Carian Terperinci
Pengunjung
12714
Tarikh Kemaskini 2012/05/17
Ringkasan pertanyaan
Siapakah dajjāl itu? Berikanlah penjelasan tentangnya dan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya.
soalan
Siapakah dajjāl itu? Berikanlah penjelasan tentangnya dan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya.
Jawaban Global

Salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.f.s) adalah keluar dan munculnya sebuah makhluk yang menyesatkan yang bernama "Dajjāl". Dajjāl dari segi bahasa dapat dikatakan kepada setiap pendusta. Terdapat juga definisi sifat-sifat sangat aneh yang berkaitan dengannya yang biasanya ditemukan dalam sumber-sumber Ahlusunnah. Namun oleh kerana sumber-sumber ini selalunya tidak memiliki sanad yang boleh dipercayai, maka kami tidak akan bersandar dengannya.

Betapa kuat peranannya sebagai peribadi yang menyesatkan sehingga kita diberi peringatan untuk menghindari dari setiap faktor yang boleh menyesatkan.

Lalu apakah dia adalah seorang manusia? Teknologi? Iblis? Ataukah … pertanyaan-pertanyaan seperti ini telah menyebabkan terdapatnya berbagai tanggapan tentangnya. Saranan kami ialah jauhilah setiap faktor yang membawa kepada penipuan dan pembohongan, dan jangan pula menjadi penyokongnya sehingga tidak sedar, ternyata kita telah menjadi pengikutnya atau telah terjerumus dalam tipu dayanya!

Jawaban Detil

Salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (a.j.f)[1] ialah keluarnya individu yang mengerikan bernama Dajjāl. Menurut ahli bahasa, "Dajjāl" dapat dikatakan untuk setiap pembohong walau apa pun bentuknya.

Riwayat (kebanyakannya dapat ditemui dalam sumber-sumber Ahlu Sunnah) menceritakan terdapat berbagai sifat-sifat aneh yang ada padanya. Di antaranya ialah ia mendakwa dirinya sebagai tuhan[2], memiliki umur yang panjang[3], sentiasa disertai oleh air dan api[4], mengubati orang yang buta sehingga dapat melihat, dan menyembuhkan penyakit hawar.[5]

Pada suatu hari Amirul Mukminin Ali (a.s) berkata sebanyak tiga kali dalam salah satu pidatonya, "Tanyalah apa sahaja yang kamu ingin bertanya sebelum kamu kehilanganku." Seorang daripada kalangan orang-orang yang baik bernama Ṣaʻṣaʻah bin Ṣuḥān bangkit dari tempatnya dan bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, siapakah Dajjāl itu?"

Dalam menjawab pertanyaan tersebut beliau berkata, "Ketahuilah bahawa namanya adalah Dajjāl al-Ṣā’id bin aṣ-Ṣāʼid. Sungguh malang orang yang mengiyakan dan menerimanya dan sungguh beruntung orang yang menganggapnya sebagai pendusta. Dia (Dajjāl) akan muncul dari sebuah daerah yang terkenal dengan nama "Aṣbaḥān", sebuah daerah yang dihuni orang-orang Yahudi. Kelopak mata kanannya saling melekat tanpa mempunyai lekuk mata (sama rata). Sementara mata yang lainnya terletak di dahi dan memiliki cahaya yang sungguh terang seolah-olah seperti cahaya bintang di pagi hari. Pada matanya terdapat daging yang seakan-akan bercampur dengan darah, di dahinya (iaitu di antara kedua-dua matanya) terdapat tulisan kāfir di mana setiap kitab dan orang-orang buta huruf akan mampu membacanya. Dia mengharungi samudera-samudera dan matahari bergerak bersamanya. Di hadapannya terdapat gunung yang mengepulkan asap dan di belakangnya terdapat gunung berwarna putih yang disangka masyarakat sebagai makanan. Dia muncul pada suatu musim kering yang sangat parah. Di bawah kakinya terdapat seekor keldai berwarna hijau atau berwarna gelap. Setiap langkah kaki keldainya mampu menempuh jarak satu batu. Dia begitu cepat bergerak dan berputar di permukaan bumi. Ketika dia melalui mata air atau air, maka tempat itu akan menjadi kering sehingga hari kiamat tiba. Dengan suara yang sangat keras (sehingga seluruh penghuni yang berada di barat dan timur mendengarnya) ia berteriak, "Datanglah ke arahku, wahai para wali dan para sahabatku! Akulah (tuhan yang) telah menciptakan dan membentuk wajah-wajah, menentukan takdir dan membimbing kalian." Ketahuilah, dia berdusta dengan kata-katanya! Kerana sesungguhnya dia adalah musuh Allah … dan pada akhirnya dia akan dibunuh oleh tangan (Imam Mahdi a.j.f) orang yang memimpin solat yang diikuti oleh Nabi Isa (a.s)."[6]

Tentang siapakah hakikat Dajjāl itu sendiri, untuk sementara ini kami tidak dapat mendapatkan keputusan yang penghabisan, namun dalam masalah ini, secara ringkas terdapat beberapa tanggapan dan kemungkinan berikut:

  1. Dajjāl merupakan individu hakiki yang melakukan perkara-perkara luar biasa yang berbentuk sihir. Ia muncul pada akhir zaman selaku sumber fitnah yang luar biasa dan besar bagi umat manusia, sebagaimana hal ini dilihat dengan jelas dari makna dari segi bahasa bahawa perkataan dajjāl itu sendiri. Ia merupakan individu penyihir yang memiliki berbagai prasarana material. Sebahagian riwayat menyebutnya sebagai "Masīh kesesatan" yang bertentangan dengan "Masīh kebenaran", iaitu Nabi Isa (a.s).

Dia mula melakukan aksinya untuk melawan Imam Zaman (a.j.f) pada zaman kemunculan beliau, dengan istilah lain, dia mengibarkan benderanya sendiri pada masa kemunculan Imam (a.j.f). Ia merupakan salah satu daripada orang-orang yang berumur panjang yang sebenarnya pada saat ini pun telah ada dan akan tetap hidup sehingga kemunculannya. Dia juga akan menguasai seluruh dunia kecuali Mekah dan Madinah.[7]

  1. Yang dimaksud dengan Dajjāl adalah Iblis.
  2. Yang dimaksud dengan Dajjāl adalah Sufyāni.
  3. Dajjāl sebenarnya lebih berdimensikan simbol dan kod.
  4. Dajjāl merupakan simbol dari puncak tamadun dan teknik Barat yang mengoyak dan mengancam Islam serta dasar-dasarnya. Ia sebuah tamadun yang merancang untuk memerintah akan cuba menakluki setiap manusia. Dengan jelas kita dapat menyaksikan bagaimana tamadun dan teknik materialist Barat telah mampu menguasai seluruh lapisan masyarakat pada saat ini, bahkan termasuk kaum muslimin juga.[8][]

 

 

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jauh mendalam sila rujuk:

Dajjāl Durugh-gu-ye Faribandeh, Fashlnomeh Mau'ud, No. 4.

 


[1] . Sudah tentu di dalam kitab Ahlusunnah tanda ini dikenali sebagai salah satu daripada tanda-tanda akan terjadi hari kiamat (Sunan Tarmudzi, jil. 4, hal. 507-519; Sunan Abi Daud, jil. 4, hal 115; Shahih Muslim, jil. 8, hal. 46-81), akan tetapi dalam sumber-sumber riwayat Syiah juga disebutkan bahwa tanda ini merupakan salah satu daripada tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat (Biharul Anwar, jil. 6, hal. 296, bab 1) selain itu juga dianggap sebagai tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.j.f). Sudah tentu ada persamaan antara tanda-tanda kemunculan yang juga merupakan tanda-tanda kebangkitan tidak terdapat pertentangan, kerana kemunculan Imam Zaman (a.j.f) itu sendiri merupakan tanda-tanda akhir zaman.

[2] . Sunan Ibnu Majah, jil. 2, hal. 1360.

[3] . Shahih Muslim, jil. 8, hal. 205.

[4] . Shahih Bukhāri, jil. 8, hal. 103.

[5] . Musnad Ahmad, jil. 5, hal. 13.

[6] . Muntakhābul Ātsār, Luthfullah, Shafi, bab 3, hal 532, hadis ke 8.

Dalam sebahagian riwayat dikatakan bahawa akhirnya dia tewas di tangan Isa Al-Masih (a.s) (Biharul Anwar, jil. 14, hal. 348, bab 24) atau dikatakan pula bahwa akhirnya dia tewas di tangan Nabi Isa (a.s) di samping pintu gerbang "Lad" di daerah Syam. Untuk keterangan lebih lengkap sila rujuk: Bihārul Anwār, jil. 52, hal. 193 dan 209, Kamāluddin, 525 dan 526, Kasyful Ghummah, jil. 3, hal. 281; Al-Masāilul 'Asyr, telah dicetak pada Mushnaf-mushnaf Syeikh Thusi, jil. 3, hal. 122; Irsyād, jil. 2, hal. 271; Kanzul Ummal, jil. 14, hal. 198-200.

Sudah tentu kedua-dua ta'bir ini tidak memiliki perbezaan iaitu Nabi Isa (a.s) berada di sisi Imam Mahdi (a.f.j) dan aktiviti-aktiviti peperangan diserahkan kepada pemimpin perang.

[7] . Al-Faqih, jil. 2, hal. 564, bab Tahrimul Madinah wa Fadhlaha …; At-Tahdzib, jil. 6, hal. 12, bab 5, Tahrimul Madinah wa Fadhlaha.

[8] . Tārikh Ma Ba'da adz-Dzuhur, Sayyid Muh. Shadiq, Shadr, hal. 141-142, dengan nukilan dan memanfaatkan: Mau'ud Syināsi, Ali Ashgar Radhawi, Nasyr Masjid Jamkaron, hal. 533.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
    10613 Teologi Klasik 2013/03/30
    Sesuai dengan hukum akal dan syariat, sesungguhnya Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, baik di dunia mahupun di akhirat. Namun Allah dapat disaksikan dan dilihat dengan mata hati. Hati dapat menyaksikan dan melihat Allah (s.w.t) menurut kemampuan eksistensialnya. Hal ini dapat dilakukan melalui jalan penyaksian (shuhūd) ...
  • Apa yang dimaksud dengan wilāyah takwīnī dan apa kaitannya dengan para Imam Maksum (a.s)?
    8080 Irfan Teori 2012/05/17
    "Wilāyah" bermakna kedatangan sesuatu dalam mengikuti sesuatu yang lain tanpa ada jarak di antara keduanya. Tertib seperti ini melazimkan dekat dan hampir kedua-duanya di antara satu sama lainnya. Oleh itu, terminologi wilāyah ini juga telah digunakan dengan makna cinta dan persahabatan, pertolongan dan sokongan, pengikut ...
  • Apa kematian (ajal) itu? Dan apakah masa kematian (ajal) itu dapat ditunda?
    25008 Teologi Klasik 2011/02/14
    Kematian (ajal) dalam perspektif falsafah Islam adalah terlepasnya pengurusan dan pengaturan jiwa (nafs) atas badan dan terpisahnya jiwa dari badan. Tentu saja, pandangan ini bersumber dari al-Qur’an dan riwayat-riwayat yang tidak memandang kematian sebagai ketiadaan, ...
  • Oleh kerana Imam Keduabelas Syiah ghaib, maka seluruh konsepsi imamah diragukan?
    9294 Teologi Klasik 2011/06/21
    Berkenaan pertanyaan yang dikemukakan secara global tanpa menyebutkan contoh-contoh tentang  kontradiksi masalah ghaibah dan konsepsi imamah, oleh itu di sini kita harus mengulas tugas-tugas imam, kemudian sesuai atau tidak sesuainya dengan masalah ghaibah menjadi objek analisa kita.Imamah – selaku penerus kenabian dan yang membezakannya dengan ...
  • Apa yang dimaksud dengan rajʻah? Siapakah orang yang terlibat? Bilakah rajʻah ini berlaku?
    10172 Teologi Klasik 2013/01/08
    Rajʻah merupakan salah satu yang diyakini oleh Syiah Imamiyah yang bermakna kembali ke dunia setelah kematian. Ianya terjadi sebelum akhirat dengan jangka waktu yang tidak terlalu lama setelah kemunculan Imam Mahdi (a.s), sebelum kesyahidan beliau dan sebelum terjadi peristiwa hari Kiamat. Rajʻah tidaklah bersifat umum ...
  • Apakah mustahil pada suatu saat, kekuasaan Imam Zaman ajf juga mengalami keruntuhan?
    7285 Teologi Baru 2010/06/09
    Pada masa kekuasaan Imam Zaman Ajf, perkara semacam itu tidak mungkin terjadi. Kerana  keruntuhan yang dialami oleh para penguasa itu disebabkan kezaliman, kekejaman dan penyimpangan mereka dari prinsip-prinsip keadilan atau disebabkan kerana penipuan mereka dan kedengkian masyarakat terhadap pemerintahan. Faktor-faktor seperti itu tidak mungkin terjadi ...
  • Apakah makna dari ayat berikut, "Tuhan akan memberikan hidayah kepada sesiapa pun yang Dia kehendaki dan akan menyesatkan sesiapa pun yang Dia kehendaki"?
    22275 Teologi Klasik 2012/05/17
    Dalam ilmu Kalam (teologi) telah terbukti bahawa manusia memiliki ikhtiar dan kebebasan dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, dan ajaran-ajaran al-Quran pun tidak bertentangan dengan hakikat ini bahkan membenarkannya. Akan tetapi disebabkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang merupakan penafsir dan penjelas bagi ayat-ayat lain, maka ayat-ayat tersebut harus diletakkan secara ...
  • Mengapakah hanya nama sebahagian kecil para nabi disebutkan di dalam al-Qur'an?
    14853 Ulum Al-Quran 2011/10/22
    Al-Qur'an bukanlah kitab sejarah, sirah atau mu'jam seseorang sehingga kita boleh mengkaji riwayat hidup para nabi dan menyenarai nama-nama mereka di dalamnya. Al-Qur'an merupakan kitab petunjuk, pengajaran, tarbiyah, penyucian dan peringatan. Matlamat ini boleh dicapai dengan sekadar menyebut sebahagian nama dan riwayat hidup para nabi yang hidup sebelumnya ...
  • Apakah jiwa dan ruh mengalami kematian atau tidur?
    14043 Teologi Klasik 2011/02/14
    Masalah dan hakikat ruh merupakan salah satu masalah yang sentiasa menjadi pembahasan dan perbincangan manusia dari zamam lampau hingga hari ini. Pertanyaan di atas juga bersumber dari permasalahan ini bahawa apakah hakikat manusia itu adalah badan material dan jasad ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan bada', lauh mahfuz, kitabul mubin, lauh mahw wa isbat?
    20382 Teologi Klasik 2010/11/14
    Bada’ bermakna zahir (jelasnya) sesuatu setelah tersembunyi. Dan yang digunakan dalam al-Quran adalah makna ini:  و بدا لهم من اللَّه ما لم یکونوا یحتسبون" Dan jelaslah bagi ...

Populer Hits