Carian Terperinci
Pengunjung
10652
Tarikh Kemaskini 2011/09/22
Ringkasan pertanyaan
Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
soalan
Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
Jawaban Global

Di dalam ilmu kalam, keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, iaitu “keadilan” yang memiliki erti: perlunya memperhatikan hak-hak mukallaf  (yang memikul tugas syariat)  dalam memperoleh ganjaran dan balasan (pahala dan siksa).

Asyairah meyakini bahawa keadilan adalah segala pekerjaan yang datang dari Allah (s.w.t) dan mereka berkeyakinan seandainya seluruh nabi dan orang mukmin dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dan seluruh orang kafir, musyrik dan munafik dibawa ke dalam syurga (dan kemungkian tersebut ada!), maka perbuatan Tuhan ini adalah sama dengan keadilan. Golongan Adliah (berpegang dengan kaedah kebaikan dan keburukan sebagai hakikat dzat sesuatu tersebut selain memahami secara rasional [husn wa qubh dzati wa aqli],  dan  natijah-natijah bahawa dzat Tuhan hanyalah kebaikan, kesempurnaan, mengetahui, kuasa mutlak) di samping meyakini bahawa: Berlakunya hal-hal yang buruk daripada Tuhan seperti kezaliman adalah sesuatu yang mustahil dan menjaga hal-hal yang baik pada dzat Tuhan seperti keadilan adalah hal yang perlu dan mesti.

Jawaban Detil

“Keadilan” dari segi bahasa ialah “di pertengahan dan menjauhi ifrath dan tafrith (sangat berlebihan dan sangat kekurangan). Jika ia berobjek dengan huruf ‘عن’, maka ia memiliki erti berpaling. ‘Seperti’ dan sesuai (sepadan) juga dipergunakan dalam pengertian kata ini. Kadangkala ia diertikan juga sebagai pengganti dan pengorbanan.[1] Namun di dalam ilmu kalam, akidah dan lain-lain lagi, ia akan dibahaskan dari sisi makna-makna berikut ini:

1. “Keadilan” bererti seimbang, sama dan tidak diberat sebelah, iaitu ketika hak-haknya sama dan sepadan.

2. “Keadilan” bererti menghindari perbuatan dosa-dosa besar dan tidak menjadi masyhur dengan kefasikan. Sudah tentu makna tersebut banyak digunakan di dalam ilmu Fikah. Tetapi digunakan juga di dalam teologi, iaitu di dalam pembahasan kepemimpinan dan wilayatul faqih.

3. “Keadilan” dalam pandangan moral bererti menjaga hak-hak orang lain iaitu lawan perkataan zalim yang membawa makna menceroboh hak-hak orang lain.

4. “Keadilan” dalam pandangan sosial bererti membahagi sama rata berbagai kemudahan awam dan memungkinkan masyarakat untuk mendapatkan manfaat yang serupa dari berbagai prasarana, seperti pendidikan, kebudayaan, keilmuan, ekonomi dan kesejahteraan.

5. “Keadilan” yang bererti sepadan, seimbang dan meletakkan sesuatu pada tempatnya, dengan tujuan sesuatu itu berada dalam proses interaksi dengan seluruh perkara, maka ia harus mencipta suatu sistem lebih baik dan alam penciptaan dicenderungkan kepada matlamat tertentu. Pengertian yang melihat kepada sistem seluruh ciptaan seperti ini digambarkan sebagai pemahaman falsafah.

6. “Keadilan” yang bererti menjaga tuntutan-tuntutan dalam kedudukan hukum syariat, hukum pengadilan, perhitungan dan pemberian pahala atau pembalasan atas segala bentuk perbuatan dan siksaan, ianya bertentangan dengan terma kezaliman yang memiliki erti memberikan upah pekerja secara tidak sesuai, menuntut atau penyeksaan berlebihan dari batas yang sewajarnya dengan jenayah dan penyelewengan.

Dalam Al-Quranul Karim juga, perkataan adil[2] digunakan dengan makna yang berbeza baik secara bahasa ataupun istilah, namun kebanyakannya digunakan dalam bentuk negatif iaitu menafikan kezaliman Allah (s.w.t) dalam kedudukan pemberian pahala dan balasan samada di dunia mahupun di akhirat.

Dalam hal-hal lainnya, keadilan dianggap memiliki matlamat penting untuk pengutusan para nabi dan seluruh manusia diseru untuk menjaga keadilan dan menghormati hak-hak masing-masing dan tidak mencabuli hak-hak orang lain, atau diperintahkan untuk menghukum secara adil dan berperasaan. Selain itu juga, langit dan bumi diciptakan berdasarkan keadilan dan keseimbangan.

Di antara pengertian di atas, keadilan Tuhan dalam posisi pemberian pahala dan balasan adalah hal yang akan lebih banyak dikaji dan dibahas berbanding perkara yang lainnya, kerana hal tersebut banyak mendapatkan tanggapan yang negatif.

Asy’ariah (pengikut mazhab Abul Hasan Asy’ari) meyakini bahawa: tidak ada suatu hal yang wajib bagi Tuhan dan keyakinan tentang kewajiban sesuatu atas Dzat Tuhan itu melazimkan batasan dan penentuan taklif untuk-Nya, padahal tidak ada seorang hamba pun yang berhak untuk menentukan tugas taklif untuk Tuhan dan tidak mempunyai hak untuk membatasi daerah kekuatan, kehendak dan tindakan Dzat Yang Maha Suci. Oleh kerana itu, tidak seorang pun berhak berkata: “Mengeluarkan keadilan bagi Tuhan adalah wajib hukumnya dan perbuatan buruk seperti zalim atas-Nya adalah dilarang”. Namun yang harus diyakini ialah segala sesutu yang dilakukan Tuhan merupakan keadilan, meskipun seluruh orang beriman diiring ke neraka jahannam, dan seluruh orang kafir dikirim ke dalam syurga! Dan hal tersebut tidak mustahil.

Sumber kesalahan kelompok ini disebabkan cara penjelasan yang keliru dari kalangan kelompok Mu’tazilah dalam hal keharusan Tuhan untuk bersifat adil; kerana Mu’tazilah (pengikut mazhab Wasil bin Atha) yang berpegang pada kaedah kebaikan dan keburukan sebagai hakikat secara dzati dan aqli, menganggap bahawa wajib bagi Tuhan menjaga keadilan samada di dunia mahu pun di akhirat di mana penjelasan mereka telah mengiringi pembatasan dan penentuan tugas ke atas Tuhan!.

Sementara itu Imamiah (pengikut para dua belas imam) meyakini bahawa: dengan memperhatikan pada kaedah kebaikan dan keburukan itu adalah hakikat yang dzati dan aqli, dan dengan memperhatikan tuntutan-tuntutan kesempurnaan yang hakiki Dzat Tuhan, maka hal-hal yang buruk seperti: ingkar janji, dusta dan zalim adalah mustahil bagi Tuhan. Oleh kerana segala sesuatu yang buruk itu mustahil dari Tuhan, maka apa saja yang keluar dari Tuhan adalah baik dan sama dengan keadilan. Oleh kerana itu, dengan memperhatikan janji-janji yang telah diberikan oleh al-Qur’an al-Karim dan dengan memperhatikan bahawa ingkar janji dari-Nya adalah sesuatu yang mustahil, maka sesuatu yang tidak mungkin terjadi jika orang-orang kafir, munafik dan musyrik yang mati dalam keadaan ingkar akan dibawa ke syurga di samping sebaliknya para nabi dan para wakil Allah serta kaum mukmin akan dijatuhkan ke dalam neraka Jahanam.

Lebih jelas lagi, keluarnya keadilan, kebenaran dan ketepatan janji daripada Tuhan adalah sebuah keharusan. Sementara keluarnya keburukan dari Tuhan adalah hal yang mustahil. Namun bukan bererti keluarnya keadilan dari Tuhan adalah wajib dan keluarnya kezaliman atas Tuhan adalah sesuatu yang haram. Yang dimaksud dengan “wajib” di sini adalah keharusan secara falsafah sebagai lawan dari kemustahilan, dan bukan bererti kewajiban secara akal atau syariat sebagai sebuah hukum yang lazim bagi Tuhan. Dari sini dapat diketahui bahawa peranan akal adalah menyingkap hakikat dan kenyataan, bukan mengeluarkan suatu hukum atas Tuhan. Akal akan membezakan bahawa pasti Tuhan itu adil dan tidak akan pernah menzalimi seorang pun samada di dunia atau pun di akhirat, namun ia tidak akan mampu untuk menentukan taklif dan membatasi gerak-Nya.

Dalam menelusuri perselisihan ini, kelompok Imamiah dan Mu’tazilah -yang dikenal dengan golongan Adliah- menambahkan konsep keadilan sebagai salah satu dasar-dasar agama. Sedangkan Asy’airah meyakini bahawa hanya Tauhid (ketuhanan), Kenabian dan Ma’ad (hari akhir) lah yang merupakan dasar-dasar agama. Tentunya antara pandangan Mu’tazilah dan Syi/ah memiliki perbezaan-perbezaan yang banyak. Pandangan Syiah berbeza dengan pandangan Mu’tazilah yang ifrath (berlebihan) dan pandangan Asyairah yang tafrith (berkekurangan).

Hal yang harus disebut adalah bahawa keadilan dengan erti seperti ini, memiliki berbagai kenescayaan yang akan dikaji dan digunakan dalam hukum syariat dan teologi atau dalam kedua hal tersebut. Hal tersebut adalah seperti berikut:

 

A. Keadilan dalam alam penciptaan:

Setiap makhluk telah diciptakan secara saksama dan seimbang, bahagian-bahagiannya telah disiapkan begitu rupa sehingga makhluk tersebut secara global dapat mencapai kesempurnaan yang selayaknya. Dari sisi itulah peranan khusus telah diberikan kepada setiap makhluk di alam penciptaan ini, sehingga seluruh alam ciptaan ini bergerak secara rapi dan teratur menuju sebuah tujuan yang telah ditentukan sebelumnya.

 

B. Keadilan dalam alam syariat.

Keadilan secara undang-undang memiliki dua kenescayaan:

1. Kaedah “Memberikan seksa tanpa ada penjelasan adalah (tindakan) buruk”[3]: Tuhan tidak akan menyeksa seseorang yang meninggalkan beban tugas (taklif) disebabkan kejahilan. Oleh kerana itu, jika seseorang tidak bertemu dengan seorang mubaligh atau seorang yang memberi peringatan padanya sampai ia mengenal agama, dan tidak memiliki kemampuan untuk berhijrah atau mencari kebenaran, maka dia terhitung sebagai orang yang lemah. Dengan beragumen pada prilaku kejahilannya, ia tidak akan mendapat seksa. Selain itu pada hal-hal yang belum ditemukan perintah khusus daripada Tuhan, maka hukumnya adalah boleh mengerjakannya.

2. Kaedah “Memberikan tugas sesuatu melebihi kadar kemampuan adalah (tindakan) buruk”[4]: Tuhan tidak hendak memberikan beban taklif kepada manusia di luar kemampuannya dan mengangkat kesulitan dan kesukaran dari orang-orang yang memiliki uzur.[5] Dan diharapkan dari setiap orang hanya dalam batas kemampuannya, dan perbuatannya juga akan dihitung berdasarkan kemampuan yang ia miliki. Jika perbuatannya baik, akan diberikan pahala dan jika buruk, akan dibalas dengan siksa.

 

C. Keadilan di padang Mahsyar

Tuhan pada hari Kiamat akan menghukum dengan adil sesuai dengan hal-hal yang disebut di atas.

 

D. Keadilan dalam menerapkan hukum:

Tuhan dalam menerapkan hukum juga bertumpu pada keadilan. Orang-orang yang baik akan mendapat pahala dan orang-orang yang jahat akan mendapat seksa.

Sesuatu yang patut diperhatikan adalah bahawa dalam doa-doa para Imam maksum (a.s) selalu berlindung kepada-Nya dari keadilan Tuhan dan di dalam Al-Qur’an juga sifat adil ditampilkan berupa menafikan kezaliman yang disandarkan pada Tuhan. Rumusannya adalah bahawa taat kepada Yang Maha Haq dan menyembah-Nya sebagaimana Ia layak dan patut untuk ditaati dan disembah, dan mensyukuri nikmat-nikmat-Nya sebagaimana tiada seorang pun yang mampu untuk membalas dan mengganti seluruh nikmat dan pemberian Tuhan; sebagaimana taufik untuk taat dan mensyukuri-Nya juga adalah sebuah keutamaan lain dan pemberian lainnya yang telah dilimpahkan kepada kita yang mana hal tersebut menuntut kita untuk bersyukur kembali pada-Nya.

Dari sisi lain, ketaatan dan bersyukur ini dikeranakan kenikmatan-kenikmatan di dunia yang telah diserahkan kepada kita. Oleh kerana itu pahala di akhirat tidak lain kecuali hanya keutamaan dan pemberian yang berlipat; iaitu sebagaimana rahmat Tuhan lebih didahulukan dari pada marahnya dan Tuhan mewajibkan dzat-Nya untuk memberikan rahmat pada hambaNya[6], sunnatullah adalah memberikan pahala berlipat ganda bagi orang-orang yang taat dan bersyukur. Dengan tujuan inilah, Ia memberikan pahala berlipat ganda bagi orang-orang mukmin yang melakukan amalan baik, bukan hanya sekadar tuntutan-tuntutan mereka, bahkan seksaan akhirat atas orang-orang yang berbuat jahat dengan berbagai macam ragamnya: musibah dan malapetaka di dunia, sakaratul maut, liang kubur, padang mahsyar dan syafa’at pun dikurangi, mereka diberikan keringanan dan mereka tidak diseksa sesuai dengan tuntutan-tuntutan yang seharusnya mereka terima.

Dengan demikian Tuhan pada posisi-Nya sebagai pemberi pahala dan seksa adalah sebagai Dzat yang memiliki Keutamaan, Kepemurahan, sifat Pengasih, Pemaaf dan Pengampun. Namun bukan bererti orang yang berlaku adil, pengasih, utama, mulia dan pemurah dari sisi nilai moral lebih utama dari orang-orang yang adil. Kesimpulannya adalah, Dia di atas keadilan; kerana Dia adalah Hakim, Maula (pemimpin) secara mutlak, kebaikkan murni dan rahmat-Nya meliputi segalanya.

Di sini sangat sesuai disebut bahawa meyakini akan keadilan Ilahi pada setiap dimensinya, memiliki pengaruh keilmuan, keyakinan dan pelbagai perbuatan. Keyakinan ini dapat digunakan dalam menyalurkan argumentasi-argumentasi pembuktian akan Kenabian (Nubuwwah), Kepemimpinan (Imamah) dan Hari Akhir (Ma’ad). Dan juga memiliki peranan yang sangat agung dalam menyimpulkan hukum-hukum. Dengan berharap pada keadilan Ilahi pada hari Kiamat, lebih mudah bersabar dalam menghadapi kezaliman orang lain (ketika dalam keadaan tidak mampu untuk melawan dan menghalau kezaliman), dan dapat mendorong orang-orang mukmin untuk melaksanakan kebaikan, berlumba-lumba dalam menjalankan kebaikan-kebaikan, menegakkan keadilan dan kesetaraan di kalangan masyarakat serta menjaga hak-hak orang lain.[]

 

Rujukan untuk telaah lebih jauh:

1.     Ja’far Subhani, Ilahiyat, jilid 1-3, hal. 273-290 dan hal. 301-310, Markaz Jahani Ulum Islami, Cetakan Kedua, 1409 HQ.

2.     Ja’far Subhani, Buhust fi al-Milal wa al-Nihal, jil. 2, hal. 329-334, Markaz Mudiriyat Hauzah, Cetakan Kedua, Qom, 1366.

3.     Abdul Karim Syahrestani, Al-Milal wa al-Nihal, jil. 1-2, , hal 47 -48, al-Anjelu Mesir, Cetakan Kedua, 1375 HQ, mesir.

4.     Abi Sholah Halabi, Taqrib al-Ma’ârif, hal. 71, 88 dan 92, Daftar Intisyarat Islami,1336, Qom.

5.     Sayid Murtadha Alamul Huda, al-Zakhirah, hal 211-255, Daftar Intisyarat Islami, 1411 Q, Qom.

6.     Murtadha Mutahhari, Adlu Ilahi, hal. 59-66, Cetakan Kesepuluh, Tahun 57.

7.     Khaja Nashiruddin Thushi, Kasyf al-Murâd, hal. 356-367, Syakuri, cetakan keempat, tahun 73, Qom.

8.     Muhammad Taqi Mishbah Yazdi, Âmuzesy Aqâid (Imam Semesta), hal 190-199 (pelajaran 20), jil. 1-2, Sazeman Tablighat Islami, cetakan kedua belas, tahun 76, Qom.

9.     Muhammad Taqi Mishbah Yazdi, Akhlâq Dar Qur’ân, jil. 1, hal 72, Muassasah Amuzesyi wa Pazyuhesyi Imam Khomaini (Qs), Qom.

10.  Muhammad Saidi Mehr, Âmuzesy Kalam Islami, jil. 1, hal. 313-325, Cetakan Kedua, tahun 81, Qom.



[1]. Misbah al-Munir, jil. 1-2, hal 396-397.

[2]. Kasyful Ayat, kata-kata عدل، قسط، ظلام

[3]. “Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul. (Qs. Al- Isra [17]:15)

[4]. Seseorang tidak mendapatkan beban melainkan sesuai dengan kadar kemampuannya. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”  (Qs. Al-Baqarah [2]: 233 & 286); Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya.”  (Qs. Al-An’am [6]:152); Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sesuai dengan kadar kesanggupannya” (Qs. Al-Araf [7]:42); Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.”  (Qs. Al-Mukminun [23]:62)

[5]. Tiada dosa atas orang yang buta, atas orang yang pincang, dan atas orang yang sakit (apabila tidak ikut berperang).  (Qs. Al-Fath [48]:17);  Tidak ada larangan bagi orang buta, tidak (pula) bagi orang pincang, dan tidak (pula) bagi orang sakit (untuk makan bersama kamu).(Qs.  Al-Nur [24]:61); Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan (kesulitan). (Qs. Al-Hajj [22]:78); Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit, dan orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan (di jalan jihad).” (Qs. Al-Taubah [9]: 91); Dan jika kamu sakit, berada dalam perjalanan, kembali dari tempat buang air, atau menyetubuhi perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan menggunakan tanah yang baik (bersih); sapulah muka dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkanmu, tetapi Dia hendak membersihkanmu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (Qs. Al Maidah [5]:6)

[6]. Dia telah menetapkan atas diri-Nya rahmat (kasih sayang). Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya rahmat. (Qs. Al-Anam [6]: 12 & 54)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits