Carian Terperinci
Pengunjung
9118
Tarikh Kemaskini 2011/06/21
Ringkasan pertanyaan
Oleh kerana Imam Keduabelas Syiah ghaib, maka seluruh konsepsi imamah diragukan?
soalan
Oleh kerana Imam Keduabelas Syiah ghaib, maka seluruh konsepsi imamah diragukan?
Jawaban Global

Berkenaan pertanyaan yang dikemukakan secara global tanpa menyebutkan contoh-contoh tentang  kontradiksi masalah ghaibah dan konsepsi imamah, oleh itu di sini kita harus mengulas tugas-tugas imam, kemudian sesuai atau tidak sesuainya dengan masalah ghaibah menjadi objek analisa kita.

Imamah – selaku penerus kenabian dan yang membezakannya dengan kenabian hanyalah masalah wahyu – adalah kedudukan yang memikul seluruh tugas-tugas kenabian yang paling penting di antara tugas-tugas tersebut adalah sebagai berikut:

1.     Bertugas untuk menegakkan pemerintahan Ilahi dan membebaskan manusia dari dominasi penguasa zalim. Oleh kerana kebangkitan dan pemerintahan merupakan sebuah proses sosial, kepimpinan seseorang juga adalah yang diterima oleh seluruh lapisan masyarakat, maka seorang pemimpin itu tidak boleh diminta menegakkan pemerintahan dalam semua keadaan dan situasi. Dengan ini, kita saksikan bahawa Rasulullah (s.a.w) di zaman sebelum hijrah, beliau sekali-kali tidak melaksanakan tugas ini dan hal ini tidak mencederai kenabiannya sama sekali. Bahkan ia menunjukkan sistematiknya masyarakat di waktu itu. Zaman keghaiban Imam Keduabelas juga adalah seperti awal-awal kemunculan Islam iaitu zaman yang penuh dengan tipudaya, pekelahian dan fitnah berada dimana-mana. Dengan demikian, tuntutan kebangkitan kepada Imam ke-duabelas sebelum menyediakan persiapan-persiapan penting sosial kemasyarakatan adalah tuntutan yang tidak kena pada tempatnya. Dari sisi lain, kita saksikan bahawa tipologi terpenting beliau adalah bangkit dan mengangkat perlawanan untuk menegakkan dan menyebarkan keadilan sebagaimana disebutkan dalam riwayat. Kerana itu, keghaiban Imam Mahdi (a.j.f) tidak bercanggah dengan tugas pertamanya, tanda-tanda merebaknya eskapisme dari agama dan lemahnya masyarakat dalam menerima pemerintahan Islam.

2.     Menjelaskan maʽārif Ilahiah dan membimbing masyarakat. Kedua tugas penting ini merupakan tugas ke-dua imam yang kadangkala ditunaikan secara langsung dan kadang-kadang secara tidak langsung. Sebagaimana Nabi (s.a.w), dengan pelbagai kesulitan dan bahkan tiadanya penerimaan masyarakat terhadap beliau, beliau mendidik orang-orang bertakwa dan tahu terhadap urusan Islam untuk menjelaskan maʽārif  Ilahi dan membibing masyarakat. Hal ini juga yang dilakukan oleh Imam Zaman (a.j.f) dengan menetapkan para duta khusus pada masa ghaibah sughra (keghaiban kecil) dan para duta umum pada masa ghaibah kubra (keghaiban besar). Demikianlah di antaranya tugas-tugas seorang imam yang tidak bertentangan dengan konsep imamah. Adapun faedah dan berkat yang diberikan Imam, lebih besar dan tinggi dari tugas beliau dan tidak terbatas pada hadirnya imam atau ghaibnya. Para imam adalah jiwa semesta dan pusat berputarnya langit dan bumi. Sebagaimana Ahlulbait Rasulullah (s.a.w) berulang kali berkata sekiranya tiada imam di muka bumi maka akan binasalah bumi beserta seluruh isinya.

Imam adalah penghubung antara langit dan bumi dan perantara turunnya seluruh berkat Ilahi. Doanya mustajab dan munajatnya penuh kebaikan dan keberkatan. Masalah ini banyak disebutkan dalam ziarah-ziarah para imam suci. Para hamba Tuhan bersumpah bahawa mereka mempunyai musuh yang terutama iaitu Iblis, maka Imam (a.j.f) banyak menolong mereka dari tergelincir dalam kebanyakan kubangan yang dipasang oleh Iblis dan membimbing mereka. Hal ini merupakan sebahagian daripada manfaat dan keberkatan imam ghaib yang secara global disebutkan dalam riwayat makruf Nabi (s.a.w) sebagai mentari di balik awan dan manusia tanpa melihat beliau sebagai imam, sentiasa mendapatkan manfaat dan berkat daripadanya.

Jawaban Detil

Pertanyaan yang diajukan oleh yang bertanya masih bersifat global dan kabur. Yang bertanya tidak menyebutkan secara khusus bahawa bahagian mana keghaiban Imam Mahdi (a.j.f) bertentangan dengan konsep imamah? Oleh itu, di sini kiranya perlu kita mengkaji terlebih dahulu tugas-tugas imam barulah kita melangkah pada pembahasan berikutnya berkenaan keselarasan atau tidak-keselarasan antara keghaiban imam dan konsep imamah.

Imamah adalah yang meneruskan perjalanan kenabian.[1] Seorang  imam memiliki seluruh karakteristik dan tipologi yang dimiliki oleh seorang nabi, kecuali berkenaan masalah wahyu dan penetapan pewahyuan. Kerana itu, imam juga seperti nabi memikul tiga tugas[2] asas sebagai berikut:

1.     Bertugas untuk menegakkan pemerintahan dan membebaskan manusia dari dominasi para penguasa kejam.

2.     Menjelaskan maʽārif  Ilahiah dan menyampaikan maʽārif  tersebut kepada manusia

3.     Memandu dan membimbing manusia ke jalan yang lurus.

 

jikalau keadaan masyarakat yang tidak sesuai atau lemahnya umat Islam yang menyebabkan imam tidak dapat melaksanakan sebahagian tanggung jawab kedua-dua pihak yang berkaitan dengan kesudahan umat Islam, maka ia bukanlah pengabaian dan kekurangan di pihak imam. Ianya juga juga jelas bahawa urusan ini tidak bertentangan dengan falsafah keimamahan.

Masalah-masalah seperti kebangkitan dan pemerintahan merupakan sebuah masalah sosial yang memerlukan keadaan dan persiapan-persiapan yang sesuai. Apabila kita berkata bahawa tugas seorang pemimpin untuk bangkit dan memerintah dalam apa jua keadaannya, bahkan sekiranya tidak membawa kemaslahatan bagi kaum Muslimin, maka kita telah berkata bukan pada tempatnya. Kerana kita tahu sendiri bahawa Nabi (s.a.w) sebelum hijrah dan selama beliau di Makkah, bahkan untuk mengerjakan amalan-amalan zahir Islam perlu menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat ketika itu. Apatah lagi untuk bangkit atau mendirikan pemerintahan! Perkara ini bukan disebabkan Rasulullah lemah atau tidak memperhatikan masalah ini, namun ia terjadi kerana pelbagai keadaan sosial yang tidak sesuai untuk menerima pemerintahan Islam.

Masalah ini tidak terbatas di zaman Nabi (s.a.w) sahaja. Kita saksikan adanya kelalaian umat, eskapisme dari agama, yang terjadi di zaman imam-imam lainnya selain imam pertama – hal itu pada akhir usianya – berhujung dengan tiadanya kesepakatan di antara mereka dalam mendirikan pemerintahan Islam dan hal ini sama sekali tidak mencederai konsep dan falsafah imamah.

Di zaman ghaibah kubra juga dijelaskan dalam bentuk yang berbeza, tidak bertentangan dengan tugas-tugas imam ini. Pada dasarnya, tatkala ada peluang untuk menunaikan perintah-perintah Ilahi dalam format pemerintahan Islam, maka hari itu adalah hari selesainya waktu ghaibah. Mungkin dapat dikatakan bahawa gambaran terbesar tentang Imam Keduabelas[3] adalah pemerintahannya yang menyeluruh dan menegaskan keadilan Ilahi. Kerana itu, ghaibahnya imam tidak bertentangan dengan falsafah dan konsep imamah, dari sisi pendirian pemerintahan Islam.

 

Dimensi kedua tugas Imam

Oleh kerana di zaman awal kemunculan Islam tidak memberi kemungkinan untuk Nabi (s.a.w) agar dapat pergi ke mana-mana secara langsung dan berjumpa dengan seluruh kabilah dan lapisan masyarakat, beliau menggembleng[4] orang-orang yang tahu dengan urusan agama dan penghafal al-Qur'an untuk memberikan penyuluhan hal ehwal maʽārif  agama di pelbagai kawasan.

Imam Keduabelas (a.j.f) juga pada masa ghaibah sughrah menerapkan metodologi ini. Dengan menetapkan para duta khusus, beliau menutupi keperluan masyarakat terhadap ilmu dan menyediakan sandaran agama (ulama dan marja) bagi masyarakat.

Metodologi ini masih berterusan setelah zaman ghaiba sughra, namun cara dan kualitinya berbeza; ertinya Imam Zaman (a.j.f) menetapkan secara umum para duta yang memiliki syarat-syarat sebagai duta dan meminta masyarakat untuk merujuk kepada mereka tatkala menghadapi pelbagai peristiwa dan kejadian baru di zamannya.[5]

Hal ini tidak berhujung pada masalah ini; kerana boleh jadi terjadi sebuah peristiwa yang mana para duta ini tidak berjaya menyelesaikannya dan tidak mampu menjawabnya. Dalam hal ini, Imam Zaman menunjukkan jalan kepada masyarakat dengan meminta mereka merujuk kepada orang-orang yang layak dirujuk pada masanya atau melalui jalan-jalan lain. Dalam hal ini cukuplah bagi kita melihat sepintas lalu pada konsep ijma[6] yang dibahas dalam ilmu fikah atau pada kitab-kitab orang yang sempat bersua dengan Imam Zaman.

Jawapan tentang tidak selarinya konsep imamah dan konsep ghaibah pada sisi ketiga juga adalah seperti perkara sebelumnya. Oleh kerana itu, kami tidak berpendapat bahawa ia perlu diulangi lagi di sini atau membahasnya lebih terperinci.

Setelah melalui dari pelbagai permasalahan yang diungkap di atas, perlulah disebutkan di sini dua noktah penting berikut:

A.    Keghaiban Imam bukanlah perkara ghaibah jasmani dan fizikal; kerana kita ketahui bahawa beliau juga seperti anggota masyarakat yang lain, menjalani kehidupan yang wajar kecuali, dengan izin Tuhan menjadikan usianya yang panjang. Hal ini juga tidak bertentangan dengan kaedah rasional dan biologi. Oleh itu apabila kita mengatakan keghaiban Imam ke-dua belas, maka ia bermaksud gelaran keghaiban beliau. Iaitu beliau tidak akan memperkenalkan lagi dirinya sebagai imam dan pemimpin Syiah sedunia secara umum..

B.    Perkara-perkara yang dikemukakan falsafah keimamahan ialah terkandung dalam dua kewajiban. Namun sebahagian masalah-masalah yang kita saksikannya daripada Imam sebagai bukan kewajiban. Bahkan ini adalah Rahmaniyah dan kemurahan tuhan yang turun kepada kita kerana mereka. Contoh hal-hal tersebut:

1.     Jiwa semesta: Sesuai dengan pelbagai ucapan Ahlulbait (a.s), Imam adalah jiwa semesta,[7] teraju wujud dan tiadanya semesta, sehinggakan riwayat-riwayat menyebutkan hal ehwal imam: “Apabila bumi tanpa imam, maka bumi dan segala isinya akan binasa.”[8]

2.     Imam adalah perantara emanasi Ilahi dan perantara turunnya segala keberkatan langit kepada manusia. Oleh itu, dalam berbagai riwayat dan ziarah para Imam Maksum disebutkan: “Langit mencurahkan hujan keranamu dan bumi menumbuhkan pepohon keranamu dan pepohon mengeluarkan buah keranamu.”[9]

3.     Memberikan pengaruh pada jiwa-jiwa[10] dan mencegah kesesatan dan penyimpangan para hamba di hadapan syaitan. Hal ini dapat kita saksikan dengan jelas pada bulan-bulan atau hari-hari suci seperti Muharram dan sebagainya.

 

Semua yang telah dinyatakan di atas adalah ringkasan pilihan dari pelbagai manfaat Imam Ghaib yang sesuai dengan sabda Rasulullah (s.a.w), manusia mendapatkan manfaat dari penciptaannya sebagaimana mereka mendapatkan manfaat mentari di balik awan,[11] Akan tetapi sabda suci Rasulullah (s.a.w) memiliki banyak noktah ilmiah yang terkandung di dalamnya di mana untuk keterangan lebih jauh Anda dapat merujuk[12] kepada kitab-kitab yang mengulas masalah ini.[13] []

 

Referensi dan daftar pustaka:

1.     Âmuzesy-e ‘Aqâid, Muhammad Taqi Misbah Yazdi.

2.     Syiah dar Islâm, Sayid Muhammad Husain Thabathabai.

3.     Dalâil al-Imâmah, Muhammad bin Jarir Thabari.

4.     Farâzha-ye az Târikh-e Payâmbar-e Islâm, Ja’far Subhani.

5.     Wasâil al-Syiah, Syaikh Hurr al-Amuli.

6.     Ushul al-Fiqh, Muhammad Ridha Muzhaffar.

7.     Sire-ye Pisywâyân, Mahdi Pisywai.

8.     Ushul al-Kâfi, Kulaini.

9.     Kamâl al-Ziyârat, Ibnu Quluwai Qummi.

10.  Bidâyat al-Ma’ârif al-Ilahiya, Sayid Hasan Kharrazi.

11.  Bihâr al-Anwâr, Muhammad Baqir Majlisi.

12.  Imâm Mahdi az Wilâdat ta Zhuhur, Sayid Muhammad Kazhim Kazwini.



[1]. Âmuzesy-e ‘Aqâid, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, hal. 306.  Anda juga dapat melihat terjemahan Indonesia, Iman Semesta, terbitan Al-Huda Jakarta.

[2]. Syiah dar Islâm, Muhammad Husain Thabathabai, hal. 176.  

[3]. Dalâil al-Imâmah, Muhammad bin Jarir, al-Thabari, hal. 240.

[4]. Farâzhâ-ye az Târikh Payâmbar-e Islâm, Ja’far Subhani, hal. 307.  

[5]. Wasâil al-Syiah, Syaikh Hurr al-Amuli, jil. 18, hal. 101.  

[6]. Ushul Fiqih, Muhammad Ridha Muzhaffar, hal. 358.  

[7]. Sire-ye Pisywâyân, Mahdi Pisywai, hal. 719.

[8]. Ushul al-Kâfi, Kulaini, jil. 1, hal. 179  

[9]. Kâmil al-Ziyârat, Ibnu Quluwai Qummi, ziarah kedua.  

[10]. Bidâyat al-Ma’ârif al-Ilahiyyah, jil. 2, hal. 153.  

[11]. Bihâr al-Anwâr, Muhammad Baqir Majlisi, jil. 52, hal. 93.  

[12]. Imâm Mahdi az Wilâdat ta Zhuhur, Sayid Muhammad Kazhim Qazwini, penerjemah: Karam, Ali, Husaini, Sayid Muhammad.  

[13]. Untuk rujukan lebih lanjut, silakan anda merujuk ke beberapa indeks: Imam Mahdi dalam pandangan Syiah, pertanyaan 168; Pelbagai Manfaat Keberadaan Imam Zaman pada zaman Ghaibah, pertanyaan 654; Falsafah Usia Panjang Imam, pertanyaan 221.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Allah (s.w.t) mencipta dan manusia juga melakukan perbuatan tersebut! Apa bezanya antara kedua-dua ciptaan ini?
    12214 خلقت انسان 2014/10/15
    Pertama: Bahan mentah ciptaan hanya dicipta oleh Allah (s.w.t) dan sekiranya manusia mencipta sesuatu, ia akan menggunakan bahan-bahan ini. Kedua: Penciptaan ini dan inovasi manusia juga hanya diterima sebagai tuhan dalam bentuk metafora sahaja; iaitu tanpa izin dan bantuan Allah, tidak ada sesiapapun yang memiliki kudrat dan ...
  • Apakah syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat atau jin?
    31203 Tafsir 2011/04/19
    Berkenaan syaitan samada ia berasal dari golongan malaikat atau jin, terdapat berbagai pendapat.Sumber perbezaan pendapat ini, berhubung peristiwa penciptaan Nabi Adam As dimana para malaikat sujud kepada Adam As atas perintah Tuhan namun syaitan tidak melakukan hal yang sama.Sebahagian berkata ...
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.j.f)? dan petanda yang mana satu yang dapat dipercayai?
    7996 Teologi Klasik 2012/05/17
    Pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dengan "kemunculan" dan tanda-tandanya sangatlah dapat diterima, namun perlu diingat bahawa hal ini tidak boleh menyebabkan kita terjebak ke dalam liku-liku dan kerumitannya sehingga menyebabkan kelalaian tentang matlamatnya (iaitu persiapan untuk kezuhuran). Sebenarnya tanda-tanda kemunculan dapat dibahagikan dalam berbagai bahagian iaitu di ...
  • Ilmu, kudrat, keadilan, kehidupan Tuhan, apakah bezanya sifat-sifat ini pada manusia?
    13332 پروردگار. نامها و ویژگی ها 2015/05/30
    Allah (s.w.t) disifatkan dengan sifat yang menampakkan kesempurnaan-Nya, seperti ilmu, kudrat, hidup dan lain-lain, manakala insan pun disifatkan dengan sifat-sifat ini. Insan juga berpengetahuan, berkemampuan dan hidup. Namun penyifatan sifat-sifat ini terhadap Allah (s.w.t) dengan sifat-sifat lain adalah berbeza dari dua dimensi: 1. Sifat ini (ilmu, kudrat ...
  • Mengapa Imam Husain As tidak bangkit di zaman Muawiyah?
    8911 Sirah Para Maksumin a.s 2011/04/19
    Dalam menjelaskan alasan tiada kebangkitan dari sisi Imam Husain As di zaman Muawiyah dapat dijawab dengan beberapa perkara di bawah ini:1.     Penghormatan Imam Husain As terhadap perjanjian yang disepakati oleh saudara dan imam zamannya, iaitu Imam Hasan ...
  • Bagaimana dapat dibuktikan bahawa penutupan agama adalah sempurna?
    8381 Teologi Klasik 2011/07/18
    Pertamanya kita harus ketahui makna kalimah “کامل” adalah sempurna dan lawannya ialah “cacat.” Secara umumnya ketika kita mendakwa Islam sebagai agama sempurna maka ianya tidak ada cacat cela. Dengan ungkapan yang lebih baik ialah apa sahaja yang menjadi kelaziman untuk mencapai sebuah kehidupan bahagia duniawi dan ukhrawi. Kerana ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14267 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapa teks surah al-Fatihah dinyatakan sedemikian rupa sehingga hamba bercakap-cakap dengan Tuhannya dan bukan sebaliknya?
    11146 Tafsir 2015/06/09
    Sebagian surah dan ayat al-Quran memiliki sisi edukatif dan pengajaran; artinya diturunkan untuk mengajarkan cara bagaimana mengunkapkan pujian dan munajat kepada Allah Swt. Paragraf-paragraf al-Quran ini terkadang dimulai dengan ungkapan seperti “Qul” (Katakanlah) yang menegaskan sisi edukatif ungkapan tersebut; seperti surah-surah Tauhid dan al-Muaddzatain[1] ...
  • Sampai di manakah had kemampuan dan kekuasaan syaitan dan jin, serta sejauh manakah mereka dapat mengganggu dan menggoda manusia?
    17853 Teologi Klasik 2011/05/09
    Redaksi syaitan dan jin dalam beberapa kali disebutkan dalam al-Qur’an, bahkan terdapat satu surah dengan nama Jin telah diturunkan. Syaitan adalah nama umum yang dinisbahkan kepada siapa saja yang telah tergelincir dari jalan yang benar, baik itu manusia atau selain dari kalangan manusia. ...
  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    8333 Teologi Baru 2011/09/22
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...

Populer Hits