Carian Terperinci
Pengunjung
6907
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Apakah batasan dan kriteria keharaman dan kenajisan minuman beralkohol menurut fekah Ja’fari?
soalan
Menurut fekah Ja’fari, adakah terdapat batasan pada alkohol, baik pada makanan atau minuman?
Jawaban Global

Alkohol putih dan perubatan yang merupakan alkohol murni dan banyak digunakan dalam tugas-tugas kedoktoran adalah suci. Kecuali alkohol tersebut diambil dari khamar atau bir di mana dalam hal ini alkohol tersebut adalah najis. Adapun bahan pembersih yang lainnya yang mengandung alkohol dan banyak digunakan di pusat-pusat perubatan adalah suci. Demikian juga alkohol industri yang umum disebut sebagai alkohol putih yang ditambah kadar kimianya dan digunakan untuk keperluan industri hukumnya adalah suci. Wangian dan bahan-bahan industri lainnya yang mengandung alkohol hukumnya suci.

Akan tetapi minum-minuman yang memabukkan (muskir), walaupun setitis (walaupun tidak membuat orang menjadi mabuk), hukumnya adalah haram. Kriteria keharamannya adalah cairan dan memabukkan.

Jawaban Detil

Dalam menjawab pertanyaan di atas, terlebih dahulu kita harus menjelaskan hukum alkohol kemudian hukum minuman-minuman yang mengandungi alkohol.

Hukum alkohol dalam fekah dapat dikaji daripada dua sudut:

1.     Daripada sudut kesucian dan kenajisannya.

2.     Daripada sudut keharaman dan kehalalannya untuk dimakan dan diminum.

 

Alkohol putih dan perubatan yang merupakan alkohol murni dan umumnya digunakan dalam bidang kedoktoran hukumnya adalah suci. Kecuali disuling daripada bir dan khamar di mana dalam hal ini alkohol tersebut hukumnya adalah najis. Demikian juga dengan bahan-bahan pembersih yang lain yang mengandungi alkohol dan banyak digunakan pada pusat-pusat perubatan hukumnya adalah suci. Alkohol industri (alkohol putih) juga demikian adanya yang dicampur dengan bahan kimia dan banyak digunakan pada bidang industri hukumnya adalah suci. Wangian dan bahan-bahan industri yang mengandung alkohol hukumnya adalah suci.[1] Minum alkohol seperti ini tidak haram kecuali memabukkan dan dicampur dengan cairan. Ayatullah Makarim Syirazi dalam hal ini berkata, “Alkohol-alkohol yang secara asalnya tidak dapat diminum dan beracun, bukanlah najis. Akan tetapi apabila alkohol tersebut dicairkan (dicampur dengan air) dan menjadi bahan minuman dan memabukkan, maka meminumnya adalah haram dan secara ihtiyath hukumnya adalah najis.”[2]

 

Hukum Minuman-Minuman Beralkohol

Dalam fekah Syiah, minuman beralkohol dan segala sesuatu yang membuat manusia mabuk, jika minuman tersebut adalah cair, maka hukumnya adalah najis[3] dan haram meminum dan memakannya. Oleh itu, kriteria keharamannya adalah cairnya dan memabukkannya. Dan apa saja yang banyak memabukkan manusia, apabila pada dirinya sendiri adalah cairan maka hukumnya adalah najis dan haram memakannya. Walaupun sedikit atau kadar memabukkannya rendah.[4] Akan tetapi apabila seperti heroin dan ganja yang tidak cair (padat), walaupun sesuatu ditumpahkan di atasnya sehingga cair, maka hukumnya adalah suci.[5] []

 



[1]. Taudhih al-Masâil (Al-Mahsyah li al-Imâm Khomeini), jil. 1, hal. 80-81, masalah ke-112.

[2]. Ibid, jil. 1, hal. 81; Taudhi al-Masâil (Makarim), masalah ke-125.

[3]. Taudhih al-Masâil (Al-Mahsyah li al-Imâm Khomeini), jil. 1, hal. 80, masalah ke-111.

[4].  Ibid, jil. 1, hal. 81; Ayatullah Zanjani: Apabila cairan tersebut memabukkan, (walau) kadarnya sedikit juga adalah najis…; Ayatullah Behjat (r.a): Khamar dan apa pun yang membuat manusia mabuk, apabila khamar tersebut adalah mencair dengan sendirinya maka hukumnya adalah najis dan haram memakan atau meminumnya. Walaupun sedikit atau kurang memabukkan.

[5]. Taudhih al-Masâil (Al-Mahsyah li al-Imâm Khomeini), jil. 1, hal. 80, masalah ke-111.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17989 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    60436 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50982 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31188 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah terdapat syarat lain selain bersikap adil untuk melakukan poligami?
    14173 Huquq Dan Ahkam 2012/11/11
    Berdasarkan pelbagai kebutuhan dan kemaslahatan personal dan sosial, Islam membolehkan poligami. Dalam hal ini, Islam memberikan beberapa syarat bagi mereka yang ingin melakukan poligami: Pria harus bersikap adil kepada para istrinya. Jumlah istri permanen (dâim) tidak boleh lebih dari empat. Izin istri diperlukan ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    23986 Teologi 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    17163 Teologi Klasik 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12350 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
    9781 تاريخ بزرگان 2011/07/19
    Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9839 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...

Populer Hits