Carian Terperinci
Pengunjung
14153
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana mungkin seratus ribu lebih jumlah sahabat yang hadir di Ghadir Khum dan mendengarkan hadis al-Ghadir namun tiada satu pun dari mereka yang melontarkan kritikan dan protes di Saqifah?
soalan
Bagaimana mungkin seratus ribu lebih jumlah sahabat yang hadir di Ghadir Khum dan mendengarkan hadis al-Ghadir namun tiada satu pun dari mereka yang melontarkan kritikan dan protes di Saqifah?
Jawaban Global

Asal usul peristiwa al-Ghadir menurut nukilan sejarah merupakan peristiwa yang telah dibuktikan (tentang kesahihannya).

Para penulis sejarah dengan merakam pelbagai kejadian dan mendengar telinga ke telinga peristiwa ini dari mulut-mulut masyarakat yang dapat dipercayai, dan dari kabilah-kabilah yang berbagai-bagai, telah mengakui kebenaran masalah ini.

Kesahihan (hujjat) masalah ini sedemikian (kukuh) sehingga ia dapat ditemui di dalam sastra, teologi, tafsir, dan bahkan di dalam kitab-kitab Mu'jam (kamus) hadis-hadis yang muktabar Ahlusunnah dan Syiah, dimana Nasai sendiri yang merupakan salah seorang ulama besar Ahlusunnah telah menukil hadis ini melalui 250 sanad.

Selain dari itu, berhimpunnya masyarakat sedemikian besar di Ghadir Khum bukanlah merupakan sesuatu yang tidak masuk akal, kerana peristiwa al-Ghadir terjadi pada tahun sepuluh Hijriah dimana dengan menyebar luasnya dakwah untuk Islam, khususnya fardu hahji yang dikira sebagai slogan Ilahi, telah mendekatkan masyarakat yang berbagai lapisan kepada Islam. Dan lebih penting lagi bahawa Nabi Saw juga turut mengumumkan kehadirannya dalam musim haji tahun itu kepada masyarakat dan beliau sendiri yang akan membimbing malasah hukum-hakam haji.

Nah, sekarang pertanyaannya adalah mengapa masyarakat yang sedemikian besar, tidak menampakkan protesnya di hadapan penyelewengan di Saqifah dan memilih jalan untuk mendiamkan diri!? Bukankah hal ini menegaskan bahawa hadis Ghadir tidak menunjukkan kepada wilayah Imam Ali As! ?

Dalam menjawab pertanyaan ini harus dikatakan bahawa: secara dasarnya tiada protes dari sisi para sahabat di Saqifah itu sendiri mendapat kritikan dan ditolak; kerana sebahagian sahabat yang agung seperti Salman, Miqdad, Thalha dan sebagainya turut melancarkan protes dan kritikan mereka kepada pembesar-pembesar Saqifah dan bahkan Zubair sendiri turut menghunuskan pedangnya di hadapan para pembesar Saqifah.

Dalam masalah ini, terdapat kelompok sahabat yang memilih jalan berdiam diri; samada atas alasan untuk menjaga kemaslahatan dan menghindar dari perpecahan dan penumpahan darah, seperti yang dilakukan Abbas pakcik Nabi Saw, atau samada atas alasan takut dari ancaman kuncu-kuncu khalifah semasa. Atau samada bagi mereka yang memiliki kepentingan dan keuntungan dari orang yang memegang kekuasaan di Saqifah. Seperti orang-orang yang baik dengan mereka atau keluarga Bani Umayyah.

Begitu juga terdapat kelompok lain yang bukan kerana adanya larangan atau ancaman, bahkan atas alasan mereka telah mengenal Imam Ali As sebagai seorang penguasa yang ingin menyebarkan keadilan, maka mereka (mengambil jalan untuk) tidak menentang (penyimpangan di Saqifah). Dan terakhir, sebahagian dari masyarakat yang lain, berdasarkan kejahilan dan kebodohan, mengira bahawa Abu Bakar itu adalah Ali As yang dipilih oleh Nabi Saw sebagai khalifah di dalam dalam peristiwa di Ghadir. Oleh itu, mereka memilihnya sebagai khalifah dan membaiatnya.

Imam Ali sendiri sesuai dengan wasiat Nabi Saw telah ditugaskan untuk tidak membiarkan komuniti kaum Muslimin ini bercerai-berai, maka itu Hazrat As berpuluh-puluh kali di kesempatan yang bebeza-beza dengan bersandarkan kepada hadis al-Ghadir telah melakukan protes lisan.

Jawaban Detil

Dalam pertanyaan ini terdapat dua kemungkinan: Kemungkinan pertama yang dapat diandaikan adalah bahawa tiada dari kalangan sahabat yang melancarkan  protes terhadap keputusan Saqifah dan adanya pengingkaran terhadap akar peristiwa al-Ghadir; Kemungkinan kedua yang dapat diandaikan adalah tentang akar peristiwa al-Ghadir dan tiadanya protes para sahabat serta pengingkaran terhadap petunjuk hadis al-Ghadir atas wilayah (khilafah) Imam Ali As.

Untuk menjawab dua-dua kemungkinan ini cukup bagi kita dengan membuktikan akar peristiwa Saqifah melalui nukilan sejarah sebagaimana berikut ini.

Banyak kitab-kitab sejarah dari kalangan Sunni dan Syiah mengakui nukilan peristiwa al-Ghadir ini[1] dan mengiranya sebagai sesuatu yang pasti dan diterima umum.

Khalil Abdulkarim, salah seorang ulama agung Ahlusunnah di zaman ini, di tengah-tengah perbahasan tentang pemgumpulan al-Quran, menulis: “Bilangan para sahabat Nabi Saw, yang hadir (dalam peristiwa) haji al-Widâ’ (haji perpisahan, dimana peristiwa al-Ghadir terjadi ketika itu) jumlahnya adalah seratus dua puluh empat ribu orang.”[2] Demikian juga Ibnu Katsir menulis, “Riwayat-riwayat dan hadis-hadis tentang peristiwa Ghadir Khum sangat mutawatir dan kami menukil peristiwa tersebut, sesuai dengan kemampuan kami (sebagian darinya).[3]

Selain dari kitab-kitab sejarah yang telah disebutkan, terdapat banyak riwayat di dalam mu'jam-mu'jam (kamus) ilmu hadis Ahlusunnah yang telah menukilkan hadis al-Ghadir ini. Sebagian dari mereka, telah menyebut hadis ini dengan satu kandungan melalui jalan sandaran yang berbeda-beda. Sebagai contohnya, Nasai menukil hadis ini dengan dua ratus lima puluh sanad.[4]

Kesemua ini adalah bukti dan tanda tentang banyaknya jumlah sahabat yang hadir di dalam peristiwa Ghadir Khum di mana tidak lagi lagi ada ruang untuk diragukan dan sangsikan, baik pada asal-usul peristiwa Ghadir, mahupun pada jumlah bilangannya.

Terlepas dari itu, berkumpulnya manusia sedemikian besar dan banyak di Ghadir Khum ini bukanlah merupakan sesuatu yang tidak masuk akal, kerana peristiwa Ghadir Khum, terjadi di daerah yang bernama Rabigh,[5]di  sebuah daerah yang letaknya kurang-lebih dua ratus kilometer dari Mekkah. Sebuah persimpangan empat hala iaitu jalan-jalan menuju Irak, Madinah,[6] Mesir dan Yaman. Dengan demikian, seluruh jamaah haji tatkala mereka mahu pulang dari menunaikan ibadah haji, mau-tak-mau, mereka harus melintasi daerah ini untuk kembali ke tempat mereka masing-masing.

Dari sudut kondisi waktu pula dapat dikatakan di sini bahawa peristiwa Ghadir Khum, terjadi pada 18 Dzul-Hijjah bulan terakhir tahun 10 Hijriah.[7] Namun pada tahun itu, jumlah orang yang hadir lebih banyak (dibanding haji-haji sebelumnya). Hal ini dikeranakan banyak ayat yang telah diwahyukan bahawa haji adalah merupakan salah satu dari syiar-syiar Ilahi, dan dengan berkembangnya dakwah Islam, banyak masyarakat dari berbagai lapisan telah memeluk agama Ilahi ini.

Dari sisi lain, oleh kerana sebelum berangkat ke haji, Nabi Saw telah memerintahkan supaya diumukan kepada semua tempat bahawa beliau sendiri akan turut serta pada musim haji tahun itu dan akan mengajarkan secara langsung hukum-hukum haji.[8]

Dengan semua faktor-faktor ini menyebabkan pada tahun tersebut, jumlah bilangan haji menjadi lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya dan oleh kerana peristiwa Ghadir Khum terjadi di Rabigh, iaitu sebelum kaum Muslimin bersurai untuk pulang ke daerah masing-masing. Oleh kerana itu, terjadilah peristiwa Ghadir Khum dengan sambutan yang luar biasa dan yang tiada tandingannya di tempat itu.

Kemungkinan kedua bahawa: bagaimana mungkin terjadi ke atas para sahabat meskipun mereka telah menyaksikan peristiwa Ghadir Khum secara langsung dan telah mendengar sabdaan Rasulullah Saw serta berbaiat kepada Ali As, tetapi telah memilih orang lain untuk urusan khilafah Ilahi di dalam peritiwa Saqifah? Pastinya hal ini menegaskan bahawa hadis Ghadir Khum tidak menunjukkan pada wilayah (khilafah) Imam Ali As.[9]

Dalam menjawab pertanyaan ini harus dikatakan bahawa, dakwaan tiadanya protes atau bangkagan para sahabat berkait peristiwa Ghadir Khum merupakan dakwaan yang tidak benar. Dan tidak sedikit para pengikut sejati yang tetap setia memegang teguh baiat dan janjisetia mereka serta melarang para pembesar Saqifah dari tindakan berbahaya mereka.

Imam Ali As telah diperintahkan berdasarkan wasiat Nabi Saw supaya tidak membiarkan kaum Muslimin berbalah dan berpecah belah, maka itu, Hazrat As hanya sekadar menentangnya dalam bentuk lisan sahaja dan tidak mengangkat senjata untuk melaksanakan titah Ghadir Khum dan selama Fatimah As masih hidup, Hazrat As tidak berbait dengan Abu Bakar dan selepas kesyahidan Fatimah As, berdasarkan maslahat (yang ada) dan (kondisi) terpaksa, Imam Ali As terpaksa memberikan baiatnya kepada Abu Bakar. Namun Hazrat As tetap menyampaikan protes lisannya, berpuluh-puluh kali di pelbagai kesempatan yang berbeza-beza dengan bersandar pada hadis Ghadir.

Sahabat-sahabat besar seperti Salman, Abu Dzar, Thalha, Zubair[10] dan lainnya turut mengangkat suara menentang keputusan Saqifah dan tidak memberikan baiat mereka kepada Abu Bakar, bahkan tidak cukup sekadar itu sahaja, mereka menghunus pedang di hadapan para pembesar Saqifah.[11]

Sebahagian lainnya seperti Abbas pakcik Nabi Saw, walaupun beliau tidak menyatakan penentangannya secara terang-terangan, kerana mahu menghindar dari sebarang perbalahan dan pertumpahan darah. Namun ia juga tidak menyatakan sokongan terhadap pembesar Saqifah dan tidak memberikan baiat kepada mereka.[12]

Berdasarkan sebahagian penentangan sekelompok besar sahabat ini secara praktikal, dan juga penyandaran berterusan dari sisi Imam Ali terhadap hadis Ghadir Khum dalam pelbagai kesempatan yang berbebeza-beza menunjukkan bahawa apa yang ditegaskan oleh hadis Ghadir tentang kekhilafahan dan wilayah Amirul Mukminin As adalah sempurna dan benar.

Akan tetapi masyarakat awam yang hadir pada peristiwa Ghadir Khum berada pada dua posisi. Sebahagian mereka; samada mempunyai manfaat-manfaat tertentu dari kejadian Saqifah, atau dalam kondisi tamakkan sesuatu atau mendapat ancaman sehingga terpaksa memberi kerja-sama dan berbaiat kepada para pembesar Saqifah ini.[13] Atau mereka berbait, tetapi bukan kerana inginkan keuntungan atau terpaksa, namun mereka mengetahui bahawa mereka tidak mampu untuk berada di bawah kekuasaan Ali bin Abi Thalib atau kerana dendam mereka terhadap Hazrat As. Ini kerana, kebanyakan kaum kuffar atau Musyrikin yang terbunuh dalam berbagai medan perang (kebanyakkannya terbunuh di tangan Imam Ali As) adalah dari kalangan keluarga mereka sendiri.

Disebutkan juga bahawa sebagian yang lain yang telah memberikan baiat mereka kepada Abu Bakar adalah kerana atas dasar kejahilan. Mereka ini adalah orang-orang yang telah mendengar peristiwa Ghadir dan menyangka bahawa Abu Bakar itu adalah Ali As sendiri mana Nabi Saw telah berpesan kepada wilayahnya, lalu mereka membaiatnya.[14]

 

Referensi untuk telaah lebih jauh:

1.     Ghadir, Sanad-e Ghuyâ-ye Wilâyat, Guruh-ye Ma’arif wa Tahqiqat-e Islami.

2.     Al-Ghadir, Sheikh Abdulhusain Amini, 11 jilid.

3.     Al-Tanbih wa al-Asyrâf, al-Mas’udi, 1 jilid.

4.     Farâzha-ye az Târikh-e Payâmbar-e Islâm, Ja’far Subhani.

5.     Mujtma’ al-Yatsrib, Khalil Abdulkarim.

6.     Târikh Ya’qubi, Ahmad Abi Ya’qubi bin Ja’far bin Abi Wadhih.

7.     Al-Bidâyah wa al-Nihâyah, al-Hafizh bin Katsir Dimasyqi.

8.     Mu’jam Lughah al-Fuqahâ, Muhammad Qul’aji.

9.     Asrâr Âli Muhammad Saw, Salim bin Qais Hilali.

10.  Farâid al-Simthain, Ibrahim bin Muhammad Juwaini Khurasani.

11.  Al-Saqifah wa al-Fadak, Abi Bakar Ahmad bin Abdulaziz Jauhari.

12.  Syarh Nahj al-Balaghah, Ibn Abil Hadid.

13.  Jamal, Sheikh Mufid.

14.  Syarh Ushul Kafi, Maula Muhammad Shalih Mazandarani.

15.  Al-Mi’yâr wa al-Mawâzinih, Abi Ja’far al-Askafi.



[1]. Târikh Ya’qubi, Ahmad Abi Ya’qub bin Ja’far bin Abi Wadhi, jil. 2, hal. 112.  

[2]. Mujtma’ al-Yatsrib, Khalil Abdulkarim, hal. 20.  

[3]. Al-Bidâyah wa al-Nihâyah, al-Hafizh bin Katsir Dimasyqi, jil. 5, hal. 213.  

[4]. Ghadir, Sanad-e Ghuya Wilâyat, Geruh Ma’arif wa Tahqiqat Islami, hal. 15.  

[5]. Ibid, hal. 7.

[6]. Al-Ghadir, Syeikh Abdulhusain Amini, jil. 1, hal. 8.  

[7]. Al-Tanbih wa al-Asyrâf,  al-Mas’udi, hal. 222

[8]. Farâzha-ye az Târikh-e Payâmbar-e Islam, Ja’far Subhani, hal. 504.

[9]. Saqifah berarti tempat yang memiliki atap untuk tempat berlidung. Mu’jam Lugha al-Fuqaha, Muhammad Qal’aji, hal. 264.

[10]. Farâidh al-Simthaîn, Ibrahim bin Muhammad Juwaini Khurasani, jil. 2, hal. 82.

[11]. Al-Saqifah wa al-Fadak, Abi Bakar Ahmad bin Abdulaziz Jauhari, hal. 50.  

[12]. Syarh Nahj al-Balâgha, Ibn Abi al-Hadid, jil. 1, hal. 73.  

[13]. Jamal, Syaikh Mufid, hal. 59; Syarh Ushul Kâfi, Maula Muhammad Shaleh Mazandarani, hal. 260.  

[14]. Al-Mi’yâr wa al-Mawâzinih, Abi Ja’far al-Askafi, hal. 19-23.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits