Carian Terperinci
Pengunjung
7445
Tarikh Kemaskini 2011/11/23
Ringkasan pertanyaan
Apakah perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
soalan
Apa perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
Jawaban Global

Kekuasaan-kekuasaan wali faqih dapat dikaji dalam dua paksi berikut:

  1. Wali faqih memiliki wilāyah atas orang ramai.

  2. Wali faqih memiliki kuasa atas berbagai urusan.

Apabila autoriti wali faqih kita anggap tidak terbatas pada beberapa orang tertentu (seperti orang gila, anak yatim dan sebagainya) dan kekuasanya tidak terhad pada urusan-urusan seperti (pengadilan dan fatwa) maka sebenarnya kita sudah meyakini tentang konsep wilāyatul mutlak faqih. Selain daripada gambaran ini, wilāyah mutlak tidak boleh disabitkan bagi seorang faqih.

Jawaban Detil

Kemenangan revolusi Islam (baca: pemikiran politik Islam) telah menarik perhatian para pemikir dan cendekiawan dalam dan luar negara. Salah satu terminologi penting Fikah yang merupakan noktah penting pemikiran politik Islam ialah masalah wilāyatul faqih. Banyak perbahasan tentang makna, dalil-dalil, keluasan kekuasaan dan sebagainya berkenaan dengan terma teknik fikah ini. Untuk memahami perbezaan antara ‘wilāyatul faqih’ dan ‘wilāyatul mutlak fakih’, kita perlu mengamati beberapa perkara di bawah ini:

A.    Makna wilāyatul: Wilāyah dalam bahasa Arab adalah kata terbitan daripada perkataan “wali” yang bermakna kedekatan dan kekerabatan.[1] Wilāyah yang bukan bermaksud demikian berada dalam dua pengertian: 1. Kekuasaan. 2. Kepemimpinan dan pemerintahan.[2]

B.    Makna wilāyatul faqih: Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa wilāyatul bermakna menjadi wali, pengurus dan pelaksana. Apabila dikatakan bahawa faqih memiliki wilāyah ertinya adalah ialah faqih jāmi’ al-syarā’it (baca: marja’ taklid) memiliki autoriti dan tanggung jawab dari sisi Syari’ Muqaddas (Allah (s.w.t)) untuk menjelaskan peraturan-peraturan Ilahi dan melaksanakan hukum-hukum agama serta mengatur masyarakat Islam di zaman ghaibah.”[3]

Namun sebahagian orang mendakwa bahawa makna wali di sini adalah “ketuanan”, “kekuasaan” dan “pimpinan” yang menjelaskan “wali” (pimpinan) atau “maula ‘alaih” (yang di pimpin). Tetapi yang dimaksud dengan redaksi ini ialah: “Pengelolaan urusan (atas yang dipimpin) dan pengaturan untuk melayani orang yang dipimpinnya (maula ‘alaih).”[4]

C.    Makna mutlaknya wilāyatul faqih:

Dalam fikah disebut bahawa wilāyatul telah ditetapkan bagi sebahagian orang seperti wilāyatul ayah dan datuk (dari pihak ayah) atas anaknya (belum matang), atas orang gila, atau orang yang kurang akalnya.[5] Dalam hal ini, urusan anak (perempuan atau lelaki) berada di bahu ayahnya atau datuknya (dari pihak ayah) di mana ayah atau datuknya mengatur dan mengelola urusan anak-anaknya untuk kemaslahatan mereka.

Demikian juga wilāyah wakil atas orang yang diwakilinya menjadi sah selama orang itu masih hidup. Hal yang lain juga dapat ditetapkan sebagaimana disebutkan dalam kitab-kitab fikah. Dengan demikian, inti wilāyah atas orang lain merupakan hal-hal yang pasti dalam fikah Islam di mana salah satu dari wilāyah tersebut adalah wilāyatul faqih.

Akan tetapi perbincangan yang dikemukakan di sini ialah apakah wilāyatul faqih termasuk dalam perbahasan wilāyah ayah atau datuk (dari pihak ayah) atau jenis wilāyatul yang bermakna pengelolaan dan pengaturan kehidupan masyarakat?

Apa yang pasti (di sini) adalah seluruh faqih sepakat ia tertakluk pada masalah intisari ketetapan wilāyatul faqih dan perbezaan mereka pada keluasan dan daerah kekuasaan wali faqih di mana apabila berbagai kekuasaannya merupakan jenis wilāyatul yang bermakna pengaturan urusan masyarakat maka kita telah sampai pada makna wilāyatul mutlak (seorang faqih).

Wilāyatul mutlak faqih merupakan satu terminologi fikah yang menyoroti bidang aktiviti wilāyah, orang-orang yang berada di bawah naungan wilāyah dan mengingkari berbagai batasan dalam bidang ini. Dengan kata lain, terminologi ini menjelaskan bahawa domain wilāyatul faqih tidak terbatas khusus kepada orang tertentu seperti orang gila, orang tua dan sebagainya, bahkan berkaitan dengan semua orang dan seluruh hukum dan sifatnya pula adalah mutlak. Imam Khomeini (r.a) dalam hal ini berkata, “Apa sahaja yang berkaitan dengan Nabi (s.a.w) dan para Imam Maksum (a.s) dari perspektif wilāyah dan kepemimpinan, maka urusan itu juga dikaitkan dengan faqih. Namun kekuasaan-kekuasaan yang tidak dikaitkan dengan mereka, tidak disabitkan juga untuk Faqih.”[6]

Berkenaan tugas-tugas faqih yang memenuhi syarat (marja’ taklid), Syaikh Anshari berkata: “Tugas-tugas faqih yang memenuhi syarat adalah: 1. Memberikan fatwa. 2. Memerintah (mengadili). 3. Kekuasaan dalam memanfaatkan harta dan jiwa”[7] Ia melanjutkan: “Benar bahawa setiap urusan masyarakat merujuk kepada pemimpinnya sesuai dengan tuntutan ini, para faqih adalah ulil amr, ada benarnya (laa yab’ud) kalau dalam hal ini kita berkata [bahawa masyarakat] merujuk kepada seorang faqih.”[8]

Memang benar sebahagian faqih tidak menerima kuasa faqih yang luas seperti ini dan mereka memandang bahawa kekuasaan faqih hanya dapat ditetapkan pada dua pos iaitu memberikan fatwa dan mengadili.[9]

Dengan penjelasan ini maka jelaslah bahawa mutlaknya wilāyatul faqih merupakan sebuah terminologi teknikal fikah yang berada pada peringkat menjelaskan luasnya aktiviti dan tugas wali faqih dan tidak terbatas (muqayyad) orang-orang gila dan anak-anak yatim.

Catatan:

Malangnya sesetengah orang mengambil kesimpulan secara tidak sesuai dengan definisi ‘wilāyatul mutlak faqih’ dan menganggap bahawa ‘wilāyatul mutlak faqih’ ini sinonim dengan “pemerintahan mutlak”[10] atau “kebebasan mutlak faqih.”[11]

Akan tetapi dengan penjelasan sebelumnya menjadi terang bahawa pertama, yang dimaksudkan dengan wilāyatul mutlak dan mutlaknya wilāyatul adalah “Faqih harus menjelaskan seluruh hukum Islam (bukan sebahagian). Kedua, tatkala dua hukum saling berselisihan (tazahum), faqih yang cukup syarat-syaratnya, harus menjalankan hukum yang lebih penting (aham).”[12] Ini sekali-kali tidak bermakna bahawa wali faqih dapat mengeluarkan hukum dan fatwa-fatwa yang bertentangan dengan perkara ini tanpa memandang kemaslahatan dan hukum-hukum Islam.[13] []



[1]. Abdul Qadir Razi, Mukhtar al-Shihah, (Shihah Jauhari), klausa wali, hal. 631, Intisyarat-e al-Risala.h

[2]. Ibid; Mu’jam al-Wasith, hal. 1058, Intisyarat Dar al-Da’wah.

[3]. Abdullah Jawadi Amuli, Wilâyat Faqih, hal. 463, Instiyarat Isra.

[4]. Mahdi Hadawi Tehrani, Wilâyat wa Diyânat, hal. 65, Intisyarat Khane Kherad.

[5]. Muhammad Hasan Najafi, Jawâhir al-Kalâm, jil. 22, hal. 322, CD Jami’ Fiqh Ahlubait (a.s).

[6]. Imam al-Khomeini, Kitâb al-Ba’i, jil. 2, hal. 664.

[7]. Ibid, hal. 654.

[8]. Syaikh Murtadha Ansari, al-Makâsib al-Muharramah, jil. 3, hal. 545.

[9]. Ibid.

[10]. Sayid Abul Qasim Khui, Tanqih Fii Syarh al-‘Urwat al-Wutsqa, jil. 1, hal. 418, CD Jame’ Fiqh Ahlubait (a.s).

[11]. Wilâyat wa Diyânat, hal. 125

[12]. Wilâyat Faqih, hal. 463, Intisyarat Isra.

[13]. Untuk keterangan lebih lanjut: Sila rujuk, Pertanyaan 20 (Site: 220) dan Pertanyaan 32 (Site: 265)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah telaga kautsar itu?
    16781 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Apakah perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
    7443 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Kekuasaan-kekuasaan wali faqih dapat dikaji dalam dua paksi berikut:Wali faqih memiliki wilāyah atas orang ramai.Wali faqih memiliki kuasa atas berbagai urusan.Apabila autoriti wali faqih kita anggap tidak terbatas pada beberapa orang tertentu (seperti orang gila, anak yatim dan sebagainya) dan kekuasanya tidak terhad pada ...
  • Kenapa Iblis (syaitan) diciptakan daripada api?
    14233 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
    17309 Ulum Al-Quran 2011/04/19
    Mukjizat dari satu sisi bermakna suatu hal yang luar biasa, di sertai dengan cabaran dan dari sisi lain, mukjizat yang dipraktikalkan itu selaras dengan dakwaan yang dilontarkan oleh pemilik mukjizat. Keluarbiasaan ertinya ialah, terjadinya suatu perkara yang berbeza dengan aturan-aturan semulajadi.
  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    8372 Teologi Baru 2011/09/22
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...
  • Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
    10930 Teologi Klasik 2011/09/22
    Di dalam ilmu kalam,keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    20216 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    13102 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Kitab-kitab all-inklusif hadis Syiah yang utama?
    11431 Ilmu Dirayah 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Dengan memperhatikan bahawa Tuhan adalah Mahatahu secara mutlak, lantas apakah motif ujian-ujian Tuhan bagi manusia?
    7773 Teologi Klasik 2011/04/19
    Sebagaimana menurut pertanyaan yang diajukan, pelbagai ujian Ilahi bukanlah bermaksud untuk menyingkap apa-apa yang tidak diketahui lantaran Tuhan Mahatahu atas segala sesuatu. Namun ketika kita merujuk kepada ayat dan riwayat, maka kita akan menemui bahawa pelbagai ujian ini merupakan sebuah tradisi (sunnah) dan kanun Ilahi yang berpijak ...

Populer Hits