Carian Terperinci
Pengunjung
12821
Tarikh Kemaskini 2012/01/19
Ringkasan pertanyaan
Apakah ajaran "Budha" adalah agama ilahi?
soalan
Apakah ajaran "Budha" adalah agama ilahi?
Jawaban Global

Sepanjang catatan sejarah, manusia selalunya tidak pernah sepi dari berbincang tentang permasalahan agama. Ini kerana hanya melalui agama sahaja manusia dapat menyempurnakan dirinya dan menghubungkan dirinya kepada Maha Pencipta yang menciptakannya. Akan tetapi sejarah juga membuktikan dalam nukilannya bahawa perjalanan manusia ini sering dikotori oleh agama-agama bumi (ardhi) yang sesat. Agama telah dijadikan tempat untuk memenuhi hawa nafsu dan mencari kedudukan dunia.

 

Begitu juga agama Budha. Sebahagian orang berkata bahawa Budha adalah salah seorang nabi Allah, dan ajaran-ajarannya bermula daripada wahyu Allah (s.w.t), namun akhirnya ajaran ini tergelincir dalam kesesatan. Pendapat ini boleh diterima berdasarkan kepada dua argumen:

 

1.     Dengan memperhatikan ajaran yang terdapat dalam Budhism

Perbuatan Budha yang tercatat dalam sejarah menunjukkan bahawa ia berbuat seperti perbuatan yang dilakukan oleh para nabi. Lantas Budha yang tersedar menjadikan kesedarannya itu untuk menyedarkan dan menggerakkan masyarakat, serta menjadikan usaha ini sebagai tujuan utama hidupnya. Perbuatan seperti ini hanya boleh diperolehi ketika seseorang berada dibawah lindungan akhlak yang agung yang bersumber daripada pengetahuan yang luas.

 

Dalam ajaran Budha zaman dahulu, tidak ada kepercayaan tentang sihir, jin, syaitan, dan kepercayaan aneh dan asing yang lain. Ajaran Budha saat itu bertentangan dengan ajaran Hindu yang memuja lembu, kerana menurut ajaran Budha, hal itu bukan menghasilkan pengetahuan malah mencabut pengetahuan dari manusia.

 

Kepercayaan Budha terhadap permasalahan yang paling penting, seperti awal terciptanya dunia (mabda) dan hari kiamat (ma'ad) merupakan masalah yang murni hanya berkaitan dengan agama, bukan masalah mistik dan falsafah. Dia sentiasa memilih diam terhadap masalah yang berkaitan dengan soalan hakikat sesuatu, seperti perkara roh, Tuhan, dan penciptaan. Budha memandang bahawa pengetahuan rasional tidak mampu menyingkap perkara-perkara ini. Dia mengetahui dengan baik bahawa kaum yang menganggap akal sebagai goncang dan rapuh, selalunya akan menuju wilayah yang disebut dengan persaksian (syuhud)!.

 

Sebahagian tulisan dalam kitab pengamal Budha tidak meninggalkan keraguan dalam kitab mereka (walau pun telah mengalami perubahan dan penyelewengan), bahawa ia memiliki asas wahyu dan tauhid.

 

2.     Cerita Bulher dan Yudzasif selaku sebuah pengkisahan hadis, untuk kali pertama disebutkan sebuah riwayat yang dikenal dengan "Kamâl al-Din", Yudzasif adalah salah seorang nabi Allah (s.w.t) yang terkenal. Terdapat bukti-bukti di tangan kita bahawa "Yudzasif" dan "Budha" memiliki kesamaan. Inilah apa yang telah kita sebut sebagai Budhis zaman dahulu. Akan tetapi Budhisme yang terbentuk setelah ini, telah menjadikan Budha sebagai Tuhan dan beribadah kepadanya. Budhisme sekarang ini telah berubah menjadi simbol dari anti-rasionalism, kepercayaan terhadap sihir,  penjelmaan, dan kepercayaan kepada perkara yang pelik dan membuat sakit kepala. Mashuryadas, salah seorang pembicara dan pengasas ajaran Budha di barat memperkenalkan Budhisme modern sebagai ajaran yang percayakan Tuhan yang mana pengalaman manusia merupakan perantara untuk mendapatkan hakikat yang sebenar.[i]



[i]. Das, Suriya, Bidâri Budhai Durun, Kurbasyian, Maliha, hal. 159 dan 259, Teheran, Nasyr-e Murdad, 1379.

Jawaban Detil

Pandangan: Budha adalah agama Ilahi

Alasan:

1.     Ajaran-ajaran Budha zaman dahulu.

2.     Kisah "Bulher dan Yudzasif" dan kesesuaiannya dengan "Budha"

 

Alasan pertama: Ajaran-ajaran Budha zaman dahulu

Ajaran-ajaran Budha zaman dahulu sangat jelas dan tidak memerlukan penjelasan berdasarkan falsafah dan logik. Segala perbahasan pelik yang penuh rahsia adalah rekaaan orang-orang penganut Budha setelahnya.[1] Budhisme pada mulanya adalah usaha untuk menyedarkan masyarakat. Asas pertama agama ini adalah bertujuan untuk menghilangkan penderitaan dan kecemasan seseorang atau masyarakat di samping mewujudkan ketenangan zahir dan batin bagi manusia.[2]

 

Salah satu asas penting agama ini adalah kesederhanaan, sehingga ajarannya mudah difahami oleh siapa sahaja. Tidak syak lagi, kita tidak dapat menerima sebuah agama yang sederhana yang mengajar ajaran-ajaran pelik dan membuat sakit kepala, padahal ajaran ini dimaksudkan ditujukan kepada seluruh manusia, menjadikan mereka ʻarif yang bertauhid, atau seorang ahli falsafah yang menjadikan akalnya sebagai asas, atau pun menjadikan ajaran difahami oleh semua orang, namun secara tiba-tiba menjadi tidak boleh difahami akal, kerana doktrin yang terdapat dalam ajaran ini sekarang, tidak boleh difahami oleh semua orang.

 

Dari perspektif ini, pembawa agama wahyu tidak pernah menjelaskan ajaran agama dengan cara mistik dan falsafah, namun selalunya melalui cara yang dapat dijangkau oleh pemahaman masyarakatnya.

 

Akan tetapi, pembicaraan yang disebutkan di atas tidak bererti bahawa agama Ilahi itu bertingkat-tingkat, dalam setiap agama memiliki pemahaman yang mendalam dan tidak terbatas, namun pembicaraan di sini adalah mengenai ajaran yang tidak ada hujung pangkalnya.

 

Budhisme zaman dahulu telah dibuat supaya tidak mencukupkan diri pada pertanyaan-pertanyaan falsafah yang sulit difahami, hal ini supaya manusia boleh berhubungan langsung dengan masalah kebenaran. Budha memilih diam di hadapan pelbagai pertanyaan metafizik, dan jika terpaksa untuk menjawab, ia juga akan menghindar kerana hakikat roh dan kebenaran tidak boleh disingkap dengan mudah.[3]

 

Sebenarnya sudah menjadi tugas agama Ilahi untuk menjawab pelbagai persoalan metafizik. Nabi Muhammad (s.a.w) melakukan pendekatan seperti ini (melalui agama) ketika menjawab pelbagai persoalan yang berhubungan dengan perkara metafizik seperti roh.[4]

 

Menurut pendapat kamu apakah alat untuk memperolehi pengetahuan yang dimiliki manusia supaya memahami suatu perkara yang tidak pernah difahami? Kerana perkara metafizik adalah bukan material dan tidak boleh dirasa (oleh panca indera), satu-satunya benda material yang mungkin dapat dilihat dan dirasa adalah elektron-proton!, kerana itu kepintaran kamu dengan Budhaisme pada zaman dahulu telah saling membenarkan perkara metafizik.

 

Orang-orang Budha zaman dahulu berkeyakinan bahawa permasalahan manusia sebenar  bukanlah dalam subjek falsafah dan kerasionalan, namun ia terkandung dalam subjek memahami keikhlasan dalam melakukan sesuatu, iaitu dengan cara praktikal supaya segala keinginan syahwat boleh dikalahkan, dan kadang-kadang dengan pengamalan itu boleh mengalahkan seluruh syahwat sehingga manusia menjadi suci yang memancarkan cahaya secara terang dari dalam dirinya.[5]

 

Pendekatan seperti ini juga boleh kita temui dalam ajaran agama Islam. Dalam Islam, ketika manusia menyucikan dirinya dan menyembah hanya kepada Tuhan, maka hikmah akan mengalir dari hatinya melalui lisannya.[6]

 

Kesimpulannya, Budhisme zaman dahulu dapat disebut sebagai agama Ilahi dengan memperhatikan asas-asas dibawah ini:

 

1.     Sumber maknawi dalam ajaran Budhism.[7]

2.     Adanya beberapa ajaran dalam kitab Budha yang menunjukkan ketauhidan orang-orang Budha.[8]

3.     Perjalanan kerohanian Budha dari alam material menuju alam yang satu, dan keluarnya dari alam yang satu itu untuk menyelamatkan manusia.[9]

4.     Keyakinan terhadap kemustahilan mengenal dzat Tuhan.[10]

5.     Keyakinan terhadap tidak kekalnya dunia.[11]

6.     Keyakinan terhadap adanya dimensi rohani pada diri manusia.[12]

7.     Keyakinan bahawa dengan kematian jasad manusia, ia tidak menjadi binasa[13] dan roh akan menjalani kehidupan yang baru.[14]

8.     Keyakinan bahawa manusia setelah kematian jasadnya, akan melanjutkan kehidupan dalam bentuk yang lain (misali).[15]

 

Ajaran yang berhubungan keyakinan Budhisme pada awal munculnya

1.     Tuhan menurut ajaran Budha:

Budha tidak pernah membahas tentang dzat Tuhan, dan tidak menjadikannya sebagai asas ajarannya; hal ini disebabkan ia menganggap mustahil dzat Tuhan dapat difahami.[16] Banyak senarai riwayat dalam Islam dinukilkan oleh para Imam Syiah yang melarang memikirkan dan membicarakan tentang dzat Tuhan.[17] Sedangkan Budhism saat ini ingin berusaha penyingkapan (kasyf) terhadap Pencipta Alam Semesta, bukan menyabitkannya dengan dalil dan argumen.[18]

 

Ajaran tentang Tuhan ini berasal daripada ajaran-ajaran Budha zaman dahulu; kerana Budha menganggap "kaki kayu" (wooden leg) tidak boleh melebihi argumen itu meskipun ada orang terkemuka cuba meneroka dunia metafizik. Kita meyakini bahawa akal memiliki izin untuk berfikir di alam ini, akan tetapi hasil dari pemikiran ini bertentangan dengan pemikiran mistik dan falsafah: "Aku tahu bahawa aku tidak mengetahui apa pun tentang perkara alam metafizik". Benar! Mengetahui perkara metafizik hanya boleh dilakukan oleh metafizik yang sama, dan hal ini boleh diperolehi dengan cara melepaskan diri dari segala belenggu alam material. Inilah titik persamaan antara ajaran Islam –agama terakhir yang diterima Allah (s.w.t) – dengan ajaran Budha zaman dahulu.

 

Mengenai hal ini, dalam kitab Budha zaman ini tertulis: "Aku adalah Brahma. Aku adalah Tuhan Maha Agung dan Maha Tinggi. Aku tidak dilahirkan dan tidak pula seorang makhluk. Aku menciptakan alam semesta. Aku dapat mencipta, merubah, mengganti, memberi bentuk, dan memberi kehidupan. Aku adalah Ayah dan Tuan segala sesuatu."[19] Ungkapan ini adalah ungkapan yang selaras dengan ajaran tauhid bernada merdu dalam setiap sanubari orang yang mendengarnya.

 

Sementara berdasarkan ungkapan yang lain, iaitu ungkapan tentang Nirvana (Dia melakukan apa saja yang Dia kehendakinya) merupakan wujud berkekalan, tetap, terdahulu, tak kenal masa, tidak mati dan tidak menghuni dunia, inti kebaikan, tunggal, dan satu-satunya pemilik kesempurnaan yang tidak terjangkau oleh kehidupan kita.[20]

 

Dengan memperhatikan bahawa Budha adalah pengasas Budhisme kuno yang ajarannya jelas bertentangan Budhisme di zaman ini, maka didapati beliau tidak sekali-kali menganggap bahawa dirinya tuhan mutlak dan ciptaan yang tidak terbatas, dan tidak juga menganggap dirinya sebagai tuhan manusia yang berbentuk penentu nasib.[21] Dari sisi lain, pengasas Budha memandang bahawa seluruh alam semesta adalah binasa dan berubah-ubah.[22] Dengan demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sifat-sifat yang disebutkan sebelumnya tentang "Brahma" dan "Nirvana" hanya dapat diberikan kepada Tuhan yang Maha Esa, iaitu Tuhan yang tidak dapat difikirkan, dan tidak masuk dalam alam dunia material yang terbatas.

 

2.     Alam Semesta menurut ajaran Budha

Budha zaman dahulu menempatkan dunia sebagai petunjuk bagi manusia. Dalam pandangannya, alam adalah sebuah wujud yang tidak kekal yang dilalui dengan kesusahan dan kepayahan, serta mengambil ketenangan manusia, maka hakikat seperti ini tidak sesuai dengan keinginan hati.[23]

 

Imam Ja'far Shadiq (a.s) ketika berbicara tentang dunia berkata: "Jika dunia ini adalah fana, maka mengapa harus menyandarkan hati kepadanya."[24] Imam Hasan Mujtaba (a.s) mengungkapkan hakikat dunia dengan mengatakan: "Sesungguhnya dunia itu merupakan tempat segala kesengsaraan dan ujian, dan segala sesuatu yang ada di dalamnya akan binasa."[25]

 

3.     Manusia menurut ajaran Budha

Ajaran Budha zaman dahulu menegaskan tentang adanya unsur rohani dalam diri manusia. Manusia tidak akan mati dengan kematian jasmaninya. Malah ia akan hidup dalam bentuk jasad baru (misali, malakuti) untuk melanjutkan kehidupannya.[26]

 

Ajaran Budha zaman dahulu meyakini perlu ada pembimbing (manusia sempurna yang sedar iaitu seorang nabi) dan kewajiban untuk mengikutinya. Selain itu Budha juga meyakini bahawa manusia harus mencari jalan kesempurnaannya masing-masing.[27] Kerana itu, manusia harus menemukan jalan dengan mengikuti jejak seorang pembimbing untuk menemukan kesempurnaan, kemudian pada saat ia telah berhasil mengalahkan syahwatnya, ia berubah seperti pelita yang terang berderang dan menerangi apa sahaja yang dijumpainya.[28]

 

Dalam ajaran agama Islam keyakinan terhadap unsur metafizik pada diri manusia dan kehidupannya setelah kematian, kewujudan manusia sempurna untuk membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia juga adalah suatu kelaziman untuk menperolehi jalan kesempurnaan.

 

Dengan menyusuri doktrin-doktrin Budha kuno, secara umumnya dapatlah dianggarkan bahawa kemungkinan besar ajaran Budha saat ini memiliki asas wahyu yang sangat menarik perhatian untuk dilakukan penelitian.

 

Kerana itu juga disebut bahawa ajaran Budhisme di zaman ini tidak termasuk sebagai agama tauhid dengan berbagai alasan selain telah mengalami perselisihan dan terdapat jurang pemisah yang dalam antaranya dengan ajaran Budha pada zaman dahulu, hal ini disebabkan:

 

1.     Meyakini reinkarnasi.[29]

2.     Menyembah Budha.[30]

3.     Anti kerasionalan, meyakini sihir dan kekuatan syaitan serta jin yang merupakan sebahagian daripada keyakinan Budhisme saat ini, padahal Budha telah memperingatkan pengikutnya terhadap masalah ini.[31]

4.     Keyakinan terhadap pembacaan lagu-lagu untuk mengenang saat-saat Budha menjawat jawatan dalam pemerintahan, mengenang syaitan-syaitan, mencipta tuhan-tuhan dan makhluk-makhluk untuk mendapatkan ma’rifat yang hanya dicipta oleh manusia peradaban jahiliyah. Padahal Budha mengingkari jalan yang ditempuh oleh Budhisme saat ini dan sangat menekankan pada usaha manusia untuk melintasi jalan kesempurnaan.

5.     Tersebarnya pegangan yang tidak boleh difahami, pelik, dan tanpa asas dalam ajaran Budhisme. Budhisme pada zaman dahulu tidak memiliki konsep-konsep pelik seperti ini. Ajaran Budha merupakan ajaran yang terang laksana bulan dan matahari. [32]

 

Alasan kedua: Kisah "Bulher dan Yudzasif" dan kesesuaiannya dengan "Budha"

Kali pertama kisah ini disebutkan dalam kitab Kamal al-Din[33],  setelah itu dalam kitab Bihar al-Anwar[34] serta 'Ain al-Hayat.[35] Allamah Majlisi (r.a) telah menempatkan riwayat ini pada contoh teladan yang tiada bandingannya dalam usaha memutus hubungan antara dunia dengan segala celanya. Beliau memandang hikmah dan pengetahuan menyebabkan manusia terlepas dari kekang dunia, manusia tidak perlu mengetahui masalah-masalah seperti materi, jasad, bentuk yang hanya menghabiskan usia dan tidak membuat manusia sampai kepada kebahagiaan dan ketenangan sebenar.[36] Dalam kisah ini, tersebutlah bahawa Yudzasif merupakan salah satu daripada nabi-nabi Allah (s.w.t).[37]

 

Terdapat bukti kuat bahawa "Yudzasif" yang disebutkan dalam hadis itu adalah Budha seperti di dalam doktrin Budha. Di sini kita akan menyebutkan dua dalil saja: 1). Bukti bahasa. 2). Bentuk tulisan.

 

Nama-nama khusus Parsi memiliki model yang berbeza dalam bahasa Arab, sebagaimana sebahagian besar, atau bahkan seluruh huruf "pa" dalam bahasa Parsi berubah menjadi "fa" atau "ba" dalam bahasa Arab. Orang-orang Arab menyebut "Pars" sebagai "Fars" dan Pahlevi menjadi Fahlevi, atau perubahan yang lebih banyak seperti "Pardis" menjadi "Firdaus." "Dal" yang pada masa lalu seperti "dza" dalam bahasa Arab, pengucapannya lebih dekat kepada "Za" ditulis dengan huruf "Dzal" atau "Zaa," sebagaimana "Yudasif" ditulis menjadi "Yuzasif" dan "Buzurghmehr" ditulis menjadi "Budzarjamahr."

 

Pada hakikatnya, nama-nama khusus senantisa mengalami perubahan, pergantian dan perbezaan bacaan sepanjang sejarah. Bukti lainnya lagi dalam pembahasan ini adalah pada bahasa Ma'qul "Budhai Syakmunes" disebut sebagai "Burkamal Cakyamunes."

 

Bukti kedua: Terdapat keserupaan yang dekat sangat antara kehidupan Budha dengan kisah Yudzasif.[38] Sebahagian keserupaan ini seperti:

 

1.     Tempat kelahiran (Hindustan) dan berasal dari kaum keluarga raja.[39]

2.     Ramalan ahli nujum tentang kepemimpinan dan kenabiannya.[40]

3.     Penekanan Budha dan Yudzasif atas ajaran kefanaan dunia dan sifatnya yang tidak berkekalan.

 

Dengan memperhatikan dua bukti diatas, maka jawapan dari pertanyaan yang diajukan di atas telah jelas.

 

Akhir kata, kami kembali menegaskan bahawa dua alasan yang disebutkan diatas menujukkan ajaran Budha kuno memiliki ajaran tauhid. Sebagaimana yang disebutkan juga ajaran Zoroaster dan Kristen, namun ia telah mengalami perubahan dari ajarannya yang asli yang bersumber dari para nabi. []

 



[1]. Jalaluddin Asytiyani, 'Irfân-e Budhism, hal. 77.

[2]. Ibid, hal. 364

[3]. 'Irfan Budhism wa Janism, hal. 226. Sila baca Islam Syinasi Din Tathbiqi, Manucher Khudayar Muhibbi, hal. 160; Will Durant, Tarikh-e Tamaddan, Ahmad Aram, jil. 1, hal. 497.

[4]. (Qs. Al-Isra [17]:85)

[5]. John Binass, Târikh-e Jâm'e Adyân, Hikmat, 'Ali Asghar, hal. 188.

[6]. Wasâil al-Syiah, jil. 11, hal. 122-124; Muhammadi Rei Syahri, Mizan al-Hikmah, jil. 2, hal. 66, Maktab A'lam al-Islami.

[7]. Amir Husain Ranjbar, Dar Jastejuye Riseye-hai Asemani, jil. 1, hal. 42.

[8]. Ibid, hal. 155.

[9].Tarikh-e Jame' Adyan, hal. 184; Sayid Hasan Amin, Bâztab Usture-hâye Budha dar Irân wa Islâm, hal. 24.

[10].Fanai, Sayid Abuthalib, Ibrahimiyan, Mahmud, Din Syinâsi Tathbiqi, jil. 1, hal. 57.

[11].Ibid, hal. 58.

[12].Ibid, hal. 60.

[13].Ibid.

[14].Târikh-e Jahân-e Bâstan, Mu'mini, Muhammad Baqir, Ansari, Muhammad Shadiq, Hamadani, 'Ali, jil. 1, hal. 381.

[15]. Fanai, Sayid Abu Thalib, Ibrahimyan, Mahmud, Din Syinâsi Tathbiqi, jil. 1, hal. 60.

[16].Ibid, hal. 58.

[17]. Al-Tauhid, Syaikh Shaduq, Sayid Hasyim Husaini Tehrani, hal. 454-458.

[18]. Dar Jastejuy-e Risye-hâye Âsemân, hal. 154.

[19]. Ibid, hal. 155.

[20].   Ibid.

[21]. Irfân, Budhism wa Janism, hal. 77, 90, dan 107.

[22].Baztab Usture-hâye Budha dar Irân wa Islâm, hal. 36. Dar Jastejuy-e Risye-hâye Âsemân, hal. 155. Din Syinasi Tathbiqi, hal. 54, 58, 60, dalam riwayat-riwayat Islam, dunia diperkenalkan sebagai fana dan sementara. Sila baca, al-Tauhid, hal. 376-378.

[23]. Fanai, Sayid Abu Thalib, Ibrahimyan, Mahmud, Din Syinâsi Tathbiqi, jil. 1, hal. 58-60; Irfân, Budhism wa Janism, hal. 235.

[24]. Al-Tauhid, hal. 376-378.

[25]. Ibid.

[26]. Fanai, Sayid Abu Thalib, Ibrahimyan, Mahmud, Din Syinâsi Tathbiqi, jil. 1, hal. 60-62.

[27]. Irfân, Budhism wa Janism, hal. 296.

[28]. Târikh-e Jame' Adyan, hal. 188-191.

[29]. Sila lihat, Hikmat, 'Ali Asghar, Nuh Guftâr dar Târikh Adyân, hal. 77; Târikh-e Jahân-e Bâstan, hal. 381. Târikh Jâm'e Adyân, hal. 188-191. Ali Akbar Kasmai, Khudâ Bâwari dar Din wa Falsafeh.

[30]. Din Syinâsi Tathbiqi, hal. 57-58. Abdullah Muballighi Abadi, Târikh Adyan wa Madzâhib Jahân, jil. 1, Dar Jastejuye Risye-hâ-ye Âsemân, hal. 42.

[31].'Irfân Budhism Janism, hal. 299.

[32]. Ibid, hal. 77.

[33]. Syaikh Shaduq, Kamâl al-Din wa Tamâm al-Ni'ma, Ali Akbar Ghaffari, hal. 577-638.

[34]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 75, hal. 383-485.

[35]. Allamah Majlisi, 'Ain al-Hayât, hal. 315-387.

[36]. Ibid, hal. 386.

[37]. Ibid, hal. 381 dan 384.

[38]. Baztâb Usture-hâye Budha dar Irân wa Islâm, hal. 44-81.

[39]. 'Ain al-Hayât, hal. 322. Hasyim Radhi, Adyân-e Buzurgh-e Jahân, hal. 178.

[40]. 'Ain al-Hayât, hal. 322, Adyân-e Buzurgh-e Jahân, hal. 188.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah keIslaman dengan cara bertaklid diterima oleh Allah (s.w.t)?
    11428 Teologi Klasik 2013/05/25
    Sekiranya kita tidak mengemukakan sebarang dalil berkenaan dengan akidah di hari akhirat nanti kecuali dalil taklid dan menuruti orang terdahulu secara membabi buta, sedangkan kita tahu bahawa nenek moyang kita bukanlah ahli ilmu, berpengetahuan, golongan intelek dan tidak juga berada dalam asuhan serta bimbingan para ulama, maka ...
  • Bolehkah lantaran ayat tathir tersebut terletak di tengah-tengah redaksi ayat maka ia dikatakan tidak memiliki makna hashr (pembatasan)? Siapa sebenarnya yang disebut Ahlulbait?
    8258 Tafsir 2011/08/20
    Dalam menjawab pertanyaan pertama boleh dikatakan bahawa: ayat tathir ini berada ditengah-tengah ayat, di mana hal itu menegaskan bahawa konteksnya sejalan atau sama dengan subjek yang ada sebelum dan sesudahnya. Jikalaulah tidak ada pengkhususan untuk isteri-isteri Nabi ...
  • Tolong jelaskan ayat-ayat Al-Qur’an yang menentukan imāmah Imam Ali (a.s)?
    14381 Teologi Klasik 2013/05/25
    Sebaik-baik jalan untuk menetapkan imāmah Imam Ali (a.s) bagi Ahlusunnah adalah bersandar kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan ayat-ayat tersebut yang dinukil dari kitab-kitab mereka. Sudah tentu orang itu harus merupakan seorang pencari kebenaran sehingga tidak bersandar pada penjelasan-penjelasan yang keliru, non-rasional serta tidak menutup matanya terhadap ...
  • Apa saja ciri-ciri darah haidh dan darah istihadha itu?
    27846 Haid dan Nifas 2013/06/09
    Darah haidh pada umumnya kental, hangat dan warnanya merah cenderung hitam atau kuning serta keluar dengan tekanan dan agak panas.[1] Wanita yang mengeluarkan darah seperti ini dari rahimnya disebut wanita haidh (hâidh). Adapun darah istihadhah ghalibnya berwarna kuning dan dingin serta keluar tanpa ...
  • Imam Mahdi (a.j.f) dalam pandangan Syiah.
    13877 Teologi Klasik 2011/07/18
    Oleh kerana pertanyaan di atas sangat universal dan meluas, hal ini menyebabkan kami menyentuh tentang sedikit biografi, berita-berita ghaib dan tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (a.j.f).Nama beliau adalah "mim-ha-mim-dal" dan memiliki berbagai gelaran, di antaranya adalah Qaim, Shahibul 'Ashr, Shahibuz Zaman, dsb. Ayahanda mulia ...
  • Apa hubungan antara agama dan kebudayaan?
    17197 Teologi Baru 2011/09/22
    "Agama" (din) secara leksikal bermakna mengikuti, mentaati, kepasrahan dan ganjaran. Dan secara terminologi bererti "sekumpulan keyakinan, akhlak dan aturan," yang bertujuan untuk "mengatur urusan masyarakat dan membina manusia."Agama kadangkala merupakan agama hak, kadang-kadang juga agama batil dan ada juga penyatuan aliran antara keduanya. ...
  • Mengapa Syiah memiliki keyakinan terhadap masalah imāmah dan para imam secara khusus?
    12848 Teologi Klasik 2013/03/30
    Nampaknya yang anda maksudkan dari pertanyan ialah bagaimana kita dapat meyakini dan memahami peribadi imam. Akan tetapi sebelum menjawab pertanyaan anda seharusnya terlebih dahulu kami menjawab pertanyaan mengapa kita harus meyakini masalah imāmah? Imāmah dalam Islam memiliki nilai penting dan merupakan tingkatan terakhir dalam perjalanan manusia menuju ...
  • Apakah malam laylatul qadar ada banyak bilangannya? Apakah siang harinya juga temasuk laylatul qadar?
    17865 Tafsir 2013/03/30
    Laylatul qadar adalah malam yang penuh keberkatan dan sangat penting. Sesuai dengan nas ayat al-Qur'an, laylatul qadar terjadi pada bulan Ramadhan. Dalam pertanyaan yang dikemukakan di atas terdapat beberapa kemungkinan seperti berikut: Maksud dari “berapa banyak jumlah” malam laylatul qadar ialah: Malam 19, 21 dan ...
  • Mengapa para penziarah, khususnya para penziarah dari Iran, menumpahkan tangisan mereka di samping kuburan Baqi’?
    7361 Teologi Baru 2011/09/22
    Jawapan atas pertanyaan seperti ini bersandar pada pengenalan kita terhadap zat tangisan dan tujuan orang menangis.Tangisan terbahagi menjadi dua. Tangisan zahir dan tangisan batin. Tangisan batin hasil dari pelbagai pengaruh mental dan kesan di mana dengan tangisan batin ini muncul pada manusia akibat pelbagai aktiviti ...
  • Menjadi penghuni syurga Riḍwān; bagaimanakah mereka dapat diselaras dengan syafaat Malaikat?
    10653 Tafsir 2011/05/22
    Allah (s.w.t) memberikan keredaan-Nya kepada orang-orang yang beramal saleh, beriman, dan bertakwa, namun iman dan takwa memiliki tingkat dan darjatnya masing-masing. Oleh kerana itu, reda Ilahi akan kembali pada tingkatan dan darjat ketakwaan yang dimiliki.[i]Syurga sesuai dengan ...

Populer Hits