Carian Terperinci
Pengunjung
25084
Tarikh Kemaskini 2007/11/14
Ringkasan pertanyaan
Apa yang dimaksud dengan syaitan daripada golongan manusia?
soalan
Apa yang dimaksud dengan syaitan daripada golongan manusia?
Jawaban Global

Syaitan merupakan kata umum untuk setiap entiti ṭaghūt, penderhaka dan golongan sesat, samada daripada golongan manusia atau daripada golongan jin mahupun daripada golongan yang lain. Syaitan bukanlah sebuah kewujudan yang khusus di dalam al-Qur'an, bahkan sehingga manusia yang jahat, tukang fitnah  dan orang yang melakukan kerosakan juga digelar syaitan.

Oleh itu, yang dimaksud dengan "syaṭān al-ins" adalah manusia yang sesat dan menyimpang kerana menderhakai segala perintah Allah dan juga berada pada tahap menyesatkan dan menyimpangkan orang lain.

Jawaban Detil

"Shayṭān" kata terbitan daripada perkataan "shaṭana" yang bermakna menjauhi. Oleh kerana syaitan menjarakkan diri dari pekerjaan yang baik, maka ia dihindarkan dari rahmat Allah. Lantaran itulah ia digelar dengan nama ini.[1]

Syaitan merupakan kata am manakala Iblis adalah kata khas. Dengan kata lain, syaitan ialah setiap kewujudan yang berbahaya, menyesatkan, penderhaka, ṭāghūt samada dari jenis manusia mahupun bukan manusia. Sementara itu Iblis ialah nama syaitan yang telah memperdaya Nabi Adam dan sampai sekarang sentiasa bersama tenteranya untuk mengganggu dan menggoda manusia.[2]

Kitab Ṣiḥaḥ Al-Lughah mengatakan: Setiap kedegilan yang berpaling dari kebenaran dan realiti, samada dari kalangan individu manusia, ataupun jin, mahupun daripada kalangan haiwan adalah syaitan.[3]

Antara beberapa hal di dalam al-Qur’an yang menggunakan perkataan syaitan ialah kewujudan yang berbahaya dan memudharatkan, kewujudan yang tersesat dari jalan yang benar dan berada pada tahap menganggu orang lain. Sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur'an: “انما یرید الشیطان ان یوقع بینکم العداوة و البغضاء...[4] (Qs. Al-Maidah [5]:91)

Dalam al-Qur'an, syaitan tidak dirujuk kepada mana-mana makhluk tertentu sahaja, bahkan manusia-manusia jahat dan melakukan kerosakan juga dikatakan sebagai syaitan. “وکذالک جعلنا لکل نبی عدواً شیاطین الانس والجن.”[5]

Iblis juga disebut sebagai syaitan kerana kerosakan dan kejahatan yang terdapat pada kewujudannya.[6]

Perkataan syaitan juga adalah kata panggilan untuk mikrob-mikrob: "Janganlah engkau biarkan sampah-sampah bermalam di rumah kalian.. sesungguhnya sampah-sampah tersebut merupakan tempat tinggal syaitan."[7] Oleh kerana sampah-sampah merupakan tempat berkumpulnya segala haiwan dan serangga berbahaya, maka ia diterjemahkan sebagai syaitan (dalam hadis tersebut).

Selain itu, dalam kebanyakan ayat al-Qur'an Allah (s.w.t) memanggil pengikut hawa nafsu, hasad, marah, takabbur, munafik dan sebagainya sebagai syaitan.[8]

Oleh itu syaitan mempunyai berbagai makna yang berbeza di mana realiti miṣdāq (extention)-nya ialah Iblis dan tenteranya. Manalaka miṣdāq yang lain ialah manusia yang sesat dan menyesatkan. Walau bagaimana pun sebahagian kecil maknanya ialah ialah mikrob-mikrob berbahaya.[9]

Selain itu, syaitan dalam maknanya yang asli diceritakan sebagai pemahaman sifat, iaitu “kejahatan”, dan di dalam al-Qurʻan membawa makna tersebut. Melainkan kadang-kadang membawa makna tentang diri Iblis dan kadang-kadang membawa makna umum setiap kewujudan yang jahat, di mana kejahatan yang dimilikinya sangat utuh. Oleh itu berkemungkinan syaitan itu terdiri daripada jin atau manusia. Di kalangan syaitan daripada kelompok jin terdapat individu istimewa yang mempunyai pangkat syaitan tertinggi, iaitu Iblis.[10]

Walau bagaimana pun terdapat perselisihan pendapat tentang Iblis, samada ia daripada golongan jin atau malaikat:

Secara zahirnya, kesimpulan daripada sebahagian ayat-ayat al-Qur'an adalah Iblis berasal daripada golongan para malaikat. " و اذ قلنا للملائکة اسجدوا لآدم...."[11]

Pada ayat yang lain disebutkan, ""Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam.” Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, lalu menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim." (Qs. Al-Kahf [18]:50) Oleh itu Iblis berasal daripada golongan jin dan lantaran ia melakukan ibadah selama ribuan tahun, ia berada sebaris dengan golongan malaikat. Atas alasan itu ia menjadi tujuan (miṣdāq) perbicaraan ayat tersebut.[12]

Kesimpulan:

Syaitan merupakan sebuah entiti yang memiliki kedudukan yang degil dan menderhakai, pada masa yang sama ia juga adalah penyebar fitnah dan menyesatkan. Boleh jadi syaitan ini berasal dari golongan manusia, jin dan haiwan atau dari jenis yang lain. Yang dimaksud dengan syaitan ins ialah manusia-manusia yang memiliki sifat-sifat seperti ini.[]

Untuk telaah lebih jauh, silakan merujuk pada beberapa indeks di bawah ini:

  1. Syaitan dan Kematian, pertanyaan 398 (Site: 849)
  2. Bisikan dan Godaan Syaitan, pertanyaan 762 (Site: 805)
  3. Tujuan Penciptaan Syaitan, pertanyaan 19088 (Site: 18515)
  4. Tujuan dan Agenda Syaitan, pertanyaan 19089(Site: 18516).

 


[1]. Majma' al-Bahrain, klausul sya-tha-na.

[2]. Ja'far Syariatmadari, Syarh wa Tafsir Lughat Qur'an, jil. 2, hal. 490; Muhammad Bistuni, Syaithan Syinasi az Didgah-e Qur'an, hal. 12.

[3].  iḥaḥ al-Lughat, Bab al-Nun, Fashl al-Syin, klausul Sya-tha-na, jil. 5, hal. 2144.

[4]. "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian." (Qs. Al-Maidah [5]:91)

[5]. "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin; sebagian mereka membisikkan kepada sebagian yang lain perkataan-perkataan yang indah menawan untuk menipu (manusia)." (Qs. Al-An'am [6]:112)

[6]. Muhammad Bistuni, Syaithan Syinasi az Didgha-e Qur'an Karim, hal. 13-14.

[7]. Muhammad Reisyahri, Mizan al-Hikmah, jil. 13, hal. 6430.

[8]. Muhammad Jawad Musawi Gharawi, Adam az Didgha-e Qur'an, jil. 2, Fashl 9, Ithlaqata-e Syaithan, hal. 327-398.

[9]. Muhammad Bistuni, Syaithan Syinasi az Didgha-e Qur'an Karim, hal. 13-14.

[10]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma'arif Qur'an, jil. 1-3, hal. 297-298.

[11]. "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka bersujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabbur, dan (dengan demikian) ia termasuk golongan orang-orang yang kafir." (Qs. Al-Baqarah [2]:34)

[12]. Untuk keterangan lebih jauh, silakan merujuk: Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma'arif Qur'an, jil. 1-3, hal. 298-299; Murtadha Muthahhari, Asynai ba Qur'an, jil. 9, hal. 185.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimanakah manusia dapat sampai kepada kesempurnaan?
    14350 Akhlak Praktikal 2012/05/17
    Jawapan untuk pertanyaan di atas dapat diklasifikasikan dalam empat perbahasan, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan. Perkataan "sempurna" kadang-kadang digunakan dengan makna yang selaras ...
  • Mengapa para penziarah, khususnya para penziarah dari Iran, menumpahkan tangisan mereka di samping kuburan Baqi’?
    7421 Teologi Baru 2011/09/22
    Jawapan atas pertanyaan seperti ini bersandar pada pengenalan kita terhadap zat tangisan dan tujuan orang menangis.Tangisan terbahagi menjadi dua. Tangisan zahir dan tangisan batin. Tangisan batin hasil dari pelbagai pengaruh mental dan kesan di mana dengan tangisan batin ini muncul pada manusia akibat pelbagai aktiviti ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    7845 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Mengapakah agama sempurna tidak diutuskan sekaligus dan pada satu tempat? Pada asasnya apakah kepentingan beransur-ansur?!
    7252 Teologi Baru 2012/04/15
    Dari satu perspektif, agama secara beransur-ansur adalah satu perkara yang bersesuaian dengan kemampuan berfikir dan rohani insan. Dari perspektif yang lain pula ialah mengikut keperluan-keperluan, ujian-ujian duniawi dan sosial. Dengan ini, oleh kerana manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai pemikiran yang lazim, mereka tidak berdaya memperolehi pengetahuan-pengetahuan ...
  • Mengapa al-Qur’an menyebut kisah-kisah tertentu dan menumpukan kisah Nabi Musa (a.s) lebih dari kisah Nabi Muhammad (s.a.w)?
    22124 Tafsir 2011/06/14
    Dalam menjawab bahagian pertama soalan itu, kita dapat mengatakan bahawa penerangan sebuah hakikat atau hukum serta aturan tertentu tidak dapat menyediakan seluruh bahagian dan karakteristik yang berkaitan dengannya. Perkara ini diperhatikan dalam al-Quran; kerana jikalau seluruh perkara tertentu dan perkerjaan-pekerjaan hendak ...
  • Nabi Musa a.s merupakan salah seorang Nabi Ulul Azmi, kenapa ilmu nabi Khidir a.s lebih banyak daripada ilmu nabi Musa a.s?
    10742 Teologi Klasik 2011/07/21
    Walaupun nabi Musa a.s merupakan salah seorang nabi Ulul Azmi dan merupakan pembawa risalah, tetapi penimbaan ilmu daripada nabi Khidir a.s dan… tidak mengurangkan derajat keilmuan Nabi Musa a.s kerana:1.     Didalam saat-saat pertama ...
  • Mengapakah Ahlul Bait (a.s) hanya dikhususkan untuk beberapa orang sahaja?
    18325 Teologi Klasik 2013/01/08
    Terdapat banyak dalil dominan pengkhususan Ahlul Bait kepada lima orang Āl ʻAba; iaitu Muhammad (s.a.w), Ali, Fatimah, Hasan dan Husain yang telah dinukilkan daripada Nabi (s.a.w) oleh para ahli hadis, ulama Syiah dan ulama Ahlusunnah di mana terdapat lebih dari 70 sumber terkenal Ahlusunnah manakala dalam sumber ...
  • Apakan yang ciri-ciri penting seorang penduduk bandar dalam masyarakat Islam?
    13159 Akhlak Praktikal 2014/04/20
    Agama Islam sebagai penutup syariat Ilahi merupakan agama yang menyeluruh dan sempurna. Oleh sebab itu, Islam mengambil berat tentang hukum dan undang-undang sosial seperti hukum-hakam seseorang individu dalam sebuah masyarakat. Menurut pandangan Islam, terdapat prinsip dan penguatkuasaan dalam kehidupan sosial dan hubungan individu sebuah masyarakat yang mana ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    18460 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    61240 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...

Populer Hits