Please Wait
6568
Sesuai dengan kaedah-kaedah kepastian ilmu mantiq, mengamalkan segala pekerjaan yang ada kemungkinan menyelamatkan dan membahagiakan; boleh mengurangkan faktor kesilapan dan kesesatan. Prisip tidak hanya wujud dalam mantiq, malah ia juga mempunyai tempat ciri-cirinya di dalam perbahasan fikah yang dinamakan "asolat al-Ihtiyath". Misalnya kita tidak dapat membuat keputusan dalam dua perkara, lantas ia mengambil Ihtiyath. Jikalau boleh kita mengambil kedua-duanya atau yang lain di mana ia lebih dekat dengan kebenaran. Misalannya di waktu Zohor hari Jumaat, seseorang itu tidak tahu solat yang mana wajib dikerjakan? Demi meyakinkan apakah yang diperintahkan oleh Allah, maka ia mengerjakan kedua-duanya solat Jumaat dan Zohor.
Hal ini terjadi pada perkara-perkara yang dimungkinkan (muhtamalāt) dan meragukan (mardud) tatkala tidak berada pada kedudukan berdepan secara Mutabāyun (متباین : mempunyai makna lafaz-lafaz yang berbeza dengan diperbanyakkan lafaz) dan Mutanāqiḍ (متناقض: ikhtilaf antara dua khabar yang salah satunya sahih dan dusta). Kerana apabila keduanya bertentangan, untuk mengumpulkan atau mengerjakan kedua-duanya (dalam contoh kes solat di atas) secara rasional adalah mustahil dan merupakan suatu hal yang tidak masuk akal. Seperti orang yang berkata bahawa sekarang ini malam dan pada masa yang sama ia berkata siang, atau berkata gelap pada saat yang sama ia berkata terang; kerana realiti malam dan gelap adalah sesuatu yang bertentangan dengan realiti siang dan terang. Sebenarnya malam dan gelap bermakna tiadanya siang dan terang. Jelaslah bahawa antara ada dan tiada merupakan sebuah perkara yang tidak dapat dihimpunkan pada satu tempat atau keadaan.
Dalam tanggapan soalan yang diajukan juga harus dikatakan bahawa kecintaan kepada Ali (a.s) bersamaan dengan kecintaan kepada para sahabat adalah suatu hal yang tidak bertentangan, namun bagaimanakah dapat diwujudkan ungkapan rasa suka dan kecintaan secara selari dan sejajar pada waktu yang sama terhadap Ali (a.s) dan juga penentangnya meski pun daripada golongan sahabat? Apakah kecintaan kepada dua ide dan gagasan yang saling bertentangan dapat diwujudkan?
Sesuai dengan kaedah-kaedah pasti ilmu logika, mengerjakan secara berterusan segala sesuatu yang memiliki kemungkinan menyelamatkan dan menguntungkan; akan mengakibatkan terpinggirnya atau terkuburnya kemungkinan kecelakaan dan kerugian. Misalnya seseorang yang tidak tahu bahawa pada waktu Zohor hari Jumaat, apakah yang wajib baginya mengerjakan solat Jumaat atau solat Zohor? Kerana itu, untuk memahami hukum sebenar Allah (s.w.t) dan mengerjakan apa yang menjadi penyebab keselamatan; maka ia mengerjakan keduanya. Ertinya di samping ia mengerjakan solat Jumaat, ia juga menunaikan solat Zohor.
Perbuatan logik ini adalah apa yang disebut dalam kaedah fikah sebagai "ashalat al-Ihtiyath"[1]. Mengingatkan ini ia dapat menguburkan adanya kemungkinan kerugian atau kecelakaan, iaitu sebuah kerugian yang mungkin timbul kerana tidak mengamalkan apa yang menjadi tuntutan hukum hakiki Tuhan.
Hal ini diterapkan ketika dua perkara yang menjadi objek perhatian tidak bertentangan zatnya, keduanya tidak berlawanan baik secara umum (dhed 'ām) atau pun secara khusus (dhed khās).
Namun apabila demikian adanya; terdapat pertentangan dan percanggahan secara hakiki di antara dua perkara; maka menghimpun keduanya merupakan suatu perkara mustahil dan tidak masuk akal. Kerana asas kewujudan salah satu dari dua hal ini adalah menafikan kewujudan yang lainnya. Misalnya seseorang berkata, ia mengetahui bahawa jihad itu adalah sesuatu yang diwajibkan. Namun ia berada pada satu keadaan, kerana pengaruh propaganda palsu politik, ia tidak mengetahui pihak yang benar. Orang seperti ini tidak dapat sampai pada level yakin untuk mengamalkan hukuman pasti jihad, setengah hari ia berperang untuk pihak "A" dan bertempur menyerang pihak "B" dan setengah hari lainnya ia bertempur membela pihak "B" dan menyerang pihak "A".
Kerana walau pun ia, sesuai dengan tanggapan di atas, ia yakin bahawa pedangnya dihunus di pihak yang benar; akan tetapi penentangannya terhadap pihak yang benar dan penyertaannya pada pihak yang batil juga merupakan keyakinannya. Jelas keduanya bertentangan satu dengan yang lain.
Dalam menjawab pertanyaan yang diajukan di atas, harus dikatakan bahawa apakah gambaran anda terhadap fikah Maliki dan fikah Alawi (Ja'fari)? Apabila gambaran Anda terhadap fikah Alawi (Ja'fari) sebagaimana yang diyakini Imam Malik bin Anas maka jawapannya akan berbeza dan jika tidak, tentulah jawapannya juga akan berbeza lagi.
Oleh kerana orang-orang Syiah menerima Imam Ali (a.s) sebagai Amirul Mukminin dan Imam kaum Muslimin, Imam Malik dalam sebuah syair yang disandarkan kepadanya menyebut:
"Āli 'Ali Syi'atu al-Rahman"[2] (Keluarga Ali adalah Syiah Allah)
Ia juga dalam tafsir ayat "wa man Yuthi'I Allah…" berkata:
"Syuhada iaitu Ali (bin Abi Thalib) Ja'far (Thayyar) Hamzah (bapa saudara Nabi) Hasan dan Husain Alahimussalam, kerana mereka adalah para pemimpin syuhada."[3]
Ungkapan kecintaan Malik bin Anas terhadap Ali (a.s) tidak terbatas pada beliau semata-mata. Namun ia juga kepada keluarga Ali (a.s) dan memandang mereka sebagai orang-orang pilihan Tuhan. Kerana itu berkenaan dengan Imam Shadiq (a.s), Malik bin Anas berkata: "Mataku tidak pernah melihat orang yang lebih utama dari Ja'far bin Muhammad (a.s) dalam zuhud, ibadah dan ketakwaan."[4]
Imam Malik bin Anas menambahkan bahawa beliau memuji Imam Ali (a.s); membenci orang-orang yang membencinya dan mencintai orang-orang yang mencintainya. Ia mencela orang-orang yang melakukan ijtihad tidak sejalan dan berlawanan dengan metodologi fikahnya. Kerana itu, beliau berkata tentang Abu Hanifah sebagai:
"Tiada orang yang dilahirkan dalam Islam yang banyak merugikan kaum Muslimin melebihi (apa yang dilakukan) Abu Hanifah."[5]
Oleh itu, dengan memperhatikan ucapan-ucapan Imam Malik, maka harus dikatakan bahawa asas dan metodologi fikah Maliki ialah menentang orang yang memusuhi Ali (a.s). Dari sisi lain pula, sebagaimana di awal perbahasan kami telah sebutkan bahawa dengan menyatukan segala sesuatu yang selari dan sesuai akan mengurangi risiko kesalahan dan memperbesar kemungkinan untuk sampai kepada hakikat.
Akan tetapi berkenaan dengan percanggahan secara mantik, sebenarnya menyatukan dua hal (pertentangan ini) adalah suatu hal yang mustahil, apatah lagi menjadi penyebab petunjuk dan pemandu manusia.
Untuk menerangkan lebih jelas masalah percanggahan ini, kami perlu menyebutkan sebuah contoh. Kita akui dan telah menerima bahawa dua hal ini merupakan dua hal yang bercanggah. Misalnya seseorang berkata bahawa sekarang adalah malam juga pada saat yang sama ia berkata bahawa sekarang adalah siang. Maka hasil dari dua ucapan yang bercanggah ini adalah bukan siang dan juga bukan malam. Kerana realiti siang adalah sebuah hakikat yang menafikan realiti malam. Atau dengan kata lain, malam adalah tiadanya siang.
Yang menjadi objek pertanyaan adalah termasuk dari jenis yang sama. Ertinya meskipun kecintaan kepada Ali (a.s) tidak bertentangan dengan kecintaan kepada para sahabat,[6] namun bagaimana mungkin ungkapan rasa suka dan kecintaan hati kepada Ali (a.s) dalam waktu yang sama dapat selari dan sejajar dengan kecintaan para penentangnya meski pun para sahabat? Apakah menyukai dua idea dan pemikiran yang saling bertentangan dapat diterima? Hal ini merupakan sebuah hakikat yang diulang-ulang dan ditegaskan oleh Imam Ali (a.s); sesuatu yang dicari-cari oleh para penentangnya.[]
Sumber telaah dan rujukan:
1. Raudah al-Wā'izhin, Muhammad bin Fatal al-Naisaburi (wafat 508 H), Mansyurat al-Radhi,
2. Manāqib Āli Abi Thalib, Ibnu Syahr Asyub, Capkhane Haidariyah, Najaf, 1956 M.
3. Tārikh Baghdad aw Madinah al-Islām, Abi Bakar Ahmad bin al-Khatib al-Baghdadi, Tahqiq Mustafa 'Abdulqadir, Nasyr Muhammad Baidhun, cetakan pertama, 1417 H.
4. Al-Mujiz fii Ushul al-Fiqh, Syaikh Ja'far Subhani, Nasyr-e Muassasah Imam Shadiq As, cetakan kedua, 1420 H.