Carian Terperinci
Pengunjung
10271
Tarikh Kemaskini 2011/05/22
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana menjelaskan kes pembunuhan seorang remaja di tangan Nabi Khidr (a.s), sedangkan kita ketahui bahawa anak tersebut tidak melakukan dosa? Apakah perbuatan ini tidak bertentangan dengan sunnah Tuhan?.
soalan
Ayat 80 surah Al-Kahfi (18) menjelaskan pembunuhan remaja tersebut di tangan Nabi Khidir (a.s). Namun jika kita bersandar pada hukum syariat maka kita akan mengetahui selagi seseorang belum melakukan amalan kejahatan, maka perbuatan tersebut belum dapat dijatuhkan hukuman. Oleh kerana itu pertanyaan yang timbul dalam hal ini ialah:
1. Mengapakah Tuhan yang Maha Mengetahui (dengan ilmunya yang tak terbatas) bahawa remaja tersebut akan melakukan kejahatan di masa yang akan datang, namun (sesuai dengan sunnah Ilahi) remaja tersebut tidak diberikan kesempatan untuk dirinya sendiri menyaksikan amalan kejahatannya di masa depan?, bukankah hal ini disebut dengan Jabariyah (determinisme) ?
2. Apakah remaja tersebut akan mendapatkan keampunan daripada Tuhan disebabkan kedua orang tuanya adalah mukmin?, dan remaja tersebut telah meninggal dunia sebelum melakukan perbuatannya, apakah ia tidak akan diazab lagi?
3. Atau apakah disebabkan Tuhan telah mengetahui bahawa di masa yang akan datang dia akan melakukan dosa maka remaja tersebut akan mendapatkan azab di akhirat kelak?
Jawaban Global

Menurut beberapa ayat dan riwayat beserta tafsir yang ada, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa pembunuhan remaja tersebut oleh Nabi Khidir (a.s) bukan disebabkan kemarahan dan hawa nafsu. Namun kita meyakini pembunuhan remaja tersebut mengandungi hikmah dan kemaslahatan tertentu. Lebih-lebih lagi kita ketahui bahawa remaja tersebut dibunuh oleh seorang hamba yang soleh di mana hatinya dipenuhi dengan rahmat Tuhan.

Sebagaimana Nabi Khidr (a.s) sendiri menegur Nabi Musa (a.s) ketika mempertikaikan perbuatan tersebut, Nabi Khidr (a.s) berkata, “Iradah dan hikmah Tuhan lebih mulia dari segala sesuatu di mana akal manusia yang sederhana tidak mampu mencapai sesuatu di sebalik perintah Tuhan dan kehendak Tuhan. Oleh kerana itu akal tidak mungkin menentukan keinginan Tuhan. Namun sebaliknya perintah dan iradah-Nya lah yang menentukan akal. Oleh kerana itu jangan sekadar menyandarkan pada akal dan yang zahir semata-mata, dan untuk saat ini bersabarlah dan terimalah terhadap segala yang saya kerjakan."

Dengan kata lain pembunuhan pemuda tersebut 100 peratus diatas perintah khusus dan tentunya telah ditetapkan dalam hukuman Tuhan. Nabi Khidr (a.s) tidak mungkin melakukan perbuatan tersebut tanpa perintah Tuhan, bahkan Nabi Khidr (a.s) adalah pelaksana perintah Tuhan itu sendiri.

Kadangkala Tuhan mengambil keputusan yang berada di luar ruang lingkup zahiriyah berdasarkan kemaslahatan tertentu dan pasti secara automatik akan berlaku pula sisi batinnya termasuk azab dan pahalanya.

Menurut beberapa ayat dan riwayat dalam persoalan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa kemaslahatan tersebut adalah :

1.     Dikeranakan anak ini lahir dalam keluarga muslim, kekafirannya di masa akan datang menyebabkan anak tersebut menjadi murtad, namun apa yang dilakukan Nabi Khidr (a.s) dalam membunuh anak tersebut adalah untuk meringankan azab anak tersebut di akhirat kelak.

2.     Tuhan (dengan ilmunya yang tak terbatas) mengetahui bahawa jika anak tersebut melanjutkan kehidupannya, maka ia hanya akan memberikan kerugian spiritual dan material. Jika anak ini hidup maka ia akan membuat kedua orang tuanya kafir dan dosa kemurtadan kedua orang tuanya akan ditanggung olehnya.

3.     Jika anak tersebut terus hidup, ia akan menghalang kebaikan yang lain untuk kedua orang tuanya, iaitu seorang anak perempuan yang akan muncul seorang Nabi daripada generasinya. Dengan terbunuhnya anak tersebut keimanan kedua orang tuanya terpelihara disamping akan diberikan rezeki, taufiq dan keberkatan berupa seorang anak perempuan di mana dari generasinya akan melahirkan seorang Nabi. Orang tuanya akan menjadi datuk dari 70 nabi dan tentunya kedua orang tuanya akan mendapatkan pahala dan syafaat dari keturunan-keturunannya.

Kesimpulannya bahawa salah satu hikmah mengapa anak tersebut tidak diberikan kesempatan dalam menjalani hidupnya adalah kerana akan lahir generasi nabi-nabi yang agung dari kedua ibu bapanya. Jelas bahawa sunnah Ilahi berkaitan dengan keimanan datuk para nabi tersebut. Oleh sebab itu jika anak tersebut hidup maka akan menyebabkan kedua orang tuanya kafir dan akan menghalangi jalan sunnah Ilahi tersebut.

Jawaban Detil

Dengan mengamatikan penjelasan dari berbagai tafsir tentang riwayat-riwayat dan ayat-ayat yang berkaitan dengan hal ini, kita dapat menyimpulkan bahawa terbunuhnya seorang remaja (ghulam[1]) di tangan Nabi Khidr (a.s) bukan kerana faktor kebetulan atau marah, bahkan ketika Nabi Khidr (a.s) melihat remaja tersebut, baginda terus membunuhnya tanpa didahului dengan dialog.[2] Oleh kerana itu faktor-faktor psikologi seperti marah dan sebagainya tidak termasuk dalam kes ini. Sudah tentu akal kita akan menerima bahawa pembunuhan ini mengandung hikmah kerana tidak ada sama sekali faktor psikologi yang mempengaruhinya. Lebih-lebih lagi yang melakukan perbuatan ini adalah seorang Nabi di mana seorang nabi tidak pernah sama sekali mengikuti hawa nafsunya. Al-Qur’an memperincikan Nabi Khidr sebagai berikut: “Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami." (Qs. Al-Kahfi [18]:65)

Oleh kerana itu dengan beberapa isyarat di atas kita dapat menyimpulkan bahawa perbuatan tersebut sama sekali tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu. Akan tetapi apakah hikmah yang tersirat di dalamnya?, dan bagaimanakah dapat percaya bahawa peribadi seorang Nabi dapat melakukan hal tersebut?

Dalam beberapa riwayat kita melihat bahawa Nabi Musa (a.s) sangat terkejut melihat peristiwa itu. Kerana jika dilihat kejadiannya secara zahir, qishâs (pembunuhan) itu bukan pada tempatnya. Nabi Musa (a.s) lalu berkata kepada Nabi Khidr (a.s); apakah engkau membunuh seorang anak manusia yang suci dan tanpa dosa di mana anak tersebut tidak layak mendapatkan qishâs? Hal ini tidak dapat diterima dan anda melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya! Lalu Nabi Khidr (a.s) berkata kepada Nabi Musa (a.s) dan menjelaskan secara umum sebab perbuatannya; “Iradah dan hikmah Tuhan lebih mulia dari segala sesuatu sedemikian sehingga akal manusia yang sederhana tidak mampu mencapai sesuatu di sebalik perintah Tuhan dan Keinginan Tuhan. Oleh kerana itu akal tidak mungkin menentukan keinginan Tuhan. Namun sebaliknya perintah dan iradah-Nyalah yang menentukan akal. Demikian itu janganlah hanya bersandar pada akal dan yang zahir semata-mata, untuk saat ini sabarlah dan terimalah terhadap segala yang saya kerjakan. “[3]

Dengan memperhatikan hadis secara saksama maka dapatlah disimpulkan:

1.     Urusan (Umūr) terbentuk dari dua realiti iaitu zahir dan kenyataan, jika dari sisi zahir iaitu daripada kebaikan-kebaikan dan tanpa dosa berterusan menjadi keburukan-keburukan dan dosa-dosa, maka kita tidak boleh bersandar pada hukum-hukum zahir sahaja.

2.     Kadangkala Tuhan memutuskan sesuatu persoalan yang diluar dari wilayah eksoterik (zahir) disebabkan wujud kemaslahatan yang lebih besar, sehingga menghendaki sisi esoterik (batin) dalam persoalan tersebut termasuk yang berkenaan pahala dan azabnya.

3.     Terbunuhnya pemuda tersebut dikeranakan perintah dan hukuman Tuhan. Nabi Khidr (a.s) tidak akan melakukan perbuatan tersebut tanpa perintah Tuhan, bahkan Nabi Khidr (a.s) adalah pelaksana perintah Tuhan itu sendiri.[4]

 

Sekarang pertanyaannya adalah: Apakah Tuhan telah meng-qishâsh remaja tersebut sebelum ia melakukan perbuatan dosa? Perbahasan selanjutnya adalah dimaksudkan untuk memberikan jawapan dari pertanyaan ini:

1.     Jika seorang manusia dilahirkan dari kedua ibu bapa Mukmin, namun setelah dewasa (baligh) dia mengingkari keimanannya maka anak tersebut akan dihukumi “murtad fitri”, dan orang tersebut -jika laki-laki- diperbolehkan untuk dibunuh. Dalam beberapa riwayat dijelaskan: “Walaupun secara jelas al-Qur’an menjelaskan bahawa kedua orang tua remaja tersebut adalah Mukmin, namun anaknya kafir di mana hatinya tidak memiliki harapan lagi untuk menerima cahaya hidayah, sehingga anak tersebut tergolong sebagai orang-orang yang telah dilabel sebagai penolak keimanan."[5] Oleh kerana itu walaupun secara zahir perilaku anak tersebut yang sedang bermain dengan temannya tidak menunjukkan sama sekali kekufuran (sebagaimana Nabi Musa (a.s) yang mengatakan bahawa secara lahir anak tersebut suci dan tidak berdosa sama sekali), namun, hakikat keimanan dan perbuatannya telah disabitkan sebagai orang kafir (sebagaimana telah disabitkan dalam ilmu Tuhan dan diketahui oleh Nabi Khidr (a.s)). Kesimpulannya pembunuhan remaja tersebut merupakan refleksi dari ikhtiar kemurtadannya yang di dunia hanya berbentuk fizikal semata-mata.

2.     Tuhan Maha Mengetahui dengan ilmu-Nya bahawa jika kehidupan anak tersebut berlanjut maka ia hanya akan memberikan kerugian material dan spiritual, khususnya dalam menyesatkan keimanan kedua orang tuanya dan memutuskan hubungan kekeluargaan serta menjauhkan keluarga dan masyarakatnya dari keberkatan dunia dan akhirat. Oleh kerana itu dengan memperhatikan hal-hal tersebut maka lebih maslahat jika ia dibunuh. Sebagaimana juga manusia jika terdapat kerugian yang mengancam kepentingannya, ia lebih menjaga keuntungan maka jalan yang terbaik dipilihnya adalah berhenti sebelum mendapat kerugian yang besar. Dalam hal ini walaupun malaikat pengambil nyawa adalah malaikat Jibril dan seluruh bala tenteranya, namun iradah Tuhan memerintahkan Nabi Khidr (a.s) untuk mengakhiri nyawa anak tersebut secara zahir, di mana Nabi Khidr (a.s) adalah hamba yang terpilih dan dirahmati serta mengetahui dengan ilmu tertentu.

Dengan kata lain apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir (a.s) terhadap kematian remaja tersebut adalah berdasarkan iradah tasyri’i dan takwini Tuhan, di mana pembunuhan ini tidak berbeza sama sekali dengan pembunuhan lainnya yang terjadi secara kebetulan. Melainkan bahawa pembunuhan secara kebetulan menurut hukum syariat tidak diperintahkan oleh Allah (s.w.t), namun pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Khidr (a.s) dan kematian-kematian alamiah lainnya menyiratkan dimensi tasyri’i dan takwini dan diinginkan oleh Allah (s.w.t).

Imam Shadiq (a.s) dalam menyelesaikan persoalan ini berkata “Nabi Khidr (a.s) pada saat itu berfikir tidak sepatutnya sampai proses perbuatan ini akan menjadi penghalang dan hijab antara dia dan yang telah diperintahkan kepadanya. Dalam pengertian lain Nabi Khidr (a.s) terhalang mendapatkan ganjaran iradah Tuhan; iaitu mengakhiri kehidupan remaja tersebut, khususnya dalam melaksanakan perkara ini kedua orang tua remaja tersebut akan mendapatkan rahmat (al-Qur’an sendiri secara tegas mengatakan bahawa Nabi Khidr (a.s) mengetahui bahawa sebagai ganti remaja tersebut , mereka akan diberikan seorang anak yang suci di mana anak tersebut akan megereratkan hubungan kekeluargaan). Selain itu pula dengan berlakunya kehendak Ilahi maka Nabi Khidr (a.s) mendapatkan taufiq untuk menjelaskan pelbagai rahasia Ilahi dan hakikat serta ilmu-ilmu tertentu Tuhan kepada Nabi Musa (a.s)." Noktah yang patut diperhatikan dalam perkara ini adalah bahawa “Nabi Khidr (a.s) ketika menjelaskan hikmah tersebut berkata "Kami sentiasa takut jika kehidupan remaja tersebut terus berlangsung kerana ia akan membuatkan orang menjadi kufur termasuk kedua orang tuanya." Jika kita menyemak perkataan Nabi Khidr (a.s) ia tidak mengatakan “saya“ akan tetapi “kami”, yang menunjukkan bahawa walaupun Nabi Khidr (a.s) sebagai pelaku kehendak Tuhan akan tetapi ia tidak sendiri dalam mengerjakan hal tersebut, tetapi sentiasa bersama dengan Tuhan. Akan tetapi bezanya Tuhan tidak pernah disifati dengan takut, namun Nabi Khidr (a.s) dan lainnya bercampur dengan ketakutan.[6]

Mengapakah Tuhan Yang Maha Mengetahui (dengan ilmunya yang tak-terbatas) bahawa remaja tersebut di masa depan akan melakukan dosa namun ia (sesuai dengan sunnah Ilahi) tidak diberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan sendiri perbuatan buruknya di masa depan, bukankah hal ini disebut dengan jabariyah (determinis)?

Dengan merujuk pada perbahasan sebelumnya kita dapat melihat bahawa: Pertama, inti kehidupan merupakan anugerah Tuhan meski pun manusia sama sekali tidak memiliki kelayakan untuk itu. Oleh kerana itu tidak ada tempat untuk menuntut keberlanjutan hidup sehingga kita mempertanyakan sebab dari keterbatasan umur kita. Kedua, Tuhan menginginkan untuk mencabut kehidupan pemuda tersebut sesuai dengan hikmah-hikmah dan maslahat-maslahat yang dikehendakinya. Namun untuk menjawab persoalan sebelumnya, ia dapat diterangkan dengan pendekatan lain:

1.     Pemuda tersebut bersalah dari dua sisi. Pertama, murtad fitri. Kedua, potensi dalam merusak asas akidah kedua orang tuanya. Tuhan melihat bahawa dengan kesempatan yang akan diberikan kepadanya atau kesempatan yang telah dilaluinya tidak digunakan sama sekali dalam berubah dan memperbaikinya. Dia tetap akan berada dalam kekufuran. Inilah sebabnya mengapa Tuhan mengeluarkan hukum qishâs berkenaan dengannya.[7]

2.     Jika pemuda tersebut tetap terus hidup maka ia akan terus melaksanakan niat dan maksud tersembunyinya (mengkafirkan orang lain). Jikalau demikan, maka ia akan memberikan kerugian yang lebih besar. Selain itu pula secara zahiriyah dapat kita fahami dari ayat bahawa pemuda ini sebagaimana seharusnya dan semestinya tidak memberikan manfaat sama sekali. Dalam waktu yang sangat singkat setelah sampai pada usia baligh pemuda tersebut akan berlumuran dosa dan secara perlahan-lahan dia akan menggelincirkan jalan keimanan kedua orang tuanya.

3.     Sebagaimana dalam surah al-Kahfi (18) ayat 81 Tuhan menetapkan bahawa ganjaran keimanan dan kesabaran kedua orang tua pemuda tersebut ialah mereka akan dianugerahkan anak lagi di mana keturunannya akan lahir Nabi-Nabi. Dari sini kita dapat memahami bahawa jika remaja tersebut tidak dibunuh bukan hanya akan mengakibatkan kekafiran kepada kedua orang tuanya, bahkan ia juga akan menghalang kebaikan yang akan sampai kepada kedua orang tuanya. Dalam riwayat juga hal tersebut dijelaskan sebagai “Tuhan menghendaki untuk menggantikan pemuda ini dengan seorang anak perempuan di mana dari generasi berikutnya akan lahir seorang anak lelaki, kemudian dari daripada anak tersebut akan muncul generasi lagi di mana salah satu generasinya akan muncul seorang nabi hingga mencapai 70 Nabi berasal dari keturunan anak perempuan tersebut.”[8]

 

Kesimpulan daripada hikmah-hikmah yang lain mengapakah anak tersebut tidak diberikan kesempatan untuk hidup adalah kerana dari generasinyalah akan lahir keturunan nabi-nabi yang agung.

Tentunya sunnah Ilahi lebih menekankan kepada keimanan kedua ibu bapa yang akan menjadi datuk nabi-Nabi. Oleh kerana itu jika pemuda tersebut hidup ia akan mengakibatkan kedua orang tuanya menjadi kafir dan akan menghalang jalannya sunnah Ilahi tersebut. Oleh sebab itu dengan memperhatikan hal ini ia dengan sendirinya akan menafikan pertanyaan mengapa anak tersebut tidak dibiarkan hidup dan mengapakah generasi kenabian tidak muncul lagi ?

Apakah pemuda tersebut akan mendapatkan keampunan daripada Tuhan disebabkan kedua orang tuanya dari orang-orang Mukmin? Apakah pemuda tersebut di hari akan datang nanti tidak lagi diazab kerana dia telah di azab di dunia ini? Apakah kerana Tuhan telah mengetahui bahawa di masa yang akan datang remaja tersebut akan melakukan maksiat, maka dia tidak akan di azab lagi?

Dengan memperhatikan penjelasan yang telah lalu, kita akan memberikan kesimpulan bahawa baik yang dibunuh (remaja) juga yang membunuh (Nabi Khidr (a.s)) termasuk orang tua remaja tersebut menyebabkan munculnya rahmat.

A.    Manfaat yang diperolehi remaja yang dibunuh tersebut adalah:

1.     Dia memperolehi balasan langsung di dunia ini akibat kemurtadannya, oleh kerana itu kemungkinan balasannya akan diringankan di akhirat kelak.

2.     Jika kehidupannya tetap berlangsung maka maka kedua orang tuanya menjadi kafir dan dosa dari kekafiran orang tuanya akan ditanggung oleh pemuda tersebut.

3.     Kemurtadan, pengingkaran terhadap syariat serta dosa yang dia lakukan bergantung kepada umurnya di waktu muda, namun dengan terbunuhnya ia bererti fail perbuatannya pun telah tertutup, oleh kerana itu balasan seluruh perbuatan dan dosa-dosanya yang akan ia lakukan jika ia hidup tidak lagi menjadi tanggungannya.

4.     Ia tidak dapat menghormati hak-hak kedua orang tuanya, oleh kerana itu sikap kebiadaban kepada orang tua akan menambahkan dosanya di samping menyebabkan kebencian kedua orangtuanya kepada anaknya.

 

B.    Manfaat yang didapatkan kedua orang tuanya adalah:

1.     Iman mereka tetap terjaga.

2.     Kebangkitan kedua orang tuanya melawan anak seperti ini tidak akan menghasilkan apa – apa. Kasih sayang seorang ayah dan rahmat dari seorang ibu kepada hati anaknya pun menjadi sia – sia. Oleh kerana itu keadaan jiwa kedua orang tuanya tetap saja terjaga.

3.     Kedua orang tuanya memiliki maqam kesabaran dan keredaan dalam menghadapi ujian terhadap ketentuan Ilahi.

4.     Sebagai ganti dari anak yang derhaka, kedua orang tuanya diberikan rezeki berupa seorang anak perempuan yang suci dan penuh keberkatan.

5.     Kedua orang tuanya diberikan taufiq sebagai datuk untuk 70 Nabi dan mendapatkan pahala dan ampunan daripada mereka.

 

C.    Manfaat yang didapatkan oleh Nabi Khidr (a.s):

1.       Dia mendapatkan taufiq dalam menjalankan hukum-hukum Tuhan (kehendak Tuhan).

2.      Menyebabkan turunnya keberkatan kepada keluarga orang Mukmin.

3.      Dia mendapatkan taufik untuk menjelaskan sebagian dari rahsia-rahsia wahyu dan ilmu ghaib serta hakikat-hakikat batin kepada Nabi Musa (a.s). Imam Ṣodiq (a.s) menjelaskan nikmat-nikmat tersebut sebagai berikut: “Allah (s.w.t) mengetahui bahawa jika pemuda ini tetap hidup maka ia akan menyebabkan kekafiran kedua orang tuanya, mendatangkan fitnah dan bala kepada seluruh manusia. Oleh kerana itu Allah (s.w.t) mengirim Nabi Khidr (a.s) untuk membunuh anak tersebut sehingga seluruhnya (Nabi Khidr (a.s), kedua orang tuanya serta anaknya) mendapatkan karamah-karamah dan anugerah Ilahi”.[9]



[1] Ghulam: Seorang anak yang misainya baru tumbuh (Mu’jam Muqâyis al-Lughah). 

[2] Qatlah adalah proses pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Khidr (a.s) tanpa diawali dengan pendahuluan apapun sama sekali.

[3]. Faidh Kasyani, Shâfi, jil. 3, hal. 253, riwayat Imam Shadiq (a.s). 

[4]. Silahkan lihat, Nur al-Tsaqalain, jil. 3, hal. 283-284 (pada pronominal jamak dari fakhsyina).

[5]. Tafsir Majma’ al-Bahrain. Nur al-Tsaqalain, jil. 3, hal. 286. Tafsir ‘Iyasyi. ‘Ilal al-Syarâi’ . Tafsir Shâfi, jil. 3, hal. 255.

[6]. Ilal al-Syarâ'i. Nur al-Tsaqalain, jil. 3, hal. 284, hadis Imam Shadiq (a.s).

[7] Namun perbahasan masalah murtad fitri dan perbuatan Nabi Khidr (a.s) berdasarkan hukum hakiki ( walaupun syari’at seperti ini pada zaman tersebut belum ada ) hanyalah sebuah gagasan yang diangkat oleh sebahagian pemikir semata-mata.

[8]. Nurtsaqalain, jil. 3, hal. 286, jil. 170-173.

[9]. Ilal al-Syarâ'i.  Tafsir Shâfi, jil. 3 hal. 256

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits