Carian Terperinci
Pengunjung
9325
Tarikh Kemaskini 2011/11/23
Ringkasan pertanyaan
Apa yang menjadi tujuan-tujuan dan agenda-agenda syaitan?
soalan
Apa yang menjadi tujuan-tujuan dan agenda-agenda syaitan?
Jawaban Global

1.     Menyesatkan manusia;

2.     Mengajak manusia untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan bid'ah dan khurafat;

3.     Membuat manusia mengubah dan mengganti dalam penciptaan Tuhan merupakan salah satu tujuan dan agenda yang disandarkan kepada syaitan dalam al-Qur'an.

Jawaban Detil

Al-Qur'an dalam ayat-ayat 118-120 surah al-Nisa menyebutkan tujuan-tujuan dan agenda-agenda syaitan yang dilancarkan untuk manusia. [1] Tatkala Tuhan menjauhkan syaitan dari rahmat-Nya kerana bantahannya, syaitan bersumpah akan menumpahkan beberapa agenda terhadap manusia:

1.     Menyesatkan manusia (orang-orang yang menerima pembangkangan syaitan) dengan jalan menyibukkan manusia dengan pelbagai angan-angan dan harapan kosong.

2.     Menggoda manusia untuk melakukan perbuatan-perbuatan khurafat dan bid'ah (heresy).

3.     Membuat manusia mengubah dan mengganti dalam penciptaan Tuhan merupakan salah satu tujuan dan agenda yang disandarkan kepada syaitan dalam al-Qur'an. Cara syaitan membuat manusia mengubah dan mengganti fitrah sihat manusia dengan pelbagai sifat tidak terpuji dan tercela.

Allah (s.w.t) dalam ayat-ayat ini setelah menjelaskan pelbagai kerosakan yang dilakukan syaitan, memperingatkan bahawa mematuhi dan mentaati unsur seperti ini (syaitan) akan menemui kerugian besar. " Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak sebagai sebuah ritual khurafat), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah dan mengotori tauhid dengan syirik), lalu benar-benar mereka mengubahnya.” Barang siapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. " (Qs. Al-Nisa [4]:119)

Dan ketahuilah bahawa janji apa pun yang diberikan syaitan tidak lain kecuali dusta. Ia menampilkan segala sesuatunya indah secara zahir yang sesungguhnya batinnya adalah kehancuran dan kebinasaan. [2]

Untuk keterangan lebih jauh kami persilakan anda merujuk ke beberapa indeks berikut ini:

1.     Tujuan Penciptaan Syaitan, Pertanyaan 19088 (Site: 18515)

2.     Syaitan dan Kematian, Pertanyaan 398 (Site: 849)

3.     Godaan dan Bisikan Syaitan, Pertanyaan 762 (Site: 805)



[1]   “Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba-Mu bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya),   dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak sebagai sebuah ritual khurafat), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah dan mengotori tauhid dengan syirik), lalu benar-benar mereka mengubahnya.” Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain daripada Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.   Syaitan itu memberikan janji-janji (bohong) kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari pen ipuan belaka. "

[2] . Abul Fadhil Bahram Pur, Nasim Hayat, hal. 187-188.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa makna ‘tamatstsala rūh’ yang disebutkan dalam kisah Hadrat Maryam (a.s)?
    10628 Tafsir 2012/01/19
    Pemahaman bahasa dan istilah, ‘tamatstsala’ memiliki makna di antaranya ialah tergambarnya sesuatu bagi seseorang, umpama menjadi sesuatu, dan membayangkan di depan seseorang. Maksud ‘tamatstsala’ pada ayat di atas ialah: Malaikat Ilahi menjelma dalam rupa ...
  • Dapatkah Anda jelaskan ciri-ciri rasm al-Usmani itu apa saja?
    39602 Ulum Al-Quran 2012/11/20
    Utsman Thaha adalah kaligrafer (khattât) terkenal dari Suriah yang hidup pada abad kontemporer. Naskah kaligrafinya memiliki banyak keunggulan seperti keteraturan, harmoni, tulisan yang sangat indah, dan tetap memperhatikan kaidah-kaidah rumit tajwid. ...
  • Apakah Feminisme (fahaman kewanitaan) itu?
    17961 Huquq Dan Ahkam 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah batasan dan kriteria keharaman dan kenajisan minuman beralkohol menurut fekah Ja’fari?
    7076 Huquq Dan Ahkam 2011/07/21
    Alkohol putih dan perubatan yang merupakan alkohol murni dan banyak digunakan dalam tugas-tugas kedoktoran adalah suci. Kecuali alkohol tersebut diambil dari khamar atau bir di mana dalam hal ini alkohol tersebut adalah najis. Adapun bahan pembersih yang lainnya yang mengandung alkohol dan banyak digunakan di ...
  • Bagaimana dapat dibuktikan bahawa penutupan agama adalah sempurna?
    8462 Teologi Klasik 2011/07/18
    Pertamanya kita harus ketahui makna kalimah “کامل” adalah sempurna dan lawannya ialah “cacat.” Secara umumnya ketika kita mendakwa Islam sebagai agama sempurna maka ianya tidak ada cacat cela. Dengan ungkapan yang lebih baik ialah apa sahaja yang menjadi kelaziman untuk mencapai sebuah kehidupan bahagia duniawi dan ukhrawi. Kerana ...
  • Apakah mustahil pada suatu saat, kekuasaan Imam Zaman ajf juga mengalami keruntuhan?
    7244 Teologi Baru 2010/06/09
    Pada masa kekuasaan Imam Zaman Ajf, perkara semacam itu tidak mungkin terjadi. Kerana  keruntuhan yang dialami oleh para penguasa itu disebabkan kezaliman, kekejaman dan penyimpangan mereka dari prinsip-prinsip keadilan atau disebabkan kerana penipuan mereka dan kedengkian masyarakat terhadap pemerintahan. Faktor-faktor seperti itu tidak mungkin terjadi ...
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    7920 Teologi Klasik 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Apakah manusia dalam perbuatannya memiliki pilihan? Jika benar, sejauh manakah batas pilihan tersebut?
    12449 Teologi Klasik 2010/06/09
    Dalam hidup ini, seringkali kita temukan diri kita berada di jalanan seorang sendiri. Satu perjalanan yang kita tidak mempunyai pilihan selain bergerak ke hadapan. Jalan yang tetap yang telah ditentukan sebelumnya dalam kehidupan kita; iaitu perkara-perkara seperti suku, bangsa, keluarga, ketinggian tubuh badan dan sebagainya. Dan sebaliknya, seringkali juga kita ...
  • Apakah perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
    7479 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Kekuasaan-kekuasaan wali faqih dapat dikaji dalam dua paksi berikut:Wali faqih memiliki wilāyah atas orang ramai.Wali faqih memiliki kuasa atas berbagai urusan.Apabila autoriti wali faqih kita anggap tidak terbatas pada beberapa orang tertentu (seperti orang gila, anak yatim dan sebagainya) dan kekuasanya tidak terhad pada ...
  • Apakah ukuran batasan kebebasan memberi penerangan dari perspektif Islam?
    6906 Huquq Dan Ahkam 2011/01/01
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...

Populer Hits