Carian Terperinci
Pengunjung
6848
Tarikh Kemaskini 2011/01/17
Ringkasan pertanyaan
Apakah hukumnya apabila kami memilih salah seorang marja’ taklid dari tujuh marja’ taklid yang diperkenalkan oleh Agensi Perguruan Hauzah (Jamiah al-Mudarrisin) tanpa mengetahui ‘alamiyah-nya?
soalan
Salah seorang pelajar agama yang dikirim oleh hauzah ke daerah kami berkata: “tidak cukup sekadar bergantung kepada tujuh orang marja’ taklid sahaja seperti mana yang telah dikenalkan oleh Agensi Perguruan Hauzah (Jamiah al-Mudarrisin) bagi menetapkan a'lam (yang paling alim) salah seorang dari mereka bagi tujuan taklid, dan kita harus lebih membuat kajian lagi supaya dapat menentukan ‘alamiyah kemudian bertaklid kepadanya. Karena seluruh marja’ agung telah memberikan fatwa bahawa mukallid harus bertaklid kepada yang lebih pandai (a’lam). Apakah perkara yang disampaikan pelajar tersebut benar? Jika benar, bagaimana pula hukum taklid kami (tanpa mengetahui kelebihpandaian -a’lamiyah- mereka) kepada salah seorang marja' yang tujuh tersebut?
Jawaban Global
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail.
Jawaban Detil

Salah satu jalan untuk mengenal mujtahid yang a'lam (lebih pandai) adalah melalui penentuan yang dilakukan oleh sekumpulan ahli-ahli ilmuan tentang mujtahid dan kealiman seseorang mujtahid, yang mana dengan itu, muqallid menyakini ucapan-ucapan mereka, dan dapat membenarkan kemujtahidan seseorang serta kealimannya.[1]

Pada masa dewasa ini, sebahagian dari guru-guru hauzah Ilmiah Qum (sebagai tenaga pakar dan ahli dalam masalah agama) telah memperkenalkan beberapa orang dengan kelayakan yang diperlukan sebagai marja’ taklid, dimana setiap muslim boleh memilih salah satu dari mereka sebagai marja’ taklidnya. Dan seluruh amalannya harus dikerjakan berdasarkan kitab Taudhi al-Masâ’il (Kitab Himpunan Fatwa) marja yang diikutinya.

Oleh karena itu, apabila Anda sebelumnya telah mendapatkan keyakinan terhadap apa yang telah diperkenalkan oleh sebahagian guru-guru dan mujtahid-mujtahid Hauzah Ilmiah Qum tentang beberapa orang yang telah memiliki kelayakan yang diperlukan sebagai marja’ taklid  dan meyakini bahawa mereka semua berada dalam satu garisan dari sudut kealimannya (sama tahap ilmiah), dan anda telah bertaklid kepada salah seorang dari mereka sebagai marja’ taklid, maka amalan-amalan Anda terdahulu adalah sah dan dengan demikian Anda telah menunaikan tanggugjawab anda. Demikian juga, jika anda masih tetap yakin terhadap a’lamiyah  marja’ taklid  anda, maka anda harus melanjutkan taklid kepadanya, sebaliknya jika anda tidak yakin lagi terhadap a’lamiyah marja’ tersebut, maka ketika itu, anda harus lebih banyak membuat penelitian dan mendapatkan yang a’lam (lebih unggul dalam keilmuan).

 

Untuk informasi lebih jauh, sila rujuk kepada beberapa indeks di bawah ini:

Indeks: Memilih marja’ taklid yang a’lam (lebih pandai), pertanyaan 1657 (site 1820)

Indeks: Penelitian kembali untuk memilih marja’ taklid a’lam, pertanyaan 1848 (site: 1833)

Indeks: Hukum tidak menjaga batasan-batasan syar’i dalam memilih marja’ taklid a’lam, pertanyaan 553 (site: 603)

Indeks: Mengganti marja’ taklid, pertanyaan 3309 (site: 3867)

Indeks: Bolehnya berpindah dari marja’ taklid yang hidup kepada marja’ taklid lainnya, pertanyaan 2282 (site: 2390)

Indeks: Mujtahid a’lam dan bagaimana berpindah dari non-a’lam, pertanyaan 2077 (site: 2542)

Indeks: Memilih marja’ taklid, pertanyaan 2820 (site: 3024)



[1]. Taudhi al-Masail (al-Mahsyah li al-Imam al-Khomeini), jil. 1, hal. 15. Jelas bahawa yang dimaksud dengan orang berilmu di sini adalah alim terh-adap ilmu-ilmu Islam.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah telaga kautsar itu?
    16781 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Apakah perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
    7443 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Kekuasaan-kekuasaan wali faqih dapat dikaji dalam dua paksi berikut:Wali faqih memiliki wilāyah atas orang ramai.Wali faqih memiliki kuasa atas berbagai urusan.Apabila autoriti wali faqih kita anggap tidak terbatas pada beberapa orang tertentu (seperti orang gila, anak yatim dan sebagainya) dan kekuasanya tidak terhad pada ...
  • Kenapa Iblis (syaitan) diciptakan daripada api?
    14233 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
    17309 Ulum Al-Quran 2011/04/19
    Mukjizat dari satu sisi bermakna suatu hal yang luar biasa, di sertai dengan cabaran dan dari sisi lain, mukjizat yang dipraktikalkan itu selaras dengan dakwaan yang dilontarkan oleh pemilik mukjizat. Keluarbiasaan ertinya ialah, terjadinya suatu perkara yang berbeza dengan aturan-aturan semulajadi.
  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    8372 Teologi Baru 2011/09/22
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...
  • Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
    10930 Teologi Klasik 2011/09/22
    Di dalam ilmu kalam,keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    20216 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    13102 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Kitab-kitab all-inklusif hadis Syiah yang utama?
    11431 Ilmu Dirayah 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Dengan memperhatikan bahawa Tuhan adalah Mahatahu secara mutlak, lantas apakah motif ujian-ujian Tuhan bagi manusia?
    7773 Teologi Klasik 2011/04/19
    Sebagaimana menurut pertanyaan yang diajukan, pelbagai ujian Ilahi bukanlah bermaksud untuk menyingkap apa-apa yang tidak diketahui lantaran Tuhan Mahatahu atas segala sesuatu. Namun ketika kita merujuk kepada ayat dan riwayat, maka kita akan menemui bahawa pelbagai ujian ini merupakan sebuah tradisi (sunnah) dan kanun Ilahi yang berpijak ...

Populer Hits