum dan syariat merupakan suatu hal yang lain. Misalnya sebahagian hal-hal yang berunsurkan peringatan dan amaran pernah diharamkan ke atas orang-orang Yahudi telah dimansukhkan apabila Nabi Isa (a.s) diutuskan.[4]
Agama Islam juga tidak terkecuali dengan perkara tersebut. Selama 23 tahun ia mencapai kesempurnaan secara beransur-ansur. Dalam tempoh itu beberapa hukum telah dijelaskan antaranya ialah pengharaman arak, judi, hukuman had zina dan lain-lain lagi… Manasik haji tamattu’ diajar pada haji terakhir bagi Nabi (iaitu tahun 10 Hijrah, tahun ke-23 biʻthah) sampai ke peringkat perlaksanaan amalannya. Sebahagian yang lain telah dimansukhkan ialah bersedekah ketika berbisik.[5] Perkara ini bukanlah rahsia di kalangan orang yang bijak pandai dan ahli politik, untuk mengubah cara berfikir masyarakat, situasi dan perbuatan mereka bukan pekerjaan yang dapat diselesaikan selama satu malam. Padahal model berfikir, keadaan dan perbuatan yang selama ini mereka amalkan dan mereka wariskan kepada anak cucu mereka sudah turun-temurun, lebih-lebih lagi tradisi fanatik jahiliyah.
Memang benar! Rasulullah (s.a.w) mempunyai kemampuan untuk menerimanya sekaligus di malam lailatul qadr atau malam mikraj (naik ke langit). Namun orang lain tidak memiliki kemampuan spiritual dan intelektual seperti ini untuk perubahan dan sekaligus menerima segala pengajaran tersebut serta mengamalkannya. Sebagaimana Imam Ali (a.s), ketika hendak memberantas berbagai jenis bid’ah, beliau berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini. Mereka menafikan kemampuan dan kesempatan yang dimiliki oleh Ali yang ingin memperbaiki umat tersebut. Kesulitan dan kesusahan seperti ini terus berlanjutan sehingga ke akhir hayat Nabi (s.a.w). Meskipun Al-Qurʼan telah sempurna, namun seluruh penafsiran dan penjelasan itu tidak menjadi budaya di kalangan masyarakat.
Berdasarkan hal ini, pengajaran-pengajaran Islam yang sebenar disimpan dalam dada yang lapang (baca: para imam) sehingga ia menjadi mursyid (pembimbing) orang awam dan menjelaskan hukum-hukum, maʻarif dan perkara yang bersumber daripada-Nya. Dengan itu tugas untuk membimbing dan menjelas diberikan kepada para Imam Ma’sum (a.s). Maka para Imam (a.s) pun mengerahkan seluruh perhatian dan waktunya demi mendidik, meramaikan murid-murid dan mendidik umat sehingga mereka mampu menemui jalan mereka sendiri dengan merujuk kepada kitab (Al-Qur’an), Sunnah (hadis), metodologi, teori penyusunan, pengajaran-pengajaran Nabi (s.a.w) dan para Imam Maʻsum (a.s) di sepanjang hamparan sejarah sehingga menjelang kemunculan (Imam Mahdi a.s) dan memenuhi segala keperluan mereka, samada perkara yang ilmiah, pemikiran, etika mahupun syar’i. Terutama sekali sumber wahyu; Iaitu Al-Qurʼan yang masih tetap utuh dan terjaga dari segala bentuk penyelewengan dan perubahan hingga hari. Begitu juga kaedah membezakan antara hadis palsu dan hadis sahih.
Sirah ilmu ulama Syiʻah telah membuktikan bahawa agama ini merupakan agama yang sempurna dan hingga hari kiamat ia mampu menjawab segala masalah keperluan umat manusia di dunia dan akhirat. Sekiranya musuh-musuh tidak menghalang jalannya, ia mampu menegakkan keadilan dan perdamaian serta ketenteraman di seluruh alam semesta. Meskipun mereka tidak pernah membiarkan perkara ini terjadi hal ini dan selalu melakukan halangan dan rintangan, namun sebagaimana janji Ilahi apabila tiba waktunya seorang manusia suci lagi sempurna, Imam Zaman (a.f.j) pasti akan muncul. Beliau akan memberantas segala bentuk kekejaman dan kezaliman di samping meluaskan keadilan ke alam semesta.[]
Sumber bacaan:
- Ja’far Subhani, Ilahiyāt, jilid 3, hal 22-64, hal 485-528, hal 225.
- Ali Syirwani, Dars Nāme-e ‘Aqāid, hal 128, hal 161-165.
- Muhammad Taqi Mishbah Yazdi, Āmuzesy ‘Aqā’id, jilid 1 dan 2, pelajaran 29, 31, 35.
- Muhammad Taqi Mishbah Yazdi, Rāh wa Rāhnemā Syenāsi, jilid 4, hal 1-55; jilid 5, hal 13-56, 177-189.
- Murtadha Muthahari, Khatamiyat, hal 37-63, 99, 143-163.
[1] . Ali Syirwani, Dars Nāme-e ‘Aqāid, hal 128, dinukil daripada ushul kaafi.
[2] . ibid, dinukil dari Bihār al-Anwār, jilid 18, hal 205, hadits 36.
[3] . Qs. Syura (42):7.
[4] . Qs. Ali ‘Imran (3):50; Qs. Al-Nisa (4): 160-161.
[5] . Qs. al Mujadalah (58) :12 dan 13; Qs. An-Nur (24):3; Qs. Al-Baqarah (2):143-150.