Please Wait
13825
- Jawapan untuk pertanyaan di atas dapat diklasifikasikan dalam empat perbahasan, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan.
- Perkataan "sempurna" kadang-kadang digunakan dengan makna yang selaras dengan perkataan "lengkap", dan kadangkala diertikan dengan pengertian selain daripada makna lengkap, sedangkan lawan kata sempurna dan lengkap ialah "kurang" atau "cacat".
- Yang dimaksud dengan "sempurna" ialah kemurnian realiti dan kewujudan, ketiadaan kekuatan dan potensi atau wujudnya sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh sesuatu.
- "Sempurna" merupakan darjat dan tahap sesuatu, sedangkan "lengkap" merupakan keterwujudan bahagian-bahagian daripada sesuatu. Dengan demikian, sesuatu boleh jadi "lengkap" namun tidak "sempurna". Perkataan "kemajuan" juga tidak membawa pengertian "sempurna" dalam sebahagian penggunaan.
- Pelbagai entiti di dunia (alam akal, mithal, materi) digolongkan ke dalam dua kelompok, iaitu maujud material dan non-material. Segala yang memiliki gerakan dan kesempurnaan merupakan entiti-entiti yang material, dan kesempurnaan setiap entiti di alam material ini disesuaikan dengan hakikatnya sendiri. Sementara entiti non-material sejati telah memperolehi seluruh kesempurnaannya sejak mula ia diciptakan.
- Penentuan kesempurnaan hakiki manusia lebih sulit jika dibandingkan dengan kesempurnaan entiti yang lain, manakala yang dimaksudkan 'pengenalan kesempurnaan manusia' di sini adalah pengenalan secara intelektual, teoritis, dan konseptual. Akan tetapi, pemahaman intuitif dan pengetahuan hakiki tentang kesempurnaan yang hanya akan tersingkap ketika seseorang telah sampai kepada hakikat kesempurnaan.
- Mengenai persoalan apakah terdapat berbagai teori di kalangan para ahli falsafah dan cendekiawan tentang kesempurnaan manusia itu, maka berikut adalah sebahagian daripada teori tersebut:
- Teori reaksi terhadap alam,
- Teori kudrat dan kekuatan,
- Teori para hukama dan ahli falsafah Islam, dan
- Teori para ʻārif.
Penjelasan terperinci dan kritikan untuk setiap teori di atas memerlukan ruang dan kesempatan yang berbeza.
- Seluruh entiti di alam kewujudan berada dalam keadaan bergerak ke arah kesempurnaan dan untuk bertemu dengan Allah (s.w.t). Entiti-entiti tidak terlepas dari hukum universal "proses" dan "menjadi". Manusia juga tidak berkecuali dari hukum ini.
Perbezaan antara perkataan "menjadi" yang membawa makna perubahan dan kesempurnaan, dengan perkataan "berjalan" yang bermakna pergerakan (dalam atmosfera bumi dan langit) adalah merupakan sebuah perkara-perkara yang digunakan daripada al-Quran.
- Matlamat, penghujung dari seluruh perubahan dan pergantian terutamanya dalam diri manusia ialah "bertemu" dan "mendekat" kepada Tuhan.
- Manusia memerlukan wasilah untuk sampai ke peringkat kesempurnaan (iaitu bertemu dan berdekatan dengan-Nya). Wasilah tersebut adalah ibadah dan perhambaan. Perhambaan merupakan maqam tertinggi dan tingkat perjalanan menuju Tuhan yang paling mulia bagi manusia sempurna. Perhambaan merupakan sebuah ésénsi di mana batinnya adalah hal-hal yang berkaitan dengan ketuhanan. Nama "hamba" merupakan nama yang terbaik dan Rasulullah (s.a.w) bukan hanya seorang ʻAbduLlah, bahkan baginda adalah ʻabduhu (hamba Dia yang berkaitan dengan zat mutlak Tuhan yang tanpa nama, yakni pada maqam ahadiyah) di mana kehambaan di sini dilakukan untuk identiti mutlak Ilahi, oleh kerana itulah di dalam solat kita mengatakan, "Asyhadu anna Muhammadan ʻabduhu wa rasūluhu"(Aku bersaksi bahawa Muhammad itu sesungguhnya hamba Dia dan rasul Dia).
Yang dikatakan sebagai hamba adalah seseorang yang memiliki ilmu dan keyakinan kepada Tuhan, menjauhkan diri dari selain-Nya, dan berdekatan dengan Tuhan tanpa ada sedikit pun birai dan perantara.
- Satu-satunya jalan untuk perhambaan adalah ketaatan dan ibadah di mana hal ini telah menjadi kewajipan bagi setiap hamba setelah mengenal dan menyaksikan nama agung Ilahi dan menyingkirkan hijab keegoan dan keakuan.
- "Ibadah" dengan makna luas yang dimilikinya meliputi seluruh aktiviti yang dilakukan oleh hamba untuk mendekati Tuhan dan memperoleh keredaan-Nya. Tujuan dari penciptaan pun hanyalah ibadah itu sendiri.
- Ibadah yang paling penting sebagaimana yang dijelaskan dalam kalimah-kalimah suci para Imam maksum Ahlulbait dan para pembesar ahli makrifat, serta orang-orang yang dekat dengan-Nya adalah mereka yang melaksanakan kewajipan dan meninggalkan hal-hal yang haram dan dosa.
- Sementara itu perbuatan paling penting yang dapat disimpulkan dari riwayat-riwayat dan perkataan para ulama adalah bahawa untuk sampai kepada kesempurnaan terdapat lima perkara yang harus dilakukan, iaitu diam (tidak banyak bicara), lapar (tidak banyak makan), ʻuzlah (menyendiri), menghidupkan malam (melakukan solat malam), dan sentiasa berzikir.
Jawapan untuk pertanyaan yang dimaksudkan di atas dapat dipaparkan dalam empat bahagian, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap" dan "berkembang"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan.
- Definisi perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap" dan "berkembang".
Kata "sempurna" kadangkala diertikan dengan makna yang sinonim dengan kata "lengkap", dan kadangkala dengan pengertian selain itu, walau bagaimana pun, lawan kedua-dua kata tersebut adalah "kurang", seperti mana lawan kata "lengkap" juga adalah "kurang".
Yang dimaksud dengan kesempurnaan adalah kemurnian realiti dan kewujudan serta tidak berpotensi atau wujudnya sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh sesuatu. Kesempurnaan adalah kepemilikan segala hal yang mungkin dan layak untuk dimiliki oleh sesuatu. Dengan ungkapan lain, kesempurnaan adalah titik akhir dan tingkatan akhir setiap sesuatu, atau keberadaan sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh sesuatu, dan persoalan-persoalan lain dalam had yang penting dan bermanfaat untuk sampai kepada kesempurnaan hakikinya akan menjadi "kesempurnaan awal" dan "pengantar kesempurnaan" baginya.[1]
Mungkin dapat dikatakan bahawa dalam falsafah dan beberapa kes tentang "sempurna" memiliki makna "lengkap", dan tidak ada perbezaan yang begitu bererti di antara keduanya. Akan tetapi, dalam teks-teks agama dan pandangan umum masyarakat, terdapat perbezaan antara perkataan sempurna dengan perkataan lengkap. Untuk kedua-dua perkataan "sempurna" dan "lengkap" (اتمام و اكمال) ini Al-Quran al-Karim memberikan dua pengertian. Sebagaimana hal ini terlihat dalam salah satu firman-Nya, "Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredai Islam itu menjadi agama bagimu."[2] Agama berjalan dari kekurangan ke arah sempurna, dan nikmat pun demikian juga bergerak dari kekurangan ke arah lengkap.
Dari sini perbezaan antara kata "sempurna" dan "lengkap" dapat dijelaskan dengan dua cara: "sempurna", berada dalam darjat dan tingkat sesuatu, sedangkan "lengkap" merupakan kewujudan dan keberadaan bahagian-bahagian sesuatu sehingga jika telah ada seluruh bahagian yang perlu untuk diperolehi oleh prinsip sesuatu ciptaan, maka ini bererti sesuatu itu tersebut telah cukup, menyeluruh dan lengkap. Jika tidak demikian maka dia akan cacat atau kurang dalam prinsip kewujudan dan esensinya. Sekarang, oleh kerana "sempurna" berada dalam sebuah kedudukan yang masih dapat memiliki tingkat lebih tinggi daripada sesuatu yang telah sampai pada had "lengkap", maka sebuah sesuatu boleh jadi lengkap namum tidak sempurna.
Sementara itu, perbezaan antara sempurna dan kemajuan berada dalam pemahaman "sempurna" (ketika seiring dengan gerakan dan menyiapkan kesempurnaan) dan “penyempurnaan” terdapat ketinggian yang tersembunyi. Menyempurnakan adalah gerakan, namun sebuah gerakan menegak (vertical) yang mengarah ke atas, gerakan dari satu permukaan ke permukaan yang lebih tinggi, dari sebuah tingkat dan tahap ke tingkat dan tahap yang lebih tinggi. Namun "berkembang" berlaku juga dalam gerakan melintang (horizontal) dan mendatar. Misalnya apabila sebuah pasukan atau askar sedang berperang di belahan bumi dan menguasai sebahagian daerah musuh, maka kita akan mengatakan pasukan fulan dalam kedudukan yang berkembang dan bergerak maju. Kita tidak mengatakan bahawa mereka berada dalam kedudukan menjadi sempurna.[3]
- Kesempurnaan manusia.
Entiti dan ciptaan di alam semesta terbahagi menjadi dua bahagian, di mana kelompok pertama adalah kelompok kewujudan yang sejak awal-awal penciptaannya telah memiliki segala sesuatu yang sesuai dengan hakikat kewujudannya dan tidak memiliki gerakan untuk menjadi sempurna. Yang termasuk ke dalam ciptaan dan entiti seperti ini adalah kewujudan dan entiti non-material sejati seperti malaikat dan sebagainya; dan kelompok yang selainnya adalah di awal penciptaannya tidak memiliki seluruh kesempurnaan dan tidak memiliki kesempurnaan yang sesuai untuk esensi kewujudannya. Demi untuk memperolehi kesempurnaan ini mereka memerlukan gerakan dan proses untuk menjadi sempurna. Yang termasuk dalam kelompok ini adalah kewujudan-kewujudan material dan sudah tentu juga manusia.
Dengan memperhatikan makna pada perkataan sempurna dan menjadi sempurna (gerakan dari kekuatan kepada perbuatan), maka dapat diketahui bahawa setiap kewujudan pasti memiliki kesempurnaan yang sesuai dengan jati dirinya. Kesempurnaan yang dicari oleh sebatang pohon pasti berbeza dengan kesempurnaan yang hendak diraih oleh seekor binatang. Demikian juga kesempurnaan manusia pasti berbeza dan tidak akan pernah sama dengan kesempurnaan kewujudan-kewujudan yang lain.
Dari sinilah kewujudan-kewujudan material dapat diklasifikasikan tingkatnya dalam kaitannya dengan kesempurnaan wujud. Di antara kewujudan dan entiti yang kita kenal ialah kewujudan bukan organik yang berada pada tahap yang paling rendah, kemudian disusuli secara berturut-turut oleh tumbuhan dan haiwan yang berada di tengah. Kemudian manusia yang berada pada tahap yang paling tinggi. Dari sini kelihatan dengan jelas bahawa dalam tingkat darjat yang diperhatikan ini adalah jenis dan kualiti kesempurnaannya, bukan banyak atau jumlahnya.[4]
Menentukan kesempurnaan manusia sudah tentu lebih sukar jika dibandingkan dengan menentukan kesempurnaan segala sesuatu yang lain. Misalnya kesukaran ketika menghadapi masalah seperti di manakah letak kesempurnaan manusia. Akibatnya, kesempurnaan majoriti benda di alam ini dengan mudah dapat kita kenali. Namun tidak demikian halnya dengan kesempurnaan manusia.[5]
Jelaslah bahawa pengenalan kesempurnaan hakiki manusia dengan metodologi pemahaman kalbu dan penyaksian intuitif (shuhūdī) hanya akan tersingkap ketika seseorang telah sampai pada maqam kesempurnaan itu sendiri. Tetapi demi untuk sampai kepada "kesempurnaan ikhtiari" (diperhadapkan dengan kesempurnaan yang non-ikhtiari, seperti kesempurnaan entiti dan kewujudan nonmaterial) bergantung pada ilmu dan pengetahuan, maka sesuailah jika kesempurnaan seperti ini perlu diketahui sebelumnya supaya dapat ditempatkan dalam kedudukan kehendak dan kecintaan kemudian berusaha memperolehinya dengan pilihan dan kebebasan, namun jika jalan untuk mengenalinya pada batas tertentu tidak dapat dilakukan secara intelektual dan akal, maka hal ini tidak mungkin dijangkau dan dicapai. Jadi pengenalan awal tentang kesempurnaan tidak diketahui dengan cara intuitif atau shuhūdī melainkan hanya dengan pengenalan yang bersifat intelektual, akal, dan ilmu yang dipelajari (ḥuṣulī).[6] Dengan memperhatikan perbahasan sebelum ini, dapatlah diketahui bahawa ikhtilaf dan perbezaan para ahli falsafah dan cendekiawan tentang persoalan penentuan kesempurnaan hakiki manusia merupakan sebuah perselisihan yang wajar.
Penjelasan berbagai teori tentang kesempurnaan manusia (dan manusia sempurna), beserta kritik dan analisanya dalam persoalan ini akan menyebabkan perbahasan menjadi panjang di mana hal ini bukan menjadi matlamat artikel ini. Dengan alasan ini cukuplah kami hanya menjelaskan tentang beberapa teori kesempurnaan manusia. Untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci hendaklah merujuk pada kitab-kitab yang berkaitan dengannya.
- Teori reaksi terhadap alam, teori ini terbahagi dalam dua bahagian: a. Reaksi individu terhadap alam, dan b. Reaksi masyarakat terhadap alam.
Berdasarkan teori "reaksi individu terhadap alam" yang dibentuk berdasarkan prinsip Individualisme, kesempurnaan manusia itu bergantung kepada berapa banyak ia memanfaatkan alam dan menggunakan kenikmatan-kenikmatan material. Kehidupan yang lebih sejahtera dan lebih menyenangkan akan diraih dengan memanfaatkan ilmu empirik, perantara dan inovasi-inovasi terbaru yang digunakan untuk mendulang sumber-sumber dan kekayaan-kekayaan alam.[7]
Sedangkan teori "reaksi masyarakat terhadap alam" yang muncul dari teori sosialisme telah disepakati bahawa kesejahteraan dan pemanfaatan yang lebih banyak atas kenikmatan-kenikmatan duniawi dan material merupakan matlamat bagi seluruh lapisan masyarakat.[8]
- Teori kudrat dan kekuatan.
Dalam teori ini kesempurnaan manusia terletak pada kudrat dan kekuatannya, dan yang dimaksud dengan manusia sempurna adalah manusia yang kuat dan berkuasa dengan semakin bertambah kuat, semakin berkuasanya seseorang dan semakin menguasai lingkungan di luar dirinya, iaitu lebih menguasai alam dan manusia-manusia lainnya, maka ini bererti dia semakin dekat dengan kesempurnaan. Teori evolusi Darwin juga bertitik tolak dari dasar ini. Dalam pandangan Darwin, yang dimaksudkan kewujudan yang lebih sempurna adalah kewujudan yang lebih kuat, iaitu kewujudan yang lebih mampu menjaga dirinya dan memiliki kekuatan yang lebih untuk menyingkirkan lawan dan musuhnya. Dari sini muncul kemudiannya berbagai sanggahan dan sangkalan yang ditujukan kepada Darwin bahawa dengan adanya "prinsip keabadian", dia benar-benar telah memusnahkan perbezaan dan ikhtilaf yang ada, kerana wujudnya prinsip ini telah menggugat dasar-dasar etika[9].
- Teori para hukama’ dan falsafah Islam (teori akal dan hikmah).
Berdasarkan teori ini kesempurnaan manusia terdapat pada dua perihal, yang pertama terletak pada pemahamannya tentang hakikat dan realiti (sebagaimana adanya) dan yang kedua terletak pada keadilan. Dengan kata lain, kesempurnaan manusia berada pada hikmah teoretis dan hikmah praktikal.[10]
Oleh itu manusia sempurna di mata para hukama’ adalah manusia yang akalnya berada dalam persoalan-persoalan teoretis dan bijak (hikmah). Dalam persoalan amal (dari prespektif etika) pun ia juga harus seorang manusia yang berkeadilan.
- Teori para ʻĀrif (teori cinta).
Golongan ahli ʻirfan atau ʻārif sepakat bahawa "hakikat" adalah sesatu yang tidak lain kecuali Tuhan. Mereka menganggap selain daripada Tuhan adalah kegelapan, dan bayangan dari hakikat. Manusia akan menjadi sempurna ketika dia memahami hakikat dan juga sampai kepada hakikat. "Bergabung dengan yang Haq" dan "dekat kepada Tuhan" dan sebagainya adalah sebuah kesempurnaan yang merupakan matlamat daripada setiap aspirasi, harapan kerinduan dan pengenalan Ilahi. Sedangkan makna bergabung dan sampai adalah "kefanaan dalam Tuhan", dengan pengertian bahawa ia tidak menetap dalam lingkaran "keakuan" dan "keegoan". Orang yang tidak memiliki perjalanan seperti ini dan tidak sampai pada hakikat ini akan ketinggalan di jalannya sendiri. Kenderaan dalam sayr dan perjalanan spiritual ini adalah cinta, kasih sayang, dan kedekatan (taqarrub).[11] Sedangkan pusat cintanya adalah kalbu. Sudah tentu cinta seperti apa yang dikatakan oleh para ʻārif ini berbeza dengan cinta yang difahami di kalangan masyarakat umum. Cinta seorang ʻārif adalah cinta hakiki yang akan membawa manusia ke atas dan membawanya untuk sampai kepada Tuhan. Pengkhususan dalam cinta kepada Tuhan (bukan cinta seksual atau cinta yang lainnya) dalam teori yang merupakan sarana dan cara yang akan membawa manusia ke maqam kesempurnaan ini adalah "memperbaiki diri dan menyucikan jiwa".
Persoalan-persoalan seperti kecenderungan mutlak terhadap batin, penafian ego, dan pembunuhan nafs merupakan persoalan-persoalan yang sangat diperhatikan dalam aliran ‘Irfān.[12]
Terdapat juga teori-teori lain berkaitan dengan kesempurnaan manusia ini di mana kami menghindari untuk menyebutkannya. Mengenai ke empat-empat teori di atas terdapat juga analisa-analisa dan pembetulan-pembetulan dari perspektif Islam dan teks-teks agama serta para pemuka Ahlulbait (a.s) di mana kami juga turut menghindari daripada membawa di sini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap dan mendalam tentang hal tersebut perlulah dirujuk kepada kitab-kitab yang telah ditulis sehubungan dengan wacana ini.[13]
- Kesempurnaan dari perspektif agama Islam.
Islam tidak menerima begitu sahaja setiap teori-teori tersebut secara umum dan tidak memberikan analisa serta kritikan apa pun. Demikian juga Islam tidak pula langsung menolak dan menyangkalnya, melainkan menerima noktah-noktah yang positif dan benar dari setiap satu daripadanya di samping memberikan peringatan tentang persoalan-persoalan yang tidak sesuai dalam pandangan Islam dan ajaran-ajaran al-Quran.[14]
Tuhan yang Maha Tinggi adalah Kesempurnaan sejati dan Pencipta Kesempurnaan. Segala sesuatu yang muncul dan zahir daripada-Nya adalah sempurna. Alam dan manusia muncul daripada-Nya dan keduanya merupakan manifestasi dari kesempurnaan yang Haq. Seluruh atom-atom alam wujud akan bergerak ke arah kesempurnaan, melakukan pertemuan dengan-Nya, dan bergerak mematuhi perintah Ilahi. Manusia bukanlah serat yang terpisah dari jaringan dunia penciptaan, oleh kerana itulah dengan sampainya ke kesempurnaan yang sesuai ia akan berusaha untuk mengharmonikan dirinya dengan seluruh alam penciptaan.[15]
Al-Quran al-Karim dalam beberapa ayat menceritakan tentang pandangan dunia (world view) yang benar dan menunjukkan jalan sayr dan suluk (perjalanan ke arah kesempurnaan) kepada para ʻārif yang sālik. Hal ini disebabkan: pertama, al-Quran memperkenalkan Tuhan sebagai Huwal ākhir (Dialah Yang Terakhir)[16], iaitu Dia adalah matlamat terjauh dan paling tinggi yang harus dicapai. Kedua, kafilah maujūd sedang berada dalam keadaan berproses dan menjadi untuk menuju pertemuan dengan-Nya, sebagaimana firman-Nya, "Ingatlah, bahawa kepada Allah-lah kembali semua urusan"[17] di sini al-Quran al-Karim mengingatkan kepada manusia tentang gerakan dan lintasan kepada proses ini.
Perbezaan antara "berproses" dan "bergerak" di sini adalah pergerakan memiliki makna gerak yang terdapat pada seluruh unsur-unsur bumi dan langit. Akan tetapi berproses merupakan perubahan dan gerakan menyempurna dari jenis satu ke jenis lainnya serta dari tahap yang satu ke tahap yang lain. Manusia yang tak berkecuali dari keadaan berproses dan bergerak ini, sedang berproses, berubah dan menjadi, di mana titik akhirnya adalah "Pertemuan dengan Tuhan Yang Maha Tinggi".[18]
Meskipun seluruh yang diwujudkan (termasuk manusia) berada dalam proses bergerak ke arah-Nya, akan tetapi tiap-tiap individu saling berbeza. Sebahagian berproses ke arah "Nama-Nya yang Agung", sebahagian yang lain lagi ke arah "Nama yang lebih Agung". Sedangkan sebahagiannya berproses ke arah ...[19]
Oleh yang demikian, rangkaian dari seluruh proses-proses ini, terutama proses kesempurnaan manusia adalah "Pertemuan kepada Tuhan"[20], "Kedekatan kepada-Nya", dan "Maqam di samping-Nya". Ketiga, dalam salah satu ayat-Nya Tuhan berfirman, "... carilah perantara untuk mendekatkan diri kepada-Nya ..."[21] iaitu pilihlah sarana untuk bertemu dengan-Nya di mana Tuhan merupakan tujuan dan selain Tuhan (segala bentuk perbuatan yang mendekatkan kepada-Nya) adalah perantara.[22]
Berbagai ayat, riwayat dan teks-teks doa menganggap bahawa tujuan gerak manusia adalah pertemuan dengan-Nya,[23] dan begitu banyak para pembesar ahli makrifat yang membahaskan wacana ini di dalam kitab-kitabnya.[24]
Para Nabi dan wali-wali Allah telah banyak meninggalkan rahsia dan keperluan-keperluan yang tinggi dalam pertemuan dengan-Nya di mana membicarakan hal ini akan mewajibkan penganalisaan terhadap kitab tertentu, sekumpulan riwayat dan doa-doa yang merupakan hasil daripada karya seperti ini.
Sebagaimana telah dijelaskan sebelumnya, di dalam teks-teks agama terdapat berbagai pengertian tentang kesempurnaan manusia, seperti dekat kepada-Nya, pertemuan dengan-Nya, maqam dan kedudukan di sisi-Nya, bersama dengan-Nya, wilayah, tawhīd, khilafah, warna (sibgha) Tuhan, berakhlak dengan akhlak Ilahi, memandang wajah-Nya, kefanaan pada-Nya, bergantung kepada kesucian-Nya, kekasih Allah (habibullah), kemenangan, nama Tuhan, perhambaan, dan sebagainya, di mana penjelasan tentang setiap satunya bukanlah merupakan matlamat perbahasan, melainkan yang perlu diperhatikan adalah jalan untuk menuju kesempurnaan (dengan apa cara sekali pun yang telah dijelaskan) yang mana hal ini akan kami jelaskan pada perbahasan akan datang.[25]
- Jalan menuju kesempurnaan (kedekatan Ilahi).
Setelah pengertian tentang sempurna dan kesempurnaan manusia dari perspektif Islam telah jelas sehingga ke had yang diperlukan, maka selanjutnya "jalan menuju kesempurnaan" pula menjadi salah satu persoalan yang mendapat perhatian khusus pada wacana sayr dan suluk.
Kesempurnaan manusia adalah kedekatan Ilahi dan bergabung ke arah-nya memerlukan perantara, sebagaimana yang terdapat dalam salah satu firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, carilah perantara untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah di jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan."[26], dan perantara ini tak lain dan tak bukan adalah "perhambaan".
Perhambaan merupakan kunci bagi "wilāyah"[27] dan "hamba" merupakan nama yang terbaik. Dari sinilah Rasulullah (s.a.w) selaku manusia sempurna juga adalah ʻAbduLlah (hamba Allah yang merupakan nama Tuhan yang paling sempurna, iaitu pada maqam wahidiyyah) dan pada malam mi'raj memohon perhambaan dengan bersabda, "Ya Tuhanku dekatkanlah aku kepada-Mu dengan perhambaan (ubudiyah)"[28]
Perhambaan dalam seluruh keberadaan-Nya, kesempurnaan-Nya, dan sebagainya… berhutang budi kepada Maula dan Pemimpin-nya, dan akan membuatnya fana secara murni di hadirat-Nya.
"Hamba yang hakiki" adalah "ʻārif yang hakiki" yang tak akan dihiasi oleh warna apa pun kecuali warna Tuhan (sibghatuLlah), ia pasrah secara bulat-bulat, merendahkan diri dan tunduk kepada-Nya. Jikalau demikian yang terjadi maka kalbunya merupakan tempat bagi Dzat Suci Tuhan, "Bumi dan langit tidak mampu 'menampung-Ku', tetapi hati seorang mukminlah yang mampu 'menampung-Ku'."[29] Sementara itu jika manusia keluar dari penjara jiwanya, menetapkan diri pada perhambaan Yang Maha Pencipta, memiliki kalbu yang dipenuhi dengan ketauhidan, menghilangkan beragam kecenderungan dalam rohnya, dan mengarahkan kalbunya pada satu titik kecenderungan iaitu pusat kesempurnaan mutlak, maka ia akan mendapatkan keluasan sedemikian rupa dalam kalbunya yang akan menjadi tempat manifestasi dan penjelmaan kekuasaan mutlak Ilahi, sehingga muncul kekayaan di mana seluruh pemilik zahir dan batin tidak akan memandang rehdah padanya. Dia akan memiliki kehendak yang sedemikian besar sehingga tidak bergantung pada kekayaan dan malakut. Dia juga tidak menempatkan kedua alam sebagai tempat yang layak baginya.
Ibadah dan perhambaan merupakan sebuah esensi di mana batinnya adalah hal-hal yang berkaitan dengan ketuhanan."[30] Jiwa dan roh seorang hamba akan bercahaya kerana perhambaan yang dilakukannya dan akan menjadi pantulan dan tempat munculnya cahaya-cahaya Ilahi, sifat dan asma-asma Rabbani. Begitu juga ia akan menjadi cermin yang memperlihatkan seluruh keagungan dan keindahan Yang Maha Kuasa.
Kata 'abd (hamba) terbentuk dari tiga huruf 'ain, ba dan dal. Huruf 'ain merupakan konteks dari ilmu dan keyakinan hamba pada Tuhan, huruf ba merupakan isyarat kepada perpisahan dan jarak jauhnya dari selain Yang Haq, sementara huruf dal menunjukkan atas kedekatan hamba kepada Tuhan Yang Maha Agung tanpa ada sedikitpun kewujudan hijab dan perantara.[31]
Mi'rajnya Rasulullah (s.a.w) dan sampainya ke maqam "aw adna" adalah kerana berkat sampainya ia ke tahap perhambaan mutlaknya insan kamil tersebut (iaitu Rasulullah s.a.w), sebagaimana salah satu firman-Nya, "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha."[32] Rasulullah tidak hanya menyandang nama 'AbduLlah, bahkan telah sampai pada maqam 'abduhu, di mana 'abd merupakan identiti mutlak yang merupakan sumber dari Asmaul Husna (asma-asma agung) Tuhan, oleh kerana itulah sehingga dalam solat kita bersaksi, "Dan naik saksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya".
Menurut gambaran dari sebahagian tokoh agama, setiap kali tempat perkataan ʻabd digunakan secara mutlak dalam al-Quran al-Karim dengan tanpa penyebutan nama, maka abd tersebut bererti ditujukan khusus untuk Rasulullah (s.a.w).[33]
Ketaatan dan ibadah merupakan satu-satunya jalan perhambaan (kedekatan kepada-Nya): dari berbagai ayat dan riwayat yang terdapat dalam perbahasan perhambaan; kedudukan, bahagian, sifat hamba dan perhambaan dapat diperolehi. Bahkan dengan melakukan kajian dan analisa terhadapnya dapatlah dikatakan bahawa hakikat perhambaan atas ketaatan dan ibadah akan semakin utuh setelah makrifat dan penyaksian hamba terhadap Zat Suci Tuhan. Hamba yang hakiki adalah yang menyingkirkan hijab keakuan dan melakukan perhambaan diri kerana makrifat dan penyaksian terhadap Maulanya dan meletakkan kerendahan ibadah dan perhambaan dirinya dalam kemuliaan rububiyyah. Menyingkap hijab keakuan dan keegoan merupakan langkah yang lebih sulit dari menyingkap seluruh hijab-hijab lainnya dan penyingkapan hijab ini merupakan langkah awal dari penyingkapan hijab-hijab yang lain, bahkan merupakan kunci dari kunci-kunci ghaib, penyaksian, dan pintu dari pintu-pintu menaik ke arah kesempurnaan ruhani.
Dari sinilah jalan bergabung kepada hakikat rububiyyah adalah gerakan dalam tahap perhambaan. Apabila seorang pesuluk ke arah Tuhan memahami akan kerendahan maqamnya dan hakikat wujudnya adalah kerendahan dan kemuliaan rububiyyah, dan dengan semakin kuatnya pandangan ini maka akan muncul ibadah yang semakin menjadi kuat rohani dan spiritual ibadah.[34]
Dengan perkataan lain, langkah pertama dalam perjalanan ke arah kesempurnaan dan kedekatan kepada-Nya adalah sampainya kepada maqam kefanaan zatī dan melepaskan segala keegoan dan keakuan. Tuhan dalam salah satu ayat-Nya berfirman, "Barang siapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian kematian menjemputnya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh pahalanya berada di sisi Allah."[35]
Ketika jiwa bergantung kepada kebaikannya dan memberikan perhatian terhadap keakuan, maka ia belum menjadi orang yang melakukan perjalanan (ke arah Tuhan) dan belum berada dalam hukum musafir (orang yang melakukan perjalanan) dan muhajir (orang yang berhijrah) melainkan masih berada dalam hukum hadir.[36]
Langkah kedua adalah ketaaatan dan ibadah kepada Yang Haq. Tuhan telah meletakkan ibadah sebagai tujuan penciptaan jin dan manusia, sebagaimana hal ini tersirat dalam firman-Nya, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."[37], dan memperkenalkan ibadah kepada-Nya sebagai jalan yang lurus, Allah berfirman, "Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus."
Dari sinilah sehingga Imam Baqir (a.s) berkata, "Mendekatkan diri kepada Tuhan tidak akan dapat diperolehi kecuali dengan ketaatan". Alasan inilah menyebabkan pelaksanaan kewajipan-kewajipan, nafilah-nafilah, solat, zakat, dan sebagainya merupakan cara untuk mendekati-Nya, sebagaimana salah satu daripada hadis mengatakan, "Solat merupakan tiang utama dari seluruh ketaatan"[38] dan "Seseorang hamba dari hamba-hamba-Ku tidak mendekat kepada-Ku kecuali dengan sesuatu yang paling Aku cintai dari apa-apa yang Aku wajibkan kepadanya."[39]
Ibadah kadangkala bermakna kepada pengertian khas dalam fikah dan syariat Islam yang merujuk kepada amalan-amalan seperti solat, puasa, haji, jihad dan sebagainya (iaitu kewajipan-kewajipan dan mustahab-mustahab) dan kadangkala memberikan pengertian umum dan makna luas yang meliputi seluruh perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh manusia dengan tujuan mendekati-Nya dan memperoleh keredaan-Nya, meskipun pada masalah-masalah yang mubah sekalipun. Dengan andaian ini maka ayat mulia "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" akan memberikan makna yang lebih jelas. Ini disebabkan penyesuaian mafhum ayat ibadah merupakan satu-satunya tujuan penciptaan dan dengan kedua dengan maknanya akan membuat seluruh aktiviti-aktiviti manusia sebagai ibadah. Sekarang, jika yang dimaksud oleh ayat adalah ibadah dengan makna khusus, maka sudah tentu sebahagian daripada kehidupan seseorang ialah melakukan aktiviti-aktiviti selain ibadah dan pada saat-saat seperti ini bererti ia berada dalam aktiviti yang tidak mentaati kehendak Tuhannya.
Langkah pertama ibadah untuk mendapatkan kesempurnaan dan kedekatan kepada Tuhan adalah melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan hal-hal yang diharamkan.
Dalam berbagai hadis yang berasal daripara auliya Allah dan para Maksum Ahlulbait (a.s) yang sampai kepada kita menegaskan dua noktah, berikut kami akan tunjukkan sebahagian daripada hadis tersebut,
- Amirul Mukminin (a.s) berkata, "Tidak ada ibadah seperti menunaikan fardu-fardu."[40]
- Demikian juga Imam Sajjad (a.s) dalam salah satu hadisnya berkata, "Barang siapa melakukan apa yang diwajibkan oleh Tuhan ke atasnya, maka ia adalah sebaik-baik manusia."[41]
- Imam Shadiq (a.s) menukilkan dari Rasulullah (s.a.w) bahawa Tuhan berfirman, "Untuk mencari kedekatan (kepada-Ku), hamba-Ku tidak akan mencari sesuatu yang lebih dicintai dari apa yang Aku wajibkan, dan demikianlah..."[42]
- Telah dinukilkan daripada Imam Shadiq (a.s) bahawa beliau berkata, "Di dalam apa yang dibisikkan oleh Tuhan kepada Musa (a.s), Tuhan berfirman, "Wahai Musa, orang-orang yang mendekat ke arah-Ku tidak akan mendekati-Ku kecuali dengan sesuatu seperti wara' dan menghindarkan diri dari hal-hal yang diharamkan."[43]
- Dari Amali Syeikh Shaduq (r.a) menukilkan daripada Rasulullah (s.a.w) bahawa baginda bersabda, "Paling tinggi perhambaan manusia adalah orang yang menjalankan kewajipan-kewajipan, dan paling tinggi upaya manusia adalah orang yang meninggalkan dosa-dosa."[44]
- Musa bin Ja'far (a.s), salah seorang cucu Rasul (s.a.w) menukilkan bahawa Rasul (s.a.w) bersabda, "Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai di sisi-Nya kecuali beriman kepada-Nya, melakukan amalan yang soleh, dan meninggalkan segala hal dilarang."[45]
Berdasarkan ungkapan daripada sebahagian tokoh, telah dikatakan bahawa melakukan kewajipan-kewajipan merupakan perhatian hamba ke arah yang dicintainya dan meninggalkan apa yang diharamkan merupakan perhatian terhadap kesuciannya dan maqam perhambaannya.[46]
Perlu dikatakan bahawa dalam riwayat-riwayat dan doa-doa yang dinukilkan daripada para Imam Maksum (a.s), telah disebutkan pula berbagai langkah-langkah lain untuk mendekatkan diri kepada-Nya di mana di sini kami memiliki keterbatasan untuk membahasnya, dan cukuplah hanya dengan menunjukkan tentang satu hal: Imam Baqir (a.s) berkata, "Di antara apa yang dibisikkan oleh Tuhan kepada Musa (a.s) di gunung Thur, Dia berfirman, "Tidak akan mendekat hamba-hamba kepada-Ku seperti tangisan kerana takut kepada-Ku."[47] Menangis kerana ketakutan kepada-Nya merupakan cara terbaik untuk mendekati-Nya.
Di akhir perbahasan, adalah penting kita mencantumkan 3 noktah berikut:
- Apa yang telah dijelaskan di atas merupakan sebahagian kecil dari pembahasan yang dapat dijelaskan dalam topik "cara untuk menuju ke arah kesempurnaan".
- Untuk sampai kepada kesempurnaan dan ibadah Ilahi memiliki syarat-syarat, perantara, penghalang, dan sebagainya di mana untuk mendapatkan informasi yang lebih lengkap tentangnya hendaklah merujuk kepada kitab-kitab yang telah disusun oleh para pembesar ahli makrifat yang berkaitan dengan persoalan ini.[48]
- Para ahli sayr-suluk menjelaskan beberapa tahap dan tingkat untuk bergabung dan bertemu serta memperoleh kedekatan Ilahi, sebahagian pula menyebutkannya dua tahap, ada yang menyebut tiga tahap, kelompok lain tujuh, empat, seratus bahkan ada yang menyebutkan hingga seribu tahap.
Namun, apa yang dicantumkan sebagai cara untuk mendekati-Nya dan tatacara yang terdapat dalam riwayat-riwayat, kitab-kitab dan apa yang ditentukan oleh para ʻārif ialah terangkum dalam 5 perbuatan penting berikut: iaitu diam (tidak banyak bicara), lapar (tidak banyak makan), khalwat (banyak menyendiri), menghidupkan malam (melakukan solat malam), dan sentiasa berzikir.
Penjelasan lengkap tentang persolan ini boleh didapati dalam kitab-kitab praktikal irfan dan sayr-suluk.[49][]
[1] . Misbah Yazdi, Muhammad Taqi, Khudsyenāsi baroye Khudsāzi, hal. 12.
[2] . Qs. Al-Maidah (5): 3.
[3] . Muthahhari, Mutadha, Takāmule Ijtimā'i-ye Insān, hal. 12-14; Insān Kāmil, hal. 17.
[4] . Misbah Yazdi, Muhammad Taqi, Khudsyenāsi baroye Khudsāzi, hal. 12-14.
[5] . Muthahhari, Murtadha, Takāmule Ijtimā'i-ye Insān, hal. 139.
[6] . Misbah Yazdi, Muhammad Taqi, Hudsyenosi baroye Hud Sozi, hal. 19.
[7] .Muthahhari, Murtadha, Insān Kāmil, hal. 140; Takāmule Ijtimā'i-ye Insān, hal. 130; Misbah Yazdi, Muhammad Taqi, Khudsyenāsi baroye Khudsāzi, hal. 23.
[8] . Misbah Yazdi, Muhammad Taqi, Khudsyenāsi baroye Khudsāzi, hal. 23.
[9] . Muthahhari, Murtadha, Insān Kāmil, hal. 126; Takāmule Ijtimā'i-ye Insān, hal. 142.
[10] . Rujuklah: Muthahhari, Murtadha, Insan Kamil, hal. 121; Takāmule Ijtimā'i-ye Insān, hal. 139; Misbah Yazdi, Muhammad Taqi, Khudsyenāsi baroye Khudsāzi, hal. 23.
[11] . Rujuklah: Muthahhari, Murtadha, Insān Kāmil, hal, 123; Takāmule Ijtimā'i-ye Insān, hal. 135.
[12] . Rujuklah: Muthahhari, Murtadha, Insān Kāmil, hal. 121-126, 170-190; Takāmule Ijtimā'i-ye Insān, hal: 135-138, 152-154.
[13] . Muthahhari, Murtadha, Insān Kāmil, hal. 170-244; Takāmule Ijtimā'i-ye Insān, hal. 152-154.
[14] . Ibid.
[15] . Jawadi Amuli, Abdullah, Mabāni-ye Akhlāq dar Qurān, hal. 51.
[16] . Qs. Al-Hadid (57): 3.
[17] . Qs. Asy-Syura (26): 53.
[18] . Jawadi Amuli, Abdullah, Shurat wa Sirat-e Insān dar Qurān, hal.99.
[19] . Ibid, hal. 107-108; Jawadi Amuli, Abdullah, Tafsir-e Tasnim, jil. 2, hal. 594.
[20] . Qs. Al-Insyiqaq (84): 6.
[21] . Qs. Al-Maidah (5): 35.
[22] . Jawadi Amuli, Abdullah, Mabāni-ye Akhlāq dar Qurān, hal. 283.
[23] . Qs. Al-An'am (6):31; Yunus (10): 7; Ar-Ra'd (13): 2; Al-Kahfi (18): 110; Ar-Rum (30): 8, dan ...; Hadis Qurb Farāidh wa Nawāfil; Doa Kumail, Doa Arafah, Munajat Khamsu' Asyara, Munajat-munajat Zāhidin, Khāifîn, Rāghibîn, Muridîn, Muhibbîn, Mutawassilîn, Muftaqirîn, 'Ārifîn, Dzākirîn.
[24] . Malaki Tabrizi, Mirza Jawad, Risāle-ye Liqaullāh; Imam Khomeini, Ruhullah, Syarh-e Cihil Hadis, Liqaullāh, hadis ke 28, hal. 451; Hasan Zodeh,Hasan, Liqaullāh, ....
[25] . Silakan lihat beberap indeks: Kesempurnaan dan Kebahagiaan Manusia, pertanyaan ke 91; Kedekatan Ilahi dan Bagian-bagiannya, pertanyaan ke 89; Hamba dan Penghambaan, pertanyaan ke 110.
[26] . Qs. Al-Maidah (5): 35.
[27] . Thabathabai, Muhammad Husain, Tafsir Al-Mizān, jil. 1, hal. 277.
[28] . Kāfi, jil. 1, hal. 32.
[29] . Kāfi, jil. 2, Kitab Iman wa Kufr, hal. 250, hadis ke 2.
[30] . Rujuklah: Imam Khomeini, Ruhullah, Syarh-e Cihil Hadis, hal. 82.
[31] . Miqdadi Ishfahani, Ali, Nesyān az bi Nesyān-hā, hal. 317; Mishbāh Asy-Syariah, hal. 7.
[32] . Qs. Al-Isra' (17): 1.
[33] . Shadral Muta'alihin, Tafsir al-Qurān al-Karim, hal. 124.
[34] . Rujuklah: Imam Khomeini, Ruhullah, Ādāb-e Namāz, hal. 8.
[35] . Qs. An-Nisa (4): 100.
[36] . Rujuklah Imam Khomeini, Ruhullah, Ādāb-e Namāz, hal. 7-9.
[37] . Qs. Adz-Dzariyat (51): 56.
[38] . Qs. Yasin (36): 61.
[39] . Syeikh Shaduq, Man La Yahdhûrul Faqih, jil. 1, hal. 310; jil.7, hal. 63.
[40] . Kāfi, jil. 2, hal. 82. 352.
[41] . Nahjul Balāghah, Hikmah ke 113; Biharul Anwar, jil. 71, hal. 208.
[42] . Bihārul Anwār, jil. 71, hal. 195.
[43] . Kāfi, jil.2, hal. 82; Bihārul Anwār, jil. 71, hal. 196, hadis ke 5.
[44] . Ibid, hal. 206 dan 207.
[45] . Ibid, hal.208.
[46] . Husaini Tehrani, Muhammad Husain, Risāleh-ye Labul Bab dar Seir wa Suluk (Yodnomeh Ustadz Syahid Muthahhari, hal. 236)
[47] . Bihārul Anwār, jil. 70, hal.313.
[48] . Malaki Tabrizi, Mirza Jawad, Risālah Liqaullāh;Thabathabai Najafi, Sayyed Mahdi, Risāleh-ye Seir wa Suluk; Husaini Tehrani, Muhammad Husain, Risāleh-ye Labul Bab; Feidh Kasyani, Mulla Muhsin, Akhlāq-e Hasaneh; Rāh-e Nejāt; Muhajjatul Baidhā; Bahari Hamadani, Muhammad,Tadzkiratul Muttaqin; Dastur Amal-hāye Irfāni Ayat-eIlāhi:Marhum Hasan'ali Nuhudki Ishfahani (Nesyān az bi Nesyān-hā); Sayyid Ahmad Karbalai, Mula Husainquli Hamadani, Sayyid Ahmad Karbalai, Mirza Ali Qadhi Thabathabai, dan ..., Syarh Cihil Hadis wa Syarh Junude Aql wa Jahl, Imam Khomeini Ra; Khajah Nashiruddin Thusi, Aushāf al-Asyrāf dan penjelasannya; Jawadi Amuli, Abdullah, Marāhil-e Akhlāk; Muhajjatul Baidhā, Feidh Kosyoni, Mula Muhsin, jil. 5, hal.128, dan sebagainya.
[49] . Husaini Tehrani, Muhammad Husain, Risāleh-ye Labul Bab; Mahjatul Baidhā, jil.5,hal. 128 dan setelahnya, Nesyān az bi Nesyān-hā, hal. 30, 303, dan 313.