Please Wait
Pengunjung
13734
13734
Tarikh Kemaskini
2013/05/25
Ringkasan pertanyaan
Tolong jelaskan ayat-ayat Al-Qur’an yang menentukan imāmah Imam Ali (a.s)?
soalan
Dengan bersandar pada ayat-ayat Al-Qur’an apakah kita dapat menentukan imāmah Imam Ali (a.s)? Saya ingin menunjukkan dalil-dalil ini kepada saudara-saudara yang bermazhab Ahlusunnah. Tolong jelaskan juga metodologi apa yang harus saya gunakan dalam ketetapan dalil-dalil ini?
Jawaban Global
Sebaik-baik jalan untuk menetapkan imāmah Imam Ali (a.s) bagi Ahlusunnah adalah bersandar kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan ayat-ayat tersebut yang dinukil dari kitab-kitab mereka. Sudah tentu orang itu harus merupakan seorang pencari kebenaran sehingga tidak bersandar pada penjelasan-penjelasan yang keliru, non-rasional serta tidak menutup matanya terhadap kebenaran.
Di dalam Al-Qur’an terdapat banyak ayat bersangkut paut dengan hadis-hadis nukilan daripada Nabi (s.a.w), yang turun mengenai Imam Ali (a.s) seterusnya ianya menentukan imāmah Imam Ali (a.s).
Berikut ini adalah beberapa ayat yang diturunkan untuk Imam Ali (a.s):

- Ayat Tabligh: "Yā ayyuharrasūl balligh mā ̓unzila ilaika min rabbik…" (Qs. Al-Maidah [5]:67). Ayat ini, sesuai dengan hadis-hadis menurut standard Ahlusunnah yang mana ia telah diturunkan dalam peristiwa al-Ghadir. Pada hari bersejarah ini Nabi (s.a.w) menyempurnakan risalahnya dengan mengumumkan wilāyah dan kekhalifahan Imam Ali bin Abi Thalib (a.s).
- Ayat Wilāyah: "Innamā waliyyukumuLlah wa rasuluhu walladzina āmanu alladzīna yuqimūna al-Ṣalāt.." (Qs. Al-Mā̓idah [5]:54). Ayat ini menentukan kewilāyahan Ali bin Abi Thalib (a.s)[i] berada di samping wilāyah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w).
- Ayat Ulul ̓Amri: Yā ayyyuhalladzīna Āmanū AṭiʽuLlāha wa Aṭiʽurrasula wa ʼUlul Amri minkum." (Qs. Al-Nisa [5]:59) di mana ketaatan kepada Ulul Amri merupakan wajib mutlak. Dari kewajiban ini dapat difahami bahawa imam harus maksum. Kerana itu selain Imam Ali, mereka yang tidak maksum tidak dapat menjadi imam. Di samping itu terdapat banyak riwayat berkenaan dengan ayat ini dalam kitab-kitab Ahlusunnah yang memperkenalkan Imam Ali (a.s) sebagai imam dan khalifah Rasulullah (s.a.w).
- Ayat Ṣadiqīn: "Yā Ayyuhalladhīna āmanū ʼittaquLlāha wa Kūnū maʽa al-Ṣādiqīn.." (Qs. Al-Taubah [9]:119). Ayat ini menjelaskan bahawa: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kalian bersama orang yang benar. Dalam sebahagian hadis dijelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ṣādiqīn pada ayat ini adalah Imam Ali (a.s) dan Ahlulbait Nabi (s.a.w).
[i]. Sesuai dengan hadis muktabar, orang yang memberikan cincinnya kepada seorang peminta sedekah ialah Ali bin Abi Thalib (a.s).
Jawaban Detil
Berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang dijelaskan dalam kitab-kitab Ahlusunnah adalah sebaik-baik jalan untuk menentukan imāmah Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) bagi saudara-saudara yang bermazhab Ahlusunnah. Dalam hal ini, anda harus melihat apa yang menjadi petunjuk dan kandungan ayat. Untuk memahami apa yang menjadi petunjuk dan kandungan ayat, anda harus memperhatikan petunjuk-petunjuk lafaz (ucapan) dan ḥāliyyah (situasi), hadis-hadis berkenaan dengan penurunan ayat yang dimaksudkan, dan yang menjelaskan tafsir serta hakikat ayat-ayat tersebut. Kesemua hal ini memiliki peranan penting dalam usaha anda untuk memahami ayat-ayat tersebut dan menentukan imāmah Imam Ali (a.s).
Di dalam Al-Qur’an, terdapat banyak ayat yang menjelaskan dan menentukan imāmah Imam Ali (a.s) dan para imam yang lain. Sudah tentu petunjuk ayat-ayat ini[1] diperolehi dengan cara mengamati hadis-hadis mutawatir yang dinukil daripada Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan sebab-sebab pengwahyuan dan penurunan ayat-ayat tersebut. Hadis-hadis tersebut adalah hadis-hadis yang diterima oleh Sunni dan Syi’ah. Sebagai contoh, akan kami kemukakan di sini beberapa dari hadis tersebut.[2]

- Ayat Tabligh: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir." (Qs. Al-Maidah [5]:67)[3]
Allah (s.w.t) memerintahkan dengan tegas kepada Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan risalahnya kepada masyarakat. Menurut hadis, setelah turunnya ayat ini Nabi (s.a.w) memilih Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) sebagai penggantinya (khalifah) di sebuah tempat yang bernama Ghadir Khum.[4]
Peristiwa Ghadir Khum dalam risalah akhir di penghujung usia Nabi (s.a.w) terjadi pada hajjatul wida' di mana Nabi (s.a.w) bersabda "Man kuntu mawlāh fahadha ʽAli Mawlāhu." (Barang siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya). Di tempat itu juga, Rasulullah (s.a.w) menjelaskan secara tegas keimāmahan Ali bin Abi Thalib dan menyampaikan risalahnya kepada manusia.
Peristiwa ini dinukilkan oleh sejumlah besar (110 orang) sahabat[5] Rasulullah (s.a.w), begitu juga 84 orang thabiʽin, dan 36 orang dari para ulama dan penyusun kitab. ‘Allamah Amini mengemukakan semua nukilan ini berupa bukti-bukti dan dalil-dalil kuat dari sumber-sumber Islam (Ahlusunnah dan Syi’ah) dalam kitabnya al-Ghadir.

- Ayat Wilāyah: "Sesungguhnya pemimpinmu hanyalah Allah, rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan rukuk." (Qs. Al-Maidah [5]:55)
Kebanyakan mufassirin (ahli tafsir) dan muhaddith (ahli hadis) berkata ayat ini telah diturunkan untuk Imam Ali bin Abi Thalib (a.s).
Sayuṭi, salah seorang ulama terkemuka Ahlusunnah dalam kitab tafsirnya "al-Durr al-Mantsur" dalam perbahasan ayat ini menukil daripada Ibnu Abbas bahawa "Tatkala Ali bin Abi Thalib dalam keadaan ruku' datanglah seorang pengemis dan Ali bin Abi Thalib (a.s) menyerahkan cincinnya kepada orang tersebut sebagai sedekah. Rasulullah (s.a.w) bertanya kepada peminta sedekah itu, "Siapakah gerangan yang telah menyedekahkan cincinnya kepadamu? Si pengemis itu menunjuk kepada Imam Ali (a.s) dan berkata: Orang itulah yang telah memberikanku sedekah ketika ia dalam keadaan ruku." Kemudian pada saat itulah ayat ini turun.[6]
Demikian juga dua orang ulama Ahlusunnah lainnya "Wahidi"[7] dan "Zamakhshari"[8] menukil riwayat ini dalam kitab mereka dan menegaskan bahawa ayat "Innamā waliyyukumuLlah…" diturunkan berkenaan dengan Imam Ali (a.s).
Fakhrurrazi dalam kitab Tafsir al-Kabir-nya menukil dari Abdullah bin Salam bahawa tatkala ayat ini turun, aku berkata kepada Rasulullah (s.a.w) bahawa aku melihat sendiri dengan mata kepalaku Ali (a.s) menyerahkan cincinnya ketika beliau sedang rukuk kepada seorang yang memerlukan. Atas alasan inilah kami menerima wilāyah (imāmah)nya! Fakhrurazi juga menukil riwayat lain seperti dengan riwayat ini yang dinukil dari Abu Dhar berkenaan dengan asbāb al-nuzūl (sebab-sebab diturunkan) ayat ini.[9]
Thabari juga dalam kitab Tafsir-nya mengemukakan banyak riwayat berkaitan dengan ayat ini dan menukil asbāb al-nuzul ayat ini di mana kebanyakan dari riwayat tersebut menegaskan bahawa: Ayat ini turun berkenaan dengan Imam Ali (a.s).[10]
‘Allamah Amini (r.a) dalam kitabnya al-Ghadir, menukilkan hadis tentang penurunan ayat kepada Imam Ali (a.s) ini dari (lebih kurang) 20 kitab standard Ahlusunnah dengan menyebutkan bukti-bukti dan sumber-sumbernya.[11]
Pada ayat ini wilāyah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib sejajar dengan wilāyah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w).

- Ayat Ulul Amri: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-(Nya) dan Ulul amri (para washi Rasulullah) di antara kamu." (Qs. Al-Nisa [4]:59)
Para ulama[12] menyebut bahawa ayat Ulul Amri diturunkan berkenaan dengan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s).
Misalnya "Hakim Haskani" Hanafi Naisaburi (ulama tafsir Ahlusunnah) menukil lima hadis berkenaan dengan ayat ini di mana semuanya berjudul "Ulul Amri" adalah tepat dan sesuai dengan peribadi Ali bin Abi Thalib (a.s).[13]
Dalam tafsir "al-Bahr al-Muhith" karya Abu Hayyan Andalusi Maghribi di antara ucapan-ucapan ihwal Ulul Amri yang dinukilkan daripada Maqatil, Maimun, Kalbi (tiga penafsir) telah menyatakan bahawa yang dimaksud dengan Ulul Amri itu adalah para Imam Ahlul Bait (a.s).[14]
Salah seorang ulama Ahlusunnah Abu Bakar bin Mukmin Syirazi dalam risalah "I'tiqād" menukil dari Ibnu Abbas bahawa ayat tersebut diturunkan berkenaan dengan Imam Ali (a.s).[15]
Dari perspektif lain, ayat ini mempunyai struktur dan model tunggal dan tidak mengulangi redaksi "athiʽū" (taatlah kalian), yang menegaskan ketaatan kepada Allah, Rasulullah dan Ulul Amri. Kerana itu Ulul Amri adalah orang yang maksum (kalau tidak demikian, maka ketaatan tidak ada maknanya ketaatan mutlak kepada Allah, Rasul dan Ulul Amri). Selaras dengan apa yang disampaikan dalam hadis, Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w) adalah maksum, manakala orang-orang maksum hanya terhad pada para Imam Syi’ah.
Apa yang dijelaskan di atas hanyalah sebahagian hadis dari kitab-kitab Ahlusunnah sedangkan masih banyak lagi hadis-hadis yang diterima oleh mereka terdapat dalam kitab-kitab Syi’ah. Di sini kami hanya mengetengahkan tiga ayat yang merupakan ayat-ayat yang telah diturunkan berkenaan dengan wilāyah dan imāmah Ali bin Abi Thalib (a.s). Ayat-ayat ini dan ayat-ayat lain yang patut dijadikan fokus terdapat dalam kitab-kitab Ahlusunnah di mana untuk telaah lebih jauh sila rujuk kepada kitab-kitab standard dan muktabar Ahlusunnah.
Selain tiga ayat yang dijelaskan secara ringkas ini, terdapat juga ayat-ayat lain seperti "Yā Ayyuhalladhina āmanu ittaqullāh wa Kūnū maʽa al-ṣadiqin"[16] dan ayat al-Qurba "Qul lā asʼalukum ʽalaihi ajran illa al-mawaddata fi al-qurba."[17] yang mana ianya menerangkan masalah wilāyah dan imāmah Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) secara langsung daripada hadis-hadis Rasulullah (s.a.w) dan ia telah dinukilkan dari kitab-kitab Ahlusunnah dan Syi’ah.
Di samping ayat-ayat ini, terdapat ayat-ayat lainnya yang mengungkap berbagai keutamaan dan keunggulan Imam Ali (a.s) berbanding sahabat-sahabat, penolong dan kerabat Rasulullah (s.a.w). Berasaskan standard hukum akal yang memandang betapa tercelanya "mendahulukan utama atas yang lebih utama" maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa imāmah dan khilāfah Rasulullah (s.a.w) merupakan hak Imam Ali (a.s).[]
Untuk telaah lebih jauh, anda dapat merujuk pada Tafsir Payam-e Nur, Ayatullah Makarim Syirazi, jilid 9, Imāmah wa Wilāyah dar Qur'an Majid, hal. 177 dan seterusnya.

[1]. Untuk mengetahui mengapa nama para Imam Maksum tidak disebutkan secara tegas dalam Al-Qur’an kami persilakan anda merujuk pada indeks: Nama Para Imam Maksum (a.s) dalam Al-Qur’an.
[2]. Untuk keterangan lebih jauh silakan lihat indeks: Dalil-dalil keyakinan terhadap Imamah dan para Imam
[3]. Untuk keterangan lebih jauh sila lihat indeks: Ahlusunnah dan Ayat Tatbligh.
[4]. Ayatullah Makarim Syirazi, Payām-e Qur'ān, jil. 9, Imāmah dar Qur'ān, muka surat 182 dan seterusnya.
[5]. Abu Said al-Khudri, Zaid bin Arqam, Jabir bin Abdullah Anshari, Ibnu Abbas, Bara bin ʽAzib, Hudhaifah, Abu Hurairah, Ibnu Mas'ud dan 'Amir bin Laila adalah orang-orang di antara para sahabat ini.
[6]. Al-Dur al-Manthur, jil. 2, muka surat 293.
[7]. Al-Asbāb al-Nuzul, muka surat 148.
[8]. Tafsir al-Kasysyaf, jil. 1, muka surat 649.
[9]. Tafsir al-Kabīr Fakhurrazi, jil. 12, muka surat 26.
[10]. Tafsir Thabari, jil. 6, muka surat 186.
[11]. Al-Ghadir, jil. 2, muka surat 52-53.
[12]. Dalam Tafsir al-Burhan juga menukilkan puluhan hadis dari sumber-sumber Ahlul Bait (a.s) berkaitan dengan ayat ini yang menyatakan: Ayat yang dimaksud turun berkaitan dengan Ali bin Abi Thalib (a.s) atau beliau dan para Imam Ahlul Bait (a.s). Bahkan sebagian hadis menyebutkan satu per satu imam disebutkan. Tafsir al-Burhan, jil. 1, muka surat 381-387.
[13]. Syawāhid al-Tanzīl, jil. 1, muka surat 148-151.
[14]. Bahr al-Muhiṭ, jil. 3, muka surat 278.
[15]. Ihqāq al-Haq, jil. 3, muka surat 425.
[16]. (Qs. Al-Taubah [9]:119) Yang dimaksudkan Ṣadiqīn pada ayat ini adalah imam Ali (a.s) dan Ahlul Bait Nabi (s.a.w). Yanābi' al-Mawaddah, muka surat 115. Syawāhid al-Tanzīl, jil. 1, muka surat 262.
[17]. "Katakanlah, “Aku tidak meminta kepadamu suatu upah pun atas seruanku ini kecuali kecintaan kepada keluargaku.” (Qs. Al-Syura [42]:23)
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini