Carian Terperinci
Pengunjung
15858
Tarikh Kemaskini 2011/04/19
Ringkasan pertanyaan
Apakah orang biasa boleh menjadi maksum atau tidak?
soalan
Apakah orang biasa boleh menjadi maksum atau tidak?
Jawaban Global

“Kemaksuman” yang bermakna terpelihara dari perbuatan dosa dan lupa memiliki tingkatan-tingkatan dan darjat-darjatnya. Makam tertinggi kemaksuman hanya dikhususkan untuk para Nabi dan wasi mereka. Kemaksuman mereka ini dapat dibuktikan dengan adanya nas-nas al-Quran hadis dan pelantikan mereka untuk memimpin manusia sebagai “khalifatullah”. Adapun orang yang selain daripada mereka juga dapat mencapai dan mengenal pasti kemaksuman meskipun dalam batas-batas tertentu, namun tingkat kemaksuman yang dicapai mereka itu di bawah tingkat kemaksuman para nabi dan wasi. Pengenal pasti kemaksuman orang biasa dapat dibezakan melalui tanda-tanda seperti kemunculan keramat dan mengetahui niat orang lain, bukan melalui teks atau pelantikan sebagai khalifatullah.

Jawaban Detil

Manusia sebagai kewujudan yang bebas berkehendak, diciptakan dengan pilihan yang tepat dan dihiasi oleh iman dan amal shaleh serta dijauhkan dari pelanggaran terhadap perintah mahupun larangan-Nya. Ia boleh meraih kedudukan “khalifatullah” dalam erti ia akan memperolehi segala kesempurnaan sehingga bebas dari segala kekurangan dan keaiban duniawi serta memiliki autoriti alam (wilayah takwini) serta mengetahui hati manusia.[1]

Pilihan tepat manusia berdasarkan ilmu dan kehendaknya yang kuat dalam mengikuti akal, fitrah dan agama. Tatkala ilmu dan kehendaknya bertambah tinggi, ia akan lebih terjaga dari kesalahan. Tidak memberikan tumpuan merupakan sebab terlupa, sehingga jika manusia menumpukan perhatian dan senantiasa mengingat perintah atau larangan Allah Swt, maka ia tidak akan terjerumus ke dalam dosa dan kesalahan kerana lupa. Inilah kedudukan yang disebut sebagai kemaksuman yang merupakan faktor peningkatan manusia ke arah kedudukan “wilâyah dan khilâfah Ilahiyah” secara bertahap.

Para Nabi dan wasi mereka hendaklah berada pada puncak kedudukan tersebut di mana mereka adalah para pemegang amanah wahyu Ilahi yang dikenal sebagai para pemimpin dan contoh teladan kemanusiaan sehingga:

1.     Pesanan Ilahi secara sempurna dan benar sampai kepada manusia.

2.     Orang ramai dapat mempercayai ucapan serta perilaku mereka.

3.     Meneladani kisah kehidupan, sikap dan akhlak mereka agar memperolehi bimbingan melangkah menuju kesempurnaan dan kedudukan khalifatullah. Jalan tersebut akan menyampaikan mereka kepada tujuan “berjumpa Allah” sehingga dengan pertolongan Allah serta kehendak mereka, membuat mereka terpelihara dari segala jenis dosa, kesalahan dan penyimpangan sejak kecil hingga akhir hayat mereka. Hal ini sebagai penyempurna bukti dan menjadikan kepercayaan orang-orang semakin besar kepada mereka sehingga dapat menarik perhatian orang-orang untuk mengikuti jalan mereka. Oleh kerana itu, setiap orang dapat mencapai kemaksukman dan kedudukan khilafah.

Semakin besar upaya untuk meraih kedudukan tersebut dan peningkatan ketaqwaan dilakukan, maka akan semakin bertambah pula mendapatkan bantuan Ilahi. Ini dikeranakan Allah berjanji: "Bertakwalah kepada Allah; Allah akan mengajarkanmu." (Qs. Al-Baqarah [2]:282) dan berfirman: "Dan orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Qs. Al-Taghabun [64]:11); "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik. (Qs. Al-Ankabut [29]:69); "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu (kekuatan) pembeza (antara yang hak dan yang batil di dalam hatimu), menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. (Qs. Al-Anfal [8]:29); "Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Qs. Al-Nahl [16]:97)

Dalam hadis Qudsi dikatakan: ”Jika hambaku sibuk beribadah denganku, maka aku akan menganugerahinya semangat dan keindahan mengingatku sehingga ia mencintaiku dan aku mencintainya dan aku akan menyingkap tabir antara aku dan dia sehingga di saat orang-orang lalai dia tidak lalai (dia tidak akan berbuat dosa dan kesalahan). Jika ia berbicara, pembicaraannya seperti ucapan para nabi dan mereka benar-benar sebagai orang-orang pilihan sehingga tatkala aku ingin memberikan ujian kepada penduduk bumi, aku mengurungkan keinginanku karena mereka."[2]

Kemaksuman merupakan suatu keharusan bagi para Nabi dan Imam As yang telah ditetapkan dan dibuktikan dengan berbagai macam argumen teks dan logika.[3]

Kemaksuman ini tidak dikhususkan kepada mereka sahaja dan barang siapa berusaha, bertaqwa, berilmu dan berkehendak, maka ia akan mendapatkan percikan manfaatnya sehingga muncul tanda-tanda kemaksuman daripadanya. Selain ciri-ciri kemaksuman yang terdapat pada para nabi dan washi mereka, teks dan pelantikan kenabian oleh Allah yang sedia ada merupakan argumen dan dalil terkuat kemaksuman.

Jika tidak demikian, tujuan pengutusan para Nabi dan Imam sebagai pembimbing manusia dan mubaligh, pelaksana serta pembela agama Allah Swt tidak akan sesuai dengan ilmu dan hikmah Ilahi.[4]   Adapun cara mengetahui kemaksuman selain para Nabi dan Imam as ialah bergantung kepada ciri-ciri yang muncul dari mereka sebagai berikut:

1.     Tidak berbuat dosa dalam keadaan dan persekitaran di mana kebanyakan orang tergelincir dalam kesalahan dan perbuatan dosa seperti bercita-cita untuk mendapatkan kedudukan, kemasyhuran dan harta yang banyak.

2.     Muncul kekeramatan dan kejadian yang luar biasa daripada mereka seperti mengetahui niat dan fikiran orang serta menyembuhkan penyakit orang dan menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang tidak dapat dilakukan oleh orang-orang selain mereka.

3.     Dikabulkannya doa dan kutukan mereka.

4.     Menguasai dan merubah hati orang-orang.

5.     Lapang dada, tenang dan berposisi yang tepat terhadap masalah individu maupun sosial

6.     Perantara curahan nikmat Ilahi atau penolak bencana.

 

Namun perlu diperhatikan bahwa nabi dan wasinya memiliki kedudukan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh seorang pun. Di antara para nabi terdapat martabat-martabat di mana Nabi Saw berada pada puncak tingkatan tersebut, kemudian para Imam maksum As, setelah itu para nabi As dan orang-orang lainnya. Kemaksuman dan kedudukan khalifatullah memiliki tingkatan-tingkatan berupa tegak dan melintang (Vertical and Horizontal) yang berbeza-beza di mana untuk mengetahuinya bergantung kepada ilmu Allah Swt.[5]

 

Daftar Pustaka untuk telaah lebih jauh:

1.     Al Qur`an

2.     Jawad Amuli “Tahrir Tamhidul Qawâ`id

3.     Jawad Amuli “Wilâyat dar Qur'ân

4.     Jawad Amuli “ Hikmate Ibâdat

5.     Huseini Tehrani “Tauhidi Ilmi wa A`ini

6.     Sayid Muhammad Bagir Sadr “Khilâfate Insân wa Gawâhie Payâmbarân

7.     Kiya Syamseky “Wilâyat dar Irfân”

8.     Mutahhari “Insân Kamil

9.     Mutahhari “Wilâhâ wa Wilâyathâ

10.  Jawad Maliki Tabrizi “Risâleye Liqâ`ullah



[1]. Lihat indeks: Menjadi Kekasih Tuhan, Kebahagiaan dan Kesempurnaan Manusia, Kedekatan kepada Tuhan.

[2]. Muhammad Husain Husaini Tehrani, Tauhid Ilmi wa Aini, hal. 337.

[3]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Rah wa Rahnemai Syinasi, hal. 147-212

[4]. Ibid.

[5]. Silakan lihat Indeks: Kemaksuman dan dosa para nabi dalam pada ayat-ayat lahir al-Qur'an.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimanakah manusia dapat sampai kepada kesempurnaan?
    14350 Akhlak Praktikal 2012/05/17
    Jawapan untuk pertanyaan di atas dapat diklasifikasikan dalam empat perbahasan, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan. Perkataan "sempurna" kadang-kadang digunakan dengan makna yang selaras ...
  • Mengapa para penziarah, khususnya para penziarah dari Iran, menumpahkan tangisan mereka di samping kuburan Baqi’?
    7421 Teologi Baru 2011/09/22
    Jawapan atas pertanyaan seperti ini bersandar pada pengenalan kita terhadap zat tangisan dan tujuan orang menangis.Tangisan terbahagi menjadi dua. Tangisan zahir dan tangisan batin. Tangisan batin hasil dari pelbagai pengaruh mental dan kesan di mana dengan tangisan batin ini muncul pada manusia akibat pelbagai aktiviti ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    7845 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Mengapakah agama sempurna tidak diutuskan sekaligus dan pada satu tempat? Pada asasnya apakah kepentingan beransur-ansur?!
    7252 Teologi Baru 2012/04/15
    Dari satu perspektif, agama secara beransur-ansur adalah satu perkara yang bersesuaian dengan kemampuan berfikir dan rohani insan. Dari perspektif yang lain pula ialah mengikut keperluan-keperluan, ujian-ujian duniawi dan sosial. Dengan ini, oleh kerana manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai pemikiran yang lazim, mereka tidak berdaya memperolehi pengetahuan-pengetahuan ...
  • Mengapa al-Qur’an menyebut kisah-kisah tertentu dan menumpukan kisah Nabi Musa (a.s) lebih dari kisah Nabi Muhammad (s.a.w)?
    22124 Tafsir 2011/06/14
    Dalam menjawab bahagian pertama soalan itu, kita dapat mengatakan bahawa penerangan sebuah hakikat atau hukum serta aturan tertentu tidak dapat menyediakan seluruh bahagian dan karakteristik yang berkaitan dengannya. Perkara ini diperhatikan dalam al-Quran; kerana jikalau seluruh perkara tertentu dan perkerjaan-pekerjaan hendak ...
  • Nabi Musa a.s merupakan salah seorang Nabi Ulul Azmi, kenapa ilmu nabi Khidir a.s lebih banyak daripada ilmu nabi Musa a.s?
    10742 Teologi Klasik 2011/07/21
    Walaupun nabi Musa a.s merupakan salah seorang nabi Ulul Azmi dan merupakan pembawa risalah, tetapi penimbaan ilmu daripada nabi Khidir a.s dan… tidak mengurangkan derajat keilmuan Nabi Musa a.s kerana:1.     Didalam saat-saat pertama ...
  • Mengapakah Ahlul Bait (a.s) hanya dikhususkan untuk beberapa orang sahaja?
    18325 Teologi Klasik 2013/01/08
    Terdapat banyak dalil dominan pengkhususan Ahlul Bait kepada lima orang Āl ʻAba; iaitu Muhammad (s.a.w), Ali, Fatimah, Hasan dan Husain yang telah dinukilkan daripada Nabi (s.a.w) oleh para ahli hadis, ulama Syiah dan ulama Ahlusunnah di mana terdapat lebih dari 70 sumber terkenal Ahlusunnah manakala dalam sumber ...
  • Apakan yang ciri-ciri penting seorang penduduk bandar dalam masyarakat Islam?
    13159 Akhlak Praktikal 2014/04/20
    Agama Islam sebagai penutup syariat Ilahi merupakan agama yang menyeluruh dan sempurna. Oleh sebab itu, Islam mengambil berat tentang hukum dan undang-undang sosial seperti hukum-hakam seseorang individu dalam sebuah masyarakat. Menurut pandangan Islam, terdapat prinsip dan penguatkuasaan dalam kehidupan sosial dan hubungan individu sebuah masyarakat yang mana ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    18460 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    61240 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah ...

Populer Hits