Carian Terperinci

Berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang dijelaskan dalam kitab-kitab Ahlusunnah adalah sebaik-baik jalan untuk menentukan imāmah Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) bagi saudara-saudara yang bermazhab Ahlusunnah. Dalam hal ini, anda harus melihat apa yang menjadi petunjuk dan kandungan ayat. Untuk memahami apa yang menjadi petunjuk dan kandungan ayat, anda harus memperhatikan petunjuk-petunjuk lafaz (ucapan) dan ḥāliyyah (situasi), hadis-hadis berkenaan dengan penurunan ayat yang dimaksudkan, dan yang menjelaskan tafsir serta hakikat ayat-ayat tersebut. Kesemua hal ini memiliki peranan penting dalam usaha anda untuk memahami ayat-ayat tersebut dan menentukan imāmah Imam Ali (a.s).

Di dalam Al-Qur’an, terdapat banyak ayat yang menjelaskan dan menentukan imāmah Imam Ali (a.s) dan para imam yang lain. Sudah tentu petunjuk ayat-ayat ini[1] diperolehi dengan cara mengamati hadis-hadis mutawatir yang dinukil daripada Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan sebab-sebab pengwahyuan dan penurunan ayat-ayat tersebut. Hadis-hadis tersebut adalah hadis-hadis yang diterima oleh Sunni dan Syi’ah. Sebagai contoh, akan kami kemukakan di sini beberapa dari hadis tersebut.[2]

  1. Ayat Tabligh: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir." (Qs. Al-Maidah [5]:67)[3]

Allah (s.w.t) memerintahkan dengan tegas kepada Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan risalahnya kepada masyarakat. Menurut hadis, setelah turunnya ayat ini Nabi (s.a.w) memilih Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) sebagai penggantinya (khalifah) di sebuah tempat yang bernama Ghadir Khum.[4]

Peristiwa Ghadir Khum dalam risalah akhir di penghujung usia Nabi (s.a.w) terjadi pada hajjatul wida' di mana Nabi (s.a.w) bersabda "Man kuntu mawlāh fahadha ʽAli Mawlāhu." (Barang siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya). Di tempat itu juga, Rasulullah (s.a.w) menjelaskan secara tegas keimāmahan Ali bin Abi Thalib dan menyampaikan risalahnya  kepada manusia.

Peristiwa ini dinukilkan oleh sejumlah besar (110 orang) sahabat[5] Rasulullah (s.a.w), begitu juga 84 orang thabiʽin, dan 36 orang dari para ulama dan penyusun kitab. ‘Allamah Amini mengemukakan semua nukilan ini berupa bukti-bukti dan dalil-dalil kuat dari sumber-sumber Islam (Ahlusunnah dan Syi’ah) dalam kitabnya al-Ghadir.

  1. Ayat Wilāyah: "Sesungguhnya pemimpinmu hanyalah Allah, rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan" (Qs. Al-Maidah [5]:55)

Kebanyakan mufassirin (ahli tafsir) dan muhaddith (ahli hadis) berkata ayat ini telah diturunkan untuk Imam Ali bin Abi Thalib (a.s).

Sayuṭi, salah seorang ulama terkemuka Ahlusunnah dalam kitab tafsirnya "al-Durr al-Mantsur" dalam perbahasan ayat ini menukil daripada Ibnu Abbas bahawa "Tatkala Ali bin Abi Thalib dalam keadaan ruku' datanglah seorang pengemis dan Ali bin Abi Thalib (a.s) menyerahkan cincinnya kepada orang tersebut sebagai sedekah. Rasulullah (s.a.w) bertanya kepada peminta sedekah itu, "Siapakah gerangan yang telah menyedekahkan cincinnya kepadamu? Si pengemis itu menunjuk kepada Imam Ali (a.s) dan berkata: Orang itulah yang telah memberikanku sedekah ketika ia dalam keadaan ruku." Kemudian pada saat itulah ayat ini turun.[6]

Demikian juga dua orang ulama Ahlusunnah lainnya "Wahidi"[7] dan "Zamakhshari"[8] menukil riwayat ini dalam kitab mereka dan menegaskan bahawa ayat "Innamā waliyyukumuLlah…" diturunkan berkenaan dengan Imam Ali (a.s).

Fakhrurrazi dalam kitab Tafsir al-Kabir-nya menukil dari Abdullah bin Salam bahawa tatkala ayat ini turun, aku berkata kepada Rasulullah (s.a.w) bahawa aku melihat sendiri dengan mata kepalaku Ali (a.s) menyerahkan cincinnya ketika beliau sedang rukuk kepada seorang yang memerlukan. Atas alasan inilah kami menerima wilāyah (imāmah)nya! Fakhrurazi juga menukil riwayat lain seperti dengan riwayat ini yang dinukil dari Abu Dhar berkenaan dengan asbāb al-nuzūl (sebab-sebab diturunkan) ayat ini.[9]

Thabari juga dalam kitab Tafsir-nya mengemukakan banyak riwayat berkaitan dengan ayat ini dan menukil asbāb al-nuzul ayat ini di mana kebanyakan dari riwayat tersebut menegaskan bahawa: Ayat ini turun berkenaan dengan Imam Ali (a.s).[10]

‘Allamah Amini (r.a) dalam kitabnya al-Ghadir, menukilkan hadis tentang penurunan ayat kepada Imam Ali (a.s) ini dari (lebih kurang) 20 kitab standard Ahlusunnah dengan menyebutkan bukti-bukti dan sumber-sumbernya.[11]

Pada ayat ini wilāyah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib sejajar dengan wilāyah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w).

  1. Ayat Ulul Amri: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-(Nya) dan Ulul amri (para washi Rasulullah) di antara kamu." (Qs. Al-Nisa [4]:59)

Para ulama[12] menyebut bahawa ayat Ulul Amri diturunkan berkenaan dengan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s).

Misalnya "Hakim Haskani" Hanafi Naisaburi (ulama tafsir Ahlusunnah) menukil lima hadis berkenaan dengan ayat ini di mana semuanya berjudul "Ulul Amri" adalah tepat dan sesuai dengan peribadi Ali bin Abi Thalib (a.s).[13]

Dalam tafsir "al-Bahr al-Muhith" karya Abu Hayyan Andalusi Maghribi di antara ucapan-ucapan ihwal Ulul Amri yang dinukilkan daripada Maqatil, Maimun, Kalbi (tiga penafsir) telah menyatakan bahawa yang dimaksud dengan Ulul Amri itu adalah para Imam Ahlul Bait (a.s).[14]

Salah seorang ulama Ahlusunnah Abu Bakar bin Mukmin Syirazi dalam risalah "I'tiqād" menukil dari Ibnu Abbas bahawa ayat tersebut diturunkan berkenaan dengan Imam Ali (a.s).[15]

Dari perspektif lain, ayat ini mempunyai struktur dan model tunggal dan tidak mengulangi redaksi "athiʽū" (taatlah kalian), yang menegaskan ketaatan kepada Allah, Rasulullah dan Ulul Amri. Kerana itu Ulul Amri adalah orang yang maksum (kalau tidak demikian, maka ketaatan tidak ada maknanya ketaatan mutlak kepada Allah, Rasul dan Ulul Amri). Selaras dengan apa yang disampaikan dalam hadis, Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w) adalah maksum, manakala orang-orang maksum hanya terhad pada para Imam Syi’ah.

Apa yang dijelaskan di atas hanyalah sebahagian hadis dari kitab-kitab Ahlusunnah sedangkan masih banyak lagi hadis-hadis yang diterima oleh mereka terdapat dalam kitab-kitab Syi’ah. Di sini kami hanya mengetengahkan tiga ayat yang merupakan ayat-ayat yang telah diturunkan berkenaan dengan wilāyah dan imāmah Ali bin Abi  Thalib (a.s). Ayat-ayat ini dan ayat-ayat lain yang patut dijadikan fokus terdapat dalam kitab-kitab Ahlusunnah di mana untuk telaah lebih jauh sila rujuk kepada kitab-kitab standard dan muktabar Ahlusunnah.

Selain tiga ayat yang dijelaskan secara ringkas ini, terdapat juga ayat-ayat lain seperti "Yā Ayyuhalladhina āmanu ittaqullāh wa Kūnū maʽa al-ṣadiqin"[16] dan ayat al-Qurba "Qul lā asʼalukum ʽalaihi ajran illa al-mawaddata fi al-qurba."[17] yang mana ianya menerangkan masalah wilāyah dan imāmah Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) secara langsung daripada hadis-hadis Rasulullah (s.a.w) dan ia telah dinukilkan dari kitab-kitab Ahlusunnah dan Syi’ah.

Di samping ayat-ayat ini, terdapat ayat-ayat lainnya yang mengungkap berbagai keutamaan dan keunggulan Imam Ali (a.s) berbanding sahabat-sahabat, penolong dan kerabat Rasulullah (s.a.w). Berasaskan standard hukum akal yang memandang betapa tercelanya "mendahulukan utama atas yang lebih utama" maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa imāmah dan khilāfah Rasulullah (s.a.w) merupakan hak Imam Ali (a.s).[]

 

Untuk telaah lebih jauh, anda dapat merujuk pada Tafsir Payam-e Nur, Ayatullah Makarim Syirazi, jilid 9, Imāmah wa Wilāyah dar Qur'an Majid, hal. 177 dan seterusnya.

 


[1]. Untuk mengetahui mengapa nama para Imam Maksum tidak disebutkan secara tegas dalam Al-Qur’an kami persilakan anda merujuk pada indeks: Nama Para Imam Maksum (a.s) dalam Al-Qur’an.  

[2]. Untuk keterangan lebih jauh silakan lihat indeks: Dalil-dalil keyakinan terhadap Imamah dan para Imam

[3]. Untuk keterangan lebih jauh sila lihat indeks: Ahlusunnah dan Ayat Tatbligh.  

[4]. Ayatullah Makarim Syirazi, Payām-e Qur'ān, jil. 9, Imāmah dar Qur'ān, muka surat 182 dan seterusnya.  

[5]. Abu Said al-Khudri, Zaid bin Arqam, Jabir bin Abdullah Anshari, Ibnu Abbas, Bara bin ʽAzib, Hudhaifah, Abu Hurairah, Ibnu Mas'ud dan 'Amir bin Laila adalah orang-orang di antara para sahabat ini.  

[6].  Al-Dur al-Manthur, jil. 2, muka surat 293.

[7]. Al-Asbāb al-Nuzul, muka surat 148.  

[8]. Tafsir al-Kasysyaf, jil. 1, muka surat 649.  

[9]. Tafsir al-Kabīr Fakhurrazi, jil. 12, muka surat 26.  

[10]. Tafsir Thabari, jil. 6, muka surat 186.  

[11]. Al-Ghadir, jil. 2, muka surat 52-53.   

[12]. Dalam Tafsir al-Burhan juga menukilkan puluhan hadis dari sumber-sumber Ahlul Bait (a.s) berkaitan dengan ayat ini yang menyatakan: Ayat yang dimaksud turun berkaitan dengan Ali bin Abi Thalib (a.s) atau beliau dan para Imam Ahlul Bait (a.s).  Bahkan sebagian hadis menyebutkan satu per satu imam disebutkan. Tafsir al-Burhan, jil. 1, muka surat 381-387.

[13]. Syawāhid al-Tanzīl, jil. 1, muka surat 148-151.  

[14]. Bahr al-Muhiṭ, jil. 3, muka surat 278.  

[15]. Ihqāq al-Haq, jil. 3, muka surat 425.  

[16]. (Qs. Al-Taubah [9]:119) Yang dimaksudkan Ṣadiqīn pada ayat ini adalah imam Ali (a.s) dan Ahlul Bait Nabi (s.a.w). Yanābi' al-Mawaddah, muka surat 115. Syawāhid al-Tanzīl, jil. 1, muka surat 262.  

[17]. "Katakanlah, “Aku tidak meminta kepadamu suatu upah pun atas seruanku ini kecuali kecintaan kepada keluargaku.”  (Qs. Al-Syura [42]:23)

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah Nabi (s.a.w) mati syahid?
    12577 تاريخ بزرگان 2011/05/10
    Banyak dalil yang termaktub dalam kitab-kitab hadis dan sejarah, baik Syiah atau pun Sunni yang menegaskan hal ehwal kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Namun noktah berikut ini juga harus diperhatikan bahawa apabila kesyahidan kita definisikan dengan makna terbunuh di jalan Allah dan rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an, ...
  • Dimanakah letak kebahagiaan dan kesempurnaan manusia?
    14006 Akhlak Teori 2011/01/01
    Jawapan lengkap untuk pertanyaan ini berada dalam ruang lingkup jawapan terhadap dua pertanyaan asasi berikut ini:1.     Apa erti kebahagiaan? Apakah kebahagiaan tersebut terpisah dari kesempurnaan atau tidak?
  • Apakah agama itu satu atau banyak?
    8088 Teologi Baru 2013/01/08
    Jikalau maksud agama ialah sekumpulan akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan yang diturunkan daripada Allah (s.w.t) kemudian disampaikan kepada orang ramai dengan perantara para nabi, maka dalam bentuk ini semua agama merupakan sebuah perkara yang satu. Perbezaan di antara agama dalam arahan-arahan juzuknya hanyalah perubahan yang selaras dengan ...
  • Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
    10766 Teologi Klasik 2012/03/08
    Hendaklah kita sedari walaupun nama para Imam Maksum (a.s) tidak ditampilkan secara jelas di dalam Al-Qurʻan, namun sabda-sabda Nabi (s.a.w) telah menyebut secara terang-terangan nama para Imam Maksum (a.s) khususnya Ali bin Abi Talib (a.s) di mana beliau adalah miṣdāq (eksternal) jelas bagi hadis Al-Ghadīr; iaitu pengumuman ...
  • Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
    7243 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah syurga dan neraka sekarang ini wujud?
    18661 Teologi Klasik 2011/04/19
    Menurut ayat dan riwayat, syurga dan neraka yang dijanjikan, sekarang ini ada kewujudannya. Dan pada hari kiamat kelak ia akan ditunjukkan secara sempurna dan manusia akan ditempati di kediaman abadinya masing-masing, sesuai dengan amal perbuatan, keyakinan, dan keikhlasan mereka. Terdapat sudut lain yang dapat digambarkan (tentang syurga dan ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31688 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    16914 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Seorang pesakit untuk mendapatkan kesembuhan apakah harus merujuk kepada seorang dokter, atau harus memakan turbah Sayid al-Syuhada Imam Husain a.s. atau memanjatkan doa?
    8181 Teologi Klasik 2011/01/01
    Ketiga-tiga perkara ini, masing-masing boleh menjadi faktor sebab yang berbeza untuk  menyembuhkan pesakit dan ia juga boleh bergabung (di dalam menyembuhkan). Akan tetapi sebaiknya doa (hubungan dengan Tuhan dan permintaan langsung kepada-Nya) terjadi dengan seluruh perbuatan kita, diantaranya ia disertai dengan salah satu dari kedua-dua (berubat ...
  • Apakah peranan perantara (wasilah) dalam mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t)?
    21199 Teologi Klasik 2013/02/16
    Wasilah (perantara) memiliki makna yang sangat luas di mana ia meliputi setiap pekerjaan dan setiap sesuatu yang menyebabkan pendekatan kepada Tuhan. Alam semesta yang kita huni ini adalah alam yang berpijak di atas sistem sebab dan akibat, sebab dan musabab yang dicipta untuk memberikan petunjuk, membangunkan dan ...

Populer Hits