Please Wait
14814
Pertanyaan ini akan kami jawab dalam dua bahagian:
1. Esensi dan meluasnya kematian sebaik sahaja kiamat
2. Orang-orang yang terkecuali dari kematian
Bahagian pertama:
Dalam pandangan al-Qur'an, kematian segala sesuatu terjadi tatkala tiba "ajal" mereka dan kerana seluruh kewujudan memiliki "ajal", sebagai kesimpulannya kesemuanya akan mengalami kematian, baik ia manusia atau bukan.
Ajal merupakan hal yang telah ditentukan di sisi Tuhan, ianya kekal dan tidak akan punah. Kematian pula adalah perpindahan dari kehidupan sementara kepada kehidupan abadi dan selamanya di sisi Tuhan. Seluruh kewujudan akan mengalami kematian tatkala kiamat tiba. Pada hakikatnya, kiamat merupakan gelanggang tempat hadirnya seluruh kewujudan dan makhluk di hadapan Tuhan.
Al-Qur'an memandang sumber kejadian ini sebagai peniupan dan penghembusan "sangkakala" di mana tiupan pertama kali menjadi sebab kematian dan pada kali kedua akan menjadi sebab kehidupan.
Bermula dari sini, terdapat sebahagian ayat dan riwayat yang menunjukkan tentang terbelahnya tujuh petala langit dan bumi, dan sebahagian lainnya menjelaskan tentang kepunahan seluruh kewujudan yang tinggal di langit dan bumi, dan sebahagian ayat dan riwayat menuturkan hal ehwal masuknya seluruh makhluk yang telah punah tersebut ke dalam kiamat yang merupakan manifestasi kehidupan abadi lagi lestari.
Dengan menelaah ayat-ayat dan riwayat-riwayat ini dapatlah difahami bahawa tujuh petala langit bumi, alam barzakh dan juga seluruh orang-orang yang tinggal di dalamnya, bahkan para pembawa arsy dan para malaikat muqarrab (yang didekatkan) seperti Jibrail, Mikail, Malaikat Maut, Israfil tidak terkecualikan dari peristiwa terlalu dahsyat ini. Ertinya tiada satu pun kewujudan yang terselamatkan dari kematian yang bersifat menyeluruh ini.
Bahagian Kedua:
Ayat-ayat dan riwayat-riwayat sebelumnya dan yang sepertinya memberi penjelasan peristiwa besar ini. Di samping itu topik perbahasan di atas juga merupakan penerang tipologi terhadap orang-orang yang terkecuali dari ketakutan, penderitaan yang tak-terperi dan terselamatkan dari kejadian ini. Mereka juga tetap melanjutkan kehidupannya. Sesuai dengan penjelasan al-Qur'an mereka memiliki dua tipologi universal. Dua tipologi ini sebenarnya merupakan satu tipologi dengan redaksi yang berbeza:
1. Memiliki (hanya) kebaikan dan mutlak dan suci dari segala kekotoran dan nista.
2. Murni dan hamba Tuhan yang ikhlas.
Mereka adalah orang-orang yang ketika hidup di dunia, berkat usaha, mujahadah, dan menempa diri di jalan Allah, dan melepaskan diri dari segala sangkut-paut dunia serta bentuk-bentuk imaginasi dan format-format barzakhi dan semata-mata menguruskan dirinya serta sekalian jalan ke surga menjumpai Tuhannya. Sebagai hasilnya, orang-orang ini tidak singgah di alam barzakh dan juga tidak mengalami penderitaan hari kiamat yang menimpa seluruh kewujudan. Pada hakikatnya, mereka adalah jelmaan hadis "matilah engkau sebelum kematian menjemputmu." (mutu qabla an tamutu)
Contoh sempurna dan hakiki orang-orang sedemikian adalah empat belas maksum (a.s). Meskipun para nabi dan wali Tuhan, para ʽarif, para pecinta dan orang-orang yang melepaskan diri daripada para musuh wilayah ke-empat belas maksum ini merupakan esensi yang bercahaya, sesuai dengan darjat mereka masing-masing, juga merupakan mishdaq orang-orang yang dikecualikan dari persinggahan di alam barzakh dan penderitaan di hari kiamat.
Untuk menjawab pertanyaan ini dengan baik, pertamanya kami akan membahaskan dan menjelaskan tentang esensi kematian di negeri kiamat dan juga mengulas tentang keluasan dan menyeluruhnya hari kiamat, kemudian kami akan menjawab pertanyaan ini bahawa apakah ada orang-orang yang tidak ditimpa kematian yang serba meliputi dan menyeluruh ini? Dan apabila terdapat orang-orang sedemikian, apakah mereka memiliki ciri-ciri, tipologi dan karakter untuk dapat dikenali? Siapakah orang-orang ini, apakah mereka ada objek luarannya (mishdaq)?
Bahagian pertama:
Dalam menjelaskan bahagian pertama harus dikatakan bahawa: Dalam pandangan al-Qur'an, kematian segala sesuatu tatkala ajal mereka tiba, dan seluruh kewujudan – baik ia manusia atau bukan – memiliki ajalnya masing-masing.[1] Seluruh kewujudan dan makhluk dalam setiap langkah dan gerak-gerinya akan sampai pada satu titik penghujung (ending point). Di tempat itu juga ia akan tinggal dan menetap untuk selamanya. Titik di mana seluruh makhluk akan menetap dan berdiam, sesuai dengan al-Qur'an adalah di hadapan Tuhan. "ajalan musammah 'indahu"[2] dan apa yang ada di sisi Tuhan akan kekal dan abadi selamanya. "Wama 'indaLlâh baqin. "[3]
Dengan demikian, tatkala seluruh kewujudan dan makhluk sampai di hadapan Tuhan dan hadir di sisi-Nya, mereka akan menjalani kehidupan abadi nan lestari. Seluruh kewujudan – baik manusia atau bukan – di penghujung perjalanan mereka adalah menuju ke hadapan Tuhan, perjalanan akhir menuju ke hadirat-Nya adalah kembali, dan mereka akan berkumpul dan berhimpun di hadirat-Nya. Sekembalinya seluruh makhluk ke hadapan Tuhan inilah yang disebut sebagai "kematian" di mana kematian ini adalah keluarnya makhluk dari gelanggang kehidupan di mana gerakan, kaun (penciptaan) dan fasad (penghancuran), perubahan, waktu, kesempitan, kegelapan, jamak, dan keserakan terdapat di dalamnya.
Memasuki kehidupan di sisi Tuhan di mana di dalamnya, kehidupan dan keabadian mutlak, kekekalan, keluasan, cahaya dan kesatuan, dan sebagainya, serta jauh dari segala aib dan cela sebagaimana yang telah disebutkan. Kerana itu dapat diambil kesimpulan bahawa seluruh kewujudan dari manusia sehingga para penghuni tujuh petala langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, mereka akan mengalami "kematian" seperti ini, meskipun telah dijelaskan dengan redaksi yang berbeza. Misalnya kematian manusia, iaitu terlepasnya roh dari badan, telah menggunakan redaksi "maut" dan kematian kewujudan selain manusia dengan redaksi yang lainnya.
Ajal dan kematian seperti ini, yang dihadapi oleh seluruh kewujudan dan segenap alam akan menemui kebenaran di hari kiamat kubra (besar). Tatkala terjadi kiamat kubra (besar) seluruh semesta akan mengalami kematian dan seluruh fenomena kecuali Allah akan menemui ajalnya. Pada hakikatnya tatkala terjadi kiamat, seluruh kewujudan akan menjumpai ajalnya dan seluruh makhluk akan mengalami hal yang sama ketika hari kiamat berlangsung, hari di mana seluruh kewujudan hadir di hadapan Tuhan.
Dengan kata lain, di negeri kebangkitan dan kiamat Kubra, termasuk dunia dan isinya, barzakh, seluruh langit dan bumi akan dibongkar. Para penduduk dunia, penduduk barzakh dan para penghuni langit (para malaikat dan sebagainya) juga akan binasa, setelah itu gelanggang kiamat akan berlangsung di mana seluruh makhluk akan berhimpun di hadapan Tuhan dan akan memperoleh kehidupan abadi nan sentosa. Menjelaskan dan mengenal pelbagai tipologi keadaan seperti ini (kehidupan di hari Kiamat dan kehidupan di hadapan Allah), dari sisi bahawa kiamat merupakan medan dan tempat penjelmaannya, dengan menelaah dan mengkaji pelbagai keadaan dan karakteristik serta tipologi, nama-nama kiamat yang termaktub dalam al-Qur'an dan riwayat akan dapat dilakukan, namun hal ini memerlukan perbahasan dan tulisan lain.
Dalam al-Qur'an disebut bahawa sumber kejadian seperti ini dikatakan sebagai "yauma yunfakh fii surh"[4] dan tatkala sangkakala ditiup maka ia juga merupakan sumber kematian juga merupakan sumber kehidupan serta hari masyhar dan digelarnya kiamat. Kejadian ini juga disebut sebagai "shaiha"[5], "sajrah"[6], "sakhkhah"[7] dan "naqar fi al-naqur".[8] Keseluruhan redaksi ini menjelaskan sebuah fakta dan dapat disimpulkan bahawa "sangkakala" dan "dua tiupan" adalah mengisahkan "terompet" yang sering digunakan pasukan di medan pertempuran untuk berperang.
Kali pertama terompet ditiupkan supaya diam dan bersiap untuk bergerak dan kemudian kali keduanya ditiupkan untuk bangkit dan seterusnya.[9]
Dalam menghuraikan dan menjelaskan fenomena akbar ini, ayat-ayat al-Qur'an dan riwayat-riwayat terbahagi menjadi beberapa bahagian:
1. Ayat-ayat yang menjelaskan hal ehwal peniupan sangkakala kematian serta terbelahnya langit dan bumi. Contohnya, "Agar kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar. Apabila sangkakala ditiup sekali tiupan, dan bumi dan gunung-gunung diangkat, lalu keduanya dilagakan sekali laga (hingga hancur lebur), maka pada hari itu terjadilah suatu peristiwa yang besar (hari kiamat)," (Qs. Al-Haqqa [69]:12-15); “(iaitu) pada hari Kami gulung langit seperti menggulung lembaran-lembaran kertas.” (Qs. Al-Anbiya [21]:104) dan "Dan mereka tidak mengenal Allah dengan pengenalan yang seharusnya, padahal bumi seluruhnya berada dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya." (Qs. Zumar [39]:67) dan juga ayat-ayat lainnya[10] yang semuanya mewartakan tentang sebuah peristiwa sebelum terjadinya kiamat. Mengingat peniupan sangkakala dan yang sepertinya akan meliputi dan terjadi di seluruh semesta. Dengan menelaah dan menginternalisasi ayat-ayat ini dapat diambil kesimpulan hal ehwal kualiti dan bagaimana kematian tujuh petala langit dan bumi – yang antara lain adalah: tergulung, terbenturkan dan berubahnya tujuh petala langit dan bumi sesuai dengan keadaan kiamat.
2. Sebahagian ayat menunjukkan bahawa setiap makhluk di tujuh petala langit dan bumi, akan binasa dengan ditiupnya sangkakala kematian. "Dan (ingatlah) hari (ketika) sangkakala ditiup, maka faza’a (gentarlah) segala yang ada di langit dan di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. (Qs. Al-Naml [6]:87); “Dan ditiuplah sangkakala, maka shaqa (matilah) siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (hari perhitungan dan pembalasan)" (Qs. Al-Zumar [39]:68). "Faza'a” bermakna takut dan amat gentar. Dan "Sha’aqa"; ertinya tidak sedar dan mati. Pada hakikatnya dua redaksi ini, menjelaskan tentang keadaan kematian yang telah dijelaskan pada awal-awal tulisan ini, iaitu kematian disertai dengan ketakutan dan tidak sedarkan diri menuju kematian, di mana hal ini terjadi pada segala yang ada di langit dan di bumi. Dengan demikian, pertama, alam barzakh merupakan pelengkap dan kelanjutan alam dunia iaitu dari alam dunia menuju ke dunia yang disebut sebagai alam kubur[11] dan dari syurganya menuju syurga dunia. Kedua, seluruh penduduk dunia mahu tidak mahu harus melintasi alam barzakh,[12] baik itu sebentar atau lama, yang dimaksud dengan "man fil ardh" (segala yang di bumi) adalah penduduk bumi yang memasuki alam barzakh, bukan mereka yang melanjutkan kehidupannya di dunia sebelum barzakh. Adapun "man fi al-samawat" adalah roh-roh para malaikat dan orang-orang berbahagia.[13] Seluruh kewujudan yang memiliki bentuk mitsali (imaginasi) dan dalam format barzakhi dan menjalani hidupnya pada sebuah alam di atas alam barzakh (di langit). Kematian dua kelompok ini (penduduk bumi dan tujuh petala langit), disebabkan tertiupnya sangkakala, bermakna bahawa mereka semua tidak hanya terlepas dari kerangka dunia dan badan buminya, namun mereka juga terlepas dari pelbagai bentuk mitsali (imaginasi) dan format-format barzakhi. Mereka melintasi tujuh petala langit dan menghadap di hadirat Ilahi lalu fana pada ẓat Ahadi-Nya.
3. Sebahagian ayat lainnya menjelaskan ditiupnya kehidupan[14] dan keabadian seluruh orang-orang yang mati akibat tiupan yang pertama. Di sini kami sepintas lalu menyebutkan beberapa ayat sahaja dan mengelak untuk tidak menyebut secara keseluruhan kerana ruang dan waktu yang terbatas.
Riwayat-riwayat juga menjelaskan tiga kelompok ayat yang disebutkan di mana akan kami sebutkan beberapa dari riwayat tersebut:
Seorang malaikat bernama "Israfil" meniup sangkakala dengan izin Tuhan. Sebagai akibatnya, seluruh yang menghuni tujuh petala langit dan bumi, bahkan para pemikul arsy (Jibrail dan Mikail), juga akan mengalami kematian. Setelah itu, Israfil sesuai dengan perintah Allah (s.w.t) akan mati,[15] dan segala sesuatu akan batil,[16] dan setelah sirnanya dunia ini, tidak terdapat lagi ruang (makān) dan waktu (zamān). Seluruh ajal dan waktu akan lenyap, tahun dan detik akan hilang,[17] dan tiada yang tersisa dan abadi kecuali Tuhan. Kembali sangkakala ditiup dan seluruh penduduk tujuh petala langit dan bumi akan hidup[18] dan kesemuanya akan kembali kepada wujudnya masing-masing sebagaimana para mudabbir (baca: malaikat) mereka yang menciptakannya.[19]
Dari sekumpulan ayat dan riwayat dapat disimpulkan bahawa tujuh petala langit, bumi, barzakh dan juga seluruh orang yang melaluinya, bahkan para malaikat-malaikat terdekat tidak terkecuali dari peristiwa dahsyat dua tiupan ini, iaitu mereka tidak aman dari kematian melanda di mana-mana dan kebangkitan setelah kematian. Peristiwa ini akan melanda mereka seluruhnya.
Namun hingga kini kami telah sebutkan tambahan terhadap subjek-subjek ayat-ayat dan riwayat-riwayat sebelum ini, termasuk ayat-ayat dan riwayat-riwayat lain di mana semuanya mempunyai penjelasan peristiwa besar ini. Telah disebut juga penerangan sifat dan perincian sebilangan daripada hamba-hamba daripada peristiwa dan kejadian dua tiupan, juga mereka yang dikecualikan dan aman sejahtera dari ketakutan, kengerian, kesulitan, kesakitan, ketabahan yang melelahkan dan dijauhkan dari peristiwa-peristiwa berkaitan di samping meneruskan kehidupannya.
Bahagian kedua:
Berikut ini adalah huraian dan pencirian orang-orang yang telah dibincangkan di mana ia dapat dijumpai pada al-Qur'an dan riwayat:
A. Pada dua ayat (ayat 67 surah al-Zumar dan ayat 68 surah al-Naml) berkenaan dengan "tiupan pertama" (yang mematikan) selepas menjelaskan segala sesuatu yang terdapat di langit dan di bumi, mereka berdasarkan peniupan sangkakala akan mengalami "faza’a'" dan "sha’aqa". Dengan redaksi “Illa man syaa Allah” (kecuali mereka yang Allah kehendaki) maka sebahagian orang dikecualikan di mana dari peniupan ini, ayat-ayat 89-90 surah Naml menafsirkan hal itu dan menegaskan: Mereka adalah orang-orang yang memiliki "kebaikan".
B. Demikian juga ayat-ayat yang menjelaskan "nafakha hayat" (tiupan kehidupan), seperti ayat 68 surah al-Zumar dan 53 surah Yasin dapat difahami bahawa orang-orang yang menemui kematian pada nafakha amatih (tiupan kematian), mereka itu juga pada nafakha kedua akan hidup dan akan hadir di sisi Tuhan, namun dengan begitu, Allah (s.w.t) pada ayat 127-128 surah Shafat mengecualikan para hamba yang mukhlas.
Dengan demikian, orang-orang yang memiliki "hasanah" (kebaikan) dan tergolong sebagai hamba-hamba Tuhan yang mukhlis akan berada dalam keadaan aman. Dengan jelasnya dua redaksi “hasanah” (kebaikan) dan "mukhlas" (orang-orang yang disucikan dari dosa) dengan jelas kita dapat mengenal orang-orang ini. Oleh kerana itu, kita akan mengkaji beberapa ayat dan riwayat sehingga dua redaksi ini dapat ditafsirkan:
1. Yang dimaksud dengan "hasanah" adalah kebaikan mutlak. Ertinya sebuah kebaikan yang sekali-kali tidak dinodai dengan keburukan. Mereka yang memiliki kebaikan mutlak adalah orang-orang khusus dari kaum beriman dan esensi mereka suci dan bersih dari segala kekotoran, jauh dari segala jenis kemunafikan, kekufuran dan syirik. Hati mereka sekali-kali tidak pernah tenggelam memikirkan selain Tuhan dan segala urusannya dilabuhkan kepada-Nya dan hinggap pada makam taslim (penyerahan diri) dan tawakkal, melintas tingkatan ini tanpa ada benih keangkuhan dan ekspresi keberadaan dan sifat-sifat Fira'un, serta lebur dalam dzat Tuhan. Tipologi ini merupakan penjelasan makam "wilâyah". Dengan demikian, dalam riwayat-riwayat "hasana" dalam ayat ini bermakna wilâyah Amirul Mukminin[20] dan makrifat wilâyah serta kecintaan terhadap Ahlulbait (a.s). Keburukan "sayyiah" berada di sebalik dari kebaikan yang bermakna pengingkaran terhadap wilayah dan kebencian terhadap Ahlulbait (a.s).[21]
2. Yang dimaksudkan mukhlasin adalah orang-orang yang unggul dari seluruh manusia sebagaimana ayat "Iblis menjawab, “Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang disucikan (dari dosa) di antara mereka.” (Qs. Shad [38]:82-83), mereka dijauhkan dari godaan dan bisikan syaitan dan kerana bisikan dan godaan syaitan (sesuai dengan kandungan ayat 22 surah Ibrahim[22]) berisikan janji-janji palsu, penerimaan perintah daripadanya dan dari satu sisi penerimaan tersebut bersumber dari kemusyrikan dan kesesatan. Mukhlas adalah para hamba yang suci dari segala jenis kemusyrikan dan ikhlas semata-mata kerana Allah (s.w.t).
Dengan memperhatikan secara saksama dalam makna dua redaksi ini dapat dikatakan bahawa keduanya adalah penjelas satu hakikat dan realiti dan memiliki satu makna. Kerana itu, orang-orang yang dikecualikan peristiwa dua tiupan hidup dan mati dapat dicirikan sebagai berikut:
Mereka adalah orang-orang yang tidak melihat sesuatu selain Tuhan, tidak memandang tanda dan ayat selain-Nya. Tidak meyakini adanya kebebasan untuk keuntungan atau kerugian, mati atau hidupnya. Hakikat dan kesejatiannya karam dan tenggelam serta lebur dalam ẓat Tuhan. Seluruh perkara ia sandarkan dan serahkan kepada Tuhan, dan tiada yang keluar dari-Nya kecuali keredaan Tuhan pada hal-hal (nawafil) dan hanya mencari keredaan Tuhan.
Dengan demikian Tuhan akan menjadi tangan, mata, telinga, lisan dan hatinya,[23] serta jauh dari segala bisikan dan godaan, mereka adalah cermin sempurna Tuhan dan hanya paras Tuhan yang mereka tonjolkan. Sebenarnya mereka adalah “wajhuLlah” (wajah Tuhan). Ertinya wajah batin dan hakikat segala sesuatunya adalah “mengenal sempurna” sesuatu yang hanya dapat dicapai dengannya. WajhuLlah-nya para hamba ini bermakna bahawa mereka merupakan ayat Tuhan yang paling sempurna, dan manifestasi seluruh jelmaan Tuhan di mana Tuhan berfirman: “Kullu syain halik illa wajha.” (segala sesuatunya binasa kecuali wajah Tuhan) (Qs. Al-Rahman [55]:26)[24]
Dengan demikian selagi segala sesuatu dan mahkluk (tujuh petala langit dan bumi, penduduk bumi, penghuni barzakh dan penghuni langit); iaitu para malaikat dan sebagainya bahkan para malaikat muqarrab akan binasa berdasarkan tiupan pertama sangkakala, namun mereka abadi dan tidak ada kebinasaan pada hakikat mereka.
Kerana wujud mereka lebur dan fana dalam (wujud) Tuhan dan kewujudan bagi mereka, selain wujud Tuhan dan wajah-Nya, tidak akan tersisa, tidak mengalami perhentian di barzakh juga tidak dihimpun pada kiamat untuk perhitungan, soal-jawab; Kerana sebelumnya di dunia berdasarkan mujahadah, muraqabah, riyadha untuk meraih keredaan Tuhan, mereka terlepas dari segala ikatan material dan bentuk-bentuk mitsali (imaginasi), format-format barzakhi. Mereka menghitung diri sendiri dan langsung menuju ke syurga dan bersua dengan Tuhan. Ke tempat yang aman di mana orang-orang yang mencari keamanan dan ketenangan berlindung dengannya.[25]
Oleh sebab itu, mereka aman dari segala kejadian yang meliputi segalanya dan besar pada dua tiupan kematian dan kehidupan; kerana apa yang menjadi hasil dari peristiwa besar ini adalah “menyampaikan seluruh kewujudan kepada “hayat ‘indaLlah” (kehidupan di sisi Allah) dan membuat seluruh kewujudan memanfaatkan” dengan merealisasikan potensi dan hakikat wujud mereka masing-masing. Sementara hamba-hamba ini menjalani kehidupan lebih sempurna dan menjulang daripada apa yang menjadi sebab peniupan roh, kerana mereka telah mendapatkannya di dunia.
Dengan memperhatikan secara saksama subjek ini dapatlah difahami bahawa mereka ini merupakan instanta sempurna (mishdaq) “mutu qabla an tamutu” (matilah sebelum kematian menjemputmu). Dengan perantara “wajhullah-nya mereka berhimpun di hari masyhar dan kehadiran mereka di hadapan Tuhan di hari Kiamat juga berbeza dengan maujud-maujud yang lain sehinggakan mereka meliputi seluruh maujud yang hadir di tempat itu.
Instanta sempurna (mishdaq) dan hakiki para hamba ini – dengan memperhatikan pada riwayat – “hasanah”,[26] “wajhaLlah”[27] “asma husna”[28] dan “ayat kubra”[29] dan contoh-contoh lainnya yang sesuai dengan Nabi (s.a.w) dan Ahlulbaitnya (a.s) – empat belas maksum.
Namun para nabi dan wali Allah serta manusia-manusia yang merupakan arif, pecinta dan jauh dari kebencian serta amarah terhadap kedudukan, mereka juga memiliki kedudukan yang sepadan dengan darjat mereka. Pada had wadah kewujudan dan segala upayanya dalam meniti jalan menuju kepada wilayah mereka, mishdaqnya ialah “para hamba ini adalah berada pada tingkatan dan derajat lebih rendah.”
Sebagai penutup, kami mengingatkan noktah ini bahawa kejadian besar dan serba meliputi ini, dengan memperhatikan keagungan dan pentingnya, menuntut huraian adalah lebih panjang daripada tulisan ini. Dengan demikian, kami anjurkan untuk penelaahan pelbagai rujukan berkenaan dengan masalah ini, sehingga, dengan kemurahan dan kasih tanpa batas Tuhan, pelbagai hakikat dan rahsia hal ehwal peristiwa besar ini menjadi jelas bagi anda.[]
Sumber rujukan dan telaah lebih jauh:
1. Muhammad Husain Tehrani, Ma’âd, jil. 4.
2. Abdullah Jawadi Amuli, Ma’âd dar Qur’ân (Tafsir-e Ma’dhui Qur’an), jil. 4, hal. 281-297.
3. Sayid Muhammad Husain Thabathabai, Hayât pas az Marg, terjemahan Sayid Mahdi Nabawi dan Shadiq Larijani, hal. 48-62.
[1]. “Dan mengapa mereka tidak merenungkan dalam diri mereka bahawasanya Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan? Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhan mereka.” (Qs. Al-Rum [30]:8)
[2]. “Dia-lah Yang menciptakanmu dari tanah, sesudah itu Dia menentukan ajal (masa hidup tertentu supaya kamu dapat menggapai kesempurnaan ciptaanmu), dan ajal yang pasti hanya ada pada sisi-Nya (dan hanya Dia sendirilah yang mengetahuinya).“ (Qs. Al-An'am [6]:2)
[3]. “Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.” (Qs. Al-Nahl [16]:96)
[4]. “Dan (ingatlah) hari (ketika) sangkakala ditiup.”
[5]. “Tidak adalah teriakan itu selain sekali teriakan (shaihah) saja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami.” (Qs. Yasin [36]:53)
[6]. “(Ketahuilah) sesungguhnya pengembalian itu hanyalah dengan satu kali tiupan (sajrah) saja.” (Qs. Al-Naziat [79]:13)
[7]. “Dan apabila datang suara yang memekakkan (sakkhah, tiupan sangkakala yang kedua), (orang-orang kafir ditimpa kesedihan yang dalam),” (Qs. Abasa [80]:33)
[8]. “Apabila sangkakala ditiup. Maka hari itu adalah hari yang sulit.” (Qs. Al-Mudattsir [74]:8-9)
[9]. Hayat-e pas az Marg, hal. 49-50.
[10]. Qs. Al-Naziat [79]:6-7; Qs. Al-Muzammil [73]:14; Qs. Al-Hajj [22]:1-2; Qs. Al-Takwir [81]:3,4 & 6; Qs. Al-Qariah [101]:5; Qs. Al-Qiyamah [75]:7-9; Qs. Al-Takwir [81]:1; Qs. Al-Infithar [82]:2 dan sebagainya.
[11]. Nur al-Tsaqalain, jil. 3, hal. 254.
[12]. “Dan di hadapan mereka terdapat alam Barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.” (Qs. Al-Mukminun [23]:100)
[13]. Hayat pas az Marg, hal. 51.
[14]. Qs. Zumar [39]:68; Yasin [36]:51; Qs. Al-Kahf [18]:99; Qs Thaha [20]:102; Qs. Al-Naba [78]:18; Qs. Al-Qaf [50]:20 & 42.
[15]. Kâfi, jil. 3, hal. 256.
[16]. Ihtijâj, jil. 3, no. 223, hal. 245.
[17]. Nahj al-Balâghah, khutbah 186.
[18]. Kâfi, jil. 3, hal. 256
[19]. Ihtijâj, jil. 3, no. 223, hal. 245
[20]. Tafsir Qummi; Bihâr, jil. 7, hal. 117 & 175; jil. 24, hal. 45.
[21]. Syawâhid al-Tanzil, Hakim Huskani, jil. 1, hal. 426; al-Kafi, jil. 1, hal. 185, hadis ke 14.
[22]. “Dan syaitan berkata tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan, “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu, tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyerumu, lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu janganlah kamu mencercaku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih.”
[23]. Al-Kâfi, jil. 2, hal. 352 (hadis qurb nawafil).
[24]. Lihat, indeks, binasanya segala sesuatu di muka bumi (tafsir ayat 26 surah al-Rahman)
[25]. “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-mu dengan hati yang puas lagi diredai. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Qs. Al-Fajr [89]:27-30)
[26]. Bihâr al-Anwâr, jil. 7, hal. 117 & 175 dan jil. 24, hal. 45.
[27]. Ibid, jil. 5, hal. 5-7 dan jil. 24, hal. 114-116.
[28]. Ibid, jil. 25, hal. 4.
[29]. Ibid, jil. 23, 206.