Carian Terperinci
Pengunjung
24114
Tarikh Kemaskini 2011/08/20
Ringkasan pertanyaan
Apa yang dimaksudkan pernyataan ‘buta di akhirat’?
soalan
Apa maksud Tuhan dari ayat “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan buta (pula) dan lebih sesat dari jalan (yang benar)? Apakah orang yang buta di hari akhirat tidak memiliki perasaan dan tidak bisa melihat sesuatu?
Jawaban Global

Yang dimaksud dengan buta di hari akhirat dalam ayat, Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan buta (pula) dan lebih sesat dari jalan (yang benar). (Qs. Al-Isra [17]:72) dan ayat-ayat sepertinya, Dan barang siapa berpaling dari mengingati-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata, “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu adalah seorang yang melihat?” (Qs. Thaha [20]: 123-124) bukanlah kebutaan fizikal seperti yang terjadi di dunia. Yang dimaksud buta di sini adalah orang-orang yang memang sengaja menjadikan dirinya buta sekalipun mereka menyaksikan tanda-tanda Allah dan kebenaran Nabi dan Ahlubaitnya, lalu menerima kebenarannya, meski pun begitu ia juga tidak beriman kepadanya.

Hati mereka tidak dapat mengimaninya, seolah-olah mata mereka buta terhadap hakikat kebenaran. Mereka juga sebenarnya sering terlibat dalam wacana-wacana keagamaan namun, tapi tidak ada bezanya dengan orang yang tidak melihat dan tidak ada bezanya dengan orang-orang yang tidak mendengar, kerana itu mereka tidak mahu mengikrarkan keimanan dan itulah yang dimaksud buta versi al-Quran.

Di hari akhirat, balasan itu dalam bentuk tajassum amal (penjelmaan amal-amal). Kebutaan hati akan menjadi seksaan atasnya di hari akhirat. Ia menjadi buta di padang mahsyar; ia tidak dapat melihat keindahan Tuhan, cahaya orang-orang yang beriman dan anugerah-anugerah firdaus. Mereka juga tidak akan menemukan jalan yang akan mengirimkannya  ke syurga.

Namun saat diseret ke neraka, mereka dapat melihat seksaan. Untuk menambah intensif seksaan ke atas diri mereka, mereka juga dapat melihat bermacam-macam seksaan seperti ketika mereka dapat melihat di dunia yang digunakan bukan untuk melihat kebenaran, tetapi malah berpaling kepada kebatilan dan dunia bersama segala pesonanya.

Jawaban Detil

Struktur manusia dilengkapi dengan berbagai anggota zahir maupun batin. Anggota-anggota zahiriyah selain memiliki fungsi sebagai perantara bagi badan untuk mendapat hal-hal yang disukainya atau juga apa yang menjadi keperluannya (dan hal ini juga berlaku dalam dunia untuk hewan), juga memiliki fungsi sebagai pembawa informasi yang menyalurkan pada kalbu, untuk menyusuri ilmu pengetahuan dan juga alat untuk menggerakan tubuhnya (tahrikiyyah).

Di seluruh episod kehidupan, manusia benar-benar sangat bergantung pada alat-alat indera zahirinyah lantaran itu jika seorang manusia dengan serius mendayagunakan alat-alat inderanya – khususnya mata dan telinga dengan baik dan untuk jalan-halan yang benar, maka kedua alat itu akan mentaati dirinya; menjalankan fungsi yang sesungguhnya untuk mendengar dan melihat.

Namun jika manusia menyalahgunakan kedua panca indera; ia tidak mahu menyemak baik-baik ilmu pengetahuan dan segala yang didengar dan dilihatnya; ertinya ia seolah-olah tidak boleh melihat dan mendengar.

Jadi matanya seolah-olah tidak dapat melihat dan telinganya seakan tidak dapat mendengar.   Tidak memanfaatkan dua indera itu bukan kerana keduanya telah kehilangan dayanya tapi kerana manusia sebenarnya telah menyalahgunakan fungsi. Itulah terjadi kerana akibat takabbur, dan niat buruk si insan.

Dengan demikian manusia dapat melihat dengan jelas ayat-ayat yang menunjukkan kewujudan Tuhan, rahmat dan segala kekuasaan-Nya, namun ia tidak mahu beriman. Ia juga melihat dan mendengar bukti-bukti kebenaran nabi utusan-Nya, tetapi ia juga tidak mahu menerima dan mengakuinya. Ia juga mendengar dan memahami nas-nas bahawa Nabi (s.a.w) telah memilih Ali (a.s) sebagai wasinya; bahawa nabi memiliki wali-wali pengganti dirinya, tapi ia malah mengingkarinya. Akhirnya ia tidak mahu menjadikan Ali sebagai pemandunya (walinya). Dan bahkan menjadi benci terhadap Ali dan keluarganya.

Atau, meskipun ia boleh membaca dan mendengar tentang kebenaran informasi daripada nabi tentang hari kiamat, tentang kehidupan abadi setelah kematian di dunia; tentang kewujudan syurga dan neraka tapi apa yang terjadi ia mengabaikan semua fakta agama tersebut.

Seandainya sepanjang hidupnya kedua panca indera itu diabaikan terus menerus,    tidak lagi dimanfaatkan untuk kebaikan-kebaikan spiritual atau malah digunakan di jalan penderhakaan kepada perintah-perintah Allah dan rasul-Nya, maka kelak di hari akhirat ia akan melihat rupa bentuk dari penistaan terhadap panca inderanya (tajasum amal) iaitu keadaan dirinya yang buta untuk melihat jamaliyah (fascinant) Allah (s.w.t). Ia tidak akan dapat melihat kurniaan-kurniaan yang ada di syurga; citra malakuti nabi dan juga wali para wali. Ia juga dihukum untuk tidak melihat syurga di mana akhirnya ia diseret untuk masuk ke neraka jahanam.

Seperti halnya, ia buta untuk melihat dan menjalani kehidupan yang benar dan membahagiakan maka di akhirat juga ia tidak akan melihat jalan yang akan membawa kebahagiaan pada dirinya.

Al-Quran menjelaskan tentang hal-hal yang membuatkan ia buta di hari akhirat. Di antaranya iaitu kerana berpaling daripada Allah dan menatap dunia dengan penuh kerelaan maksimum,[1] sombong dan takabur dalam urusan-urusan agama,[2] melupakan hari akhirat dan tidak mahu mengalah untuk beriman kepadanya,[3] menutup jalan bagi orang lain untuk beriman kepada Allah, [4] mendustakan ayat-ayat Allah dan juga tidak mahu mengakui kenabian Muhammad (s.a.w), [5] memutuskan silaturahmi dengan yang lain (memutuskan kewilayahan dengan Ali (a.s)), sombong dan membangkang. [6]

Tentang karakter-karakter ini juga disentuh oleh hadis-hadis Nabi (s.a.w) sebagai penjelas atas apa yang disebutkan pada ayat-ayat di atas; iaitu menutupi (kebenaran) wilayah Ali dan tidak mahu mengakui wilayahnya padahal ia memiliki kesempatan (untuk mengakuinya) sebelum kematian menjemputnya. [7]

Seseorang yang buta di hari akhirat bukan seseorang yang kehilangan fungsi inderawinya. Bahkan di padang mahsyar ia menyadari kebutaan dan juga menyedari di mana ia berada, bahawasanya di kediaman ini bukanlah kediaman duniawi. Di sana ia memiliki mata namun di sini ia tidak memiliki indera penglihatan (lahir). Oleh itu, ia mengajukan protes sebagaimana kebiasaannya di dunia mengajukan protes dan bermental keras kepala.[8]

Dalam pandangan al-Quran, tafsir dan juga riwayat, kiamat itu memiliki bermacam-macam keadaan dan yang kemudian pada akhirnya orang-orang yang layak menjadi penghuni syurga akan memasuki syurga dan orang yang patut mendapatkan seksaan akan memasuki neraka jahanam. Kebutaan itu hanya terjadi di padang mahysar saja sebelum diiring ke neraka.

Di padang mahsyar mereka dibutakan agar tidak dapat melihat keagungan dan keindahan Allah (s.w.t), namun setelah melewati padang mahsyar dan masuk ke neraka jahanam, mata mereka kembali dapat difungsikan, agar dapat melihat kengerian-kengerian seksaan, dan dengan melihat seksaan-seksaan di neraka – penderitaannya semakin menjadi-jadi - akibat tidak mahu melihat kebenaran di dunia.

Sebahagian yang tidak memiliki pengetahuan mendalam berpendapat bahawa yang dimaksudkan buta seperti yang dikatakan oleh ayat “Barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini” adalah buta fizik. Jadi ditafsirkan bahawa mereka itu buta sekalipun mereka itu boleh memahami. Lataran itu mereka juga akan dihimpun dalam keadaan buta juga. Padahal bukan demikian, yang dimaksudkan dengan buta di dunia iaitu buta hati. Sementara yang dimaksud dari ayat “di akhirat (kelak) ia akan buta (pula)” adalah buta fizik; buta zahiriyah, ertinya tajasum (penjelmaan) buta hati di dunia adalah buta mata di hari akhirat, sebagai sebuah seksaan terhadapnya.

Seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, setelah dihimpun dalam keadaan buta di padang mahsyar, mereka diiring ke neraka dan mata mereka dapat melihat kembali. Lantaran itulah yang telah mereka perbuat di dunia iaitu membutakan penglihatan dan pendengaran mereka untuk melihat ayat-ayat Allah, dan orang-orang suci . Semoga Allah menyelamatkan kita dari keburukan golongan tersebut.[]

Sumber dan referensi:

1.     Abdullah Jawadi Amuli, Fitrat dar Qur’ân, jil. 12, hal. 97-104 dan 139-140, Intisyarat-e Isra, Qom, cetakan kedua, 1379 S.

2.     Abdullah Jawadi Amuli, Ma’rifat Syinasi dar Qur’ân, jil. 13, hal. 357-362, Intisyarat-e Isra, Qom, cetakan kedua, 1371 S.

3.     Sayid Muhammad Husain Thabathabai, al-Mizân (Persia), Daftar-e Intisyarat-e Islami, jil. 13, hal. 232-233 dan jil. 14, hal. 314-316.

4.     Sayid Abdulhusain Thayyib, Athyab al-Bayân, jil. 8, hal. 287-388, cetakan kedua, Kitab Furusyi Islami, Teheran.

5.     Muhsin Qira’ati, Tafsir-e Nur, terkait dengan ayat yang disebutkan, Dar Rah-e Haq, Qom, cetakan pertama, 1374.

6.     Muhammad bin Muhammad Ridha Qomi Masyhadi, Kanz al-Daqâiq, jil.7, hal. 463, 534-524, dan jil. 8, hal. 368-371, Muassasah Tab’e wa Nasyr (Wizara-te Irsyad), Teheran, 1411.

7.     Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, berkaitan dengan ayat-ayat yang disebutkan, Dar al-Kitab al-Islamiya, Teheran, cetakan ke-17, 1374.



[1]. Qs. Thaha (20): 124-127; Qs. Al-Isra (17):72.

[2]. Qs. Fushilat (41):17.

[3] Qs. Al-Naml (27):66.

[4]. Qs. Al-Hud (11):18-28

[5]. Qs. Al-An’am (6): 4-5; Qs. Al-A’raf (7): 64; Qs. Al-Baqarah (2):17-18.

[6]. Qs. Muhammad ():22-23.

[7]. Silakan lihat, Athyab al-Bayân, jil. 18, hal. 287 dan 288, al-Mizân, jil. 4, hal. 314. Kanz al-Daqâ’iq, jil. 7, hal. 523-524, 456-462, dan jil. 8, hal. 368-371.

[8]. Qs. Thaha (20):124-127.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits