Carian Terperinci
Pengunjung
7811
Tarikh Kemaskini 2008/05/19
Ringkasan pertanyaan
Apabila terjadinya akad mushālahah (ṣulḥ, damai) antara kedua belah pihak, tetapi setelah itu salah satu pihak mendakwa bahawa dalam akad tersebut ada unsur paksaan, apakah hal ini dapat membatalkan akad?
soalan
Apabila terjadinya akad mushālahah (ṣulḥ, damai) antara kedua belah pihak, tetapi setelah itu salah satu pihak mendakwa bahawa dalam akad tersebut ada unsur paksaan, apakah hal ini dapat membatalkan akad?
Jawaban Global

Dalam keaadaan seperti itu, maka yang harus dimenangkan dan dibela ialah ucapan pihak yang mendakwa bahawa akad itu telah dilakukan secara sah. Tetapi di samping itu, ia pun dituntut untuk mengucapkan sumpah. Sementara pihak yang mendakwa bahawa terdapat paksaan dalam akad tersebut harus menghadirkan saksi.

Jawaban Detil

Di dalam masalah ini terdapat beberapa tanggapan:

  1. Salah satu dari kedua belah pihak yang telah berdamai (melakukan akad ṣulḥ) mendakwa bahawa ṣulḥ itu telah terjadi kerana paksaan. Sementara pihak kedua mengingkari kewujudan paksaan tersebut.
  2. Pihak kedua pun mengakui kewujudan paksaan tersebut.
  3. Pihak kedua diam dan tidak mengulas apa-apa, ia mengatakan “saya tidak tahu”.

Pada tanggapan pertama, ucapan pihak yang mengingkari adanya paksaan harus didahulukan dan dimenangkan. Ini disebabkan ucapannya itu sesuai dengan aṣālah al-ṣiḥḥāḥ (hukum asal keabsahan) dalam perbuatan seorang muslim. Oleh kerana kedua-dua belah pihak telah mengakui bahwa ṣulḥ dan damai telah disepakati, maka hanya salah satu pihak sahaja yang mengakui bahawa hal itu terjadi secara benar sementara pihak yang lain mengatakan bahwa ṣulḥ itu telah batal. Berdasarkan kaedah aṣālah al-ṣiḥḥāḥ, ṣulḥ telah terjadi secara benar, sah dan tidak terjadi paksaan[1]. Kecuali jika pihak yang mendakwa adanya unsur paksaan itu dapat menghadirkan saksi dan saksi tersebut mendukung bahawa ṣulḥ itu telah terjadi kerana ada unsur paksaan.

Hukum dan ketetapan atas masalah ini dapat dilihat secara cermat dalam beberapa perbahasan ilmu Uṣūl Fiqh. Begitu pula dalam kitab-kitab fikah, seperti Shaykh Muḥaqqiq al-Hillī dalam kitabnya Sharāi’ul Islām pada perbahasan ikhtilāful mutabāyiʻayn (ketika terjadi ikhtilaf antara penjual dan pembeli). Beliau menulis: “Keempat:  Apabila seseorang berkata: “Aku jual kepadamu seorang hamba”, kemudian pihak kedua berkata: “tidak, tetapi yang dijual adalah seorang merdeka, atau sebotol cuka, atau sebotol khamr”, atau ia berkata: “Aku telah membatalkan akad tersebut sebelum berpisah”, sementara pihak lainnya mengingkarinya, maka dalam hal ini yang harus dibela dan dimenangkan adalah pihak yang mendakwa bahawa akad itu telah terjadi secara sah dan benar yang ditambah dengan ucapan sumpahnya. Kecuali jika pihak lawannya itu menghadirkan saksi.[2]

Pengarang kitab Al-Jawāhir juga menulis: “Masalah itu aku dapati tanpa adanya ikhtilaf yang bererti di antara ulama……..dan tidak ada masalah dalam menerapkan kaedah ashālatu al-shihhāh. Kerana hal itu sudah sangat jelas, walaupun hanya dengan sedikit merenungkannya[3].  Adapun tanggapan yang kedua, hukumnya sudah sangat jelas, iaitu apabila pihak kedua juga mengakui adanya unsur paksaan dalam akad ṣulḥ tersebut,  maka akad ṣulḥ tersebut tidak lagi mempunyai nilai dan harga. Tetapi sesuai dengan undang-undang Islam terdapat hukuman bagi pihak yang melakukan paksaan.  Di dalam noktah 668, pasal 22 dalam undang-undang Islam menyebut bahwa: “Barangsiapa yang memaksa atau menekan atau mengancam orang lain untuk memberikan tulisan, atau memberikan dokumen, atau menandatangani, atau mengecop, atau menyerahkan dokumen dan tulisan yang berkaitan dengannya, atau mengalihkan simpanan kepadanya, maka diancam akan dikenakan hukuman berupa penjara selama tiga bulan sampai dua tahun dan 74 kali sebatan”[4]

Adapun bentuk yang ketiga mengandungi beberapa bahagian dan pecahan yang berbagai. Untuk mengetahui hal ini lebih jauh lagi, silakan merujuk kitab Taḥrīrul Wasīlah.[5] []

 


[1] . Dalam hal ini sebelum si hakim menetapkan hukuman yang menguntungkannya beliau harus menuntut pihak yang mendakwa kesahihan mengucapkan sumpah. Kerana sekedar dakwaan saja tidak dapat disokong.

[2] . Lihat Syarāi’ul Islām hal. 287 dan 288.

[3] . Jawāhirul Kalām, juz 23, hal. 194 – 198.

[4]  Hujjati Ashrafi, Ghulam Riḍa, Rangkuman Lengkap Undang-undang dan hukuman.

[5] . Imam Khomeini, Taḥrīrul Wasīlah, jilid 2, hal. 383 dan 384.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits