Please Wait
8975
Mengetahui kontradiksi atau tidak kontradiksinya antara percaya diri dengan tawakkal adalah bergantung sepenuhnya kepada pemahaman kita terhadap dua redaksi ini. Tentang definisi percaya pada diri sendiri terdapat dua pandangan:
1. Mengenal segala kemampuan, potensi-potensi dan bersandar pada kesimpulan-kesimpulan, bertujuan untuk sampai kepada kemahuan-kemahuan, naluri dan hakikat diri yang sebenar. Definisi percaya pada diri seperti ini sama sekali tidak bertentangan dengan budaya tawakkal. Keunggulan redaksi ini, kesesuaiannya dengan dua redaksi kunci dan keaslian agama -iaitu- “pengenalan jiwa” dan “mengenal segala nikmat dan pemanfaatannya.”
2. Percaya diri sendiri, iaitu sedemikian kepercayaannya sehingga ia bersandar sepenuhnya kepada segala apa yang dimiliki dan apa yang diketahui, dan menganggap segala kehendak dan keinginannya adalah sumber segala kebaikan dan kejayaan.
Definisi ini, bukan hanya tidak sejalan dan selaras dengan pengetahuan agama, juga merupakan satu khayalan dalam sebuah fantasi! Percaya diri "mazmum" (yang tercela) ini tidak lain kecuali “berkiblatkan jiwa” dan “over self-confident.” Berkait percaya diri ini, Amirul Mukminin As bersabda : “Barang siapa yang bersandar kepada dirinya, maka sesungguhnya ia akan mengkhianatinya ".”
Tawakkal pada asalnya dari kata “wikâlah” yang bermakna "memilih wakil" dan yang dimaksudkan dengan tawakkal di sini yang sejalan dengan makna percaya diri (seperti yang telah disebutkan pada makna pertama di atas) iaitu seseorang di hadapan kesulitan yang besar, tidak merasa rendah dan lemah, bahkan dengan bersandar kepada kekuasaan Allah Swt yang tidak terbatas, ia akan melihat dirinya berjaya dan menang di hadapan kesulitan ini.
Ketika menghadapi berbagai kesulitan dan kepayahan, ia berusaha untuk menyelesaikannya, dan di tempat yang tidak mampu diselesaikannya, ia ber-tawakkal –menyerahkannya - kepada Tuhan. Ertinya bersandar kepada-Nya, dan tidak berdiam diri dari berusaha dan bahkan di tempat yang ia mampu melaksanakannya tetap juga memandang bahawa yang memberi pengaruh sebenar adalah Tuhan. Kerana dalam pandangan seorang yang beragama –muwahhid- , bahawa sumber segala kekuatan dan kekuasaan adalah Tuhan dan memisahkan akibat-akibat faktor-faktor tabii dari kehendak Tuhan adalah termasuk perbuatan syirik! Kerana segala apa yang dimiliki oleh faktor-faktor tabii juga adalah berasal dari-Nya dan segala sesuatu berjalan berdasarkan kehendak-Nya.
Adapun definisi kedua berkait percaya diri tidak sejalan dengan makna tawakkal. Kerana kita memandang segala faktor dan kekuatan sebagai alat yang mandiri di hadapan kehendak Tuhan, dan bersandar kepada yang lain adalah makna-makna dan fahaman-fahaman yang bertentengan dengan tawakkal kepada Tuhan dan bersandar kepada-Nya.
Rasulullah Saw bersabda: “Saya bertanya kepada Jibrail As, apakah makna tawakkal? Ia menjawab, “Mengetahui bahawa makhluk tidak dapat memberi sebarang kerugian juga manfaat. Dan menutup mata dari apa yang dimiliki manusia; tatkala seorang hamba menjadi demikian, maka ia tidak berbuat selain untuk Tuhan dan tidak berharap selain dari-Nya. Dan kesemua ini adalah hakikat dan batasan tawakkal.”
Jawaban Ditel:
Untuk memahami kontradiksi antara “percaya diri” dan “tawakkal” bergantung kepada pemahaman dari dua redaksi yang telah disebutkan. Atas alasan ini, pertamanya kami akan membahas apa yang dimaksud dari dua kata ini:
A. Definisi percaya diri
Untuk redaksi percaya diri, terdapat dua makna yang berbeza:
1. Percaya diri ertinya mengenal kemampuan, potensi dan bersandar kepada kesimpulan-kesimpulan untuk sampai kepada pelbagai keinginan dan kepada identiti yang sebenar.
Percaya diri dalam hal ini bukan saja tidak bertentangan dengan disiplin ilmu agama bahkan juga persis sejalan dengan kehendak Allah dan orang-orang yang menyembah Allah. Dan kita memiliki tanggung jawab dalam memperoleh sifat-sifat seperti ini, dan tidak dapat memiliki kelebihan ini, kita telah kehilangan banyak perkara yang berharga. Sesuatu yang minimal kerugiannya adalah gagalnya seseorang dalam kehidupannya dan tewas dalam mencapai keridhaan Ilahi. Dengan demikian, fahaman yang tinggi seperti ini kami namakan sebagai “percaya diri yang terpuji.”.
Banyak faktor yang membuat makna ini terpuji dan diterima di antaranya:
A. Bahawa saya tahu siapakah saya? Apa kemampuan yang saya miliki? Di mana titik kekuatan dan kelemahan saya? Apakah ciri-ciri positif yang terdapat pada “diri” saya? Yang mana satukah yang menjadi tanggung jawab saya? Apa saja yang menjadi kepemilikian dan modal material dan maknawi saya? Dan bagaimana dan dengan agenda yang mana satu sehingga saya dapat manfaatkan kekayaan-kekayaan wujud dan kehidupanku? Dan …. Semua ini merupakan refleksi dari dua redaksi kunci “makrifat nafs” dan “mengenal dan memanfaatkan nikmat-nikmat yang ada.” Kepercayaan ini pada diri tidak lain melainkankan tumpuan kepada hakikat yang unggul manusia dan tumpuan kepada dimensi-dimensi yang tinggi manusia dimana hal itu salurkan melalui saluran “mengenal nikmat.”
Dan pada dasarnya, bukankah Tuhan yang menganugerahkan pelbagai nikmat kepada manusia dan melihat bahawa mereka bertanggung jawab atas semua nikmat-nikmat tersebut. dan kelak ia akan ditanya perihal nikmat-nikmat itu?
Oleh kerana itu, orang yang berperanan mengambil tanggungjawab ke atas nikmat-nikmat tidak lain melainkan dengan bersandar kepada kepemilikan-kepemilikan ini dan menyakini atas dirinya serta memanfaatkan nikmat-nikmat dan "merasa positif” dan “menjadi positif.”
Berangkat dari sini, definisi “memiliki rasa percaya diri” adalah meyakini bahawa saya juga adalah salah seorang hamba dari hamba-hamba Tuhanku yang memiliki nikmat-nikmat ini dan mampu dengan memanfaatkan segala nikmat ini, mara kehadapan, jika tidak saya termasuk sebagai orang-orang yang tidak bersyukur.
B. Kita menerima makna pertama “percaya diri” ini kerana ia menetapkan kemandirian diri dan percaya diri, dan menafikan ketergantungan dan kurang percaya diri sendiri.
Dengan kata lain, percaya diri, menerima secara sadar dan memanfaatkan nilai-nilai, modal-modal dan simbol-simbol. Sedemikian sehingga dengan percaya diri insaniah dan islamiah, ketika berhadapan dengan diri-diri yang kecundang, yang asing, dorongan-dorongan yang berlagak sombong seakan-akan mengetahui dan pemberian yang hina, kita tidak menjadi ibarat tong kosong nyaring bunyinya yang tidak mengenal kemanusiaan kecuali namanya saja.
Dengan keyakinan pada diri, kita akan sampai pada mental yang teratur dan dengan reformasi pemikiran seperti ini, seluruh kunci emas kejayaan akan berada dalam genggaman tangan kita. Bukankah demikian, ketika penjajah ingin menguasai –sesuatu tempat-, pertama sekali mereka akan meyakinkan berbagai-bagai bangsa dan budaya bahawa kamu tidak memiliki apa pun! Fikiran kamu ketinggalan dan terpinggir dari kemodenan! Terlalu cepat untuk kamu berpikir tentang kemerdekaan! Dengan demikian, manusia akan jatuh dari "percaya diri" ke arah "kecuncang diri". Ini kerana mereka memandang dirinya di bawah zero dan menyalahkan diri sendiri sehingga berubah dari “be your self” menjadi "orang asing" –alien-. Dan dengan ini, ia akur menjadikannya pengemis dan fakir yang merupakan permulaan kehancuran sebuah masyarakat, budaya dan agama.
"Janganlah engkau menjadi cermin menampilkan keindahan orang
Semenjak hati dan mata tenggelam dalam fantasi orang"
Betapa banyaknya orang yang menderita kekosongan jiwa dan menjadi sampah masyarakat. Orang-orang seperti ini memandang dirinya hina dan rendah.
Salah seorang penganalisa ilmu psikologi berkata, “Kemuliaan diri memiliki peranan asas dalam segala tindakan yang logik dan patut atau tindakan-tindakan yang tidak patut, tidak sesuai dan jenayah individu. Sebagaimana berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan, kemuliaan diri boleh menjadi penyebab kepada pencegahan dan keseimbangan atau ancaman kepada sebahagian tindakan manusia.”[1]
Imam Hadi As bersabda, " مَنْ هانت علیه نفسه فلا تأمن شَرّه ". Iaitu: “Barangsiapa menghina ke atas dirinya dan dalam batinnya, ia merasa rendah dan hina terhadap dirinya, maka ia tidak akan aman dari keburukannya.”[2]
Oleh kerana itu, percaya diri merupakan sesuatu yang terpuji dan menyebabkan kepada percaya diri sendiri –self confident- dan hasil dari self-confident ini adalah semangat dan kemampuan.
Rasulullah Saw bersabda, “Semangat yang berani seseorang lelaki akan dapat mengegarkan gunung-ganang.”[3] Ghazali berkata, “Yang dimaksud dengan himmat adalah penguasaan diri dan penuh semangat. Dan semangat orang-orang besar adalah mengenal diri sendiri dan mengasihinya.”[4]
"Sekiranya di alam semesta harus ada keunggulan
Jangan-jangan anda memandang dirimu rendah
Kerana anda memandang dirimu rendah dan hina
Maka jangan berharap orang lain memandangmu mulia
Anda tidak melihat ketinggian lalu engkau telah merasa rendah
Dimana ketiadaan menjadi bahan keberadaan?"
C. ciri positif lain dari makna percaya diri, iaitu ia searus dan sejalan dengan budaya tawakkal.
Makna kedua dari percaya diri adalah percaya pada dirinya sendiri! iaitu sedemikian kepercayaannya sehingga ia bersandar sepenuhnya kepada segala apa yang dimiliki dan apa yang diketahui, dan menganggap segala kehendak dan keinginannya adalah sumber segala kebaikan dan kejayaan. Definisi ini, bukan hanya tidak sejalan dan selaras dengan pengetahuan agama, juga merupakan satu khayalan dalam sebuah fantasi! Sebaiknya kami namakan percaya diri "mazmum" (yang tercela) ini sebagai “berkiblatkan jiwa” dan “over self-confident.” Ia menjadi sumber segala kekalahan dan merupakan tikaman dari belakang sebagaimana sabdaan Imam Ali As tentang percaya diri ini: " من وثَقَ بنفسه خانتهُ". Iaitu: Barangsiapa yang bersandar kepada dirinya, maka sesungguhnya ia akan mengkhianatinya[5].
Mengapa makna percaya diri ini tercela? Faktor-faktor berikut, berpengaruh pada tercelanya makna percaya diri ini:
A. Fikiran di atas, penyebab kepada munculnya pribadi palsu dan hilangnya keseimbangan (ta’âdul). Tatkala anda bayangkan sebegini “Cukup saya berkehendak”, “Yang benar adalah apa yang saya lihat benar, maka pendapat saya yang harus dijalankan”, “Tiada yang dapat menghalangi jalanku.” Dan sebagainya. Pemikiran dan pandangan semacam ini menjadi sebab seseorang “memandang dirinya segala-galanya.” Dan dengan segera mengambil langkah “melampau dalam percaya diri” (over self-confident), dan membuka jalan untuk bersifat lebih angkuh (self-conceit); amat jelas sekali bahawa gelombang ombak-ombak ini dan gemuruh anging-angin puting berliung roh dan bentuk-bentuk pemikiran minda ini akan mengheretnya ke arah “tiada keseimbangan” dan "merobek-robek binaan kepribadiannya yang sebenar.”
Walau bagaimanapun, batasan-batasan harus diketahui, dan untuk faktor-faktor lainnya dan realiti-realiti juga dipandang memiliki wilayah eksklusif dan kedudukan yang tertentu. Dengan kepercayaan yang pelik ini dan asing bagi diri sendiri, maka tidak ada lagi ruang untuk menganalisa diri secara sebenar terhadap kemampuan-kemampuan dirinya. Amirul Mukminin Ali As bersabda, “Apabila kamu menghendaki rahmat Tuhan, maka kamu harus mengenali dimensi-dimensi kemampuanmu dan batasan ketidakmampuanmu. Kalau tidak, kamu akan melanggar batasan wilayah kamu dan telah menginjak-injak harapan untuk maju serta rahmat Tuhan.”[6]
Oleh kerana itu, Islam melarang manusia melihat dirinya sedemikian rupa dan mengingatkan mereka bahawa apabila mereka tidak melupakan kondisi kejiwaan semacam ini, maka mereka akan dijankiti dua penyakit kejiwaan iaitu sifat angkuh (ujub) dan cinta diri.”
“Di samping mudarat-mudarat yang telah disebutkan dari sifat bangga diri (iaitu mengeluarkan dirinya dari perasaan bersalah dan merasa berbahagia dengan setiap perbuatanya), ini adalah sebuah pohon yang keji yang dosa-dosa besar sentiasa bersama dengannya…. Tirai bangga diri dan hijab tebal senang dengan diri sendiri menjadi penghalang untuk ia melihat keburukan pada dirinya. Ini adalah satu musibah yang mencegah manusia untuk sampai kepada kesempurnaan. Keburukan lainnya yang ditimbulkan dari sifat bangga diri adalah yakin pada diri dan perbuatan-perbuatannya menjadi sebab manusia dungu dan merasa tidak memerlukan Tuhan dan tidak akan memperhatikan keutamaan Allah Swt.” [7]
B. Meyakini terhadap perbuatan diri sendiri, mengingkari secara amali tauhid perbuatan-perbuatan Tuhan:
Dalam ilmu Kalam (Teologi) telah ditetapkan bahawa setiap kewujudan, setiap gerakan dan setiap perbuatan di alam semesta ini akan kembali kepada Allah Swt. Dia adalah Penyebab dan Pemula seluruh sebab-sebab (Musabbab al-Asbab dan ‘Illat al-Ilal). Sehinggakan perbuatan-perbuatan yang datang dari diri kita sendiri, dalam satu makna, semuanya bersumber dari-Nya. Dialah yang telah memberikan kekuasaan, pilihan dan kebebasan kepada kita. Namun perbuatan Tuhan di sini tidak bermakna menepikan perbuatan manusia. Kerana Dia menganugerahkan kekuasaan kepada kita, pada saat yang sama, kita adalah pelaksana seluruh perbuatan kita. Kita bertanggung jawab atas apa yang kita laksanakan namun ia juga tetap tidak mengenepikan perbuatan Tuhan. Kerana segala sesuatu yang kita miliki adalah berasal dari-Nya dan kembali kepada-Nya. Laa Muattsir fi al-wujud illa Allah.[8] (Tiada yang memberi pengaruh pada setiap kewujudan kecuali Allah).
Tetapi ketika ia memandang dirinya sebagai paksi segala-galanya, dan menetapkan faktor pembuatnya tanpa sebarang sebabnya, dan ia dengan sombong dan angkuh berdiri di hadapan kehendak mutlak dan pemerintahan tak-terbatas Tuhan!
B. Definisi Tawakkal
Tawakkal pada asalnya dari kata “wikâlah” yang bermakna memilih seorang wakil. Dan ini juga kita ketahui bahawa;
Pertama, memilih seorang wakil dan pembela dalam setiap pekerjaan adalah perkara yang sepatutnya dimana manusia tidak mampu melaksanakan perbuatan tersebut secara pribadi. Dalam hal ini, ia memanfaatkan tenaga orang lain dan dengan bantuannya, ia menyelesaikan permasalahannya.
Kedua, seorang wakil yang baik sekurang-kurangnya memiliki empat sifat; pengetahuan yang cukup, amanah, berkuasa, dan menaruh perhatian.[9]
Tafsir pertama tentang percaya diri (mengenal diri dan percaya diri seiring dengan memanfaatkan seluruh potensi dan modal yang dimiliki) tidak bertentangan dengan tawakkal. Kerana (selain dari memanfaatkan seratus-peratus ajaran agama seperti, makrifat nafs, mengenal dan memanfaatkan dari nikmat-nikmat yang diberikan yang terpendam dalam makna ini), pada dasarnya tawakkal yang sebenar berakar-umbi dari makna percaya diri ini.
Kerana yang dimaksud dengan tawakkal adalah bahawa seseorang ketika menghadapi pelbagai musibah dan kesulitan, tidak merasa rendah dan lemah, bahkan dengan bersandar kepada kekuasaan yang tak-terbatas Tuhan, melihat dirinya sentiasa berjaya dan menang. Dengan demikian, tawakkal adalah pemahaman yang mencipta harapan, pemberi energi, penguat, dan penyebab kepada bertambahnya kecekalan dan kegigihan (dalam menghadapi pelbagai kesulitan hidup).
Berangkat dari sini, bertawakkal kepada Tuhan maknanya iaitu manusia ketika menghadapi pelbagai kesulitan, musibah dalam kehidupan, berhadapan musuh-musuh dan penentang sengitnya, dan kebuntuan, dengan bertawakal kepada Tuhan dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapinnya dan tidak sekedar berdiam diri dan berpangku tangan saja.
Oleh kerana itu, dimana saja ia nelihat bahawa yang memberikan pengaruh secara hakiki adalah Tuhan. Kerana dari sudut pandang seorang muwahhid, sumber segala kekuatan, kekuasaan dan energi adalah Allah Swt.
Dan apabila ada seseorang yang beranggapan sedemikian rupa bahawa perhatian kepada alam sebab-akibat dan faktor-faktor tabiil tidak sejalan dengan semangat tawakkal, maka sesungguhnya orang ini keliru besar. Kerana memisahkan kesan-kesan faktor-faktor tabii dari iradah Tuhan dianggap syirik! Bukankah setiap apa yang dimiliki faktor-faktor tabii bersumber dari-Nya, dan segalanya berada di bawah iradah dan perintah-Nya. Namun, apabila kita memandang bahawa faktor-faktor dan segala kemampuan kita merupakan alat-alat yang mandiri -independent- di hadapan kehendak Tuhan, maka hal ini tidak akan selaras dengan semangat dan budaya tawakkal.”[10]
Intipati ucapan ini adalah bahawa percaya pada diri bermakna bersandar kepada segala nikmat dan memanfaatkan segala yang dimiliki serta jauh dari putus asa adalah sejalan dan selaras dengan tawakkal! Bagaimana tidak, sedangkan Nabi Saw sendiri adalah penghulu orang-orang yang bertawakkal dan pada masa yang sama Hazrat saw tidak pernah lalai dari sebarang bentuk perluang, tektik yang ditil dan positif dan dari memanfaatkan wasilah-wasilah zahiriah untuk sampai kepada tujuannya. Dan hazrat saw juga mengingatkan kepada orang-orang beriman “Kamu mampu dan kamu lebih unggul.”[11]
Akan tetapi, percaya diri dalam defenasi kedua bertentangan dengan tawakkal. Noktah yang berlawanan dengan tawakkal kepada Allah Swt iaitu bersandar kepada selain Tuhan. Ertinya hidup dalam keadaan mandiri -independent-, bergantung kepada makhluk yang lain dan tidak bebas dari dirinya (bergantung kepada yang lain). Sebagaimana tawakkal kepada Tuhan dapat menyelamatkan manusia dari ketergantungan yang merupakan sumber kehinaaan dan penghambaan, dan mengurniakannya kebebasan dan kepercayaan diri.
Diriwayatkan dari Rasulullah Saw bahawa Hazrat saw bersabda: “Saya bertanya kepada pembawa wahyu, Jibril As, apakah tawakkal itu? Ia bersabda: “Mengetahui bahawa mahkluk tidak dapat memberikan sebarang kemudaratan dan mengurniakan sebarang nikmat! Sedemikian bahawa anda menutup mata dari harta manusia! Tatkala seorang hamba telah jadi begini, ia tidak akan melakukan sebarang perbuatan selain kerana Tuhan dan tidak berharap kepada selain-Nya! Inilah hakikat dan batasan tawakkal.”[12][]
Sumber Rujukan:
1. Imam Khomeini Ra, Cehel Hadits, Syarah Ahadits 3 (‘ujub), 4 (kibr), 10 (hawa nafsu), 13 (tawakkal), 20 (ikhlas).
2. Muhammad Najati, Qur’ân wa Rawân Syinâsi, terjemahan ‘Abbas ‘Arab, Nasyr Ustan-e Quds Radhawi As, bahagian 9 (syakshiat dar Qur’an), hal. 287.
3. Hasan Syarqawi, Gami Farâsui Rawâsyinasi Islâmi, terjemahan Sayid Muhammad Baqir Hujjati, Nasyr Farhangg-e Islami, bab-e 3, Râh wushul beh Salâmat-e Nafsâni wa Behdasyti Rawâni, fasal 1, 4, dan 13 (bab keempat), be khidmat giriftane Rawânsyinasi dar Zaminehâi Gunâguni, hal. 397 – 528.
[1]. Ali Mirzabigi, Naqsy Niyazha Rawani, hal. 33
[2]. Hasan Irfani, Fashl Name Hadits-e Zendegi, wizye I’timad-e Nafs, hal. 7.
[3]. Musnad al-Syahab, jil. 1, hal. 378
[4]. Ghazali, Nashihat al-Muluk
[5]. Ghurar al-Hikam, jil. 5, hal. 161.
[6]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 66, hal 79; ‘Ali ibnu Maitsam Bahrani, Syarh Mia’t Kalimah, hal. 59.
[7]. Imam Khomeini Ra, Syarh Cihil Hadits, hal. 69, hadits-e sewwum.
[8]. Nasir Makarim Syirazi, Payâm-e Qur’ân, jil. 3, hal. 274.
[9]. Nasir Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 10, hal. 205.
[10].Ibid, hal. 297.
[11].Ibid, jil. 10, hal. 297.
[12].Ibid, hal. 298; Bihâr al-Anwâr, jil. 71, hal. 137; Ma’âni al-Akhbâr, hal. 461.