Carian Terperinci
Pengunjung
7393
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Apa makna pengumuman tujuh orang marja’ dari pihak Jamia’ Mudarrisin (Dewan Guru Hauzah)?
soalan
Bukankah a’lamiyah menunjukkan keunggulan dan kelebihan? Dari namanya saja sudah jelas bahwa a’lamiyah menunjukkan keunggulan seseorang atas orang lain. Memandangkan terdapat tujuh orang Marja’ Agung yang diperkenalkan oleh pihak Dewan Guru Hauzah, lalu bagaimana kelebihan dan keunggulan ini dapat digambarkan? Sedangkan dari namanya saja sudah jelas bahwa a’lamiyah seseorang mesti mempunyai kelebihan dan keunggulan dari yang lainnya?
Jawaban Global

Di antara syarat-syarat marja’ taklid adalah ia lebih unggul dan lebih tinggi dari sudut keilmuan daripada mujtahid-mujtahid lain yang ada pada zamannya. Dan dengan adanya mujtahid a’lam, tidak dibenarkan untuk mengikut pada mujtahid yang tidak a’lam. Dan ini dalam keadaan jika jarak antara mujtahid a’lam dan tidak a’lam sedemikian jauh sehinggakan didalam beberapa hal-hal dimana fatwa di antara keduanya saling berbeza dan tidak sepakat, nilai fatwa mujtahid tidak ‘alam akan jatuh. Akan tetapi, jika jarak antara mujtahid ‘alam dan tidak a’lam tidak sedemikian jauh, taklid kepada a’lam tidak dimestikan, jadi mukallid boleh bertaklid kepada mujtahid tidak a’lam yang jaraknya dekat dengan mujtahid a’lam.

Adalah perlu diketahui bahawa: Seorang mujtahid dan a'alam dapat dikenali dengan salah satu cara berikut:

1.    Dengan keyakinan hati yang berdasarkan ilmu pengetahuan, seperti seorang alim yang mampu mengenali mujtahid dan a’lamiyah seseorang.

2.    Dengan melalui kesaksian dua orang alim yang adil yang mampu menentukan dan menetapkan kemujtahidan dan a’lamiyah seseorang. Dengan syarat kesaksian keduanya itu tidak dibantah oleh kesaksian dua orang alim dan adil yang lainnya.

3.    Dengan kesaksian sekelompok ahli khibrah (ulama) yang mampu dalam mengenali kemujtahidan dan a’lamiyah seseorang, dan atas dasar kesaksian mereka dapat diperolehi keyakinan akan kemujtahidan dan kea'alaman seseorang.[1]

 

Kerana itu, apabila gambaran ini terjadi (iaitu pertembungan kesaksikan dua orang alim yang adil terhadap a’lamiyah seorang mujtahid dan kesaksikan dua orang alim adil yang lainnya) maka mukallid mesti menggunakan dua jalan yang lain untuk mengenali a’lamiyah seorang mujtahid.

Penting untuk diketahui bahwa perkara asasi dalam mencapai hakikat dan mengetahui a’lam, adalah perhatian terhadap keadilan orang-orang yang memberikan kesaksian dimana kesaksian mereka perlulah berdasarkan pengetahuan dan kejujuran mereka bukan berasaskan pada kecintaan atau kebencian, sentimen dan dorongan peribadi atau kelompok.

Dengan memperhatikan perkara ini, maka mengenal marja’ yang a’lam akan menjadi lebih mudah. Bagaimanapun, kerana wujudnya jalan lain untuk mengenali a’lam, jadi apabila tidak mungkin untuk menggunakan salah satu cara tadi, maka dalam hal ini boleh digunakan jalan lain dan hal ini tidak akan menimbulkan kesulitan.[2]

Sebagaimana yang telah diterangkan sebelumnya bahwa a’lamiyah bermakna keunggulan dan jalan-jalan untuk mengenali a’lam telah disebutkan pada tiga jalan di atas. Kerana itu, barang siapa yang ingin bertaklid dan telah mengenali ‘alamiyah seorang mujtahid maka dia harus bertaklid kepadanya.[3]

Adapun beberapa orang yang diperkenalkan oleh Dewan Guru Hauzah (Jami’a Mudarrisin) sebagai marja’ taklid, bermakna kerana tidak ada seorang pun yang dikenali sebagai a’lam, maka Dewan Guru Hauzah memperkenalkan beberapa orang ini dimana kurang-lebihnya dari sudut mempunyai syarat-syarat marjaiyyah, mereka setaraf dan sederajat dan barang siapa yang memilih salah satu dari beberapa orang ini maka ia telah menunaikan tugas dan taklifnya. Dan mengamalkan fatwa-fatwa mereka, seluruh perbuatannya adalah sahih.[IQuest]    

 

 

Untuk maklumat lebih lanjut sila lihat dua indeks berikut ini:

1.     Indeks: Cara-cara untuk Mengenali Marja’ Taklid, Pertanyaan 4533 (Site: 4871)

2.     Indeks: Mujtahid A’lam, Pertanyaan 5310 (Site: 5527)



[1]. Taudhi al-Masâil (Al-Mahsyi lil Imâm al-Khomeini), jil. 1, m/s 15, Masalah 3.

[2]. Dipetik dari Pertanyaan 4533 (Site: 4871)

[3]. Dipetik dari Pertanyaan 1210 (Site: 1207) 

Jawaban Detil
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah telaga kautsar itu?
    16781 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Apakah perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
    7443 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Kekuasaan-kekuasaan wali faqih dapat dikaji dalam dua paksi berikut:Wali faqih memiliki wilāyah atas orang ramai.Wali faqih memiliki kuasa atas berbagai urusan.Apabila autoriti wali faqih kita anggap tidak terbatas pada beberapa orang tertentu (seperti orang gila, anak yatim dan sebagainya) dan kekuasanya tidak terhad pada ...
  • Kenapa Iblis (syaitan) diciptakan daripada api?
    14233 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
    17309 Ulum Al-Quran 2011/04/19
    Mukjizat dari satu sisi bermakna suatu hal yang luar biasa, di sertai dengan cabaran dan dari sisi lain, mukjizat yang dipraktikalkan itu selaras dengan dakwaan yang dilontarkan oleh pemilik mukjizat. Keluarbiasaan ertinya ialah, terjadinya suatu perkara yang berbeza dengan aturan-aturan semulajadi.
  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    8372 Teologi Baru 2011/09/22
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...
  • Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
    10930 Teologi Klasik 2011/09/22
    Di dalam ilmu kalam,keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    20216 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    13102 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Kitab-kitab all-inklusif hadis Syiah yang utama?
    11431 Ilmu Dirayah 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Dengan memperhatikan bahawa Tuhan adalah Mahatahu secara mutlak, lantas apakah motif ujian-ujian Tuhan bagi manusia?
    7773 Teologi Klasik 2011/04/19
    Sebagaimana menurut pertanyaan yang diajukan, pelbagai ujian Ilahi bukanlah bermaksud untuk menyingkap apa-apa yang tidak diketahui lantaran Tuhan Mahatahu atas segala sesuatu. Namun ketika kita merujuk kepada ayat dan riwayat, maka kita akan menemui bahawa pelbagai ujian ini merupakan sebuah tradisi (sunnah) dan kanun Ilahi yang berpijak ...

Populer Hits