Carian Terperinci
Pengunjung
16340
Tarikh Kemaskini 2007/12/18
Ringkasan pertanyaan
Apakah haiwan sembelihan bukan muslim dapat digunakan?
soalan
Kami di sini menggunakan daging-daging yang tidak disembelih menurut Islam. Apakah penggunaan daging-daging tersebut mempunyai masalah? Sedangkan sebahagian umat Islam dari negara-negara lain berkata bahawa daging-daging tersebut halal untuk digunakan.
Jawaban Global
Menurut pandangan fatwa-fatwa para ahli fikah Syi’ah dan ajaran Ahlulbait, daging-daging dari sembelihan yang tidak menuruti cara Islam dihukum sebagai daging bangkai. Dagingnya adalah haram dan tidak dibenarkan memakannya.
 
Jawaban Detil
Menurut pandangan fikah Syi’ah, syarat halal daging haiwan yang dijual di pasar, pedagang daging, supermarket adalah: Pertama, daging itu berasal dari haiwan halal. Kedua, haiwan halal ini disembelih menurut syariat Islam.
Haiwan yang disembelih menurut syariat Islam harus memiliki ketetapan seperti berikut:
  1. Si penyembelih harus seorang Muslim atau seseorang yang dihukum sebagai Muslim, seperti anak orang Islam yang belum mencapai usia baligh.[1] Kerana itu, haiwan yang disembelih oleh bukan Muslim, dihukum sebagai bangkai. Dalam hal ini tidak terdapat perbezaan antara orang kafir yang berasal dari ahli kitab dan bukan ahli kitab.[2]
  2. Haiwan harus disembelih dengan alat yang terbuat dari besi yang tajam.
  3. Ketika menyembelih, bahagian depan haiwan harus dihadapkan ke arah kiblat.
  4. Ketika menyembelih, yang menyembelih harus menyebut nama Allah.
  5. Setelah disembelih, haiwan itu harus bergerak sedikit sehingga menjadi jelas bahawa ia masih hidup tatkala disembelih.
  6. Tidak menyembelih haiwan dari arah belakang.[3]
 
Apabila haiwan yang halal dimakan itu telah disembelih dengan ketetapan-ketetapan terebut, maka dagingnya halal dan dapat digunakan. Walau bagaimanapun Ahlusunnah[4] mempunyai pandangan lain. Meskipun mereka juga tidak menganggap sembelihan haiwan yang orang kafir yang bukan ahli kitab sebagai halal, tetapi mereka menganggap memakan sembelihan ahli kitab adalah halal (daging hasil sembelihan Yahudi dan Kristian)[5]. Namun seorang yang bermazhab Syiah tidak dibolehkan beramal dengan mazhab mereka. Kewajipan mereka ialah beramal menurut fikah Ahlul Bait. []
 

[1]. Menurut apa yang dinukilkan oleh Syaikh Baha’i dalam kitab Hurmah Dhabāih Ahl al-Kitāb, muka surat 59, ulama Syiah dan Sunni tidak mempunyai perbezaan pandangan mengenai pengharaman sembelihan orang kafir ahli kitab bukan daripada Yahudi, Kristian dan Majusi. Selagi ianya bukan kafir dari kategori ahli kitab, maka perbezaan hanyalah pada sembelihan para penganut agama Yahudi, Kristian dan Majusi.
[2]. Tahrīr al-Wasīlah, jil. 2, muka surat 621.  
[3]. Tahrīr al-Wasīlah, jil. 2, muka surat 621-623.
[4]. Walau bagaimanapun di antara mereka, mazhab Hanbali mempunyai pandangan yang sama dengan pendapat Syiah, Hurmah Dhabāih Ahl al-Kitāb, muka surat 62.    
[5]. Syaikh Baha’i dalam kitab Hurmah Dhabāih Ahl al-Kitāb, muka surat 59-63 berkata: "Majoriti ulama Syiah Imamiyah seperti Syaikh al-Mufid bin al-Nu'man, dan sebagainya berpendapat bahwa haiwan-haiwan sembelihan (ahli kitab) adalah haram tidak dibenarkan untuk dimakan walau dalam keadaan apa pun samada dibacakan bismilah atas haiwan tersebut atau tidak. Sementara itu ulama mazhab Hanbali sependapat dengan Syiah Imamiyah dalam hal ini sedangkan ulama mazhab Hanafi, Syafii dan Maliki membolehkan memakan haiwan-haiwan sembelihan (ahli kitab).
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    8643 Teologi Baru 2011/09/22
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...
  • Apakah ketaksuban sentiasa tidak baik? Sekiranya benar demikian apakah dalilnya.
    17342 تعصب، ملی گرایی و نژاد پرستی 2015/05/23
    Taksub (تعصب) dan asabiyah (عصبیة) berasal dari kata dasar ‛aṣaba yang membawa makna urat dan saraf yang menghubungkan sendi-sendi.[1] Setelah itu sebarang perhubungan dan kaitan dinamakan taksub dan asabiyah. Taksub dan iri hati dalam beragama, kasih terhadap saudara mara, membantu dan ...
  • Apakah para malaikat merupakan wujud yang nonmaterial ataukah material?
    14993 Falsafah Islam 2011/01/01
    Mungkin tidak terdapat ayat-ayat suci al-Quran ataupun riwayat-riwayat yang boleh menjadi bukti jelas bahawa malaikat adalah wujud yang tidak mempunyai jisim, akan tetapi melaluiperbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan para malaikat dan sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan mereka, kita dapat menyimpulkan bahasa mereka adalah wujud yang tidak berjisim; ini karena,ciri-ciri dan ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14596 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Apa yang dimaksud dengan rajʻah? Siapakah orang yang terlibat? Bilakah rajʻah ini berlaku?
    10438 Teologi Klasik 2013/01/08
    Rajʻah merupakan salah satu yang diyakini oleh Syiah Imamiyah yang bermakna kembali ke dunia setelah kematian. Ianya terjadi sebelum akhirat dengan jangka waktu yang tidak terlalu lama setelah kemunculan Imam Mahdi (a.s), sebelum kesyahidan beliau dan sebelum terjadi peristiwa hari Kiamat. Rajʻah tidaklah bersifat umum ...
  • Apakah orang biasa boleh menjadi maksum atau tidak?
    15939 Teologi Klasik 2011/04/19
    “Kemaksuman” yang bermakna terpelihara dari perbuatan dosa dan lupa memiliki tingkatan-tingkatan dan darjat-darjatnya. Makam tertinggi kemaksuman hanya dikhususkan untuk para Nabi dan wasi mereka. Kemaksuman mereka ini dapat dibuktikan dengan adanya nas-nas al-Quran hadis dan pelantikan mereka untuk memimpin manusia sebagai “khalifatullah”. Adapun orang yang selain ...
  • Dengan mengamati beberapa pertentangan antara sains dan agama, maka apakah kaitan antara keduanya?
    10396 Teologi Baru 2012/04/15
    Saya mempunyai pertanyaan tentang perkara di bawah ini: Tidakkah menurut pemahaman secara teoritis, agama mempunyai asas emosi? Sedangkan sumber ilmu adalah pemahaman akal dan empirikal? Namun sejak pensyariatan agama bermula, hari ini agama semakin mengalami penambahan dan berbaur dengan budaya-budaya masyarakat yang berinteraksi dengannya, yang ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    7932 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Mengapa Allah (s.w.t) tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang fasik?
    24413 Teologi Klasik 2012/07/18
    Petunjuk (hidayah) terbahagi menjadi beberapa bahagian: Petunjuk takwīnī yang bersifat umum iaitu fitrah tauhid; ertinya petunjuk primer yang dimanfaatkan oleh seluruh manusia. Berdasarkan ajaran-ajaran al-Qur'an, pada peringkat pertama Allah (s.w.t) menganugerahkan petunjuk-Nya kepada seluruh manusia dan membuka jalan bagi mereka untuk mencapai kebahagiaan dan kesenangan ...
  • Bagaimana Proses terjadinya Hari Kiamat menurut falsafah dan ahli kalam dan dalil-dalil apakah yang digunakan oleh keduanya untuk menyabitkan Hari Kiamat?
    21313 Teologi Klasik 2011/07/19
    Ma'âd bermakna manusia dibangkitkan setelah kematian di mana manusia kembali hidup dan seluruh amal perbuatannya akan diperhitungkan dalam kehidupan baru. Keyakinan ini secara umum dan ringkasnya ialah kesepakatan seluruh ahli kalam dan falsafah ilahi dan seluruh umat Islam beriktikad dengannya menuruti ayat al-Qur'an. Tentang bagaimana proses terjadinya ...

Populer Hits