Carian Terperinci
Pengunjung
12811
Tarikh Kemaskini 2011/05/22
Ringkasan pertanyaan
Mengapa dalam ayat al-Quran secara zahiriah dinyatakan para nabi juga melakukan kesalahan dan tidak ada ayat yang secara zahiriah tentang kemaksuman para nabi?
soalan
Mengapa dalam ayat al-Quran secara zahiriah dinyatakan para nabi juga melakukan kesalahan dan tidak ada ayat yang secara zahiriah tentang kemaksuman para nabi?
Jawaban Global

Sebelum kami menjawab pertanyaan ini, ada beberapa penjelasan dan mukadimah yang kami anggap perlu dijelaskan di sini sebagai berikut:

1.     Dengan memperhatikan tema pertanyaan di atas, ia tidak menyebut makna, pembahagian, dan dalil-dalil kemaksuman (kesucian dari segala bentuk dosa dan kesalahan);

2.     Terdapat berbagai pendapat dan perselisihan mengenai persoalan kemaksuman yang tidak dijadikan objek perbahasan;

3.     Telah dihindari penyebutan seluruh ayat yang secara zahir menegaskan kemaksuman para nabi (a.s) atau secara zahiriah tidak menegaskan kemaksuman para nabi.

 

Dengan memperhatikan tiga noktah diatas, ayat-ayat yang berkaitan dengan kemaksuman akan dikaji dalam dua perbahasan. Pertama adalah ayat-ayat tentang kemaksuman, keduanya pula ayat-ayat yang secara zahir, sesuai dengan dakwaan, tidak menegaskan kemaksuman nabi.

Perbahasan pertama: Ayat tentang kemaksuman. Dalam kitab suci al-Quran, terdapat begitu banyak ayat yang berbicara tentang kemaksuman para nabi. Dalam ayat 124 surah al-Baqarah disebutkan bahawa janji dan amanah Allah (maqam kenabian dan imamah) tidak akan meliputi orang yang zalim, bahkan walaupun ia hanya melakukan kezaliman satu saat sekali pun, di mana contoh nyata kezaliman itu adalah  kekufuran, syirik, dosa, dan kesalahan-kesalahan besar dalam hidup mereka. Fakhrurazi salah seorang mufassir Ahlusunnah dalam tafsir-nya berkata, ”Bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa imam dan nabi bukanlah seorang yang melakukan dosa”.[i]

Dari sisi inilah ayat tersebut menjadi alasan kesemestian maksum seorang nabi, baik itu kemaksuman sebelum kenabian maupun kemaksuman setelah kenabian.[ii] Pada ayat ketujuh surah Hasyr Allah berfirman, ”Apa yang diberikan rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah”.

Seperti yang telah ditegaskan oleh majoriti mufassir bahawa ayat ini berbicara secara umum dan termasuk ketaatan mutlak terhadap seluruh perintah orang yang menduduki kedudukan kenabian.[iii] Sangat jelas bahawa apabila orang-orang yang memangku jawatan kenabian yang tidak terjaga dan tidak maksum dari segenap dosa dan kesalahan, maka ia tidak ada jaminan dalam pelaksanaan ketaatan dan perintah ini.[iv]

Perbahasan kedua: Apakah ada ayat di dalam al-Quran yang menyatakan bahawa para nabi itu berbuat salah dan dosa? Secara zahir sebahagian ayat menujukkan seolah-olah para nabi (khususnya sebahagian daripada mereka) melakukan dosa dan kesalahan sehingga pada awalnya mereka telah meminta keampunan daripada Allah, atau mendapatkan keampunan Ilahi setelah menerima kemurkaan dan balasan daripada Allah.

Namun sebenarnya sebagaimana penyebutan dan peninjauan sepintas lalu terhadap pelbagai hipotesis dan teori-teori ilmiah, ia bukanlah merupakan perbuatan yang sesuai, dan memahaminya dengan tidak profesional akan menyebabkan muncul berbagai kesulitan, apatah lagi penafsiran dan pengkajian ayat-ayat al-Quran tentu lebih memerlukan perantara, pelbagai syarat, dan kaedah-kaedah yang tepat dan sesuai.

Meskipun pada kesempatan ini, kita tidak dapat mengkaji dan meneliti seluruh ayat yang berkaitan, namun kami akan menyinggung beberapa jawapan dan perkara universal dengan menggunakan terjemahan yang sudah tentu sangat bermanfaat untuk menjelaskan masalah ini. Kami berharap setiap orang yang merujuk kepada al-Quran dengan mengindahkan dan memerhatikan perbahasan ini, kita dapat mencipta hubungan khusus antara perkara ini dan ayat-ayat yang ingin diterjemahkan dan difahami pesanannya bersama.

Menurut sebahagian ayat yang mengisahkan tentang maksiat dan pengingkaran sebahagian para nabi, seperti kisah Nabi Adam (a.s) di mana dalam hal ini kita harus menjawabnya sebagai berikut:

1.     Perintah dan larangan, tidak selama-lamanya digunakan dalam makna yang sebenarnya (hakiki, bukan metafora). Istilah ini biasa juga di gunakan mengenai ujian kepada seseorang atau juga dalam bentuk usulan (untuk sampai pada tujuan peribadi). Dalam persoalan ini sama sekali tidak ada taklif yang di tanggung jawabkan. Akibat tidak melaksanakan perintah secara sempurna ini pula, tidaklah bermaksud pelanggaran atau kesalahan. Noktah ini dapat kita temui pada surah surah A’raf (7) ayat 27, surah Thaha (20) ayat 115, 117 – 119, dan 121;

2.     Pelaksanaan beberapa perbuatan yang walaupun ia tak dapat dianggap sebagai dosa, namun dengan memperhatikan darjat, kedudukan atau posisi keilmuwan daripada orang yang melakukan perbuatan tadi, ia tetap akan dianggap sebagai perbuatan yang tidak patut dilakukan oleh orang tersebut. Boleh jadi, pekerjaan tersebut nampak biasa jika dilakukan oleh orang lain atau bahkan akan dianggap sebagai pekerjaan yang utama. Dari sisi lain kata “maksiat” memiliki makna yang luas dan tidak hanya bermakna meninggalkan kewajiban atau melaksanakan pekerjaan haram. Kerana apabila seseorang meninggalkan perbuatan mustahab maka ia telah berbuat maksiat (meninggalkan yang utama).[v] Ayat-ayat yang menyoroti persoalan ini adalah Qs. Qhasas (28): 25, Qs. Syuara (26): 39 dan 82, Qs. Fath (48): 2;

3.     Kata ”dhalālat“ secara bahasa bermakna menyimpang dari jalan yang lurus, namun memiliki makna yang luas dan tidak hanya bererti tersesat dari agama yang benar”, namun kata ini juga bererti “terjatuh di jalan yang berbahaya sedikit dan bermasalah sedikit.” Ayat-ayat ke 20 surah Syuara (26) dan ayat 6-8 surah Al-Dhuha (93) dapat kita jadikan objek kajian dan penafsiran yang sesuai dengan perkara di atas;

4.     Kadang-kadang manusia bercakap-cakap dengan sesama mereka (khususnya pada tahap berargumentasi, membela (sebuah pendapat) dan memuaskan (pendengar)) memberikan sebuah sumbangan kepada dirinya akan tetapi ia tidak menggunakan makna hakikinya dan semata-mata bersikap toleransi dengan yang lain. Dalam hal ini kita dapat menyemak Qs. Syuara (26): 20, Qs. Qashas (28): 15, Qs. Al-An’am (6): 76 & 78;

5.     Pada sebahagian ayat lainnya, secara zahir disebutkan hukuman dan redaksi keras yang dilayangkan kepada para nabi seperti penggunaan peribahasa yang mengatakan, “Saya berkata kepada pintu tapi yang mendengarnya adalah dinding” di mana hakikatnya ayat-ayat ini ditujukan kepada masyarakat umum. Ayat-ayat yang berkenaan dengan persoalan ini dapat kita temui pada surah seperti Qs. Al-An’am (6): 68, Qs. Hud (11): 37, Qs. Yunus (10): 94, Qs. Al-Baqarah (2): 147, Qs. Ali-Imran (3): 60, Qs. Hud (11): 17 dan Qs. Al-Sajadah (32): 23;

6.     Jalan lain yang digunakan untuk mengagungkan atau merendahkan orang lain adalah penggunaan bahasa kiasan sebagaimana yang kita temui pada Qs. Fath (48):2. Dengan penjelasan bahawasanya menurut kaum musyrikin ialah tidak ada orang yang lebih berdosa dari Nabi Islam, dan setelah kemenangan Nabi (s.a.w) dosa-dosa yang disandarkan oleh kaum musyrikin kepada Nabi (s.a.w) tidak lagi dipandang dan mereka tidak lagi memandang Nabi (s.a.w) sebagai pendosa;

7.     Pada sebahagian ayat-ayat Quran, ketika Nabi Muhammad (s.a.w) memberikan penisbahan kepada dirinya atau orang lain, baginda memilih dengan menggunakan bahasa bersyarat, iaitu menggunakan perkata “jika.“ Model bahasa seperti ini sudah tentu tidak menjadi dalil atas terjadinya kandungan susunan syarat tersebut. Sebagaimana yang terdapat dalam ayat 62 dan 63 surah Al-Anbiya :(21) .

8.     Juga terbunuhnya seorang pengikut Fira’un di tangan Nabi Musa (a.s) jika dari sisi qisas, dan dibandingkan dengan pembunuhan banyak bayi ditangan lelaki tersebut.

9.     Imam Ali (a.s) memandang bahawa kesalahan yang dinisbahkan kepada para Nabi di dalam al-Quran adalah kerana Allah (s.w.t) ingin menyampaikan bahawa para Nabi tidaklah memiliki seluruh dan secara mutlak sifat-sifat kesempurnaan Tuhan, sehingga tidak seorang pun yang berfikir bahawa mereka (nabi-nabi) tidaklah memiliki sifat uluhiyat (yang mengharuskan disembah).



[i] Fakhrurazi , Tafsir Kabir jilid10 hal 193

[ii]. Tafsir Ruh al-Bayân,  jil. 1, hal. 338

[iii]. Terjemahan Al-Quran, Ayatullah Makarim Syirazi, Tafsir Amtsal, Tafsir Nur, Al-Mizan, dan Payâm-e Qurân.

[iv]. Untuk keterangan lebih jauh tentang ayat-ayat yang berbicara mengenai kemaksuman nabi silakan lihat, Qs. al-Nisa (4):65, Qs. al-Ahzab (33):21 & 33; Qs. al-An’am (8): 90; Qs. al-Najm ():3 & 4;, Qs. Yasin (36) ayat 62, Qs. Shad ayat 45-47,dan ayat 82-83, Qs. Jin ayat 26-28, Qs. al-Zumar ayat 37.Untuk tafsiran ayat-ayat yang disebutkan dapat merujuk kepada tafsir al-Mizân, Tafsir Amtsal, Tafsir Nur dan yang lainnya.

[v]. Tafsri Nur al-Tsaqalain, jil. 3,

Jawaban Detil

Sebelum kami memberikan jawapan secara terperinci, beberapa noktah penting hendaklah di perhatikan di sini:

1.     Kerana pertanyaan yang disebutkan berkaitan dengan persoalan kemaksuman atau ketidakmaksuman para nabi-nabi Allah, dengan itu kami menghindari perbahasan seperti makna, pembahagian serta dalil-dalil kemaksuman (dalil rasional dan referensial) meskipun dengan meneliti ayat-ayat ini akan memberikan faedah yang banyak.

2.     Terdapat perbezaan pendapat dan pandangan berkaitan dengan kemaksuman dan tidak menjadi objek perbahasan di sini.

3.   Menghindar dengan tidak menyebutkan seluruh ayat yang secara zahir dapat menegaskan kemaksuman para nabi (a.s), atau juga secara zahir tidak dapat menegaskan kemaksuman para nabi.

 

Dengan demikian, jawapan dari pertanyaan akan dijelaskan dalam dua bahagian:

A.    Ayat-ayat tentang kemaksuman.

B.    Mengkaji dan meniliti ayat-ayat yang menegaskan secara zahir tentang tiadanya kemaksuman para nabi.

 

A.    Ayat-ayat tentang kemaksuman

Meski pun ada dakwaan wujudnya ayat-ayat yang menunjukkan tentang kemaksuman, namun terdapat banyak juga ayat yang menjelaskan bahawa para nabi itu perlu maksum. Sebahagian ayat-ayat tersebut akan disebutkan di bawah ini:

1.     Sesungguhnya Aku menjadikanmu imam bagi seluruh manusia.” Ibrahim berkata, “Dan dari keturunanku (juga)?” Allah berfirman, “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim.”  (Qs. Al-Baqarah [2]:124)[1]

Meski banyak noktah dan pelajaran yang dapat dipetik dari ayat ini namun perkara ini harus disebutkan bahawa ketika Nabi Ibrahim (a.s) mampu menghadapi pelbagai ujian penting ini maka Tuhan menganugerahkan makam “Imamah” kepadanya sebagai ganjaran.

Kemudian Nabi Ibrahim (a.s) Memohon kepada Tuhannya supaya menganugerahkan maqam ini kepada keturunan baginda. Allah (s.w.t) berfirman bahawa orang-orang zalim tidak akan dapat mencapai kedudukan ini.

Satu hal yang jelas bahawa orang-orang yang melakukan kezaliman atau mereka yang pernah melakukan amal perbuatan yang tidak benar akan termasuk sebagai orang yang zalim, walaupun hanya sesaat di dalam hidupnya (berlaku zalim).

Dari sisi inilah mufassir Fakhrurazi dalam tafsiran ayat ini menyatakan bahawa para nabi adalah sekaligus imam dan imam tidak boleh daripada kalangan orang yang fasik dan pendosa. Maka dengan demikian, dari kaedah ini juga akan menyatakan bahawa para nabi bukanlah pendosa dan bukanlah orang yang fasik. [2]

Pada ayat ini juga digunakan kata “‘ahdi” yang bererti “janji “ akan tetapi ahdi yang di maksudkan di sini adalah kenabian atau ke imamahan, tetapi meskipun kedua maksud di sini adalah keimamahan atau kenabian, keduanya-duanya tidak akan dapat dicapai oleh orang yang berbuat kemaksiatan atau berbuat zalim.[3]

Namun demikian, pernyataan yang seperti ini akan terasa kurang atau tidak sempurna kerana kalau kita menyatakan bahawa setiap nabi itu adalah seorang Imam di mana Imam memiliki kedudukan yang lebih luas dari dari posisi kenabian, hal ini akan memerlukan perbahasan pada kesempatan lain .

Tapi satu hal yang mesti di perhatikan dari pernyataan Fakhrurazi di sini adalah pengakuan beliau bahawa seorang nabi hendaklah maksum (suci) baik ketika ia telah terpilih sebagai seorang nabi ataupun sebelum terpilih sebagai seorang nabi.[4]

1. Ayat Al-Quran yang berbunyi, “Apa yang diberikan rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya [5]

Dengan memperhatikan secara saksama ayat yang disebutkan di atas, maksud dari kalimat “Wa mā atākumur Rasūl (dan apa-apa yang diberikan oleh Nabi (s.a.w))”, kerana noktah yang dibahas selanjutnya adalah “Wa mā nahākum ‘anhu fantahu (dan apa-apa yang kalian dilarang darinya maka jauhilah)”.[6]

Dengan alasan ini, begitu banyak mufassir yang memberikan penjelasan bahawa ayat ini berbicara secara umum.11 Sesuai dengan ayat ini segenap perintah dan larangan yang diberikan oleh Nabi hendaklah dipatuhi dan ditaati kerana ketaatan di sini adalah ketaatan yang mutlak tanpa sebarang syarat. Dengan demikian, kemaksuman adalah jaminan yang dimestikan dari ayat ini. Oleh itu jika berada dalam keadaan melakukan kesalahan, dosa atau maksiat, ia bukan sahaja tidak dapat menyelamatkan, bahkan ia sendiri perlu diberi larangan dan peringatan.

2. Ayat Quran yang berbunyi, Barang siapa yang menaati rasul itu, sesungguhnya ia telah menaati Allah. Dan barang siapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka”. [7]

Ayat ini memberikan pemahaman yang hampir sama dengan ayat sebelumnya di mana Fakhrulrazi di dalam tafsirnya mengatakan bahawa ayat ini adalah dalil atau alasan yang paling kuat tentang kemaksuman Nabi Islam (s.a.w), di mana segenap perintah yang diberikan oleh nabi baik arahan atau larangan adalah penyampaian wahyu ilahi.[8]

Ayat lain yang berbicara tentang kemaksuman Nabi dari sudut bagaimanakah kemaksuman seorang Nabi memerlukan perbahasan tersendiri, namun kami tidak sempat membahaskannya di sini melainkan hanya dengan memberikan beberapa petunjuk tentang ayat-ayat yang berbicara tentang itu.

3. Surah al-Nisa’ ayat 65, Surah al-Ahzab ayat 21, surah al-Anʽam ayat 90, Surah al-Najm ayat ke 34 Surah al-Zumar ayat ke 37, surah Yāsin ayat 62, surah Shād ayat 45 – 47 dan ayat 80, surah al-Jin ayat 26-28.

Kesimpulan, kita akan menemui dalil-dalil akal tentang kemaksuman nabi yang akan dimuatkan dalam tulisan ini diiringi dengan ayat-ayat al-Quran serta riwayat para Imam maksum Ahlulbait.

 

B. Mengkaji ayat-ayat yang menegaskan secara zahir tentang tiadanya kemaksuman para nabi

Perbahasan tentang ayat-ayat yang secara zahir menyatakan atau memberi keterangan tentang ketidakmaksuman seorang nabi adalah sebagaimana yang telah kami tunjukkan dalam perbahasan sebelumnya.

Sebahagian ayat-ayat al-Quran secara zahirnya telah mengungkapkan perbuatan dosa atau kesilapan yang dilakukan oleh para nabi seperti kesalahan atau dosa yang di lakukan oleh Nabi Adam (a.s). [9]

Atau ayat lain yang mengatakan bahawa Nabi Adam (a.s) lalai terhadap janji yang telah diikrarkan dihadapan Tuhannya.[10] Atau juga Nabi Nuh (a.s) memohon keampunan[11], atau pun ayat tentang Nabi Ibrahim (a.s) berbohong,[12]  pernyataan tentang sakitnya Nabi Ibrahim (a.s) ketika baginda masih sihat dan ia tidak mahu mengikuti kaum kafir yang hendak melaksanakan pesta penyembahan berhala,[13] dan ayat yang selainnya..

Dari sisi ini, sebuah pertanyaan menarik yang dapat kita utarakan berkaitan dengan ayat ayat yang kami sebutkan di atas, pertama ialah: apakah dengan ayat-ayat tadi kita dapat menerima bahawa para nabi itu tidaklah maksum? Kedua apakah dengan menerima sebahagian ayat ini dengan sebahagian ayat yang lain yang menyatakan tentang kemaksuman nabi, kita akan mengatakan bahawa antara ayat-ayat al-Quran terjadi percanggahan dan pertentangan?

Jawapan terhadap soal ini akan kita teliti dengan mengamati ayat-ayat yang ada tadi dan mengumpulkan nama-nama Nabi yang disebutkan.[14]

Pembahagian yang pertama: Ayat yang berbicara tentang pengingkaran nabi Adam (a.s) kerana termakan fitnah syaitan, kelupaan yang dinisbahkan kepada nabi-nabi yang lainnya. Surah Al-A’raaf ayat 27, Surah Thaha ayat 115,117-119, dan ayat 121.

Dari kumpulan tafsir yang berbicara tentang ayat-ayat ini kami dapat memberikan tiga jawapan secara umum.

Jawapan pertama: Larangan yang di berikan kepada Nabi Adam (a.s) adalah bersifat ujian. Dengan memperhatikan bahawa Nabi Adam (a.s) diciptakan oleh Allah (s.w.t) untuk dijadikan khalifah atau wakil Allah di muka bumi dan bukan untuk tinggal lama di dalam syurga, maka syurga tentunya tidak meletakkan tanggung jawab (taklif) dan maksiat yang dilakukan oleh Nabi Adam (a.s) adalah di syurga, bukan di bumi. Sebaik sahaja diutus ke bumi, baginda dijadikan sebagai khalifah Allah di muka bumi dan kemudian beliau mencapai maqam kemaksuman.

Dari riwayat lain juga ditunjukkan oleh Imam Ridha (a.s).[15] Kesimpulannya adalah bahawa segenap perintah dan larangan Allah adalah semata-mata untuk memperkenalkan Nabi Adam (a.s) dengan masalah-masalah yang akan ia hadapi di muka bumi nanti dalam kaitannya dengan persoalan wajib dan haram. Dan Nabi Adam (a.s) hanya tidak melaksanakan sebuah perintah yang sifatnya ujian, bukan sebuah perintah yang sifatnya wajib.

Jawapan kedua: Larangan Nabi Adam (a.s) adalah larangan yang sifatnya Irsyadi sebuah larangan dan perintah yang difahami oleh para Nabi termasuk Nabi Adam (a.s). Seperti perintah dan larangan yang diberikan oleh seorang doktor, contohnya seorang doktor memerintahkan pesakitnya untuk tidak memakan makanan tertentu kerana makanan tersebut mungkin berbahaya bagi si pesakit.

Kalau si pesakit tidak menuruti perintah dan larangan di sini, maka ia akan berbahaya untuk kesihatannya, bahkan akan mengancam jiwanya dan ini tidak bererti ia telah melanggar perintah doktor dan menyebabkan doktor tadi marah. Oleh kerana itu, meskipun Nabi Adam (a.s) dikatakan melanggar perintah, namun ia bukan perintah yang jika tidak dikerjakan bermakna menentang atau melanggar.

Ada beberapa bukti yang boleh kita lihat berkenaan dengan argumen ini surah Thaha ayat 117-119, Maka kami berkata, “Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kalian berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu jatuh dalam kesengsaraan hidup. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalam syurga dan tidak akan telanjang dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya.”

Dari sisi ini sekiranya Nabi Adam (a.s) tidak melawan perintah Irsyadi maka ia akan tinggal lebih lama di syurga dan salah satu makna dari “Ghawaayat “ yang ada pada ayat sebelumnya ialah halangan untuk manusia sampai kepada tujuan dan menjadi jauh dari nikmat ilahi.

Jawapan ketiga: Ketidaktaatan Nabi Adam (a.s) bermakna meninggalkan amal yang lebih baik (at-tarkul awla). Jawapan ini memiliki paling banyak pengikutnya yang membuktikan kemaksuman nabi dari segenap dosa. Kami membahagikan dosa menjadi dua bahagian; bahagian pertama adalah dosa yang sifatnya mutlak dan yang kedua dosa yang sifatnya nisbi.

Dosa mutlak di sini adalah dosa yang dilakukan oleh seseorang dengan maksud menentang perintah ilahi dan ia tidak ada pengecualian di dalamnya sama sekali. Seperti dosa memakan harta haram, mengumpat orang lain, berbuat zalim, dan sebagainya. Sementara yang dimaksud dengan dosa nisbi di sini adalah perbuatan yang dinilai kurang bagus atau bahkan tidak benar dikeranakan posisi atau kedudukan seseorang baik dari sisi keilmuwan maupun dari sisi jawatan kerja. Amal-amal   perbuatan yang seperti ini tidak hanya dilihat sebagai aib bahkan terkadang dinilai sebagai keutamaan.[16] (hasanatul abrar sayyiatul muqarrabin).

Dari sisi ini, maksiat sebagaimana pengertian dan defenisi-definisi yang telah kami utarakan di atas pada posisi dosa nisbi ini ialah maksiat dalam pengertian meninggalkan perbuatan yang sunnah atau mustahab. Sebagai contoh kata Imam Baqir (a.s), “Adalah satu hal yang mustahab dan bukanlah satu hal yang wajib kalau seseorang tidak melaksanakan solat sunat harian, tapi orang yang meninggalkan solat wajib adalah kafir. Walau bagaimana pun orang yang meninggalkan solat sunat tidaklah kafir tetapi ia telah lalai” [17]. Meskipun begitu, dari sisi bahasa ‘iyân bermakna setiap perbuatan yang keluar dari lingkaran ketaatan samada pekerjaan itu wajib atau mustahab.[18]

Kesimpulan perbahasan, segenap perumpamaan atau peristilahan akan ‘iṣyân atau maksiat, dosa, atau pelanggaran dalam kaitannya dengan perbuatan yang di lakukan oleh para Nabi adalah dari sisi at-tarkul awla (meninggalkan pekerjaan yang lebih baik).[19]

Contoh pertama surah Qasas ayat 15 tentang Nabi Musa (a.s).

Nabi Musa (a.s) setelah menyaksikan kezaliman yang dilakukan oleh seorang pengikut Firaun terhadap seorang bani Israil dan reaksi yang di timbulkan dari hubungan keduanya, baginda bersabda, “ini adalah dari pekerjaan syaitan.”

Noktah penting yang ada pada riwayat ini petunjuk kepada asal-usul pertengkaran antara Qibti dan Sabti; iaitu perbalahan membabi-buta dan tidak mempunyai matlamat kalian berdua, adalah pekerjaan Syaitan.[20]

Ayat yang memberikan penisbahan kesesatan (dhalâlah), contoh surah syu‘ara ayat 20 tentang Nabi Musa (a.s) .[21]

Kata “dhâlîn memerlukan kepada pengenalan pahaman bahasa yang tepat. Kata ini berasal dari kata dasar “dhilâl” yang makna aslinya adalah melepaskan jalan yang lurus dan makna yang lebih meluas tidak hanya bererti tersesat dari agama yang benar.

Pengungkapan riwayat kepada nabi Musa (a.s) dalam ayat ini begitu juga dengan penisbahan yang di berikan kepada sebahagian nabi-nabi Allah yang lain adalah dari sisi at-tarkul awla. Nabi Musa (a.s) dengan membunuh pengikut Firaun menyebabkan jiwanya terancam dan ia melepaskan jalan keselamatan. Dan setelah kejadian itu Nabi Musa (a.s), baginda tidak dapat lagi tinggal di mesir dan ia pergi ke gurun hingga akhirnya bertemu dengan Nabi Syuaib (a.s) dan mendapatkan pendidikan Syuaib untuk dipersiapkan tanggungjawab  risalah kenabian.,[22]

Kata dhalâlah dalam ayat ini bermakna menjauh dari pengetahuan terhadap takdir dari kejadian yang menimpa Nabi Musa (a.s). Nabi Musa (a.s) yang tidak tahu bahawa pukulan yang ia berikan kepada pengikut Firaun ini boleh menyebabkan kematian orang tersebut, dan kematian ini bukanlah kematian yang dikeranakan kerana maksud untuk membunuh dengan sengaja, bahawa saya (Nabi Musa (a.s) sama sekali tidak mengetahui akibat dari perbuatan yang dilakukan.[23].-[24]

Jawapan lain yang dapat diberikan di sini adalah kalimat yang menyatakan “wa Ana minal dhâlîn (aku dari golongan yang sesat), ia menyentuh tentang kes nabi Musa (a.s) cuba berkompromi (bertoleransi) dengan pengikut Firaun tadi. Banyangan masalah yang muncul adalah bahawa “aku (Nabi Musa (a.s)) dulu adalah tersesat dan saat ini aku telah diberikan hidayah oleh Tuhanku, oleh kerana itu aku diutuskan kepada kalian.”[25]

Penekanan akan jawapan ini dapat kita temukan pada ayat 19 dan 21 pada surah yang sama. Firaun pada ayat yang pertama berbicara tentang kekuatan dan kekuasaan yang ia miliki kemudian ia berkata kepada Nabi Musa (a.s)  wa anta minal kafirin”, dan pada ayat yang kedua Nabi Musa (a.s) mengatakan kepada Firaun … Apa yang engkau katakan? Pada saat itu beliau mengatakan, “Maka Tuhanku menganugerahkan kepadaku hukum dan menjadikan aku sebagai rasul.” Saat ini aku adalah utusan Tuhan dan pada waktu itu engkau berfikir aku di dalam kesesatan.

Contoh kedua surah Ad-Dhuha ayat 6-8 tentang Nabi Muhammad (s.a.w).

Yang di maksudkan dengan “dhâllun” pada ayat ini adalah hilangnya keperibadian atau kehormatan seseorang di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat. Sebuah contoh dari riwayat Imam Ali ridha (a.s) di mana beliau dalam sebuah riwayat mengatakan, “dan ia menemukanmu dalam keadaaan sesat, yakni keutamaanmu tidak dikenal oleh orang-orang, kemudian Tuhan memperkenalkan mereka kepadamu.”[26]

Contoh ketiga adalah ayat-ayat yang menyatakan bahawa para Nabi juga boleh menjadi lupa, seperti surah An-An‘am ayat 68 tentang Nabi Muhammad (s.a.w).

Meskipun secara zahir ayat ini dinisbahkan kepada Nabi Muhammad, namun kenyataanya ayat ini berbicara kepada para pengikut nabi, sekiranya para pengikut nabi ini terlupa dan mereka ikut pada sebuah majlis yang bercampur dengan dosa, orang kafir menisbahkan kepada mereka yang ikut dalam majlis tersebut sebagai orang yang bersih, sekiranya mereka (pengikut nabi) ini mengetahui keadaan yang sedang terjadi di tempat itu maka mereka pasti segera meninggalkan tempat itu; kerana pada ayat yang datang selanjutnya adalah “kalau mereka yang hadir di dalam majlis tersebut adalah orang yang lupa atau di keranakan keterpaksaan, atau kerana untuk mendapatkan kesenangan, maka tiada dosa buat mereka, akan tetapi ikut hadir di dalam majlis ini adalah untuk memberi peringatan kepada mereka yang hadir di dalam majlis tadi terhadap Tuhan, utusannya dan hari akhirat, itu pun dengan harapan bahawa mereka itu akan menjadi orang yang bertaqwa.[27]

Kesimpulannya, berbicara kepada orang-orang yang bertaqwa dan sekelompok muslim dan bukan peribadi Nabi, pada hakikatnya ta’bir ini adalah dari sisi pribahasa yang mengatakan, “Ku berbicara pada pintu namun malangnya dinding yang mendengarkannya.”[28]

Contoh ke-empat. Ayat yang berbicara tentang dosa nabi dan permohonan keampunannya. Contoh ayat 82 surah Syu‘ara tentang Nabi Ibrahim (a.s).

Jawapan: Yang dimaksud dengan kata “khathiaty” adalah at-tarkul awla. Meskipun kata ini berasal dari kata dasar “khata” yang bererti kesalahan, kemudian kata ini mengalami perluasan makna yakni mutlak setiap kesalahan baik yang disengaja maupun tidak disengaja, begitu juga dengan at-tarkul awla. Secara umum makna di sini adalah perbuatan salah yang dilakukan dengan tidak sengaja.[29]

Begitu juga dengan Nabi Ibrahim (a.s) at-tarkul awla juga meliputi segenap situasi dan keadaan yang menimpa Nabi Ibrahim (a.s) di mana manusia lalai dari Tuhannya. Seperti perbuatan yang dilakukan untuk melanjutkan hidupnya antaranya kegiatan makan dan minum, tidur dan istirehat, dan yang lainnya. Perbuatan yang seperti inilah yang kadangkala membuat orang lalai dari Tuhan-Nya baik para Nabi mahupun para wali Allah, keadaan yang seperti inilah yang dinilai sebagai perbuatan yang tidak kurang dari nilai dosa.[30] (Hasanatul abrar sisstul muqarrabin)

Contoh kelima Surah At-Taubah ayat ke-43 tentang Nabi Muhammad (s.a.w)

Jawapan: Pada ayat ini bahasa pertama yang dikeluarkan adalah “Allah telah mengampunimu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang jujur dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta?”

Kalau dalam isi ayat kita perhatikan secara saksama maka kataal-‘afw  dan “‘itâb adalah untuk menegaskan kepada Nabi betapa buruknya pekerjaan yang di lakukan oleh para munafik. Sebagai contoh seseorang yang kadang-kadang ingin berada pada posisi tengah dalam kes pertengkaran di mana dikatakan kepadanya kenapa engkau memegang tangannya dan tidak membiarkan aku menamparnya hingga semua orang memahami bahawa orang ini adalah orang munafik.

Adalah hal yang jelas bahawa perkataan seperti ini adalah bahasa yang sifatnya tidak langsung untuk membahasakan pekerjaan atau kelakuan buruk daripada sesesorang.[31] Imam Ridha (a.s) dalam sebuah tafsir mengatakan bahawa ayat ini ibaratnya sebuah pribahasa terkenal dalam bahasa arab yang mengatakan, “engkau yang mengatakan, tapi jiran tetangga yang mendengar.”[32] Allah (s.w.t) menggunakan bahasa yang sama untuk berbicara kepada Nabi-Nya namun yang di maksudkan adalah umatnya.

Contoh ke-enam adalah ayat yang berbicara bahawa dalam diri seorang nabi juga terdapat keraguan. Contoh surah Yunus ayat 94, al-Baqarah 147, Ali-Imran ayat 60, Hud ayat 17 tentang Nabi Muhammad (s.a.w).

Jawapan: Meskipun secara zahir ayat ini mengatakan, “Kalau Engkau ragu akan al-Quran dan wahyu maka janganlah engkau menjadi orang yang meragu”. Namun demikian, tidak ada ayat yang begitu jelas membahasakan bahawa dalam diri seorang nabi juga terdapat keraguan seperti yang diberitakan dalam surah Yunus ayat 94 yang berbunyi, Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka…” di mana pada ayat ini   kata “kalau di gunakan.

Begitu juga seseorang yang berbicara dengan teman dekatnya yang dia mengatakan kerana aku ingin dia lebih yakin tanpa ada pernyataan akan keyakinan diri dan keraguan, ia mengatakan, “kalau engkau ragu aku akan memberikanmu dalil atau argumentasi”, dan adalah hal yang jelas bahawa perumpamaan ini sebelum adanya keraguan dalam diri seseorang, bahkan menunjukkan bahawa jelas dan kuatnya tema yang ada dan siap untuk memberikan penjelasan akan tema tersebut.

Contoh ketujuh ialah ayat yang berbicara tentang maghfirah dan keampunan terhadap dosa nabi, seperti dalam surah Fath ayat 2. [33]

Jawapan: Meskipun ayat ini menjadi alasan bahawa dosa nabi diampunkan (dosa-dosa nabi yang terdahulu mahupun yang akan datang), akan tetapi yang dimaksudkan dengan dosa di sini adalah:

1.     At-tarkul awla;

2.     Dalam sebuah riwayat dari Imam Ridha (a.s) dalam menjawab pertanyaan dari Makmun yang menanyakan tentang bagaimana kemaksuman seorang nabi berkenaan dengan ayat ini. Dalam jawapan yang diberikan oleh Imam Ridha (a.s), “Tidak ada orang di sisi kaum musyrik Makkah yang memliki dosa yang lebih besar daripada Nabi (s.a.w)! Dikeranakan mereka ini telah menyembah 360 berhala, dan tatkala Nabi menyeru mereka kepada ketauhidan, kebanyakan mereka tidak menerima dan mereka dengan terkejut mengatakan apakah dia (Muhammad (s.a.w) telah menjadikan semua Tuhan kami menjadi satu? Ini adalah satu hal yang aneh! Namun ketika Tuhan memenangkan Nabi (s.a.w) ke atas Makkah, Tuhan berfirman kepada baginda, “Wahai Muhammad, Kami telah memberikan kemenangan yang jelas kepadamu supaya kami maafkan dosa-dosamu yang dulu dan yang akan datang tentang seruan tauhidmu kepada kaum musyrik Arab. Kerana sebahagian kaum musyrik telah beriman dan sebahagian lain telah keluar dari Makkah, dan mereka yang tinggal tidak dapat mengingkari tauhid itu ketika engkau menyeru masyrakat kepada-Nya. Dari sisi inilah kaum musyrikin menisbahkan dosa-dosa itu kepada Nabi dan sama sekali tidak memandang kemenangan ke atas Makkah, mereka ini (kaum musyrik) tetap menganggap baginda sebagai pendosa.”[34]

 

Contoh ke-lapan adalah ayat-ayat yang menyatakan bahawa para nabi itu berbohong dan mengungkap jenis jenis-jenis pembohongan mereka, seperti ayat 62 dan 63 surah An-Biyaa tentang Nabi Ibrahim (a.s).

Jawapan: Meskipun Nabi Ibrahim (a.s) ketika menunjuk pada bintang, rembulan, dan matahari sambil baginda mengatakan, “apakah ini Tuhanku”, kemudian beliau menjelaskan itu dengan bahasa ketuhanan. Namun demikian, dengan memperhatikan ayat sebelum dan setelahnya, akan menjadi jelas bahawa perkataan ini adalah untuk berargumentasi dan bukanlah untuk menyatakan keyakinannya.

Beliau dengan meletakkan masalah yang ada dengan kelompoknya masing-masing ia menyatakan bahawa contoh-contoh seperti rembulan atau matahari adalah pandangan yang sifatnya perumpamaan. Pada saat beliau berargumentasi, semua pandangan yang bersifat perumpamaan tadi itu ia gugurkan. Pada kenyataannya ini adalah salah satu cara untuk menggugurkan pandangan-pandangan kelompok yang menentang beliau, dengan demikian beliau cuba menggugurkan bentuk-bentuk fanatisme yang ada pada kelompok tadi (kaum musrik).

Di ayat selanjutnya beliau mengatakan, “Wahai umat, saya menerima apa yang engkau jadikan sekutu bagi Tuhan”.[35]

 

Contoh kesembilan adalah surah al-Ahzab ayat 37 tentang Nabi Muhammad (s.a.w).

Jawapan: Dengan memperhatikan tambahan akan ungkapan yang diberikan oleh Al-Quran, cuba kita perhatikan sebuah riwayat daripada Imam Ali Zainal Abidin (a.s). Hadis ini di riwayatkan oleh seorang Mufassir terkenal, Qurthubi, ia mengatakan, “Telah diturunkan wahyu kepada Nabi (s.a.w) bahawa isteri Zaid yang bernama Zainab akan ia ceraikan, dan pada akhirnya Nabi akan menikahinya supaya dapat menjaga kasih sayang sesama manusia dengan beberapa hikmah yang lainnya.[36]

Dari sisi inilah, ketika Zaid mengunjungi nabi (s.a.w) ia menyatakan tentang akhlak Zainab yang tidak taat, kerana itu ia ingin menceraikannya. Nabi (s.a.w) memberikan nasihat kepadanya dan bersabda, “Janganlah engkau berkata demikian dan tetaplah bersama dengan isterimu.” Namun pada saat yang sama Rasulullah (s.a.w) yakin bahawa keduanya pada akhirnya akan berpisah, dan sesuai dengan wahyu yang diturunkan kepada Nabi, beliau akan menikah dengan putri makcik nabi tadi.

Dengan alasan inilah, informasi ini tidak lain adalah bahasa wahyu yang disimpan dalam hati seorang Nabi, akan tetapi baginda juga tidak ingin memberikan perintah kepada Zaid untuk menceraikan isterinya, kerana baginda tidak ingin masyarakat mencelanya, bagaimana beliau dapat reda bahawa Zaid yang sebelumnya adalah hambanya, kemudian baginda jadikannya sebagai anak angkatnya setelah itu baginda akan menikahi isteri yang telah di ceraikannya.

Dan dari sisi lain beliau menyetujui perceraian yang dilakukan oleh Zaid, ini adalah sebahagian dari gosip dan berita bohong yang dilemparkan kepada Nabi. [37]

Bagaimana Nabi tidak dibolehkan menikahi Zainab dan menjadikannya sebagai isteri, sedangkan Allah (s.w.t) memerintahkan kepada Nabi untuk tidak takut menikah dengan puteri ibu saudaranya kerana ini adalah hal yang dibolehkan oleh agama (yakni menikahi isteri anak angkat). Kerana Allah (s.w.t) memberitahukan kepada Nabi-Nya bahawa yang layak ditakuti hanyalah Allah Yang Maha Suci.

Noktah lain yang mesti diperhatikan dari perkataan Qurthubi adalah pendapat ini sebagai penafsiran yang paling baik berkenaan dengan ayat-ayat itu dan semua mufassir menerima pendapat yang di kemukakan ini. Kemudian Tirmidzi dalam kitab Nawadirul wushul mengatakan bahawa Imam Ali Zainal Abidin (a.s) berkata bahawa perkataan ini adalah sebahagian dari harta khazanah pengetahuan dan ini adalah mutiara dari permata yang paling mahal.[38]

Falsafah dan hikmah dari ayat dan sabda-sabda ilahi memiliki makna bahawa penggunaan perkataan dosa atau pelanggaran hukum yang ada dalam Al-Quran memiliki makna yang banyak, akan tetapi apa hikmah dari semua ini sehingga Allah (s.w.t) mengulang-ulang hal yang sama kepada para nabi-Nya?

Jawapan soal ini dapat dilihat dalam sebuah hadis, “Datanglah seorang kafir zindik kepada Imam Ali (a.s) dan bertanya, “Mengapa Tuhan memperlihatkan dosa-dosa dan kesalahan para nabinya seperti ayat yang mengatakan, “Dan Adam bermaksiat kepada Tuhannya..? Beliau menjawab, Tuhan menyebutkan dosa dan kesalahan para nabi-Nya dalam kitab-kitab yang diturunkan atas dasar hikmah Tuhan dan kekuatan zahirnya, kerana Dia mengetahui bahawa mukjizat Nabi-Nya begitu mempengaruhi setiap umatnya hingga sebahagian mereka berfikir bahawa Nabi adalah Tuhan sebagaimana sangkaan umat Nabi Isa (a.s) kepada baginda, dari sisi inilah Tuhan menampakkan kesalahan-kesalahan para nabi-Nya hingga semua mengetahui bahawa para nabi tidaklah menerima kesempurnaan ilahiah yang tidak terbatas secara mutlak hingga mereka (orang kafir) tidak pernah berfikir bahawa mereka adalah Tuhan.[39] []



[1]. Tafsir Payam-e Qur’an, jil. 7, hal. 82-83.

7 Surah Al-Baqarah ayat 124, Tafsir Payam-e Quran jilid 7 hal 82-83.

89 Tafsir Ruhul bayan jilid 1 hal 338

10 Surah Hasyr ayat 7.

11 Seperti Thabarsi dalam kitab Majma al-Bayan, Abul Fathu Radhi dalam kitab Ruhul Jinan, Qhurthubi dalam tafsirnya dan fakhrurzi dalam Tafsir al-Kabir.

[3] Tafsir Ruhul-Bayan jilid 10 hal 193.

[4] Tafsir Ruhul bayan jilid 1 hal 338

[5] Surah Hasyr ayat 7.

[6] Seperti Marhum Thabarsi dalam kitam Majma al-Bayan, abul fathu radhi dalam kitab Ruhul jinan, Qhurthubi dalam tafsirnya dan fakhrurzi dalam tafsir al-Kabir.

[7] Surah An-nisa ayat 80

[8] Fakhrurazi dalam Tafsir Kabir,  jil. 10 hal 193

[9] Thaha ;121

[10] Thaha ;115

[11] Hud;47

[12] Anbiyaa ; 62-63

[13] as-Zhafat;89

[14] Silakan lihat terjemahan al-Quran Ayatullah Makarem Syirazi dan Muhammad Mahdi Fuladwan.

[15] Allamah Majlisi, Bihârul Anwâr, jilid 11, hal. 72

[16] Kalau Tark awla diertikan sebagai perbuatan dosa, maka yang dimaksud dengan dosa di sini adalah dosa nisbi dan bukanlah dosa dalam pengertian yang mutlak. Perbuatan yang ditinggal bias jadi dari perbuatan yang mubah, makruh atau bahkan mustahab.

[17] Tafsir Nur Tsaqalain, jilid 3 hal 165 dan

[18] Rahgeb Esfahani, Mufradhat

[19] Tafsir Payome Quran, jilid7 hal 107-108

[20] Tafsir Payome Quran, jilid 7 hal 124

[21] Tafsir Payome quran, jilid 7 hal 125

[22] Sayyid Murthada, Tanzihil Anbiya, hal 69

[23] Ibid.

[24] Ayatullah Mizbah yazdi, Amuzesy Aqaid, hal 256. Sayyid Murthada, Tanzihil Anbiyaa hal 69

[25] Amuzesy Aqaid hal 256

[26] Majma al-Bayan jilid 10 hal hal 506, Nur Tsaqalain jilid 5 jal 596.

[27] Qs. Al-An’am; 69.

[28] Tafsir Payame Quran, jilid 7hal 159

[29] Tafsir Payame Quran, jilid7 hal 115-116

[30] Berkenaan Tark awla perbahasannya sejak awal telah di jelaskan.

[31] Tafsir Payam Quran jilid 7 hal 152

[32] Tafsir Burhan jilid 2 hal 130.

[33]. Tafsir Payome Quran jilid 7 hal 149, Tafsir Nur Tsaqalain jilid 5 hal18 dan 56

[34] Nur Tsaqalain jilid 3 hal 84 dan 434, Kitab Biharul Anwar jilid 11 hal 4 dan 76 bab Izmatul anbiyaa.

[35] Tafsir Payome Quran jilid 7 hal 123

[36] Tafsir payome Quran jilid 7 hal 187.

[37] Zaid , anak angkat Nabi Saw

[38] Tafsir Qhurthubi jilid 8 hal 5272.

[39] Tafsir NurTsaqalain jilid 3 hal 404 dan 143.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits